Anda di halaman 1dari 18

REFLEKSI PERLAKSANAAN AKTIVITI HARIAN YANG DIJALANKAN SEMASA

MENJALANI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH.

HARI PERTAMA - AHAD 07 MAC 2010

Pada pukul 7.15 pagi saya telah sampai di sekolah Kebangsaan Parang Puting
untuk berjumpa dengan pihak pentadiran sekolah bagi mendaftarkan diri saya sebagai
guru pelatih yang sedang menjalani pengalaman berasaskan sekolah disekolah
tersebut. Semasa mengadakan pertemuan dengan Penolong Kanan Pentadbiran, saya
telah menyerahkan surat keizinan daripada Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus
Tuanku Bainun untuk menjalankan pengalaman berasaskan sekolah di sekolah
tersebut. Pada ketika itu juga saya telah memperkenalkan diri saya dan menyatakan
butiran peribadi saya kepada beliau serta mendapat sedikit taklimat daripadanya. Saya
kemudiannya dikehendaki turut serta ke perhimpunan mingguan sekolah tersebut.

Semasa perhimpunan sedang dijalankan, seorang guru yang sedang


mempengurusikan majlis perhimpunan pada pagi itu telah meminta saya tampil ke
hadapan untuk memperkenalkan diri saya kepada semua warga sekolah. Ketika itulah
perasaan berdebar-debar bercampur dengan perasaan malu amat dirasakan. Tetapi
syukur alhamdulillah dengan pengajaran serta pengalaman ketika proses pengajaran
dan pembelajaran yang dijalankan setiap hari di institut dapat menjadikan saya rasa
tenang serta berkeyakinan ketika berada dihadapan untuk memperkenalkan diri saya
kepada semua warga sekolah. Pengalaman memperkenalkan diri dihadapan murid-
murid sekolah membuatkan saya rasa gembira serta saya dapat merasakan suasana
sebenar sebagai seorang guru yang sedang berucap dihadapan walaupun hanya
beberapa minit sahaja berada dihadapan murid-murid sekolah..
Selepas berakhirnya perhimpunan pagi saya telah diberi tugas untuk
menggantikan kelas 6 Delima kerana guru kelas tersebut pada ketika itu akan
memasuki mesyuarat pertandingan nasyid peringkat QIT Kota Bharu yang akan
diadakan di sebuah sekolah berdekatan pada hujung bulan Mac 2010. Apabila saya
memasuki kelas 6 Delima ketua kelas telah mengetuai murid-murid sekelas memberi
salam kepada saya. Perasaan sebagai seorang guru dapat dirasakan pada ketika itu.
Saya mengadakan sesi suai kenal dengan murid-murid kelas tersebut. Semua murid-
murid kelas 6Delima memberi komitmen serta memberi tumpuan sepenuhnya ketika
sesi suai kenal bersama saya. Murid-murid kelas tersebut juga kelihatan berdisiplin
serta mempunyai pangkat-pangkat disekolah tersebut contonya ketua pengawas
sekolas, ketua pengawas pusat dan lain-lain lagi. Kelas 6 Delima juga merupakan kelas
cemerlang serta kelas pertama daripada 6 kelas. Semua murid-murid di dalam kelas 6
Delima adalah harapan sekolah untuk mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR nanti.
Dalam masa yang sama juga, saya telah terlibat dalam aktiviti P&P dalam kelas
tersebut dimana guru yang sepatutnya masuk telah meninggalkan kerja kepada murid-
murid kelas 6 Delima.

Selepas menggantikan kelas, saya telah ke pejabat sekolah dan berjumpa


kembali dengan guru penolong kanan pentadbiran sekolah untuk menanyakan
maklumat-maklumat tentang sekolah, sejarah penubuhan sekolah, carta organisasi,
bilangan guru, bilangan murid dan lain-lain lagi. Interaksi yang mesra serta tenang
membuatkan saya rasa tidak segan untuk menanyakan sebarang soalan atau meminta
maklumat sekolah daripada beliau.. Selain itu, saya juga telah diberikan seorang guru
mentor bagi memudahkan lagi saya mendapat maklumat-maklumat sekolah yang perlu
di ambil bagi menyiapkan tugasan saya. Kerjasama yang diberikan amatlah dihargai.

