Anda di halaman 1dari 1

Perutusan Ramadhan 1435H

Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau

(DMPKR)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam, keluarga dan para sahabatnya .

. َ‫علَى الَّ ِذينَ ِم ْن قَ ْب ِل ُك ْم لَعَلَّ ُك ْم تَتَّقُون‬ ِ ‫علَ ْي ُك ُم‬


َ ِ‫الصيَا ُم َك َما ُكت‬
َ ‫ب‬ َ ِ‫يَاأَيُّ َها الَّ ِذينَ َءا َمنُوا ُكت‬
َ ‫ب‬

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa ke atas kami sebagaimana


puasa itu diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya
kamu bertaqwa”

–Surah Al Baqarah: 183-

DMPKR dengan ini mengucapkan Salam Ramadhan kepada sekalian Umat Islam
walaupun di mana berada.

Moga Ramadhan kali ini lebih baik dan cemerlang daripada yang sebelumnya
dengan kita mempertingkatkan amal ibadah yang dituntutiNya.

Bersamalah kita lalui Bulan Mulia dan Penuh Barakah ini dengan rasa kesyukuran
dan azam yang teguh serta penuh keimanan agar mencapai darjat yang Allah
firmankan dalam Surah Al Baqarah itu. Insya’Allah.

Jadikanlah Ramadhan ini sebagai bulan yang mendidik diri ke arah yang lebih baik
untuk 11 bulan yang akan datang.

Seterusnya bersamalah kita berusaha sedaya upaya menjalani ibadah puasa dan
ibadah-ibadah lain di bulan Ramadhan ini agar kita benar-benar mencapai Piala
Taqwa iaitu golongan orang-orang yang bersungguh-sungguh melaksanakan
perintah Allah dan berhati-hati meninggalkan semua perkara yang dilarangNya.

Puan Fauziah Tahir

Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau

30 Syaaban 1435H/ 28 Jun 2014

Anda mungkin juga menyukai