MAJLIS
16 / 2 / 2019
Kota Tinggi, Tuan Haji Hanizam Bin Md Ali. Yang saya hormati, Ketua Felo Kolej
Kediaman KVKT, Encik Azmi Bin Mohd Salleh, felo, pembantu felo, staf kolej serta
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
kurniaNya kita dapat bertemu dan bersua muka dalam Majlis Penutup Minggu
Orientasi Tahun 1 bersama pelatih-pelatih baharu Kolej Kediaman KVKT ini. Saya
terima kasih kepada jawatankuasa pengelola yang telah berusaha dan berganding
Asrama merupakan tempat tinggal kedua bagi anda. Oleh itu, hargailah
asrama anda seperti menjaga kebersihan persekitaran kolej, mematuhi peraturan-
peraturan asrama, dan memberi kerjasama kepada warden-warden dan staf kolej
yang sedia membantu sekiranya anda berhadapan sebarang masalah, anda boleh
berjumpa dengan mereka. Seperti motto asrama yang berbunyi, ‘Asramaku
Syurgaku”, jadikan kolej kediaman anda sebagai tempat yang selesa dan selamat
untuk didiami.
Selain itu, kami juga amat menggalakkan anda terlibat dalam aktiviti-aktiviti
yang diadakan oleh pihak asrama supaya masa anda di sini dapat dimanfaatkan
dengan sepenuhnya. Pelajar perlulah seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan
intelek. Adanya badan yang sihat, kita dapat mempunyai tubuh badan yang sihat dan
bersemangat untuk belajar. “Badan cergas, otak cerdas”.
Tahniah sekali lagi kepada anda semua kerana telah berjaya terpilih untuk
menjadi penghuni Kolej Vokasional Kota Tinggi dan diharapkan supaya anda terus
bersemangat dan gemilang sepanjang sesi pembelajaran di sini. Jadikanlah setiap
masa yang ada di kolej untuk menambah ilmu semaksimum mungkin termasuk
melengkapkan diri dengan kemahiran insaniah agar anda bergraduat sebagai
graduan yang cemerlang.