Anda di halaman 1dari 3

Selepas kejatuhan dinasti Shang dibawah pemerintahan Dixin yang kejam, Dinasti

Zhou telah muncul dan bertambah kuat semasa pemerintahan Raja Wen. Setelah
kewafatan raja Wen, kedudukan beliau telah digantikan oelh puteranya iaitu Raja Wu.
Kejatuhan kerajaan Shang adalah disebabkan serangan yang dilakukan oleh Raja Wu
terhadap Raja Dixin. Kekalahan Raja Di Xin adalah disebabkan oleh corak
emerintahanya yang kejam menyebabakan tenteranya berpaling menentang beliau
dan menyertai Raja Wu. Di xin tertekan dengan tindakan tersebut dan membunuh diri.
Maka tamatlah zaman pemerintahan Dinasti Shang. Pada zaman perkembangan
selanjutnya dinasti Zhou telah terpecah belah menjadi banyak dan mengamalkan
pemerintahan konsep Feudal yang saling berperang. Zaman tersebut dikenali sebagai
musim Winter and Autumm Annals dimana masing-masing berupaya untuk menjadi
yang terkuat sehingga akhir pemerintahan Zhou menjadi lemah dan bertahan
sehingga 256 SM. Pada akhirnya, berlaku pecahan negara yang kuat-kuat iaitu Han,
Wei, Zhou, Qin, Chu Yan Dan Qi. Zaman ini dikenali sebagai Zaman Perang Negara.
Dari ketujuh negara tersebut, Dinasti Qin berhasil menjadi yang terkuat dimana
Dinasti Qin telah berjaya menyatukan Cina yang terpecah menjadi beberapa kerajaan
melalui serangkaian penaklukan terhadap kerajaan lain. Jika saya hidup pada zaman
tersebut, terdapat beberapa cadangan yang ingin saya kemukakan untuk
menyelesaikan masalah yang melanda negara China ketika itu.

Salah Satu cadangan bagi menyelesaikan masalah tersebut adalah melalui


penyemaian dan pengukuhan ajaran Konfucius. Konfusius bukanlah satu agama tetapi
lebih kepada pengajaran falsafah untuk mempertingkatkan moral dan menjaga etika
manusia. Ajaran Konfusius ini merupakan satu ajaran yang sangat berpengaruh pada
ketika itu. Pada zaman itu juga, adat istiadat diremehkan dan menyebabkan
berlakunya kemerosotan moral dalam masyarakat cina pada ketika itu. Ajaran
Konfosius merupakan ajaran yang mengajar kebajikan sebagai sifat yang perlu ada
dalam diri seseorang. Pengajaran konsep kebajikan ini berharap dapat membawa
perubahan semsa berlakunya kekacauan. Dengan ajaran konfusius ini masalah
perpecahan dan peperangan dapat diatasi jika ajaran ini disemai dengan kuat dalam
diri setiap manusia terutamanya dalam kalangan pemerintah setiap dinasti pada ketika
itu. Dalam ajaran konfusius juga sendiri ada menekankan konsep ‘Ren’ yang ertina
‘kasihilah sesamamu’ dan janganlah lakukan perbuatan terhadap orang lain jika kamu
tidak suka diperlakukan demikian. Melalui konsep dalam ajaran konfusius ini, sifat
perpaduan dapat dibentuk dengan lebih baik tanpa berlakunya sebrang perpecahan
dan peperangan.

Selain itu, Cadangan lain bagi mengatasi masalah yang melanda china pada ketika
itu adalah dengan mengukuhkan sistem ketenteraan. Sistem ketenteraan yang kuat
mampu memberikan sesebuah kerajaan itu disegani dan dihormati. Dengan
ketenteraan yang kuat juga menjadi sesebuah pemerintahan itu mampu mengawal
pemerintahanyang lain. Hal ini dapat dibuktikan apabila Dinasti Qin menyatukan Cina
yang terpecah melalui serangkaian penaklukan terhadap kerajaan-kerajaan lain dan
penaklukan yang terakhir dilakukan terhadap Dinasti Qi. Oleh yang demikian, kita
dapat melihat dengan kekuatan tentera yang dimiliki mampu menawan dan
menunudukkan kerajaan yang lain agar bersatu dibawa satu naungan. Kejayaan
Dinasti Qin ini telah mengangkat kerajaan tersebut sebagai dinasti yang terkuat pada
ketika itu. Dinasti Qin yang dibawah pemerintahan Qin Shi Huang pada ketika itu
diiktiraf sebagai pemerintah yang pertama menyatukan Cina. Jelaslah membuktikan
bahawa, kekuasan yang kuat oleh seseorang pemerintah yang bijak dapat membentuk
sebuah pemerintahan yang berpengaruh dan menyatukan seluruh kerajaan yang
berpecah pada ketika itu.

Akhir sekali, Cadangan saya untuk mengatasi masalah tersebut adalah dengan
penggunaan sistem pemerintahan Pusat dan menghapuskan Sistem Feudal. Hal ini
demikian kerana, jika sesebuah pemerintahan bersifat feudal, kuasa sepenuhnya
terletak pada seorang pemerintah dan urusan pentadbiran diuruskan oleh golongan
bangsawan. Pemusatan kuasa dalam sistem pemerintahan feudal ini dikatakan
longgar dan tidak adil. Berbeza dengan sistem pemerintahan Pusat pula,
pemerintahan ini memastika semua kuasa kerajaan berada dibawah Maharaja dan
kuasa golongan bangsawan dan pegawai-pegawai feudal dihapuskan dalam
pemerintahan. Oleh hal yang demikian, dengan sistem pemerintahan yang berpusat,
pentadbiran negara akan lebih teratur kerana Maharaja yang memegang kuasa
pemerintahan. Oleh hal yang demikian, perpecahan dalam negara dapat dielakan
diantara golong pembesar. Dengan ini juga sistem pemerintahan sesebuah dinasti
tidak akan bersaing ingin menjadi kuat namun bersaing dalam hal ekonomi, politik dan
sosial secara sihat.
Kesimpulannya, perpecahan yang berlaku dalam dinasti Zhou adalah disebabkan
oleh setiap kerajaan yang ingin berkuasa dengan sistem pemerintahan feudal yang
diamalkan menyebabkan mereka sering bersaing melalui kekuasaan peperangan.
Namun demikian, perpecahan ini dapat diatasi dengan beberapa langkah bijak oleh
para pemimpin terdahulu. Sebagai contoh Dinasti Qin. Sistem Pemerintahan Pusat
yang telah diamalkan sejak dulu kini terus menjadi sistem pemerintahan Negara China
pada masa kini dan menyebabkan negara China menjadi salah satu negara yang maju.

Anda mungkin juga menyukai