Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
(PPU 2052)
~ LAPORAN SYARIKAT ~
DISEDIAKAN OLEH :
BIL NAMA NO. MATRIK
KUMPULAN :I
1.0 PENGENALAN
1
Green C Enterprise merupakan syarikat yang telah kami pilih untuk menjalankan
lawatan syarikat bagi menghasilkan laporan sebagai latihan dan langkah awal untuk penghasilan
rancangan perniagaan yang akan dihasilkan oleh kumpulan kami nanti. Green C Enterprise atau
nama komersialnya Restoran Green C dipilih kerana kami merancang untuk memasarkan atau
menjual barangan berasaskan minuman dan makanan pada latihan berniaga kami. Selain itu,
kami melihat Restoran Green C merupakan antara restoran yang masih lagi dibuka di kawasan
Taman Bahtera Baru sedangkan banyak kedai yang menjadi persaingan telah menggulung
perniagaan mereka. Di samping itu, kami ingin melihat lebih dekat cara pemasaran, promosi,
kewangan dan lain-lain yang berkaitan dengan Restoran Green C. Lebih-lebih lagi, Restoran
Green C terkenal dengan jualan ‘Ice blanded’ yang istimewa berbanding dengan restoran-
restoran lain yang turut menjualnya selain bertepatan dengan barangan yang hendak kami
niagakan. Oleh itu, kami dapat merasakan dan melihat dengan mata sendiri cara ‘Ice blanded’
diproses dan dihidangkan kepada pelanggan. Selain itu, kami juga dapat melihat cara restoran ini
beroperasi secara keseluruhan. Hasil daripada lawatan ke restoran ini sedikit sebanyak membantu
kumpulan kami untuk menghasilkan rancangan perniagaan kami nanti.
2
Restoran Green C terletak di kawasan yang strategik dimana kawasan yang dipilih
ialah kawasan yang menjadi tumpuan ramai terutamanya pelajar-pelajar Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Terletak berhampiran dengan Kolej Harun Aminurrashid
(KHAR) dan Kolej Ungku Omar (KUO), restoran ini menerima lebih daripada 100 orang
pelanggan setiap hari.
Menurut pemilik syarikat ini, alamat yang telah didaftarkan di SSM ialah
No 24 G,Jalan Bahtera 3
3
RAJAH 1.2 : Encik Mohd Afifi Bin Mohd Nahrowei
Restoran Green C merupakan milikan tunggal yang hanya dikelola oleh seorang
pemilik syarikat iaitu Encik Mohd Afifi bin Mohd Nahrowei. Anak muda yang telah
dilahirkan di Sabah ini bertekad untuk berhijrah ke semenanjung untuk membuka
perniagaan sendiri. Baru sahaja mencecah umur 22 tahun namun semangat kentalnya
menyebabkan impian untuk menubuhkan sebuah restoran telah tercapai. Modal
permulaan sebanyak RM 45,000.00 menjadi titik mula untuk meneruskan perniagaan
berasaskan restoran untuk lebih maju di masa akan datang.
Syarikat ini tidak mempunyai sebarang carta organisasi kerana beroperasi secara
persendirian. Sudah menjadi kemestian pemilik restoran akan menjadi ketua kepada
seluruh kumpulan pekerja. Menekankan cara kerja yang santai, tidak nampak ada jurang
antara pekerja dan pemilik. Perhubungan yang dipupuk ialah semangat kekeluargaan
kerana antara pekerja yang ada ialah sahabat yang terdekat disamping mengimport
tukang masak dari Thailand. Mempunyai sembilan orang pekerja di bawah kelolaan
pemilik restoran ini. Tenaga pekerja ini terdiri daripada dua orang tukang masak yang
diimport khas daripada Thailand manakala seorang lagi pekerja ditugaskan untuk
membuat air. Selain itu, pelayan restoran terdiri daripada 3 orang dan 3 orang lagi
berkerja di bahagian dapur yang akan meliputi kerja membasuh pinggan, mengemas dan
lain-lain kerja di bahagian dapur. Pengambilan tenaga kerja adalah dengan cara temuduga
4
pekerja yang sesuai dengan tugas masing-masing disamping pengalaman bekerja yang
pernah dimiliki oleh setiap bakal pekerja restoran ini.
