Anda di halaman 1dari 10

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

BAHASA MELAYU

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu


Tahun : 4
Bilangan Murid : 9 orang ( 8 lelaki ) ( 1 perempuan )
Tarikh : 9 Ogos 2018
Hari : Khamis
Masa : 10.30 a.m – 11.30 a.m
Tema : Tema 9 : Sayangi Bumi.
Tajuk : Unit 26 : Cintai Bumi Kita.
Kemahiran Fokus : Kemahiran Membaca

Standard kandungan
2.5 Membaca, memahami dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam
pelbagai bahan dengan betul.

Standard Pembelajaran
2.5.3 Membaca, memahami dan menaakul bahan prosa untuk memindahkan maklumat dalam
bentuk grafik untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Objektif Pembelajaran

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat :

i. Membaca, memahami dan memindahkan sekurang-kurangnya dua maklumat dalam


bentuk peta i-think berdasarkan petikan dengan betul.
ii. Membaca, membezakan maklumat berdasarkan power point dan gambar dengan betul.
Pengisian Kurikulum (Elemen Merentas Kurikulum)

 Ilmu : Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan,


 Nilai Murni : Kerjasama, amanah, cintai alam sekitar

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran (Kepelbagaian Kaedah dan Teknik)

 KB : Menganalisis, Menghubung kait, menjana idea


 KP : Verbal linguistik, interpersonal, Muzik

 Pembelajaran Kolaboratif, pembelajaran konstruktivisme, Teknik soal jawab, Teknik sumbang


saran, Teknik Latih tubi.

Bahan Bantu Mengajar :

Bil. Perkara Jumlah

1 Teks petikan 1

2 Kad manila 2

4 Pembesar suara 1

5 LCD dan Komputer riba 1

6 Lembaran Kerja 9

7 Flash Cards 9

8 Kad pelekat dan sampul kepingan gambar 3

Pengetahuan Sedia Ada:

Murid pernah menanam tanaman hidroponik sempena program menjaga alam sekitar peringkat
sekolah sebelum ini.
Aktiviti Pengajaran dan
Langkah / Masa Isi Pelajaran Catatan
Pembelajaran

PENGURUSAN  Kebersihan kelas  Murid memastikan kelas Peralatan yang

BILIK DARJAH  Persediaan murid bersih dan mereka bersedia sesuai

(2 minit) untuk belajar untuk belajar.

Melengkapkan Mencantumkan kepingan BBM


poster alam sekitar. gambar menjadi poster yang -kad
lengkap. -sampul kepingan
1. Guru mengedarkan kad dan gambar.
sampul kepingan gambar
kepada murid. KB
2. Secara berpasangan murid Menghubung kait
diminta untuk melekat
kepingan gambar tersebut KP
menjadi poster yang lengkap. interpesonal
3. Murid diminta untuk baca
slogan yang ada pada poster Teknik
FASA tersebut. Teknik Soal
PERSEDIAAN 4. Guru mengemukakan Jawab
(5 minit) beberapa soalan mengenai
poster. Strategi :
5. Murid dipilih secara rawak Berpusatkan
untuk menjawab soalan guru. murid
-Selamatkan Bumi Kita 6. Guru mengaitkan jawapan
-Memulihara Alam murid dengan isi pelajaran. Nilai
Sekitar Kasih sayang.
Tanggungjawab Kita
Bersama.
- Hargai Alam Kita.
Contoh soalan :
1. Apakah anda
faham melalui
poster ini?
2. Bagaimana kita
boleh menjaga
alam sekitar ?

Jangkaan Jawapan:
1. Poster Sayangi
alam sekitar.
2. Aktiviti menjaga
alam sekitar.
FASA IMAGINASI Membaca, memahami Teknik perbincangan. KB
(15 minit) dan memindahkan 1. Guru meminta murid Menghubung kait
maklumat dalam membaca petikan secara Menganalisis
bentuk peta I- think. mentalis.
( Petikan Rujuk 2. Guru dan murid sama-sama BBM
Lampiran ) baca petikan yang bertajuk Teks petikan
“Sayangi Bumi Kita”. Komputer riba
3. Guru memastikan murid LCD
memahami petikan.
4. Murid akan dipilih secara Teknik
rawak untuk membaca dan Perbincangan,

( Maklumat akan ditulis melengkapi peta i-think di

dalam bentuk peta i- hadapan kelas. Pembelajaran

think menggunakan 5. Guru dan murid sama-sama kolaboratif

flash cards. ) akan bincang dan


melengkapkan peta I- think. KP
6. Guru menjadi pembimbing Interpersonal
dan memastikan murid
memindahkan maklumat Nilai
yang betul dalam bentuk Berani
Flash card grafik.

