Anda di halaman 1dari 26

LUKISAN

Disediakan  oleh  :  Hanizah  Hamzah

1
Pengenalan  
1.  Lukisan  adalah  satu  bentuk  gambaran  di  atas  
permukaan  rata  yang  menggabungkan  garisan  dan  ton  
warna  


2.  Lukisan  sesuatu  objek  adalah  berdasarkan  pengamatan  
dan  kajian  teliti  yang  mengambil  kira  bentuk,  warna,  ton  
dan  tekstur  yang  ditimbulkan.


3.  Antara  pelukis-­‐pelukis  terkenal  ialah  Albrecht  Durer  dan  
Leonardo  da  Vinci  yang  menggabungkan  matematik  dan  
lukisan  dalam  kajian  figura  mereka,  Albrecht  Durer  dan  
Michelengelo  dikenali  kerana  keaslian,  kekuatan  dan  
kehalusan  garisan  dalam  hasil  karya  mereka.

2
Perbezaan  Lakaran  Lukisan  dan  Catan
1.  Lakaran  –  Lukisan  yang  merupakan  persembahan  atau  rakaman  
sebahagian  daripada  imej  atau  objek  dan  bersifat  spontan


2.  Lukisan  –  merupakan  proses  lanjutan  melibatkan  kerja  yang  
lebih  sistematik  menggunakan  jalinan,  ton,  cahaya,  ruang  dan  
komposisi.  


3.  Catan  –  merupakan  hasil  karya  2D  dengan  penggunaan  
pelbagai  teknik  dan  bahan  pewarna  seperti  cat  yang  memerlukan  
bahantara  air  dan  minyak.  


4.  Alatan  dan  bahan  lukisan  –  pensel,  pensel  warna,  arang,  
krayon,  pastel,  pen  dan  dakwat.  


3
Teknik  Melukis
1.  Teknik  garisan  
-­‐  Garisan  Silang  
-­‐  Garisan  Berombak  
-­‐  Garisan  Selari  
-­‐  Garisan  Menyilang  
-­‐  Garisan  Kontur  -­‐  https://www.youtube.com/watch?v=Eu9sUWLfGng  

2.  Teknik  Coreng  /    Conteng  https://www.youtube.com/watch?v=1lJLOo-­‐alN8  


3.  Teknik  Titik    
4.  Titik  Lorek  
5.  Teknik  Campuran

4
5
Perspektif  dalam  Lukisan
1. Perspektif  amat  panting  dalam  sesebuah  lukisan.  Ia  
menampilkan  perbezaan  dari  segi,  warna  dan  jalinan  
sesuatu  objek  apabila  ia  berada  jauh  dari  pandangan  
mata.  
2. Perspektif  lurus  bermakna  memastikan  sesuatu  objek  
dalam  lukisan  itu  besar  atau  kecil.  Perspektif  ialah  sistem  
untuk  memastikan  skala  atau  ukuran  objek  dari  pelbagai  
sudut  pandangan.  
3. Perspektif  lukisan  berada  antara  lukisan  gaya  bebas  
dengan  lukisan  teknikal.  Ia  mempamerkan  aspek  tiga  
dimensi  (3D)  objek  dari  sesebuah  sudut.
6
Garisan  Horizon
1. Garisan  horizon  dalam  sebuah  lukisan  perspektif  ialah  satu  garis  
mendatar  (horizontal)  yang  merentasi  gambar.  
2. Ia  selalu  berada  pada  paras  mata  dan  kedudukannya  bergantung  dari  
paras  mata  kita  memandang  sama  ada  dari  tempat  tinggi  atau  
memandang  sesuatu  dari  jarak  dekat.  
3. Jika,  berdiri,  aras  pandangan  mata  akan  turut  meninggi  dan  jika  kita  
duduk,  aras  pandangan  mata  akan  menjadi  rendah.  Begitu  juga  apabila  
kita  mendongak  atau  menundukkan  kepala,  ia  akan  mengubah  garisan  
horizon.  
4. Horizon  yang  sebenarnya  tidak  nampak  atau  nyata,  tetapi  kita  perlu  
menggunkan  garisan  horizon  untuk  melakar  gambar  dalam  perspektif.  
5. Garisan  horizon  juga  dikenali  sebagai  garisan  aras  mata  atau  garisan  kaki  
langit.  
6. Garisan  horizon  juga  dikenali  sebagai  garisan  aras  mata  atau  garisan  kaki  
langit.
7
8
Titik  lenyap
1. Semua  garisan  selari  yang  terdapat  di  
sekeliling  kita  seperti  garis  lurus  di  bahagian  
kiri  dan  kanan  jalan  raya  akan  bertemu  di  satu  
titik  yang  dipanggil  titik  lenyap.  
2. Titik  lenyap  ialah  sati  titik  yang  terletak  pada  
garis  horizon.  Titik  lenyak  (TL)  merupakan  titik  
di  mana  semua  garisan  yang  digunakan  untuk  
melukis  perspektif  bertemu.

9
10
11
Media  lukisan
• 1.  Pensel


1.  Dibuat  daripada  arang  dan  tanah  liat.  



2.  Jenis  keras  (H)  digunakan  untuk  melakar  
manakala  jenis  lembut  (B)  untuk  membuat  
lorekan  atau  ton.

3.  Kegelapan  pensel  ditentukan  oleh  gred  pensel,  
kelajuan  pensel  semasa  melukis  dan  tekanan  
pada  pensel.

12
`

Pensel  mempunyai  
pelbagai  saiz

Saiz  yang  berbeza  memberi   Contoh  lukisan  pensil


kesan  ton  yang  berbeza

13
Media  lukisan
• 2.  Arang


• 1.  Asalnya  merupakan  arang  batang  kayu  yang  terbakar.  