Antara misi yang telah diterapkan di restoran ini ialah cuba mengekalkan harga
yang berpatutan walaupun keadaan ekonomi yang tidak stabil di samping mencapai
segala kehendak para pelanggan. Restoran ini bekerja keras untuk merealisasikan misinya
dengan pelbagai cara untuk mengekalkan harga barangan dan meningkatkan kepuasan
pelanggan. Bagi mengekalkan harga, pemilik restoran ini memilih untuk berusaha
mencari pembekal yang dapat menyediakan barangan mentah dan kering dengan harga
yang konsisten dan murah. Mencapai kepuasan pelanggan dengan cara mengimport khas
pekerja Thailand untuk memasak untuk memastikan rasa makanan yang lain daripada
yang lain dan yang lebih penting ialah lazat. Selain itu, pengubahan susun atur restoran
5
yang lain daripada yang lain iaitu bertemakan santai menyebabkan pelanggan akan berasa
tenang untuk menikamati makanan di restoran ini.
Semua syarikat yang terdapat di mana-mana jua pun pasti mempunyai matlamat
dan mahukan pencapaian yang memberangsangkan. Antara visi yang ada pada restoran
ini ialah memberi satu ruang dan peluang kepada semua lapisan masyarakat tanpa
mengira pendapatan mereka untuk datang dan makan di restotan ini.
Selain itu, restoran ini juga menyediakan penambahan dari segi menu bagi
menyediakan variasi rasa kepada pelanggan. Oleh itu, pelanggan akan berasa puas dan
tidak bosan denga menu yang sama kerana sasaran pelanggan ialah pelajar. Pelajar tiada
masa untuk memasak justeru kedai makan merupakan sasaran yang utama untuk
menjamu selera.
Di samping itu, pemilik restoran ini juga ingin memastikan keadaan premis
sentiasa dalam keadaan yang bersih yang meliputi kebersihan premis, kebersihan
penyediaan makanan dan kebersihan pekerja. Keadaan yang bersih akan menyebabkan
pelanggan terus mengunjungi Restoran Green C ini di samping susun atur yang yang
sentiasa teratur dan kemas.
2.0 PERANCANGAN
Restoran Green C ini mula beroperasi pada pertengahan bulan Julai 2009 dan telah
beroperasi selama setahun setengah. Pada permulaannya perancangan penubuhan restoran ini
dibuat oleh Encik Afifi sendiri dan dibantu oleh ahli keluarga. Disebabkan minat Encik Afifi
yang mendalam dalam bidang perniagaan, akhirnya beliau Berjaya membuka restoran miliknya
6
sendiri. Setelah perniagaannya menampakkan hasil, beliau terus mengorak langkah untuk
memajukan perniagaannya. Beberapa perancangan jangka panjang dan jangka pendek telah
dibuat untuk memastikan perniagaannya terus maju pada masa akan datang.
Seterusnya, bagi perancangan jangka panjang pula, pemilik restoran ini ingin
menambah cawangan restorannya terutamanya di sekitar kawasan Tanjong Malim untuk
memenuhi kehendak pelanggan yang semakin meningkat. Selain itu, jika cawangan
restoran ditambah, operasi perniagaan akan dapat ditingkatkan seterusnya akan menjana
7
pendapatan yang lebih lumayan. Jika penambahan cawangan dilakukan, hal ini akan
dapat memberi keselesaan dan kemudahan kepada pelanggan tetap Restoran Green C
yang tinggal agak jauh dari restoran ini untuk menjamu selera. Pemilik restoran ini turut
mempunyai perancangan untuk memperluaskan perniagaannya ke serata negeri. Bagi
beliau, jika sesuatu usaha dilakukan dengan bersungguh-sungguh, tidak mustahil
impiannya akan tercapai suatu hari nanti. Dalam usia yang muda, Encik Afifi sudah
berjaya mempunyai restorannya sendiri,tidak mustahil suatu hari nanti beliau akan
menjadi usahawan yang terkenal.
Selain itu, perancangan jangka panjang restoran ini adalah untuk memperoleh
modal yang banyak bagi mengukuhkan kewangan mereka. Hal ini kerana, selama
restoran ini beroperasi, pemilik restoran hanya menggunakan modal keluarga sahaja
tanpa mendapat modal daripada badan-badan lain sama ada badan kerajaan atau badan
swasta. Dengan bantuan kewangan ini sudah tentulah Encik Afifi akan dapat
merealisasikan keinginannya untuk memperbesarkan dan nenambah cawangan
restorannya disamping mempelbagaikan keluaran produk makanan di restorannya. Hal ini
juga akan dapat memberi peluang kepada kaum bumiputera seperti En.Afifi untuk terus
maju dalam bidang perniagaan yang diceburinya. Jika Encik Afifi berjaya membuka
cawangan baru bagi restorannya, sudah tentulah beliau akan dapat menawarkan peluang
pekerjaan kepada anak-anak muda yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang
masakan untuk bekerja.
