Anda di halaman 1dari 2

TIPS SKOR A+ MATEMATIK TAMBAHAN

KELAS BIMBINGAN BERFOKUS


KEM MATEMATIK TAMBAHAN
SEMINAR TEKNIK MENJAWAB
MENTOR-MENTEE
KLINIK MATEMATIK TAMBAHAN

KURANG KEYAKINAN DIRI


Tiada keyakinan diri
Sentiasa bergantung kepada orang lain terutama guru
Kerap tidak menyiapkan kerja rumah
Sering gagal dalam ujian . Mereka hanya memohon bantuan untuk
melaksanakan tugasan seharian tanpa memahami sepenuhnya konsep dan
menguasai kemahiran yang perlu ditekankan.

PASIF DALAM PROSES PEMBELAJARAN


Mereka tidak aktif dalam melihat perkaitan di antara pengetahuan sedia ada
dengan apa yang dipelajari, perkaitan di antara konsep dengan konsep yang
lain, perkaitan antara suatu tajuk dengan tajuk yang lain atau di antara apa
yang dipelajari dalam Matematik dan Matematik Tambahan.
Kelemahan dalam mengorganisasi ini menyebabkan mereka lemah dalam
memahami sesuatu konsep atau tajuk dan akibatnya kurang cekap dalam
melaksanakan strategi penyelesaian masalah khususnya dalam memahami
masalah dan merancang strategi yang sesuai.
Mereka juga tidak menyedari bahawa ada masalah yang memerlukan
penggunaan kemahiran yang serupa untuk diselesaikan.

MASALAH LEMAH DAYA INGATAN


Pelajar yang mempunyai ‘memory problems’ tidak dapat mengingat formula
asas, proses, strategi dan teknik dalam matematik (contohnya, rumus kosinus,
identiti trigonometri, proses penyempunaan kuasadua atau teknik pembezaan
dan pengamiran).
‘Memory deficits’ ini juga menyebabkan mereka tidak dapat mengingat proses
penyelesaian masalah yang melibatkan beberapa langkah seperti mencari
vektor unit, mencari atau isipadu dalam tajuk pengamiran atau menyelesaikan
masalah dalam tajuk Janjang.
Kegagalan mengingat perkara-perkara tersebut menyebabkan soalan yang
boleh diselesaikan pada hari ini mungkin tidak dapat diselesaikan beberapa
hari kemudian.

MASALAH DALAM PENUMPUAN


Ketika guru menerangkan mengenai suatu proses penyelesaian masalah
pelajar perlu menumpukan perhatian agar mereka dapat menguasai proses
yang diterangkan. Inilah yang selalunya gagal dilakukan oleh pelajar yang
lemah matematik . Mereka selalu hilang tumpuan dan ketinggalan beberapa
konsep atau langkah penyelesaian yang penting dan menyebabkan pelajar ini
gagal menyelesaikan masalah serupa yang diberi sebagai latihan. Akibatnya,
mereka kehilangan keyakinan diri dan menganggap tajuk itu susah.

KURANG KEMAHIRAN BERFIKIR YANG KRITIS DAN KREATIF


Pelajar lemah matematik tambahan selalunya kurang mahir mengendalikan
proses penyelesaian masalah, memilih strategi yang sesuai dan menukar
kaaedah yang digunakan jika kaedah yang ada tidak sesuai.

ANALISIS ITEM
KERTAS 1
PELAJAR GAGAL MENDAPATKAN MARKAH MINIMUM IAITU 35M

KERTAS 2
PELAJAR GAGAL MENDAPATKAN MARKAH MINIMUM IAITU 40M
STRATEGI PANITIA: (PELAJAR GAGAL)

1. MEMASTIKAN PELAJAR DAPAT MENJAWAB 10 SOALAN PERTAMA KERTAS 1.

2. MEMASTIKAN PELAJAR MENJAWAB SOALAN 'SPOT' BAGI KERTAS 2 IAITU :


PERSAMAAN SERENTAK
HUKUM LINEAR
STATISTIK
NOMBOR INDEKS

Anda mungkin juga menyukai