Sejurus selepas itu, saya sempat bertemu sua dengan guru besar sekolah ini.
Seketika bersama beliau, saya mengambil peluang yang ada dengan menanyakan
matlamat dan sasaran bagi pencapaian matapelajaran bahasa arab di sekolah ini.
Beliau telah menetapkan sasaran seratus peratus lulus bagi matapelajaran bahasa arab
di semua peringkat darjah yang mengambil matapelajaran ini. Beliau juga amat
berharap agar murid dapat menguasai bahasa arab sebaik mungkin selain daripada
menguasai bacaan Al-quran seawall tahun satu.
REFLEKSI PERLAKSANAAN AKTIVITI HARIAN YANG DIJALANKAN SEMASA
MENJALANI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH.

HARI KEDUA - ISNIN 08 MAC 2010

Pada pukul 7.20 pagi saya telah sampai di Sekolah Kebangsaan Parang Puting.
Saya melihat ramai murid-murid darjah satu pada ketika itu masih dalam keadaan
mengantuk dan seolah-olah tidak bermaya memikul beg yang dibawa oleh mereka.
Sejurus loceng di bunyikan semua pelajar sekolah itu keluar dari kelas dan beratur
dihadapan kelas mereka untuk mengaminkan doa. Setiap kelas akan dijaga oleh 2
orang pengawas sekolah, seorang pengawas lelaki dan seorang pengawas perempuan.
Pelajar sekolah ini kelihatan begitu berdisiplin dan sopan santun ketika mengaminkan
doa, semuanya menadah tangan dengan kedua belah tangan dan berada dalam
keadaan senyap.

Selepas itu, saya pergi ke pejabat untuk bertanyakan beberapa soalan tentang
sedikit malumat sekolah, prasarana dan kemudahan-kemudahan sekolah yang
disediakan. Saya banyak merujuk tentang perkara ini daripada kerani yang bertugas
pada ketika itu. Selain itu, saya juga telah bertanyakan tentang Persatuan Ibu Bapa dan
Guru ataupun lebih dikenali lagi dengan PIBG. Kerani sekolah itu telah menunjukkan
laporan PIBG sekolah beserta dengan senarai ahli jawatankuasa PIBG, laporan aktiviti
PIBG dan laporan kewangan PIBG pada tahun 2009. Interaksi dengan kerani dapat
dijalinkan dengan lebih mesra serta kerjasama yang diberikan olehnya amatlah
dihargai.

Saya meneruskan agenda pada hari kedua dengan bertemu guru-guru


Pendidikan Islam dan Bahasa Arab bagi mendapatkan maklumat mengenai cabaran,
halangan dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dan sedang
dilaksanakan di sekolah ini. Berdasarkan sumber yang saya perolehi, Sekolah
Kebangsaan Parang Puting mempunyai 5 orang guru Pendidikan Islam serta 4 orang
guru j-QAF termasuk dua orang guru Bahasa Arab. Hampir kesemua guru pendidikan
Islam disekolah ini adalah pada peringkat sekurang-kurangnya diploma pendidikan
manakala selebihnya telah mencapai peringkat Ijazah.

Saya dan seorang lagi sahabat sesama opsyen pendidikan Islam telah
mengambil inisiatif dengan berjumpa hampir kesemua guru Pendidikan Islam dan
bahasa Arab termasuk ketua Panatia di sekoah ini pada hari ini. Saya dan rakan saya
tersebut hanya mengambil masa beberapa minit sahaja pada setiap pertemuan dengan
guru-guru terbabit bagi menjimatkan masa berikutan kami juga mempunyai tugasan-
tugasan yang lain yang perlu diselesaikan.Begitu juga dengan guru-guru di sekolah ini
yang sememangnya sangat sibuk dengan tugas masing-masing.