8
3.0 REKA BENTUK DALAMAN DAN LUARAN RESTORAN GREEN C
Setiap pemilik restoran sudah pasti inginkan perubahan dalam mereka bentuk premis
mereka sama ada reka bentuk dalaman mahupun luaran. Begitu juga dengan Restoran Green C
yang mempunyai reka bentuk dan susunan yang berbeza untuk menarik perhatian para
pelanggan. Banyak idea-idea baru diaplikasikan untuk mereka bentuk restoran ini dan ternyata
restoran ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar UPSI terutama mereka
yang tinggal berhampiran Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) dan Kolej Ungku Omar (KUO).
Walaupun reka bentuk restoran ini kelihatan begitu sederhana,namun restoran ini masih lagi
mempunyai keunikannya yang tersendiri.
Papan tanda merupakan satu faktor yang sangat penting dalam sesebuah
perniagaan. Untuk meningkatkan keberkesanan fungsi papan tanda itu Restoran Green C
telah menggunakan warna asas pada papan tanda Restoran Green C seperti hijau dan
merah, ini menjadikannya lebih menarik dan mempunyai daya tarikan. Selain itu, papan
tanda yang digunakan juga jelas dan terletak di bahagian atas muka hadapan premis.
Restoran Green C menggunakan konsep yang santai. Hal ini jelas dapat
dilihat melalui reka bentuk dalaman kedai yang begitu menarik. Di setiap sudut-
sudut dinding dihiasi dengan pelbagai bingkai gambar yang tidak hanya tertumpu
kepada satu tema sahaja. Misalnya, terdapat bingkai ayat-ayat suci Al-Quran,
bingkai gambar dan bunga-bungaan. Dengan adanya koleksi bingkai gambar
ini,maka pelanggan yang datang tidak hanya melihat dinding –dinding kosong
sahaja, bahkan mereka juga dapat melihat hiasan-hiasan yang terdapat di
sekeliling dinding.
Rajah 3.1 : Bingkai ayat suci Al-Quran yang terdapat di Restoran Green C
11
Rajah 3.2 : Bingkai gambar dan bunga-bungaan yang terdapat di restoran ini
12
Warna yang dipilih di sesebuah premis memainkan peranan yang penting
dalam menarik perhatian pelanggan. Justeru itu, warna yang digunakan sebagai
warna latar restoran ini ialah warna hijau muda bersesuaian dengan konsep yang
diketengahkan iaitu santai. Pelanggan dapat merehatkan minda dengan melihat
warna hijau ini di samping susun atur yang selesa di dalam restoran ini. Restoran
ini boleh memuatkan 50 orang pada satu-satu masa sama ada di dalam restoran
mahupun di bahagian luar restoran. Meja makan yang digunakan juga bukanlah
meja makan mudah lipat seperti kebanyakkan kedai tetapi pemilik restoran ini
menggunakan meja makan yang diperbuat daripada kayu jati dan kebanyakkan
perabot di restoran ini dibeli di Pekan Tanjung Malim.
13
Rajah 3.4: Tempat pembayaran
Restoran ini juga turut dihiasi dengan pelbagai hiasan dalaman lain seperti
tumbuhan hajau yang mana ia bersesuaian dengan warna tema restoran ini iaitu
hijau. Bunga-bungaan juga turut digunakan dan dihias dengan menarik bagi
menarik minat pelanggan terutamanya pelanggan wanita. Kreativiti pemilik
restoran ini menghias premis mereka menjadi tarikan utama kepada pengunjung
kerana tidak semua restoran yang berada berhampiran Restoran Green C
mempunyai ruang hiasan kecil seperti ini.
14
Rajah 3.6 : Ruang hiasan bunga-bungaan
15
seperti coklat, strawberi, mangga dan lain-lain. Dengan adanya ruang pamer yang
disediakan, ia mampu memudahkan pelanggan untuk memesan menu yang
disediakan.
