Anda di halaman 1dari 11

Laporan

perkhemahan unit beruniform


sk tanjung bundung
2018

ANJURAN BERSAMA :

UNIT KOKURIKULUM DAN UNIT BIMBINGAN KAUNSELING


SEK. KEB. TANJUNG BUNDUNG
2018
LAPORAN PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM
SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG BUNDUNG 2018

1. PENDAHULUAN:

Sekolah Kebangsaan Tanjung Bundung telah menganjurkan Perkhemahan


Tahunan Unit Beruniform Tahun 2018 pada 15hb hingga 16hb November yang lalu.
Perkhemahan Tahunan ini telah dirancang dan dianjurkan oleh unit kokurikulum SK
Tanjung Bundung yang diterajui oleh Penolong Kanan Kokurikulum, En Michael Pillow
Belayong dan diselaraskan oleh semua Penyelaras Unit Beruniform Sekolah. Pada
tahun ini, julung-julung kalinya aktiviti perkhemahan diadakan di kawasan sekolah.
Perkhemahan selama 2 hari dan 1 malam ini adalah bertujuan untuk menjayakan
hasrat kerajaan melahirkan pelajar yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi ,Rohani,
Intelektual, dan sahsiah (JERIS) yang digarapkan dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Para peserta yang didedahkan dengan disiplin sepanjang masa
perkhemahan ini diharapkan akan menggunakan dan memanafaatkan segala
kemahiran dan ilmu yang diperoleh bagi meneruskan kehidupan yang berguna
dalam alam ciptaan Allah ini.

2. RASIONAL
Aktiviti perkhemahan adalah di antara aktiviti-aktiviti utama kegiatan
kokurikulum di sekolah. Melalui aktiviti ini unsur-unsur asas pembangunan ke
manusiaan dipupuk secara hands on dengan para peserta mengalami sendiri
situasi-situasi yang membuktikan pentingnya sifat-sifat mulia dan lebih
mengutamakan kepentingan bersama daripada kepentingan diri sendiri.
Aktiviti perkhemahan juga mendedahkan para peserta kepada cabaran-
cabaran fizikal dan mental yang secara langsung akan memantapkan semangat
juang dan keyakinan diri masing-masing, di samping memberi kesempatan kepada
para peserta untuk mengembleng daya inovasi dan kreativiti mereka
menyelesaikan masalah.
Selain itu, perkhemahan yang dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu,
secara langsung atau tidak, mewujudkan peluang kepada para peserta
mengembangkan kemahiran kognitif, afektif serta psikomotor masing-masing.
Demikian jugalah , aktiviti-aktiviti perkhemahan yang berteraskan unsur-unsur
patriotisme akan turut menyumbang kepada pengukuhan perasaan cintakan
bangsa dan agama.

3. MATLAMAT
3.1 Melahirkan peserta yang sihat tubuh badan melalui pelbagai aktiviti yang
dijalankan
3.2 Melahirkan peserta yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial
3.3 Melahirkan peserta yang mempunyai bakat kepimpinan yang tinggi
3.4 Membentuk jati diri peserta melalui aktiviti yang dijalankan
3.5 Menerapkan nilai-nilai murni, berketrampilan, bekerjasama, jatidiri,
berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan sikap tidak mementingkan diri
sendiri.

4. OBJEKTIF
4.1 PSIKOMOTOR
4.1.1 Mendedahkan para peserta kepada aspek-aspek asas
Perkhemahan serta pelbagai kemahiran ikhtiar hidup
4.1.2 Melatih para peserta melaksanakan aktiviti-aktiviti kehidupan
seharian secara teratur dan berdisiplin
4.1.3 Mempraktik dan mengaplikasikan segala teori yang telah
dipelajar
4.1.4 Memberi peluang kepada para peserta menjalani latihan-
latihan lasak dan mencabar

4.2 KOGNITIF
4.2.1 Melatih para peserta berkomunikasi di antara satu sama lain
4.2.2 Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan
kreativiti masing-masing dalam bidang rekacipta, kesenian dan
kebudayaan.
4.2.3 Membimbing para peserta menghayati dan mengamalkan
rukun-rukun beragama dan kehidupan bermoral.
4.3 AFEKTIF
4.3.1 Memberi peluang kepada para peserta mewujudkan intergrasi
pelbagai kaum.
4.3.2 Mendedahkan para peserta kepada alam fauna dan flora
sebagai sebahagian daripada kehidupan sejagat

5. PELAKSANAAN

Program Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform peringkat Sekolah


