Anda di halaman 1dari 14

Pemulihan Jawi

Jawi adalah sebahagian daripada komponen pendidikan Islam dan


mula dilaksanakan pada tahun 2003 dengan pendekatan pengajaran 2
waktu seminggu pada 6 bulan pertama di tahun satu. Laporan
pemantauan mengenainya mendapati penguasaan bacaan dan tulisan
Jawi perlu dibaiki lagi. Ini bermakna jawi dalam pendidikan
Islam semata- mata masih belum mencukupi dan berkesan. Oleh itu
pemulihan Jawi dalam j-QAF menjadi keutamaan khasnya kepada
murid tercicir supaya semua murid boleh menguasai Jawi setelah
diberi bimbingan secara berterusan.

Model Kelas Pemulihan Jawi

Model Pemulihan Jawi diperjelaskan di dalam Buku Panduan


Perlaksanaan Model kelas Pemulihan Jawi. Ia akan diajar oleh
guru khas pemulihan jawi dalam waktu yang sama dengan kelas jawi
biasa di semua sekolah dengan menggunakan modul pengajaran dan
pembelajaran (P&P) yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran.
Semua sekolah hendaklah menubuhkan Kelab Seni Tulisan Jawi dan
menjalankan aktiviti pengukuhan di peringkat sekolah dengan
menyediakan bahan-bahan bacaan tambahan yang bersesuaian serta
mempertingkatkan penggunaan kemudahan ICT sedia ada.

MODEL KELAS PEMULIHAN JAWI

Jawi adalah sebahagian daripada komponen pendidikan Islam dan


mula dilaksanakan pada tahun 2003 dengan pendekatan pengajaran 2
waktu seminggu pada 6 bulan pertama di tahun satu. Laporan
pemantauan mengenainya mendapati penguasaan bacaan dan tulisan
Jawi perlu dibaiki lagi. Ini bermakna jawi dalam pendidikan
Islam semata-mata masih belum mencukupi dan berkesan. Oleh itu
pemulihan Jawi dalam j-QAF menjadi keutamaan khasnya kepada
murid tercicir supaya semua murid boleh menguasai Jawi setelah
diberi bimbingan secara berterusan.

Model Kelas Pemulihan Jawi akan diajar oleh guru khas pemulihan
jawi dalam waktu yang sama dengan kelas jawi biasa di semua
sekolah dengan menggunakan modul pengajaran dan pembelajaran
(P&P) yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran. Semua sekolah
hendaklah menubuhkan Kelab Seni Tulisan Jawi dan menjalankan
aktiviti pengukuhan di peringkat sekolah dengan menyediakan
bahan-bahan bacaan tambahan yang bersesuaian serta
mempertingkatkan penggunaan kemudahan ICT sedia ada.

Kelas Pemulihan Jawi dijalankan serentak dengan waktu pengajaran


jawi murid-murid biasa. Dalam tempoh 6 bulan pertama tahun 1
jawi di ajar selama 2 waktu seminggu. Selepas itu ia di ajar
selama 1 waktu seminggu

Peranan Ibu Bapa

 Melalui pemerhatian juga didapati pelajar lemah dalam penguasaan


jawi disebabkan oleh faktor ibu bapa. Kesedaran ibu bapa dalam
membantu anak-anak mereka menguasai jawi adalah sangat kurang.
Tambahan pula, terdapat pelajar yang tidak pernah dihantar belajar
di sekolah agama oleh ibu bapa. Sebagai ibu bapa, mereka perlulah
menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama yang kebiasaannya
terdapat pada waktu petang sejak di peringkat rendah lagi. Ini
penting untuk menarik minat pelajar untuk mempelajari jawi dan untuk
memastikan pelajar mendapat kemahiran asas jawi daripada awal lagi.
Pelajar-pelajar yang dihantar ke sekolah agama, secara tidak
langsung akan lebih cekap dalam menguasai jawi apabila belajar di
sekolah

 .8.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Setelah membuat pemerhatian di atas permasalahan yang dihadapi oleh


pelajar, kamitelah menjalankan beberapa kaedah yang dianggap
bersesuaian untuk memastikan pelajar-pelajar mendapat menguasai jawi
dengan sebaik-baiknya

. 8.1.Kaedah flash card/carta.