FASA Membaca dan Membaca dan membezakan Teknik


PERKEMBANGAN membezakan maklumat berdasarkan Sumbang saran
(18 minit) maklumat gambar.
berdasarkan gambar. Pembelajaran
1. Murid diminta membaca konstruktivisme
( Power Point Kitar maklumat tentang kitar semula
Semula) yang terpapar dalam bentuk
power point.
(Rujuk Lampiran )
(a) Bahan-bahan yang 2.Guru menjadi pembimbing dan KB
boleh dikitar semula. memastikan murid memahami -Menjana
maklumat yang dibaca. idea
3. Guru membahagikan murid - membezakan
kepada dua kumpulan. maklumat
4. Setiap kumpulan akan diberi
kad manila yang berlainan tajuk :-
(a) Bahan-bahan yang boleh
dikitar semula. BBM
(b) Bahan-bahan yang tidak Power point
boleh dikitar semula. Kertas mahjong
5. Wakil daripada setiap
kumpulan akan mengambil satu
gambar dan frasa yang berkaitan Nilai
dengan tajuk kumpulannya. Bekerjasama
6. Setiap murid akan bergilir Berdikari
(b) Bahan-bahan yang untuk dapatkan gambar dan frasa
tidak boleh dikitar daripada gurunya.
semula 7. Murid akan melekat gambar
dan frasa pada kad manila yang
disediakan.
8. Setiap kumpulan akan bentang
hasil kerja di hadapan kelas
mengikut kumpulan.
9.Guru menjadi pembimbing, dan
membetulkan kesalahan murid.
10.Peneguhan positif akan
diberikan kepada murid yang
jawab dengan betul.
FASA TINDAKAN Pengukuhan Teknik Latih tubi Teknik
(15 minit) 1.Guru mengedarkan lembaran Latih tubi
Membaca petikan dan kerja kepada setiap murid.
Menulis isi-isi penting 2.Murid diminta membaca dan BBM
dalam peta i-think. menulis isi-isi penting dalam peta Lembaran kerja
i-think.
(petikan rujuk 3. Murid akan menulis jawapan
Lampiran ) dalam buku tulis. KB
Menganalisis
Pemulihan maklumat
4. Murid akan membaca soalan
Pengayaan dan dan memilih jawapan yang betul. Pembelajaran
Pemulihan 5.Guru akan menyemak jawapan konstruktivisme
murid dan membetulkan
Membaca soalan dan kesalahan murid. Nilai
memilih jawapan yang 6.Guru memberi peneguhan Bekerjasama
betul. positif dan pujian kepada murid
yang dapat jawab dengan betul.

Nyanyian ‘Lagu Teknik didik hibur KB


PENUTUP Jagalah Bumi’. -Merumus
(5 minit) 1.Murid diminta menonton video
“Lagu Jagalah Bumi’ dengan KP
iringan muzik. Muzikal
2. Guru mengingati semula murid Interpersonal
tentang tajuk yang dipelajari.
Kognitif : 3. Guru merumuskan isi Teknik didik
Rumusan isi pelajaran pelajaran. hibur

Sosial : Nilai Murni


-nyanyian lagu,pujian, -Sayangi Alam
dan peneguhan positif. Sekitar
-Menghargai
-Bersyukur
"Kesan Pencemaran Alam Sekitar"

Alam sekitar kita semakin tercemar. Pencemaran ini telah mendatangkan kesan buruk
kepada hidupan sama ada manusia, haiwan atau tumbuhan.

Kini, kilang dibuka bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Ada antara kilang-kilang ini
membuang sisa toksik ke dalam sungai. Pembuangan sisa toksik ini menyebabkan air tercemar
dan berbahaya kepada manusia. Semua hidupan akuatik akan mati. Oleh itu, sumber
pendapatan nelayan akan terjejas.

Pengeluaran asap kilang dan kenderaan turut mencemar udara. Karbon monoksida yang
dilepaskan akan mengawang di udara dan mengancam kesihatan manusia. Pelbagai penyakit
berbahaya seperti asma, penyakit kulit dan penyakit mata boleh dihadapi manusia akibat
pencemaran udara ini.

Penebangan hutan yang berleluasa pula akan mengakibatkan hakisan. Hal ini akan memberi
kesan buruk kepada alam dan manusia kerana banjir dan tanah runtuh akan berlaku. Haiwan
pula kehilangan habitatnya manakala flora turut musnah.

Bunyi bising dari kilang-kilang, kenderaan dan tapak pembinaan pula menyebabkan
berlakunya pencemaran bunyi. Kebisingan ini mengganggu emosi manusia. Selain itu, kita tidak
dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti yang dilakukan.

Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar akan menjejaskan kehidupan kita. Penglibatan


semua pihak amat diharapkan agar langkah drastik diambil untuk mengatasi pencemaran ini.
Pihak berkusa pula perlulah mengambil tindakan yang tegas terhadap sesiapa sahaja yang
mencemarkan alam sekitar.
Sayangi Bumi Kita

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar SJK (T) Taman Indah,
guru-guru dan rakan-rakan. Selamat sejahtera.Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan
terima kasih kerana memberikan peluang kepada saya untuk menyampaikan syarahan pada
hari ini.

Hadirin yang saya hormati,

Tajuk syarahan saya ialah “ Sayangi Bumi Kita”. Bumi merupakan tempat tinggal kita. Oleh
itu, kita perlu menjaga dan menyayanginya. Kita hendaklah menyayangi bumi dengan menanam
pokok. Pokok dapat menghijaukan bumi kita.

Selain tu, kita patut mengamalkan sikap suka akan kebersihan. Mengapakah kebanyakan
orang suka membuang sampah di merata-rata tempat ? Sepatutnya, kita hendaklah membuang
sampah ke dalam tong sampah. Amalan ini akan dapat menjadikan bumi kita bersih.

Seterusnya, pokok semakin berkurangan akibat ditebang. Penebangan pokok dapat


dikurangkan dengan menggunakan kertas yang dikitar semula. Melalui cara tersebut, kita
dapat menyelamatkan bumi.

Sebagai kesimpulan, kita hendaklah sentiasa menyayangi bumi. Amalan ini dapat
menyelamatkan bumi kita.

Sekian, terima kasih.