Setelah berusaha dan menunggu selama lebih kurang satu jam,akhirnya kami
berjaya untuk mengatur pertemuan dengan Ketua Panatia Pendidikan Islam iaitu ustaz
Ramli Bin Abdul Rahman yang telah memegang jawatan sebagai ketua panatia selama
sudah hampir lima tahun.Ini telah menunjukkan bahawa pengalaman yang telah dimiliki
oleh beliau sememangnya tidak boleh dinafikan dan amat berguna untuk dijadikan
sebagai panduan dan tauladan kepada bakal-bakal guru seperti kami.Pertemuan
bersama Ustaz berlangsung selama lebih kurang setengah jam.

Setelah selesai pertemuan bersama Ustaz Ramli,kami mengatur pertemuan pula


dengan guru bahasa arab yang baru dua tahun berkhidmat di sekolah ini iaitu Ustazah
Hashimah Binti Abdul Wahab.Walaupun begitu,ilmu dan pengalaman yang dimiliki oleh
Ustazah juga sangat luas dan berguna kepada kami.Perkara pokok kepada pertemuan
ini adalah sama dengan pertemuan pertama bersama ketua panitia iaitu mengenai
cabaran,halangan,dan aktiviti P&P yang telah dilaksanakan di sekolah.

Melalui dua pertemuan yang telah diaturkan iaitu bersama Ustaz Ramli dan
Ustazah Hashimah, banyak ilmu pengetahuan dan pengalaman-pengalaman berguna
yang telah kami peroleh.Ternyata ilmu dan pengalaman yang dimiliki oleh saya adalah
terlalu cetek jika ingin dibandingkan kepada ilmu pengetahuan dan pengalaman yang
dimiliki oleh mereka berdua.Saya juga berasa sangat kagum dan terharu kerana
mereka berdua dan beberapa lagi orang guru berkaitan tidak lokek untuk berkongsi
pengalaman bersama kami disamping memberi pengajaran dan nasihat yang berguna
kepada kami dalam menempuh situasi di alam pendidikan pada masa kini yang penuh
dengan cabaran dari segi mental dan fizikal.

Berdasarkan kepada beberapa pertemuan yang telah dibuat sepanjang hari ini,
kami telah membuat kesimpulan bahawa cabaran utama kepada guru-guru Pendidikan
Islam dan bahasa Arab adalah dari segi membentuk akhlak Islam seperti yang
dikehendaki syariat dan membentuk sahsiah murid-murid itu sendiri berbanding
cabaran dalam bidang akademik yang agak kurang mencabar. Ini kerana kanak-kanak
pada hari ini dengan mudahnya telah terdedah kepada anasir-anasir luar yang negatif
seperti pergaulan bebas,penggunaan dadah,dan juga gejala rempit yang semakin
berleluasa. Pengaruh-pengaruh sebegini juga telah dibawa bersama ke sekolah oleh
pelajar-pelajar yang akhirnya membawa kepada masalah tingkah laku dan seterusnya
memberi kesan kepada aktiviti P&P itu sendiri.

Menurut mereka lagi,pihak sekolah juga telah mendapati bahawa terdapat


segelintir ibubapa yang langsung tidak mengendahkan perkara mengenai masalah dan
tingkah laku anaknya yang bermasalah di sekolah.Tidak terkecuali juga yang tidak
mahu mengakui kesalahan yang dilakukan secara terang-terang oleh anak-anak
mereka. Selain itu, terdapat juga segelintir ibubapa yang tidak memantau dan
mengambil peduli mengenai pergerakan dan aktiviti anak-anak mereka siang dan
malam.Faktor-faktor sebeginilah yang telah menyebabkan keruntuhan akhlak dan
sahsiah anak-anak tidak kira kanak-kanak atau remaja.