Kaedah flash card ataupun dikenali juga sebagai carta adalah kaedah
dimana guru akan menunjukkan flash card/ carta yang mana mempunyai
tulisan jawi yang sangat jelas dan menarik. Setelah itu guru
tersebut akan menyebut satu persatu dan akan diikuti oleh pelajar
beramai-ramai dan juga secara individu. Flash card/ carta yang jelas
dan interaktif akan menarik minat pelajar untuk memberi tumpuan
terhadap apa yang diajar oleh guru.

8.2.Kaedah tekap.

Kaedah ini pula dilakukan dengan cara guru akan mengedarkan suku
kata tertutup yang mempunyai tulisan jawi kepada pelajar-pelajar.
Setelah itu, guru akan mengarahkan pelajar untuk menekap tulisan
guru tersebut. Pada masa yang sama, guru akan memegang tangan murid
untuk menekap tulisan jawi itu dengan cara yang betul. Manakala
pelajar pula akan mengikut kalimah itu berulang-ulang kali sehingga
tamat

.8.3.Tunjukcara

Kaedah ini adalah salah satu cara yang digunakan untuk meningkatkan
penguasaan pelajar dalam jawi. Teknik yang dilakukan adalah di mana,
guru akan mengajar pelajar menulis jawi di udara. Guru akan
menunjukan cara menulis jawi dengan cara yang betul di udara.
Setelah itu guru akan menyuruh pelajar-pelajar mengangkat tangan
sehingga ke paras bahu dan menggunakan jari telunjuk menulis huruf
itu di udara. Di samping itu, kami juga meminta pelajar menulis di
hadapan kelas secara bergilir-gilir.

8.4.Rakan bantu rakan (R&R)

Teknik pertama yang dilakukan dalam kaedah ini adalah dengan


mengenal pasti kebolehan pelajar-pelajar di dalam kelas. Pelajar
yang dikenal pasti mempunyai penguasaan jawi yang lebih baik akan
dilantik menjadi ketua. Dalam kaedah ini ketua yang dilantik akan
diberikan tugas. Tugas tersebut adalah memastikan arahan yang
disampaikan oleh guru difahami dan dikuasai sepenuhnya oleh anak
buah mereka. Sebagai seorang ketua, mestilah bertanggungjawab untuk
melaporkan prestasi dan hasil daripada setiap aktiviti yang
dijalankan yang mana merangkumi: a) Penggunaan buku Kaedah Cepat
Jawi 1 & 2. b) Penggunaan buku Kaedah Mudah Jawi c) Akhbar dalam
darjah - penggunaan akhabar Sisipan Jawi di dalam suratkhabar Utusan
Malaysia pada setipa hari Isnin. d) Powerpoint Jawi. e) Bahan-bahan
riso.

REFLEKSI PELAKSANAAN PEMBELAJARAN PEMULIHAN JAWI


Konsep kelas pemulihan jawi yang dlaksanakan di bawah j-Qaf
adalah satu alternatif yang harus diberi pujian kerana ia
adalah usaha murni untuk memartabatkan jawi seterusnya dapat
melahirkan insan yang berakhlak mulia. Ini adalah kerana
murid yang celik Jawi dapat menguasai pelajaran Agama dengan
lebih mudah. Pelaksanaan pemulihan Jawi sedikit sebanyak
dapat membantu murid yang lemah, dengan wujudnya kelas ini
dapat memberi peluang kepada guru untuk menumpukan perhatian
kepada proses pengajaran mereka walaubagamanapun pelaksanaan
pengajaran Jawi tidak dapat lari daripada kebaikan dan
kelemahannya.