Susun atur Restoran Green C menggunakan susun atur grid. Reka bentuk
ini sangat sesuia untuk Restoran Green C kerana ia begitu menarik, kemas dan
teratur. Restoran Green C begitu mementingkan keselesaan pelanggan kerana
dapat memudahkan pelanggan bergerak bebas dan juga mampu menjimatkan
ruang.
16
Rajah 3.8: Gambar rajah susun atur premis perniagaan
Pada masa akan datang, untuk menjadikan restoran ini menjadi lebih
menarik, pemilik restoran boleh menghias ruang-ruang kosong yang terdapat pada
dinding restoran dengan pelbagai hiasan yang tidak hanya tertumpu kepada hiasan
bingkai-bingkai gambar sahaja, malah sesuatu yang baru dan berwarna-warni.
Contohnya pemilik restoran boleh meletakkan peta-peta seperti peta dunia dan peta
Malaysia di bahagian dinding. Pemilik juga boleh meletakkan gambar berunsurkan
alam yang bertepatan dengan konsep yang cuba diketengahkan. Dalam pada masa
yang sama, pemilik restoran juga boleh meletakkan gambar-gambar kejayaannya
dalam mengusahakan perniagaan restoran.
Promosi dalam sesebuah restoran memainkan peranan yang amat penting dalam
memperkenalkan sesebuah restoran kepada masyarakat. Ia mudah diukur keberkesanannya
dan ini membantu perniagaan dalam menjayakan matlamat sesuatu perniagaan. Ia merupakan
intensif jangka pendek bagi meningkatkan jualan ke atas sesuatu keluaran dan perkhidmatan.
Restoran Green C menyediakan pelbagai jenis masakan ala Thailand dan masakan panas.
Makanan yang terdapat di Restoran Green C adalah berkonsepkan masakan ala Thailand.
Makanan laut atau lebih dikenali sebagai “sea food” juga boleh diperolehi dengan mudah
oleh pelanggan. Antara masakan laut yang boleh diperolehi oleh penggemar makanan ini
ialah sotong, ikan, ketam, kerang, dan udang.
Tanpa minuman sudah pasti makanan kita tidak akan menjadi lengkap. Sehubungan
dengan itu, pelbagai minuman panas dan sejuk dijual dan sudah pastinya “Ice blended”
mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan penggemar minuman sejuk. Antaranya
perasa buah kiwi, buah jambu batu, strawberi, mangga, laici, kelapa laut, durian belanda,
nanas, pala, limau, coklat, moka, cappuccino dan madu.
19
Selain itu, terdapat hidangan roti bakar dan burger turut boleh dibuat pesanan oleh
pelanggan.
Rajah 4.0 : Encik Afifi di hadapan gerai burger yang dijual di hadapan restorannya
20
NASI GORENG
PATAYA
Merupakan salah satu menu yang mendapat
sambutan yang menggalakkan terutamanya
daripada pelanggan cina yang amat
menggemarinya.
NASI GORENG
TOMYAM
21
NASI GORENG
LADNA
ICE BLANDED
SPECIAL
22
PROSES PEMBERSIHAN BARANGAN MENTAH
23
PROSES PENGHASILAN MAKANAN/MEMASAK
24
MEMASUKKAN SEMUA BAHAN “ICE BLANDED SPECIAL” KE DALAM
PENGISAR
25
“ICE BLANDED” YANG HAMPIR SIAP
SEDIA DIHIDANG
Perisa cappuccino
26
Bahan-bahannya :
2 ) 3 sudu susu
4 ) ½ cawan air
Cara-caranya :
1) Masukkan serbuk cappuccino, susu, serbuk koko dan air ke dalam pengisar yang
3) Setelah lumat, tuang “ice blanded” yang telah dikisar ke dalam cawan.