• 2.  Media  yang  tertua  sekali.  
• 3.  Kelebihan  arang  ialah  menghasilkan  kesan  gelap  yan  
maksimum,  lembut,  lebih  tepat  dan  tajam,  lorekan  yang  
pantas  dan  mampu  melukis  dalam  kawasan  yang  luas  
pada  masa  yang  singkat.  
• 4.  Teknik-­‐teknik  melukis  arang  ialah  teknik  gosokan,  
lorekan,  basah  dan  memadam.

14
Contoh  Media  Arang

Arang  yang  digunakan   Arang  juga  dibuat   Hasil  karya  lukisan  


untuk  melukis seakan-­‐akan  pensel   media  arang
bagi  memudahkan  
pengendalian
15
Media  lukisan
3.  Media  Pen  dan  ink

1.  Pelbagai  pen  yang  boleh  digunakan  untuk  
menghasilkan  lukisan  seperti,  pen  kaligrafi,  pen  
teknikal,  pen  marker  dan  sebagainya

2.  Pen-­‐pen  tersebut  memberi  kesan  lorekan  yang  
berbeza

3.  Pen  teknikal  memberi  kesan  yang  lebih  halus  
dan  terperinci

16
Contoh  Media  Pen  dan  ink

Pen  teknikal  beri  kesan  


halus  pada  lukisan

Pen  teknikal  mempunyai  


pelbaga  saiz lukisan  media  pen

17
Media  lukisan
• 4.  Media  Pastel  
• 1.  Terdapat  dua  jenis  pastel  iaitu,  oil  pastel  dan  
soft  pastel,  kedua-­‐duanya  memberi  kesan  
lorekkan  yang  berbeza.  
• 2.  Lukisan  menggunakan  pastel  handaklah  
dimatikan  menggunakan  fixer  atau  pemati  
warna  bagi  menghalang  dari  warna  tersebut  
tertanggal

18
Contoh  Media  Pastel


Kesan  lorekan  oil   Oil  pastel  memberi   Soft  pastel  -­‐  seperti  
pastel  dan  soft  pastel kesan  seperti  lilin   kapur,  dan  digunakan  
tetapi  lebih  lembut   untuk  menghasikan  
dari  krayon lukisan  potret

Lukisan  media  pastel

19
Asas  Sebelum  Melukis
1.  Memilih  teknik  melukis.  

2.  Memahami  perspektif  dan  pengaruh  ruang  serta  cara  penimbulan  tiga  
dimensi  ilusi.  Gunakan  tetingkap  fokus  untuk  lukisan  pemandangan.  

3.  Memilih  objek  untuk  dilukis.

4.  Menentukan  cahaya  dan  sudut  pandangan.  

5.  Membuat  Lakaran  objek.  

6.  Jenis  jenis  perspektif  ialah  perspektif  satu  titik  lenyap,  perspektif  dua  
titik  lenyap  dan  perspektif  tiga  titik  lenyap.  

7.  Tetingkap  Fokus

Merupakan  sekeping  kad  bod  yang  ditebuk  di  bahagian  tengah.  

Tujuannya  untuk  memfokus  sesuatu  objek  atau  benda.  

Memilih  sudut  yang  menarik  dan  indah.  

Digunakan  untuk  melukis  di  luar  studio.

20
21
22
Nisbah  Keemasan
1. Nisbah  kemasan  ialah  nombor  yang  tidak  mempunyai  nisbah.  
2. Manusia  pada  zaman  dahulu  menghadapi  kesukaran  untuk  
menjelaskan  nombor  yang  tidak  mempunyai  nisbah  ini.  Oleh  it,  ahli  
Matematik  menggunakan  panjang  segmen  untuk  menerangkannya.  
3. Untuk  mencari  nisbah  keemasan,  mereka  melukis  bahagian  keemasan  
garisan  atau  empat  segi  tepat  keemasan.  
4. Nisbah  keemasan  atau  bahagian  keemasan  dihuraikan  oleh  Eves,  
iaituseorang  ahli  Matematik  Greek  dahulu  kala  sebagai  “satu  poin  
untuk  membahagikan  segmen  garisan  kepada  bahagian  keemasan  
apabila  panjang  dua  segmen  terbentuk  adalah  min  perkadaran  antara  
kesemua  dengan  segmen  yang  lebih  pendek”.  Nisbah  antara  segmen  
panjang  dengan  segmen  pendek  ini  dipanggil  nisbah  keemasan.

23
5. Kebanyakan  buku  mengenai  lukisan  dan  catan  
mencadangkan  supaya  tidak  meletakkan  posisi  
objek  di  tengah-­‐tengah  gambar,  tetapi  
diletakkan  di  bahagian  tepi  sedikit  atau  lebih  
kurang  sepertiga  ruang  utama.  
6. Ini  boleh  dilakukan  berpandukan  garisan  yang  
membahagikan  lukisan  kepada  tiga  bahagian.  
Ia  bertujuan  menjadikan  reka  bentuk  gambar  
lebih  menarik  dipandang  dan  berpandukan  
idea  bahagian  keemasan  yang  dianggap  idea.

24
25
Pengetahuan  Asas
1.  Kemahiran  menggunakan  bahan  penting.  Cuba  
kenali  watak  dan  sifat  bahan  sebelum  melukis:

Pensel  H  adalah  jenis  keras  dan  B  adalah  jenis  lembut.  
Arang  untuk  memberi  kesan  ton  gelap  dan  legap.


2.  Mengetahui  asas-­‐asas  seni  reka  untuk  mewujudkan  
komposisi  yang  baik.


3.  Memahami  kesan  dan  pengaruh  cahaya  serta  
bayang  terhadap  sesuatu  bentuk.

26