Sepanjang tempoh saya mengajar atau bertindak sebagai guru


pemulihan Jawi terdapat kelebihannya dari segi proses P & P yang
lebih kepada permainan.Ini dapat menarik minat pelajar untuk
meneruskan pembelajaran. Terdapat pelbagai teknik yang boleh
dlaksanakan seperti yang telah diterangkan dibawah tajuk
kaedah pengajaran Jawi, namun masih ada kelemahan dari segi
pelaksanaan kerana mungkin di sekolah yang saya mengajar
terdapat ramai murid pemulihan kerana kelas kami digabungkan
iaitu dua dalam satu. Ini manyebabkan guru tidak dapat memberi
tumpuan yang lebih kepada mereka yang lemah. Alat-alat permainan
juga terhad, jadi tidak semua murid dapat mengambil bahagian
.Ini menimbulkan rasa tidak puas hati mereka. Selain daripada
itu peruntukan masa untuk pemulihan jawi hanya sejam seminggu,
pada pendapat saya ia tidak mencukupi kerana mereka perlu
diberi latihan yang banyak terutama dari segi penulisan.

Sebagai tindakan , sebagai guru pemulihan jawi, teknik yang


pelbagai perlu di aplikasikan agar proses p & p dapat
dilaksanakan dengan lebih berkesan. Guru juga tidak seharusnya
bergantung kepada ABM yang disediakn oleh jabatan sebaliknya
menggunakan kreativiti sendiri untuk mempelbagaikan teknik dan
strategi. Selain daripada itu kelas pemulihan Jawi memerlukan
ramai guru terutama bagi kelas yang mempunyai ramai murid
khasnya seperti sekolah kami yang menggabungkan dua kelas pada
satu masa. Bilangan murid yang ramai tidak membolehkan kami
mengenalpasti masalah murid dengan teliti serta tidak dapat
memberi bimbingan dan tunjuk ajar yang lebih efektif dan
berkesan.

PENUTUP
Alhamdulillah dengan keizinanNya tugasan ini dapat disiapkan.
Harapan saya(hamba Allah) semoga tugasan ini dapat memberi
sedikit panduan untuk pembelajaran jawi yang dijalankan di
sekolah. Dikesempatan ini juga saya ingin memohon kemaafan di
atas segala kekurangan dan cacat cela yang terdapat dalam folio
ini.–(hamba Allah, unknown forward e.mail

PENGAJARAN JAWI KEKUATAN DAN KELEMAHAN


KAEDAH PERMAINAN DAN NYANYIAN
1. Permainan adalah satu kaedah pengajaran yang akan dapat
mengembangkan daya kreativiti dan memupuk minat terhadap Jawi.
Penggunaan aktiviti permainan sebagai kaedah pengajaran dan
pembelajaran dalam dan luar bilik darjah adalah berlandaskan prinsip
‘ bermain sambil belajar ‘. Tidak dinafikan, pengajaran pemulihan
jawi akan menjadi lebih berkesan sekiranya dilaksanakan dengan
inovasi pembelajaran yang menggunakan kaedah permainan. Inovasi ini
memberi suntikan semangat untuk pelajar-pelajar mempelajari jawi
dengan lebih intensif dan menarik.

Contoh Pelaksanaan di dalam kelas

Tahun 1 Kreatif & 1 Inovatif

Bilangan
25 orang
Murid

Masa 60 minit

Membaca dan menulis suku kata terbuka daripada


tajuk
huruf ba dan ta

I. Murid boleh membaca suku kata terbuka


daripada hurufl ba dan taII. Murid boleh menulis
Objektif
huruf konsonan ba dan ta yang disambung dengan
huruf vokal alif, wa dan ya