27
Pemilik restoran ini iaitu Encik Afifi telah mempromosi restoran beliau melalui
pengiklanan dan membuat publisiti menggunakan media elektronik iaitu menerusi laman
membolehkan maklumat terbaru tentang restorannya dapat disebar dengan pantas kepada
Pada masa yang sama, pemilik restoran ini telah menyebarkan edaran “flyers”
kepada penduduk sekitar terutamanya di kawasan KHAR, KUO, Taman Bahtera dan
pemberitahuan tentang kewujudan restoran ala Thai di Taman Bahtera Baru selain
pelanggan turut diambil berat dalam mencorakkan suasana restoran yang harmoni. Sikap
bermanis muka antara pelayan dengan pelanggannya telah menjadi piagam bagi setiap
28
Rajah 4.1 : Encik Afifi berbual bersama salah seorang pelanggannya mengenai
Strategi utama yang dijalankan untuk menarik lebih ramai pelanggan untuk
datang menjamu selera diRestorant Green C adalah mengambil tukang masak profesional
yang didatangi khas dari Thailand untuk menyediakan menu utama yang merupakan
makanan ala Thailand. Kewujudan tukang masak dari Thailand ini mampu menarik
perhatian pelanggan untuk datang ke restoran mereka kerana kelainan rasa makanan
yang wujud dengan adanya tukang masak yang professional dari Thailand. Hal ini dapat
memberi perbezaan kepada restoran ini berbanding dengan restoran yang lain. Hal ini
kerana pelanggan dapat merasai masakan daripada Thailand yang disediakan oleh tukang
masak dari Thailand walaupun berada di Malaysia. Kelainan yang dilakukan oleh pemilik
Promosi lain yang diberikan oleh pemilik restoran ini kepada pelanggan setia
mereka yang rata-rata adalah golongan masyarakat yang datang dari Kelantan dan
Terengganu, pemberian budu secara percuma sebanyak 150 botol kepada pelanggan.
29
Selain itu, pemilik ini juga meletakkan beberapa botol budu di atas meja untuk dinikmati
pelanggan bersama-sama hidangan mereka. Hari pemberian budu ini ternyata dapat
menarik lebih ramai penggemar makanan ala Thailand seterusnya meningkatkan lagi
tidak hanya dilakukan melalui laman sesawang “Facebook” sahaja malah mereka
memandangkan setiap semester baru bermula, sudah pasti akan terdapat ramai
pelajar baru yang masih lagi tidak mengetahui tentang kewujudan restoran ini
masuk ke Taman Bahtera Baru. Hal ini dapat membolehkan orang ramai
berbangsa melayu, inisiatif untuk mempelbagaikan lagi menu sedia ada perlulah
diambil sebagai langkah memikat dan menarik hati pelanggan bukan melayu ke
dalam restoran ini. Masakan cina dan india misalnya boleh ditambah bagi menarik
sedia ada boleh diletakkan buah-buahan segar mengikut jenis perisa bagi menarik
blanded”. Buah-buahan sebenar juga boleh digantikan dengan serbuk perisa yang
sebenar sudah pasti akan memberikan rasa yang sebeanr dan berbeza dengan “Ice
5.1 KEKUATAN
31
Restoran 100% bumiputera ini memiliki kekuatan tersendiri kerana Restoran
Green C merupakan salah satu restoran yang menggunakan tenaga kerja dari negara
Thailand sehingga menyebabkan restoran ini dikenali oleh ramai pelanggan terutamanya
mereka yang menggemari masakan Thai. Restoran ini mempunyai kekuatan yang luar
biasa kerana sepanjang operasinya, restoran ini tidak pernah mengabaikan kesegaran
bahan mentah yang digunakan dalam masakan, apatah lagi mengubah resepi masakan
keluarannya. Hal ini kerana pelanggan sudah terbiasa dengan rasa makanan dan minuman
keluarannya yang asli dan lazat itu.
Kekuatan seterusnya dapat dilihat dari aspek harga bagi setiap menu yang
ditawarkan. Encik Afifi menawarkan harga makanan yang berpatutan di Restoran Green
C kerana sasaran pelanggannya ialah para pelajar. Harga masakan panas di Green C
adalah 10 peratus lebih rendah berbanding restoran lain. Misalnya harga sepinggan nasi
goreng pataya di restoran ini adalah RM 4.00 berbanding RM4.50 di restoran lain. Hal ini
menyebabkan para pelanggan lebih tertumpu di restorannya terutamanya pelajar .
5.2 KELEMAHAN
32
Malim, tetapi faktor kewangan yang masih tidak kukuh menyebabkan Restoran Green C
tidak dapat mengembangkan perniagaannya ke kawasan lain.
Kekurangan seterusnya adalah dari segi saingan. Saingan yang sengit daripada
restoran lain yang banyak terdapat di sekitarnya menyebabkan restoran ini terpaksa
membuat pelbagai strategi untuk menarik pelanggan datang ke restorannya. Di kawasan
restoran ini terdapat lebih daripada 5 restoran yang menjadi saingan kepada Restoran
Green C ini. Antaranya adalah seperti Restoran Easy, dan Restoran Syahira.
