Anda di halaman 1dari 4

Indah berbalam si awan petang,

Berarak di celah pepohon ara;


Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Assalamualaikum wbt.

Yang Dihormati Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Keladi ,


Tuan Haji Miskin Bin Raboo. Penolong Kanan Pentadbiran, Tuan Haji Mat Isa
Bin Ibrahim. Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid ,Encik Roslan Bin Don
,Penolong Kanan Kokurikulum ,Tuan Haji Abdul Zulqarnain Bin Hassan dan
seterusnya segulung penghargaan terima kasih kepada guru-guru yang turut hadir
menjayakan Majlis Perdana ini..

Dari Jawa lalu ke kelang,


Naik sigai dihiasi kasturi,
Berkumpul kita di majlis gemilang,
Menyatu perpaduan pemimpin bestari.

Alhamdullilah bersyukur kita pada Illahi kerana dengan limpah kurnia dan
inayah-Nya dapat lagi kita bersua pada detik ini dalam sebuah majlis Jamuan
Perdana Pengawas Sekolah Menengah Kebangsaan Keladi 2010 yang sungguh
bermakna .Tujuan diadakan majlis ini adalah untuk mengeratkan silatullrahim dan
mewujudkan suasana harmoni antara para pangawas dan guru-guru.

Lebat kemiri pohonnya rendah,


Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa

Dengan ini, dipersilakan saudara Muhammad Aizat untuk melafazkan bacaan


doa. Saudara dipersilakan.

*Terima kasih diucapkan kepada saudara.

Sebelum menjamu selera,para hadirin terlebih dahulu dihidangkan dengan sajian


mengnenai……………………………………….oleh………………………............
....

Diminta para hadirin memberikan perhatian atas apa yang akan disampaikan
sebentar lagi.Dengan segala hormatnya,cikgu dipersilakan.

*Cikgu diucapkan terima kasih.

Kini,tibalah detik yg kita nanti-nantikan.

Terbang sekawan si burung merbuk,


Batang selasih di Tanjung Dara;
Padamu tuan kami persembah,
Santapan kasih juadah mesra.

Diminta para hadirin menjamu selera.

*Alhamdulillah,sesudah kita menjamu selera,tibalah masanya kita sama-sama


mendengar ucapan yang bakal disampaikan.

Emas tempawan buatmu puteri,


Busana indah buat rupawan;
Sudilah tuan Pengetua tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan.

Dengan segala hormatnya,Tuan dipersilakan.

*Terima kasih kepada Tuan Pengetua.

Sekarang,diminta mantan ketua pengwas bagi sesi 2009/2010 untuk


menyampaikan ucapan.Dengan segala hormatnya,saudara dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada saudara.

Diminta,Ketua pengawas bagi sesi 2010/2011 untuk menyampaikan


ucapan.Dengan segala hormatnya,saudara dipersilakan.

Seterusnya,majlis jamuan perdana ini diteruskan lagi dengan ceramah tentang


“CARA MENANGANI TEKANAN& PERHUBUNGAN AWAM ” oleh seorang
penceramah yang didatangkan khas dari……………………………

Bukan rumput sebarang rumpun,


Rumput penghias tepi halaman;
Bukan jemput sebarang jemput,
Jemput memohon kata aluan.

Dengan segala hormatnya,tuan dipersilakan.

*Sekalung Terima kasih diucapkan kepada Tuan penceramah.

Kini,para hadirin akan dihiburkan dengan persembahan nyayian oleh


beberapa orang pelajar.

Dipersilakan…………………………untuk menyanyikan sebuah lagu


bertajuk………………
Dipersilakan………………………….untuk menyanyikan sebuah lagu
bertajuk…....................

Dengan ini Majlis bersurai.

Di atas dahan burung tempua,


Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Dilain masa bersua lagi.

Sekian,wabillahi taufiq wal hidayah,wasalamualaikum wbt.