Strategi Dari mudah kepada susah

Langkah 11.1 Guru memperkenalkan huruf dan


Cadangan bentuk-bentuk huruf(a) Menggunakan ‘mounting
aktiviti board’ (kad imbasan)(b) Membentuk huruf ba dan
ta dengan menggunakan plastesin1.2 Menyebut huruf
secara latih tubi, individu, jantina dan
kumpulan1.3 Guru memperkenalkan huruf vokal
alif, wau dan ya 1.4 Latih tubi membaca suku
kataLangkah 2Membina dan menulis perkataan
daripada suku kata yang telah dipelajari. Guru
juga boleh menggunakan teknik2.1 Tunjuk cara-
teknik yang digunakan oleh guru sewaktu
menjalankan pengajaran yang memerlukan pelajar
menguasai sesuatu kemahiran terlebih
dahulusebelum aktiviti sebenar dijalankanContoh:

‫ اب‬+ ‫ اوتاب = وت‬+‫ وبوبا = وب‬+‫وبوب = وب‬

2.1 Sumbangsaran-guru meminta murid merekacipta


perkataan daripada suku kata yang telah
dipelajariII.2Penyelesaian masalah- guru
menyediakan beberapa perkataan baru di dalam
tulisan rumi. Pelajar dikehendaki membuat
aplikasi berdasarkan kemahiran yang telah
dipelajari tadi.Langkah 3Bermain permainan
pancing ikan.Alatan: Objek ikan dikerat duaBatang
pancingKad suku kataPersediaanObjek ikan
diperbuat daripada polistrin atau kad
manilaLetakkan magnet pada ikan dan tali pancing

Cara permainan:
•Permainan dijalankan secara berkumpulan

•Pelajar dikehendaki mencantumkan kepala dan ekor


ikan bagi membentuk perkataan

•Kumpulan yang berjaya memancing dan menyusun


suku kata menjadi perkataan dengan pantas dikira
sebagai pemenang.

Menyanyi lagu vokal dan suku kata berdasarkan suku kata yang
dipelajari.

KEKUATAN
Guru tidak membelakangkan murid semasa proses PGuru dapat mengenal
dengan mudah kemampuan/kelemahan mereka.Melatih murid berinteraksi
dengan bebas sesama mereka.Penglibatan daripada semua murid.Murid
tidak merasa bosan atau jemu & P berjalan.
KELEMAHAN

Memerlukan peruntukan kewanganTidak semua tajuk mata pelajaran dapat


digunakan dalam kaedah ini.Sedikit membebankan guru menyediakan BBM.
Murid yang cergas sahaja dapat menerima pengajaran guru.

2.KAEDAH PANDANG SEBUT


KEKUATAN

Melahirkan kepimpinan muridMenambah minat membaca Al-Quran.Mengasah


potensi di kalangan murid-murid.Keyakinan diri pelajar semakin
bertambah.Murid berani mencuba.Semua murid terlibat.Mendapat
bimbingan secara langsung daripada guru.

KELEMAHAN

Murid yang lemah rasa rendah diri.Perancangan dan persediaan yang


teliti. Memerlukan guru yang mahir dalam kaedah ini.

3.KAEDAH LATIH TUBI


Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau
kecekapan yang dipelajari. Teknik ini dikenali juga dengan teknik
menghafaz.

KEKUATAN

Menambah minatMelahirkan sikap berani mencuba di kalangan murid-


murid.Penglibatan semua murid.Melahirkan sifat kepimpinan di
kalangan murid-murid.Mengasah potensi murid-murid.Keyakinan diri
murid bertambah.Mendapat bimbingan secara langsung daripada
guru.ayat atau mengingat fakta-fakta penting. Mencapai taraf
penguasaan kemahiran di samping menjamin kekekalannya. 