Kebangsaan Tanjung Bundung bagi Tahun 2018 telah dijalankan pada 15 hingga 16
November yang lalu. Program ini berlangsung selama 2 hari dan 1 malam. Pada
tahun ini sedikit kelainan dilakukan apabila keseluruhan aktiviti diadakan di dalam
kawasan sekolah tidak seperti kebiasaan pada tahun-tahun sebelum ini.
Perkhemahan tahun ini dimulakan dengan sesi pendaftaran pada 15hb
November 2018 (Khamis) pada jam 4.00 petang. Seramai 23 orang peserta telah
mendaftar. Selesai pendaftaran pelajar-pelajar dikehendaki berkumpul di dewan
sekolah bagi mendengar taklimat daripada Kem Komandan dan Penyelaras Aktiviti.
Puan Helen Empera dan Encik Michael Pillow telah memberikan taklimat berkaitan
aktiviti sepanjang perkhemahan berlangsung dan mengingatkan peserta supaya
sentiasa menjaga keselamatan sepanjang perkhemahan berlangsung. Encik Izmir
Fadzil Ibrahim juga menyampaikan taklimat ringkas berkaitan aktiviti dan
penempatan.
Selepas taklimat, aktiviti pertama pada hari pertama adalah dengan
Memasang Khemah. Taklimat tentang cara memasang khemah yang telah
dikendalikan oleh Encik Michael dan Encik Izmir dari jam 4.30 petang hingga 5.00
petang. Para peserta diberikan penerangan tentang cara memasang khemah
dengan betul dan cepat. Semua peserta dibantu oleh urusetia dan guru bertugas
telah membina khemah peserta. Pada tahun ini khemah dibina di kawasan padang
sekolah untuk megelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku disamping
menjamin keselamatan perserta. Kawasan perkhemahan dibahagi dua iaitu
khemah untuk peserta lelaki berdekatan dengan asrama sekolah dan khemah
peserta perempuan di hadapan dewan. Pihak unit telah membekalkan khemah “A’
dan khemah igloo.
Selepas sahaja selesai aktiviti memasang khemah, para peserta kemudian
bersiap sedia untuk aktiviti pertama latihan dalam kumpulan ( LDK ). Tujuan LDK
diadakan adalah untuk menyesuaikan peserta supaya bekerjasama dalam
melaksanakan sesuatu tugasan. Antara aktiviti LDK yang dijalankan termasuklah
sukaneka dan penyelesaian masalah.

Para peserta kemudian diberi masa untuk sesi pengurusan diri. Selepas
pengurusan diri dan makan malam, semua peserta beredar ke surau untuk
menunaikan solat Magrib dan Isyak berjemaah dan membaca yassin yang di ketuai
oleh Encik Izmir Fadzil Bin Ibrahim.
Aktiviti seterusnya ialah Ice Breaking oleh Ketua Kem Komandar, Puan Helen
Empera. Pada pukul 9.00, aktiviti malam diteruskan lagi dengan Camp Fire yang
dikelolakan sendiri oleh kem komandan.

Sebelum semua peserta masuk tidur, Kem Komandan telah mengingatkan


pelajar supaya bersedia dengan aktiviti Night Walk. Aktiviti terpaksa ditunda
sehingga pukul 1 pagi kerana cuaca tidak mengizinkan.
Pada hari kedua iaitu 16hb November (Jumaat), selepas menunaikan solat
Subuh secara berjemaah, para peserta dikehendaki menukar pakaian mereka
kepada pakaian sukan untuk aktiviti keenam pagi itu ialah Senaman Pagi yang
telah dikendalikan oleh Puan Helen Empera 6.30-7.00 pagi. Senaman pagi ini
dimulakan dengan aktiviti memanaskan badan dan regangan. Kemudian peserta
melakukan senaman aerobik. Selepas aktiviti senaman pagi, para peserta bergerak
untuk bersarapan bersama-sama. Selepas itu, para peserta mengemas diri masing-
masing dan bersiap sedia untuk melakukan aktiviti seterusnya.

Dari 8.00 pagi hingga 9.00 pagi, pelajar-pelajar meneruskan aktiviti dengan
Persembahan Kebudayaan mengikut unit beruniform masing-masing.
Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah telah berlangsung
pada jam 9.30 pagi dan tamat pada jam 10.00 pagi. Encik Izmir telah menjadi
pengerusi majlis. Acara dimulakan dengan ucapan daripada Penolong Kanan
Kokurikulum, Encik Michael Pillowl dan seterusnya ucapan perasmian penutup oleh
Encik Mohd Azizan Bin Abdullah, Guru Besar SK Tanjung Bundung.