Apabila anak-anak atau pelajar-pelajar datang ke sekolah dengan sahsiah dan


akhlak yang tidak elok, perkara ini seterusnya akan membawa kepada masalah disiplin
seperti tidak menghormati guru, mencuri, membuli rakan dan sebagainya. Ini secara
tidak langsungnya akan menyebabkan proses P&P akan terbantut begitu sahaja.Begitu
juga ianya akan memberi kesan kepada visi dan matlamat pihak sekolah Menurut
ustaz, sebagai guru yang memperjuangkan bidang agama, mahu atau tidak mahu
adalah menjadi tanggungjawab mereka bagi memperbetulkan kembali keadaan seperti
ini iaitu dalam menerapkan tarbiah dan pengajaran yang berkesan dan sesuai dalam
diri setiap anak-anak khususnya yang beragama islam itu sendiri.Namun, dalam
keadaan dan situasi seperti sekarang, bukanlah satu tugas yang mudah bagi guru
dalam mendidik sahsiah pelajar. Namun,guru –guru tidak haruslah merasa mengeluh
sebaliknya mengikhlaskan diri sebaik mungkin demi untuk kepentingan anak bangsa.

Dari sudut akademik pula,ustazah Hashimah lebih menumpukan kepada


kemahiran penggunaan ICT terutamanya dikalangan guru-guru Pendidikan Islam dan
bahasa Arab. Menurut beliau,adalah menjadi perkara yang penting bagi guru-guru
dalam menerapkan penggunaan ICT dalam aktiviti P&P mereka terutamanya bagi
subjek bahasa Arab.Ini rentetan daripada pemerhatian dan aduan yang dibuat di
seluruh negara berikutan guru-guru agama dan bahasa yang buta ICT. Situasi ini
secara tidak langsungnya telah menjatuhkan kredibiliti guru-guru Pendidikan Islam itu
sendiri dan seterusnya akan dipandang rendah oleh orang lain. Oleh itu,menjadi
tanggungjawab bagi guru-guru Pendidikan islam dan bahasa Arab dalam mempelajari
serta mempertingkatkan kemahiran dalam penggunaan ICT.
REFLEKSI PERLAKSANAAN AKTIVITI HARIAN YANG DIJALANKAN SEMASA
MENJALANI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH.

HARI KETIGA - SELASA 09 MAC 2010

Pada hari ketiga ini juga kami dikehendaki untuk bertemu dengan guru-guru
Pendidikan Islam dan bahasa Arab bagi mendapatkan maklumat tentang kurikulum
sukatan pelajaran, huraian sukatan,buku teks dan bahan-bahan P&P bahasa Arab. Kali
ini kami meminta jasa baik Ustaz Hafiz bagi mendapatkan bahan-bahan serta
maklumat-maklumat yang berkaitan.

Menurut Ustaz Hafiz, setakat ini perlaksanaan subjek bahasa Arab di sekolah
Kebangsaan Parang Puting adalah berkuatkuasa di bawah program perlaksanaan
j-QAF yang diperkenalkan pada tahun 2005 dan mula diperkuatkuasakan pada tahun
2007.Menurut beliau sukatan pelajaran yang digunakan adalah sukatan pelajaran yang
bersepadu yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bagi buku Teks pula menurut Ustaz Hafiz, pihak sekolah ada menyediakan satu
buku Teks khas bahasa Arab yang wajib dibeli oleh semua murid-murid. Namun,
pinjaman akan diberikan kepada pelajar yang mempunyai ibubapa yang berpendapatan
rendah iaitu dibawah RM 1500 sebulan.Bagi bahan P&P bahasa Arab
pula,sememangnya pihak sekolah melalui panitia Pendidikan Islam telah menerima
peruntukan bagi menyediakan bahan-bahan P&P seperti LCD, permainan bahasa Arab,
carta-carta,r adio, serta kad-kad huruf serta perkataan-perkataan bahasa Arab.
Bagi memudahkan lagi perjalanan aktiviti P&P, kesemua bahan-bahan ini tidak
diletakkan atau dicampuradukkan bersama dengan bahan-bahan P&P Pendidikan
Islam sebaliknya diletakkan di satu tempat khas.Bilik khas untuk menyimpan segala
bahan P&P bahasa Arab bagi Sekolah Kebangsaan Mengkuang adalah terletak di bilik
j-QAF.