KELEMAHAN

Sebelum pengajaran dijalankan guru seharusnya membuat perancangan


dan persediaan yang teliti.Memerlukan guru yang mahir dalam
menjalankan kaedah ini semasa mengajar Murid tidak dapat
menghasilkan kretiviti sendiriMenghadkan kebebasan berfikir murid
4. KAEDAH IMLAK
Imlak (dictate) bermaksud pembacaan dengan suara yang lantang
sesuatu sumber (perkataan, frasa, ayat) untuk ditulis oleh orang
lain.Pengimlakan melibatkan dua kemahiran berbahasa iaitu kemahiran
mendengar dan kemahiran menulis secara mekanis. Menulis secara mekanis
dalam imlak ialah menyalin unit bahasa sama ada huruf, suku kata,
perkataan, ayat atau wacana.

KEKUATAN

Guru tidak membelakangkan murid semasa proses PMembantu murid dalam


bentuk membuat nota-nota ringkas.Melatih pendengaran pada sebutan
intonasi perkataan dan ayat.Mengukuhkan ejaan.Penglibatan daripada
semua murid.Murid dapat menggunakan kemahiran mendengar dengan
jelas. & P berjalan.

KELEMAHAN

Murid yang lemah cepat bosan dan mula buat aktiviti sendiri.Murid
yang mempunyai masalah pendengaran akan ketinggalanMurid yang cerdas
sahaja dapat menerima pengajaran guru.Penglibatan daripada semua
murid.Murid dapat menggunakan kemahiran mendengar dengan
jelas.Murid yang mempunyai masalah pendengaran tidak dapat
mengikuti dengan baik.5.Perancangan dan persediaan yang
teliti.Memerlukan guru yang mahir dalam kaedah ini.

5.KAEDAH MENGEJA
KEKUATAN

Penglibatan daripada semua murid.Murid dapat menggunakan kemahiran


mendengar dengan jelas.

KELEMAHAN

Murid yang lemah cepat bosan dan mula buat aktiviti sendiri.Murid
yang mempunyai masalah pendengaran akan ketinggalanMurid yang cerdas
sahaja dapat menerima pengajaran guru.

6.KAEDAH KEFAHAMAN
KEKUATAN
Melahirkan sikap berani mencuba di kalangan murid-murid.Penglibatan
semua murid.Melahirkan sifat kepimpinan di kalangan murid-
murid.Mengasah potensi murid-murid.Keyakinan diri murid
bertambah.Mendapat bimbingan secara langsung daripada guru.

KELEMAHAN

Murid yang lemah rasa rendah diri.Sebelum pengajaran dijalankan


guru seharusnya membuat perancangan dan persediaan yang
teliti.Memerlukan guru yang mahir dalam menjalankan kaedah ini
semasa mengajar Jawi ini.

7.KAEDAH HURUF
KEKUATAN

Mengasah potensi di kalangan murid-murid.Keyakinan diri pelajar


semakin bertambah.Murid berani mencuba.Semua murid
terlibat.Mendapat bimbingan secara langsung daripada guru.

KELEMAHAN

Murid yang lemah rasa rendah diri.Perancangan dan persediaan yang


teliti.Memerlukan guru yang mahir dalam kaedah ini.

8.KAEDAH PENGAYAAN
Pengayaan adalah sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan
mencabar untuk memberi peluang kepada murid-murid meningkatkan
pencapaian mereka. Biasanya aktiviti ini diberikan kepada murid yang
telah berjaya menguasai satu atau beberapa kemahiran asas tertentu.

KEKUATAN

Pengayaan adalah sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan


mencabar untuk memberi peluang kepada murid-murid meningkatkan
pencapaian mereka. Biasanya aktiviti ini diberikan kepada murid yang
telah berjaya menguasai satu atau beberapa kemahiran asas tertentu.

KELEMAHAN

Murid cepat bosan kerana banyak aktiviti yang terpaksa mereka


buat.Murid yang cerdas sahaja dapat menerima pengajaran guru.
Pengenalan

Tulisan Jawi adalah salah satu daripada warisan bangsa Melayu yang
perlu dipertahan dan dipelihara. Pada satu ketika dulu, tulisan jawi
menjadi antara medium bagi penyampaian ilmu di kalangan umat Islam di
nusantara. Selain sebagai medium penyampaian ilmu, tulisan jawi juga
digunakan bagi menyelesaikan urusan harian seperti jual beli, undang-
undang, politik dan perhubungan antarabangsa.