Seterusnya penyampaian hadiah kepada semua kumpulan yang telah


memenangi setiap aktiviti yang dipertandingkan telah dilangsungkan. Selesai majlis
pelajar-pelajar dibenarkan bersurai. Akhir sekali, aktiviti membuka dan mengemas
semula khemah yang digunakan serta membersihkan kawasan padang sekolah.

6. PENYERTAAN

Perkhemahan Tanunan Unit Beruniform pada kali ini disertai oleh 23 orang
murid Tahap 2. Peluang dan keutamaan telah diberikan kepada murid-murid ini
bersedia mempersiapkan diri menghadapi cabaran ikthiar hidup.

7. JAWATANKUASA INDUK PERKHEMAHAN

AHLI JAWATANKUASA INDUK


Penasihat : En Mohd Azizan Bin Abdullah ( Guru Besar )
Pengerusi : En Michael Pillow Belayong ( Pen Kanan Kokurikulum )
Naib pengerusi : Pn Helen Empera ( PK 1 )
: Cik Masnie Masidi ( PK HEM )
Setiausaha : En Izmir Fadzil Bin Ibrahim
Bendahari : Pn Nor Suzila Omar
Kem Komandan : Pn Helen EMpera
Pen. Kem Komandan : Pn Zahratulnadhirah
En Merikan Baseh
8. LAPORAN PASCA NILAI (POST-MORTEM )

 KELEBIHAN
1. Kerjasama yang padu daripada barisan ahli jawatankuasa
terutamanya guru-guru kafa, kakitangan sekolah sekolah dan
swasta.
2. Kem Komandan dan penyelaras aktiviti yang mantap dan sentiasa
berusaha gigih.
3. Kesungguhan peserta menjalankan semua aktiviti yang telah
diadakan dan murid-murid sendiri mengikut semua arahan yang
telah diberikan.

 KEKURANGAN/MASALAH
1. Perancangan aktiviti yang tidak menjurus kepada ilmu dalam unit
beruniform.
2. Kekangan aktiviti kerana cuaca tidak mengizinkan.

 PENAMBAHBAIKAN (CARA ATASI MASALAH)


1. Merancang awal persediaan perkhemahan lebih awal untuk tahun
akan datang bagi melancarkan perjalanan program.
2. Mempunyai pelan kedua sekiranya berlaku masalah cuaca pada masa
akan datang.

9. PENUTUP

Syukur kepada Tuhan, Program Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform Tahun


2018 telah berjaya dilaksanakan hasil kerja keras ahli-ahli jawatankuasa kerja dan
semua fasilitator. Sepanjang perkhemahan ini berlangsung, Kem Komandan, Puan
Helen Empera dan Penyelaras Aktiviti Encik Michael Pillow dan guru-guru bertungkus
lumus melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancang sehingga kurang rehat. Selain
itu, peserta juga memberikan komitmen yang tidak berbelah bagi dan melaksanaka
aktiviti walaupun kepenatan. Perkhemahan ini juga telah berjaya mencapai objektif
yang dihasratkan, khususnya kepada para peserta dan telah mewujudkan
perubahan yang positif di dalam diri murid-murid selepas mengikuti aktiviti
perkhemahan ini.
Di samping itu, aktiviti –aktivit yang dilaksanakan telah memberi peluang
kepada para peserta memperkembangkan potensi diri masing-masing khususnya
dari segi kepimpinan, dan kreativiti, di samping memperkukuhkan disiplin kendiri,
semangat bekerjasama dan kesediaan berdikari serta bertanggungjawab.
Dalam pada itu, unsur-unsur keriangan dan keseronokkan yang disepadukan
dalam perkhemahan ini diharapkan telah menimbulkan kesedaran tentang hakikat
bahawa keriangan dan keseronokan juga adalah sebahagian daripada
kebahagiaan kehidupan yang perlu dijana secara berdisiplin dan berhemah
berpandukan etika dan budaya bangsa.
Akhir sekali, pihak penganjur, Sekolah Kebangsaan Tanjung Bundung,
merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada
guru – guru yang telah memberi sokongan dan bantuan yang tidak berbelah
bahagi terutama dalam penyediaan makanan kepada semua peserta dan ahli-ahli
jawatankuasa kerja dan semua fasilitator dalam menjayakan Program
Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform Tahun 2018 ini. Adalah diharapkan
kerjasama ini akan dapat diteruskan pada masa hadapan. INSYAALLAH .

Disediakan oleh, Disemak oleh,

......................................... .......................................
En Izmir Fadzil Bin Ibrahim En Michael Pillow Belayong
Setiausaha Penyelaras / PK Kokurikulum
Perkhemahan Unit Beruniform Perkhemahan Unit Beruniform
SK Tanjung Bundung SK Tanjung Bundung