Anda di halaman 1dari 10

REKA BENTUK PERSEKITARAN

LANDSKAP

By _Hanizah Hamzah
Objektif Pembelajaran

1. Mengenali sejarah lanskap & kaitannya dengan ekosistem.


2. Mengenali jenis-jenis lanskap & perananya.
3. Memahami fungsi fizikal & estetik tumbuhan lanskap.
4. Mengenali elemen reka bentuk lanskap.
5. Mengaplikasi unsur seni dan prinsip rekaan dalam reka
bentuk lanskap.
6. Memahami proses mereka bentuk lanskap.
Landskap Lembut

Kesatuan Sejarah Landskap Keras


Penegasan
Proses
Jenis-Jenis Kejur
Kepelbagaian Mereka Bentuk
Lanskap
Imbangan Landskap
Turutan

Prinsip-Prinsip Reka Bentuk


Peranan &
Reka Bentuk Persekitaran
Fungsi
Persekitaran Landskap

Jenis-Jenis Ciri-Ciri Fizikal Tumbuhan


Jalinan Elemen Reka
Tumbuhan Fizikal
Bentuk Landskap
Landskap Tumbuhan Warna Estetik Tumbuhan

Bunga , Jalinan, Bentuk


Bentuk Menarik, Garisan
Saiz
Pengenalan
1. Landskap merupakan pemandangan yang boleh dilihat sama ada secara
semulajadi ataupun buatan manusia seperti tumbuh-tumbuhan, bukit-bukau,
gunung-ganang, tasik, bangunan dan sebagainya.
2.Bagi mengindahkan lagi lanskap dan agar ia dapat berfungsi sesuai
dengan keperluan manusia, maka unsur-unsur asli dan binaan seperti
tumbuh-tumbuhan, batu-batan, kolam, air terjun, gazebo, pergola dan lain-
lain digabung serta diolah mengikut cita rasa pemiliknya.
3.Landskap boleh dibahagikan kepada beberapa kategori yang merangkumi
landskap kediaman, komersial, institusi, pinggir jalan dan kemudahan awam.
4. Proses pelandskapan akan mewujudkan suasana selesa,
selamat dan seronok serta harmoni dengan alam semula jadi.
Ini akan terhasil dengan cara merancang, mereka bentuk,
melaksana dan mengurus lanskap tersebut.
5. Reka bentuk landskap melibatkan kerja-kerja merancang,
mentuk dan menyusun unsur-unsur landskap terdapat pada
sesuatu kawasan persekitaran mengikut keperluan berdasarkan
cita rasa, keperluan asas dan keselamatan dengan mengambil
kira faktor semula jadi, ekonomi, sosial dan kebudayaan.
Sejarah Landskap
1. Seni Landskap telah wujud semenjak Zaman Batu lagi. Ini berdasarkan
pertalian persefahaman sensitif yang wujud antara tumbuh-tumbuhan,
haiwan, manusia dan bumi yang telah melahirkan satu kongkongan oleh
hukum-hukum tertentu. Pihak yang melanggar hukum-hukum tersebut akan
menerima akibatnya.
2. Pertalian persefahaman ini dikenali ekosistem. Peranan landskap ini boleh
dilihat melalui cara manusia dahulu menjalankan kegiatan mereka. Sawah-
sawah padi diteres dan kota-kota dibina berharmoni dengan topografi.
Mereka mengganggap landskap sebagai satu sumber penting yang perlu
dipelihara dengan baik.
3. Pada zaman dahulu, seni landskap wujud di kalangan orang
kaya kerana hanya mereka sahaja yang mampu mengadakan
taman-taman yang indah. Biasanya, taman-taman agung
dibina oleh raja, pembesar atau saudagar dan hanya dapat
dinikmati oleh golongan yang bernasib baik sahaja.
4. Antara contoh landskap terkenal yang dihasilkan pada
tamadun zaman dahulu ialah Taman Bergantung Babylon.
Jenis-Jenis Landskap
Terdapat 2 jenis landskap iaitu
1. Landskap lembut ( softscape)
Landskap ini merangkumi penggunaan tumbuh-tumbuhan yang meliputi
pelbagai jenis pokok, tumbuhan renek dn tumbuhan tutup bumi.
2. Landskap keras atau kejur ( hardscape)
Landskap keras terdiri daripada unsur-unsur buatan manusia seperti
pergola, lampu taman, perabot taman, gazebo, laluan pejalan kaki dan
kolam buatan manusia.
Aktiviti Berkumpulan

Berdasarkan tayangan video. Mengapakah ia disusun


demikian? Senaraikan juga objek landskap keras dan objek
landskap lembut.