Antara bukti tulisan jawi digunakan secara meluas di nusantara ialah


penemuan surat-surat perjanjian jual beli yang ditulis dalam tulisan
jawi, penemuan batu-batu bersurat yang dijumpai di Kedah dan
Terengganu, Kanun Undang-Undang Negeri seperti Hukum 44 di Kedah,
Majallah Ahkam di Johor dan Hukum Kanun Melaka yang dipraktikkan di
Melaka semuanya ditulis dan dibukukan dalam tulisan jawi lama.

Dalam penyebaran ilmu, tidak dinafikan tulisan jawi memainkan peranan


yang sangat penting. Pada zaman dahulu kita dapat lihat, ulama’-ulama’
tersohor di rantau alam Melayu menulis kitab semuanya menggunakan
bahasa Melayu dan tulisan jawi sebagai medium penyampaiannya. Antara
penulisan tersebut ialah Matla’ al-Badrain karangan Sheikh Ahmad al-
Fathani, Furu’ Masail dan Munyatul Musalli karangan Syeikh Daud al-
Fathani, Durr al-Thamin karangan Syeikh Abdullah al-Fathani, Faridatul
Fara’id karangan Syeikh Abdussamad al- Palembangi dan Bahrul al-Mazhi
karangan Syeikh Idris al-Marbawi.

Kebelakangan ini, kita dapati penguasaan dan minat masyarakat terhadap


tulisan jawi agak berkurangan. Sebagai bukti, Akhbar Utusan Melayu
yang telah diterbitkan sejak sebelum merdeka lagi telah diberhentikan
pengeluarannya akibat daripada tidak mendapat sambutan yang
menggalakkan daripada masyarakat Melayu sendiri. Namun begitu,
tindakan pantas Kementerian Kebudayaan dan Kesenian menanggung
sebahagian besar kos pencetakan akhbar ini menjadikan akhbar ini terus
diterbitkan namun bukan lagi sebuah akhbar tetapi hanya dalam bentuk
sisipan yang diterbitkan bersama Utusan Malaysia setiap hari Isnin.

Tulisan jawi juga terpinggir selepas kerajaan memutuskan bahawa


tulisan rumi digunakan sebagai medium bagi penyampaian bahasa Melayu
dan pada satu ketika Pendidikan Islam juga menggunakan tulisan rumi
sebagai tulisan rasmi menyebabkan tulisan jawi semakin hilang daripada
masyarakat Melayu di Malaysia.

Namun begitu, tulisan jawi kembali diberi nafas baru apabila kerajaan
mewajibkan pendidikan Islam menggunakan tulisan jawi dan menyediakan
buku teks Pendidikan Islam dalam tulisan Jawi. Selain daripada itu,
usaha bekas Perdana Mewnteri yang Kelima Tun Abdullah Haji Ahmad
Badawi memperkenalkan program j-QAF di sekolah-sekolah rendah bermula
pada tahun 2005 seolah memberikan tulisan Jawi nafas baru bagi
membugarkan semula kegemilangan tulisan Jawi pada satu ketika dulu.
Selain daripada itu, kehadiran Kaedah Ejaan Dewan yang di susun secara
teratur oleh pakar-pakar bahasa menjadikan kaedah tulisan jawi semakin
tersusun. Wujudnya Kamus Dewan bagi Ejaan Jawi terbitan Dewan Bahasa
dan Pustaka memantapkan lagi usaha jitu kerajaan bagi memartabatkan
tulisan jawi. Diharapkan dengan usaha jitu daripada semua pihak dapat
mengembalikan semula tulisan jawi sebagai salah satu medium
penyampaian ilmu pengetahuan.