Bilik j-QAF merupakan bilik khas di sekolah ini yang menempatkan peralatan-
peralatan dan bahan bantu mengajar bagi guru j-QAF. Oleh kerana guru bahasa arab
sekolah ini merupakan guru j-QAF, maka bahan bantu mengajar bagi matapelajaran
bahasa arab telah ditempatkan di bilik ini bagi memudahkan guru terbabit untuk
menyusun dan akses kepada bahan-bahan terbabit.
REFLEKSI PERLAKSANAAN AKTIVITI HARIAN YANG DIJALANKAN SEMASA
MENJALANI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH.

HARI KEEMPAT - RABU 10 MAC 2010

Pelbagai aktiviti yang berlandaskan bahasa arab telah dirancang dan


dilaksanakan di sekolah ini. Semua aktiviti ini diselia oleh guru-guru bahasa arab,
pendidikan islam dan juga guru j-QAF. Antara aktiviti dan program yang biasa diadakan
setiap tahun adalah minggu bahasa arab. Minggu bahasa arab dijalankan selama lima
hari dengan pelbagai aktiviti seperti seperti pertandingan hiwar, pertandingan kalimah
arab, kuiz dan sebagainya dilaksanakan. Minggu bahasa arab diadakan bagi
mendedahkan murid-murid kepada bahasa arab dengan lebih dekat selain daripada
proses pengajaran dan pembelajaran yang telah sedia dilaksanakan di dalam bilik
darjah. Ia juga bagi menarik minat murid dan mencungkil bakat terpendam para murid
yang ada pada sesetengah murid dalam kemahiran bahasa arab. Murid yang menyertai
dan memenangi sebarang pertandingan sepanjang minggu bahasa arab akan diberi
hadiah dan sijil bagi menghargai dan mendorong mereka untuk lebih berminat terhadap
bahasa arab.

Selain minggu bahasa arab, program lain yang turut dijayakan di SK Parang
Puting bagi memartabatkan bahasa arab adalah dengan mengadakan sesi kalimah
arab pada setiap pagi rabu dan khamis. Pada setiap pagi rabu dan khamis, satu
kalimah atau mufrodat arab akan diuar-uarkan dengan menggunakan system pembesar
suara di sekolah ini. Kalimah tersebut akan diterangkan di dalam bahasa melayu
terlebih dahulu agar murid dapat memahami kemudian diikuti dengan contoh ayat di
dalam bahasa arab pula. Sesi bahasa arab ini akan dikendalikan oleh guru bahasa arab
atau guru pendidikan islam yang berkenaan.
Bacaan doa pada setiap pagi sebelum bermulanya kelas juga termasuk di bawah
program yang berkaitan dengan bahasa arab. Teks doa disediakan oleh guru berkaitan
dan murid yang telah dipilih akan membacakan doa tersebut pada setiap pagi sebelum
bermulanya kelas. Murid berlainan akan diminta untuk membacakan doa pada setiap
pagi bagi membiasakan murid-murid tersebut terhadap pembacaan doa dalam bahasa
arab terutamanya murid tahap dua.

Sekolah Kebangsaan Parang Puting tidak mempunyai bilik khas bagi


matapelajaran bahasa arab tetapi ia digabungkan dengan bilik jQAF yang mana
terdapat pelbagai bahan bantu mengajar bagi subjek bahasa arab di sini selain
daripada subjek pendidikan islam. Guru-guru bahasa arab di sini begitu menitikberatkan
bahan bantu mengajar dengan sentiasa menambah baik dan menjaga rapi kemudahan
dan kelengkapan yang terdapat di bilik ini demi melicinkan proses perlaksanaan
pengajaran dan pembelajaran bahasa arab di sekolah ini.
REFLEKSI PERLAKSANAAN AKTIVITI HARIAN YANG DIJALANKAN SEMASA
MENJALANI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH.

HARI KELIMA - KHAMIS 11 MAC 2010

Hari ini merupakan hari terakhir saya melaksanakan tugasan Pengalaman


Berasaskan Sekolah di Sekolah Kebangsaan Parang Puting untuk semester tiga tahun
2010. Seperti hari-hari sebelumnya saya tiba di sekolah pada jam 7:20 pagi bersama
beberapa orang lagi guru pelatih dari Institut Perguruan lain yang turut menjalankan
(PBS) di sekolah ini. Hari ini saya mesti melengkapkan tugasan saya yang masih
mempunyai beberapa perkara dan aspek yang belum diselesaikan.