33
Restoran Easy
Kelemahan Restoran Green C ini juga dapat dilihat dari segi keadaan tempat atau
tapak perniagaan yang kurang strategik. Lokasinya yang terletak jauh dari jalan besar
menyebabkan orang ramai yang melalui jalan besar jarang singgah ke restoran ini.
Keadaan inilah yang menyebabkan pelanggan yang berkunjung ke Restoran Green C
kebanyakannya merupakan pelajar yang tinggal berdekatan dengan restoran ini. Jika
lokasi restoran ini terlatak berdekatan dengan jalan besar, kemungkinan restoran ini akan
lebih maju berbanding sekarang.
5.3 Cadangan
pekerja, kerana bilangan pekerja yang sedia ada tidak cukup untuk melakukan
adalah terdiri daripada pekerja lelaki. Hanya tukang masak dari Thailand sahaja
34
makanan ke meja pelanggan. Dengan cara demikian, segala urusan kerja lebih
teratur dan kebanyakkan pelanggan yang datang tidak menunggu lama untuk
semasa waktu puncak iaitu sekitar jam 6.00 petang hingga 9.00 malam.
memilih lokasi yang lebih strategik berbanding dengan lokasi cawangan induk
yang terletak jauh dari jalan utama. Pemilihan lokasi yang strategik amat penting
kerana akan mempengaruhi jumlah pelanggan yang dating. Hal ini kerana, lokasi
yang terletak berhampiran dengan jalan utama, sudah pasti akan mudah dilihat
oleh orang ramai terutamanya penduduk dari kawasan lain. Kedudukan lokasi
perniagaan yang strategik juga secara tidak langsung akan dapat mengurangkan
6.0 KEWANGAN
Pada permulaan pembukaan restoran ini, menu yang disediakan adalah terhad dan sedikit
tetapi setelah mendapat sambutan menu restoran ditambah mengikut kehendak pelanggan. Menu
35
yang digunakan pada permulaannya tidak mempunyai banyak pilihan tetapi setelah pembaharuan
dibuat terdapat banyak pilihan baru seperti menu daging rusa black pepper dan ais blended.
Menu ini menjadi tarikan kepada pelanggan untuk memilih Restoran Green C sebagai lokasi
utama ketika hendak menjamu selera. Restoran Green C turut menyediakan perkhidmatan
katering untuk pelanggan yang berminat pada harga berpatutan.
36
LAMPIRAN A
BUTIRAN RM
ALIRAN TUNAI MASUK
Jualan
Kos barangan
Sewa RM 19 200.00
Bil Utiliti
Pengangkutan RM 6 600.00
7.0 KESIMPULAN
37
telah lama berkecimpung dalam industri makanan namun restoran ini mampu bertahan sehingga
ke hari ini. Dengan mengekalkan keunikan rasanya, menu di Restoran Green C dihasilkan
dengan menggunakan bahan mentah yang segar selain menyediakan minuman istimewa iaitu
“Ice blanded special”.
Kegigihan Encik Afifi dan minat yang mendalam dalam bidang perniagaan tercetus
apabila mendapati kurangnya restoran yang menawarkan masakan ala Thai sedangkan rata-rata
penduduk di sekitar Taman Bahtera Baru berasal dari Kelantan dan Terengganu. Selain itu,
beliau ingin membuka perniagaan berasaskan makanan disebabkan harga yang ditawarkan di
restoran lain adalah tinggi sedangkan kebanyakkan pelanggan restoran di kawasan tersebut
merupakan golongan pelajar. Dengan kegigihan yang ditonjolkan bukan sahaja mampu
memasarkan produk di sekitar Taman Bahtera Baru, malah telah berjaya mengorak langkah ke
hadapan dengan menyediakan perkhidmatan katering untuk majlis-majlis keramaian. Kini, beliau
mampu berbangga dengan perniagaan beliau dalam usia yang masih muda.
38
BERGAMBAR DI HADAPAN RESTORAN GREEN C
39
BERGAMBAR BER SAMA PEMILIK RESTORAN, EN.AFIFI BIN MOHD NAHROWEI
40
SIJIL AKUAN PENDAFTARAN PERNIAGAAN GREEN C ENTERPRISE
41
ANTARA MENU YANG DITAWARKAN
42
MENU ”ICE BLANDED” YANG TERDAPAT DI RESTORAN GREEN C
43