Justeru itu, bagi memastikan warisan tulisan jawi ini terkubur, suatu
usaha yang bersepadu dan bersungguh secara berterusan perlu dilakukan
bagi memastikan tulisan jawi kekal sebagai medium kepada penyampaian
ilmu di serata nusantara. Melihat kepada pengalaman semasa sebagai
guru, perlu ada kajian yang mendalam berkaitan masalah yang dihadapi
oleh murid sehinggakan menghilangkan minat untuk belajar tulisan jawi.

MASALAH PEMBELAJARAN MENULIS JAWI


Posted by: Suryati Md.Yasin in KAJIAN

26
mar

MASALAH PEMBELAJARAN MENULIS JAWI YANG DIHADAPI OLEH MURID

a) Tulisan yang terlalu buruk sehingga sukar untuk dibaca atau tidak boleh dibaca langsung.

b) Mengubah bentuk huruf dengan menambahkan garis-garis tertentu pada huruf.Contoh: ‫ ذ‬ditambah ekor dihujung huruf tersebut
menjadi ‫ذ‬

c) Menulis dengan cara terbalik iaitu memulai dengan huruf terakhir ke huruf terawal, atau dari kiri ke kanan.Contoh: ‫ اعوذ‬.Murid
menulis huruf ‫ ذ‬terlebih dahulu kemudian diikuti dengan huruf ‫و ع‬dan ‫ا‬
d) Tulisan tanpa ketentuan dan ketetapan jarak huruf atau perkataan seperti menulis satu huruf dalam perkataan lebih jauh
daripada huruf-huruf yang lain.Contoh: ‫ اعوذ‬ditulis ‫اعو ذ‬

e) Tulisan tanpa ketetapan bentuk dan condong huruf seperti tulisan semakin lama semakin mengecil, atau semakin lama semakin
membesar, atau terlalu condong ke bawah atau terlalu condong ke atas.Contoh:

f) Tulisan yang menaik dan menurun dan tidak selari dengan garisan yang ditentukan.Contoh:

g) Masalah boleh menyalin tetapi tidak boleh membantan suku kata.

PUNCA MASALAH PEMBELAJARAN YANG DIHADAPI OLEH MURID

Di antara beberapa faktor yang boleh menyebabkan kanak-kanak menghadapi kesukaran atau lemah dalam tulisan ialah:-

a) Faktor mental:-Kecederaan saraf motor pada otak akan menyebabkan gangguan fungsi motor seseorang. Kecederaan mungkin
disebabkan oleh:-·

-Kesulitan-kesulitan yang dihadapi semasa lahir seperti kelahiran awal, atau

disebabkan anoxia atau hypoxia.

-Kemalangan atau terjatuh dari tempat yang tinggi..

-Penyakit yang boleh menyebabkan kerosakan pada saraf otak seperti sawan, atau

demam panas.

b) Gangguan penglihatan seperti:-· Masalah kabur penglihatan yang disebabkan oleh perubahan optik dan anatomi seperti
astiqmatisme, miopia dan hyperopia.Ini boleh diatasi dengan memakai kanta optik atau kacamata.· ’Dysfunction binokular’ yang
terdiri daripada pelbagai jenis antaranya:-a. Anisekonia: Ia mengakibatkan saiz yang dilihat oleh dua biji mata berbeza seperti
mata kanan melihat sesuatu objek lebih besar berbanding mata kiri.b. ’Dysfunction acomodative’ : Berpunca daripada kedua kanta
mata tidak dapat difokuskan.

c) Masalah keselarasan motor mata dan tangan.

d) Masalah-masalah yang berpunca dari gangguan emosi.

e) Kesukaran untuk menentukan dominan tangan.(mungkin kidal)


f) Kurang mendapat pengalaman-pengalaman pratulisan semasa di tadika, prasekolah atau didikan ibubapa. Pengalaman pratulisan
seperti latihan menyambung titik-titik, menekap, mengikut acuan (stenselan), membuat garisan, membuat corak dan sebagainya.