Selepas saya selesai menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Selamat Sultan iaitu
lagu rasmi negeri Kelantan serta mengaminkan doa bersama semua murid di sekolah
ini, saya terus bergegas ke bilik guru bagi mendapatkan maklumat mengenai tutor saya
dan bergambar dengan beliau bagi dimuatkan ke dalam tugasan PBS saya. Semasa di
bilik guru, saya turut berjumpa dengan guru-guru lain yang antaranya pernah mengajar
saya ketika saya bersekolah di sini suatu ketika dulu. Mereka sedikit sebanyak
berkongsi pengalaman mereka semasa mengajar di bilik darjah yang dihuni oleh murid-
murid yang pelbagai ragam dan telatah. Para guru tersebut juga telah memberi
beberapa tips dan nasihat tentang kaedah dan cara yang sesuai semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlaku.

Selepas itu, saya ditugaskan untuk mengganti kelas 6 Zamrud kerana guru yang
sepatutnya mengajar kelas tersebut pada masa itu terlibat dengan hal lain yang tidak
dapat dielakkan. Tepat pukul 9:15 pagi saya terus menuju ke kelas 6 Zamrud. Kelas ini
merupakan kelas kedua selepas kelas 6 Delima daripada lima kelas semuanya.
Sebelum ini saya telah diarahkan untuk mengganti kelas 3 Delima dan 4 Firus serta
beberapa lagi kelas di tahap satu. Semasa di dalam kelas ini, saya agak kurang
berkomunikasi pada mulanya. Selepas beberapa minit, saya mula dapat menyesuaikan
diri dengan murid-murid di dalam kelas 6 Delima. Saya rasa semakin meningkat minat
saya terhadap profesion keguruan setelah mengalami sendiri perasaan sebagai
seorang guru yang mendidik anak muridnya walaupun untuk sementara.

Selepas saya rehat di kantin sekolah bersama rakan guru pelatih yang lain, saya
meneruskan agenda saya di hari terakhir ini. Saya kemudian ke pejabat sekolah
bersama rakan-rakan lain bagi mendapatkan beberapa tandatangan dan maklumat
tambahan yang sepatutnya dari pihak pentadbiran sekolah. Antaranya, saya
mendapatkan tandatangan guru penolong kanan pentadbiran bagi mengesahkan
kehadiran saya menjalani PBS di sekolah ini selama lima hari. Saya turut mendapatkan
beberapa lagi tandatangan antaranya daripada penolong kanan kokurikulum,penolong
kanan hal ehwal murid dan pembantu tadbir rendah.

Setelah selesai agenda di pejabat, saya bergegas ke kelas prasekolah SKPC


untuk membuat semakan akhir serta menyusun semua tugasan berkenaan PBS yang
telah dilaksanakan. Saya dan rakan-rakan memilih lokasi prasekolah kerana pada masa
ini iaitu lebih kurang pada jam 12 tengah hari semua murid prasekolah telah pulang.
Jadi tidak menjadi masalah untuk saya menyiapkan tugasan saya di sini. Akhirnya saya
bergambar kenang-kenangan bersama rakan guru pelatih yang lain serta beberapa
orang murid sebagai ingatan saya sepanjang menjalani PBS di sekolah ini. Ia
merupakan pengalaman yang sangat berharga dan saya tidak akan melupakannya
sampai bila-bila.
CORETAN GAMBAR
Hari pertama, semasa perhimpunan pagi awal minggu iaitu hari Ahad

Murid-murid sedang melakukan senamrobik di padang sekolah.


Kelas Bahasa Arab sedang berjalan di kelas tahun 4 oleh Ustazah Hashimah

Bilik j-QAF yang dilengkapi dengan pelbagai bahan bantu mengajar


Antara bahan bantu mengajar bagi matapelajaran Bahasa Arab

Anda mungkin juga menyukai