Anda di halaman 1dari 1

cara menghapuskan cicak yang boleh anda cuba;

TIPS (1)
MAKANAN CICAK IALAH SERANGGA. Lagi banyak serangga lagi banyak cicak. Sikit serangga
sikit cicak. Kalau nak hapuskan cicak, hapuskan serangga dulu. Cicak akan lari ke tempat lain
sebab tak ada rezeki dalam rumah kita. Kenapa ada serangga di rumah? Soalan ini juga boleh
dijawab senang oleh kita sendiri. Dari sampah, saki-baki makanan yang tidak dibersihkan, lantai
kotor, makanan mentah tidak ditutup rapi, sarang serangga, highway serangga seperti dahan
pokok dari pohon rimbun, tempat lembab dan sebagainya. Makanan favorite cicak ialah SEMUT,
ANAI-ANAI dan LIPAS.

TIPS (2)
Kalau nak hapuskan cicak, JAGA KERSIHAN RUMAH supaya serangga dapat dikurangkan.
Orang-orang yang beriman suka menjaga kebersihan.

TIPS (3)
Bahan apa yang cicak takut atau tak suka? Cicak tidak suka dengan campuran air dan lada
merah. Dia tak tahan pijau. Lari….!!! Cara-caranya adalah tumbuk 2 biji lada merah atau 4-5 cili
padi. Bancuh dengan air. Masukkan dalam Botol Spray. Spray kat tempat mana banyak semut
atau selalu nampak cicak duduk berdiskusi dalam group atau menyorok. JAUHI DARI KANAK-
KANAK. Jangan ter-spray mata sendiri atau terhidu air spray. BAHAYA. JANGAN LALAI.

TIPS (4)
Cicak tak suka dengan kulit telur ayam. Dia alergik dengan mineral kulit telor. Cara-caranya
adalah basuh dan keringkan dalam 2 atau 3 hari. Pecahkan kecil-kecil jadi saiz duit 5 sen atau
seposen. Lekatkan berapat-rapat pada kadbod dengan gam. Letak kat mana-mana yang nak
elak cicak berkunjung. JAUHI DARI KANAK-KANAK. Kulit telur jika termakan boleh tercekik.
BAHAYA. JANGAN LALAI.

TIPS (5)
Cicak tak suka pada serbok borik acid. Dia mati tergolek kalau degil dan lalu jugak. Caranya
dengan menjaga kebersihan halaman rumah juga boleh mengurangkan cicak dari masuk ke
dalam rumah. Laluan terbaik cicak-cicak ini ialah melompat dari daun ke atas bumbung dan
seterusnya melalui tingkap atau bawah pintu balconi. Cicak suka menyorok di bawah daun dan
pada dahan-dahan pokok. Perlu pendekkan rumput, daun-daun, dahan-dahan pokok. Selepas
menebas, taburkan serbok borik acid di kawasan yang rimbun menghala ke rumah. JAUHI DARI
KANAK-KANAK. BAHAYA. JANGAN LALAI.

TIPS (6)
Cicak takut dengan kucing. Kucing biasanya bermain-main dengan cicak dan menjadi makanan
side-dishnya. Tapi kalau larat jaga kucing takpalah. AMARAN : Pastikan kucing selalu bersih dari
kutu. Kutu boleh beranak-penak sekejap sahaja setelah hisap darah. Jika kutu kucing tersebut
berasal dari kutu anjing, lagilah risiko tinggi menjadi sarang kutu di dalam rumah. PENAT
berminggu-minggu nak hapuskan kutu pulak. Sendiri fikir dan buat keputusan.

Kurang dan banyaknya cicak di rumah berkait rapat dengan kurang atau banyaknya
serangga di rumah. Kurang atau banyaknya serangga di rumah, berkait rapat dengan
sikap penghuni terhadap kebersihan rumah dan halamannya.

Akhir kata, semoga tips-tips serta cara menghapuskan cicak ini berkesan untuk anda
dan silalah mencubanya di rumah masing-masing. Jika tak cuba kita tak akan tahu
samaada cara-cara tersebut berkesan atau pun tidak.

Anda mungkin juga menyukai