Anda di halaman 1dari 2

Hanna Cecelia Anak Ragie

Bilangan Jurnal : Kelapan

Minggu Praktikum : Minggu lapan

Tarikh : 21 Ogos sehingga 25 Ogos 2017

Tajuk Jurnal : Perlaksanaan aktiviti luar bilik darjah

Masalah:

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran luar bilik darjah biasanya menarik minat murid
di mana murid berasa lebih bebas dan menjadikan persekitaran sebagai sebahagian
daripada sesi pengajran dan pembelajaran. Namun aktiviti luar bilik darjah yang melibatkan
murid yang ramai kadang kala sukar untuk dikawal dan murid mudah untuk hilang fokus
kerana banyak perkara yang akan mengganggu tumpuan mereka terutamanya apabila
sekolah adalah laluan kapal terbang. Pada sesi pengajaran yang lalu, kelas 5A telah dibawa
ke luar bilik darjah untuk memenuhi objektif pembelajran yang memerlukan murid
melakukan etika menaikkan dan menurunkan bendera dengan cara yang betul. Maka murid
telah dibawa ke tapak perhimpunan di mana murid perlu mendemonstrasi cara menaikkan
dan menurunkan bendera dengan betul. Namun, masalah muncul apabila murid sukar untuk
fokus dengan apa yang rakan mereka lakukan dan tidak dapat mencapai objektif yang
dikehendaki. Murid juga mengambil masa untuk bergerak dari kelas ke tapak perhimpunan
menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran terganggu. Masalah ini sedikit sebanyak
menyumbang kepada permasalahan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah. Keadaan cuaca yang panas menjadika murid kurang selesa dan tidak berminat
untuk belajar.

Analisis Masalah

Maka saya telah mengesan beberapa faktor yang menyumbang kepada berlakunya
masalah tersebut:

1. Arahan guru yang kurang jelas sebelum ke luar bilik darjah.


2. Keadaan persekitan luar bilik darjah.
3. Keadaan cuaca

Cadangan Penambahbaikan

Bagi memastikan murid memahami apa yang perlu dipelajari dan dilakukan
terutamanya ketika melakukan pengajaran dan pembelajaran luar bilik darjah, guru perlu
Hanna Cecelia Anak Ragie

memberitahu arahan yang jelas kepada para murid. Perkara ini penting dalam memastikan
murid tahu apa yang bakal mereka lakukan ketika mereka bergerak ke luar bilik darjah dan
mereka dalam keadaan terkawal. Kerja kumpulan adalah lebih mudah dlaksanakan di luar
bilik darjah dan menjadikan sesi pengajaran lebih seronok. Keadaan dan tempat
perlaksanaan aktiviti dilihat sebagai salah satu faktor yang menjadikan murid berminat atau
kurang berminat dengan sesi pengajaran yang dilaksanakan. Tempat yang dipilih hendaklah
sesuai dengan keadaan cuaca di mana murid akan kurang berasa seronok untuk belajar di
bawah keadaan yang tidak selesa.

Diemak oleh guru pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Anda mungkin juga menyukai