CADANGAN AKTIVITI PEMULIHAN YANG SESUAIAktiviti-aktiviti pemulihan melalui dua peringkat pemulihan iaitu :-

Ø Pemulihan pratulisan (Persediaan)

Ø Pemulihan mekanis (Mendirikan asas).

Cadangan aktiviti-aktiviti pemulihan pratulisan


a) Melakukan latihan-latihan khusus bagi perkembangan otot-otot jari dan tangan seperti:--Senaman tangan dan jari-Memerah
span-memasukkan air ke dalam botol-Menguli tanah liat-Mengoyak kertas-Menggunting kertas.-Memasukkan manik ke dalam tali-
Menyusun blok dan bongkah mainan.-Menampal kolaj.-Membaling dan menangkap objek.

b) Latihan menguasai gerak tangan yang bebas seperti:--Cara duduk yang betul.-Menulis di awan.-Cara memegang pensil-aktiviti
mengacau adunan kuih.-Latihan membuat garisan-garisan seperti lurus, lengkung, panjang, pendek tegak, condong dan
sebagainya.-Latihan membuat bentuk asas seperti bulat, bujur, segiempat dan sebagainya.-Menekap huruf.-Mengikut acuan
(stensel plate).-Mewarna.

c) Latihan-latihan pergerakan mata seperti:--Mengerling ke kiri dan ke kanan, atas dan bawah.-Mata mengikut arah yang ditunjuki
oleh guru.

d) Aktiviti keselarasan (koordinasi) mata dan tangan seperti:--Menyambung garisan putus-putus lurus dan bengkok dari kanan ke
kiri, atas ke bawah dan membentuk bulatan.-Mengecam bentuk huruf-Mewarnai huruf yang sama bentuk.-Membuat urutan-Melakar
perjalanan arnab untuk menyelamatkan dirinya daripada dimakan ular.-Stensilan-Menggunting-Menekap

Cadangan aktiviti pemulihan mekanis (mendirikan asas)


a) Menekap dan menulis mengikut huruf yang ditekap.

b) Menulis huruf mengikut acuan-acuan huruf yang disediakan guru.

c) Melukis bentuk-bentuk yang mirip kepada bentuk-betuk huruf mengikut teknik yang betul seperti:--Melukis bentuk bulat
mengikut arah pusingan jam.-Melukis garisan menegak dari atas ke bawah.-Melukis garis melintang dari kanan ke kiri.-Campuran
garisan menegak dan melintang.

d) Melukis gambar-gambar yang mirip kepada bentuk huruf seperti:-

-Gambar tiang bendera bagi huruf ‫ا‬


-Gambar mangkuk bagi huruf ‫ ب ت ث‬dan ‫ن‬

-Gambar mata kail bagi huruf ‫ل‬-Gambar itik bagi huruf ‫ي‬

e) Latih tubi menulis huruf yang dicontohkan.f) Menyalin urutuan-urutan huruf yang bersambung menjadi sukukata terbuka dan
tertutup, dan seterusnya menyalin perkataan dan ayat
FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
􀂄 Suatu usaha berterusan untuk
menyampaikan ilmu, kemahiran dan
penghayatan Islam berdasarkan al-Quran
dan as-Sunnah bagi membentuk sikap,
kemahiran, keperibadian dan pandangan
hidup sebagai hamba Allah SWT yang
mempunyai tanggungjawab untuk
membangun diri, masyarakat, alam sekitar
dan negara ke arah mencapai kebaikan di
dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.

Bibliografi

1. http://jqafskpadangberampah.blogspot.com/2010/01/kaedah-pengajaran-dan-
pembelajaran.html
2. http://lebaiyusri.blogspot.com/2009/12/masalah-penguasaan-jawi-kajian-tindakan.html
3. http://sesinarsuria.blogspot.com/2009/03/masalah-pembelajaran-menulis-jawi.html

Anda mungkin juga menyukai