Anda di halaman 1dari 2

Hanna Cecelia Anak Ragie

Bilangan Jurnal : Kesepuluh

Minggu Praktikum : Minggu Kesepuluh

Tarikh : 5 September sehingga 8 September 2017

Tajuk Jurnal : Perlaksanaan aktiviti kelas 5A

Masalah:

Murid-murid kelas 5A terdiri daripada murid yang mempunyai prestasi pencapaian


yang tinggi dan sederhana. Mereka kadang kala mempunyai pengetahuan yang agak luas
dari segi isu semasa terutamanya dalam isu sukan kerana mereka lebih mudah terdedah
dengan media sosial. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, beberapa aktiviti telah
dilaksanakan seperti mencari sampul, mengenal pasti nama negara berdasarkan bendera
dan silang kata. Namun murid hanya mengambil masa yang singkat untuk menyelesaikan
aktiviti yang dikehendaki di mana mereka mempunyai pengetahuan asas dalam kewujudan
negara-negara di Asia Tenggara kerana Sukan Sea yang baru berlansung pada beberapa
hari yang lepas. Hal ini menyebabkan murid dapat melaksanakan sesuatu aktiviti dengan
lebih cepat dan pada hujung sesi pengajaran dan pembelajaran murid tidak mempunyai
aktiviti untuk dilakukan lagi. Maka murid akan berasa cepat bosan dengan sesi pengajaran
pada hari tersebut dan berakhir dengan hanya sesi soal jawab. Namun kadang kala murid
sering mengambil masa yang lama untuk melaksanakan sesetangah aktiviti terutamanya
apabila aktiviti tersebut melibatkan menggunting dan melekatkan bahan yang diberikan bagi
melengkapkan sesuatu lembaran kerja. Aktiviti pula kebanyakan dilaksanakan dalam
kumpulan menyebabkan murid melaksanakan aktiviti lebih cepat.

Analisis Masalah

Maka saya telah mengesan beberapa faktor yang menyumbang kepada berlakunya
masalah tersebut:

1. Tahap prestasi murid yang tinggi dan aktiviti yang mudah.


2. Jumlah aktiviti yang sedikit.
3. Aktiviti kebanyakan dalam kumpulan

Cadangan Penambahbaikan

Bagi mengatasi masalah ini, aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat diperbanyak
dan ditambah bagi memastikan murid sentiasa mempunyai aktiviti. Walaupun murid kadang-
kadang lambat melakukan aktiviti tersebut namun guru perlu menyediakan aktiviti tambahan
bagi memastikan murid sentiasa mempunyai aktiviti dan tidak berasa bosan. Selain itu,
aktiviti yang dilakukan perlulah lebih sukar agar murid mengambil masa yang lebih lama
Hanna Cecelia Anak Ragie

bagi melengkapkan aktiviti yang diarahkan dan melibatkan soalan-soalan Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi dalam sesuatu lembaran kerja. Seterusnya, aktiviti boleh dilaksanakan secara
individu bagi sesuatu yang mudah untuk memastikan murid melaksanakan aktiviti secara
lebih efisyen dan dapat mencapai objektif pada sesi pengajaran tersebut.

Diemak oleh guru pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Anda mungkin juga menyukai