Anda di halaman 1dari 2

Bilangan Jurnal : Ketiga

Minggu Praktikum : Minggu Ketiga

Tarikh :17 Julai 2017 sehingga 21 Julai 2017

Tajuk Jurnal : Jumlah aktiviti untuk setiap sesi pengajaran dan pembelajaran

Masalah:

Jumlah aktiviti akan mempengaruhi perjalanan sesi pengajaran dan pembelajaran


sama ada berjalan lancar atau sebaliknya. Jumlah aktiviti yang dilaksanakan adalah
berdasarkan tahap pencapaian dan kemampuan para murid di sekolah tersebut. Misalnya
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan di kelas 4B murid-murid terdiri
daripada murid yang mempunyai tahap penguasaan yang rendah maka aktiviti yang agak
banyak menyebabkan mereka tidak berjaya mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran
pada hari tersebut. Perkara ini menyebabkan guru sukar untuk menilai kemahiran dan tahap
penguasaan para murid di kelas tersebut. Berbeza dengan kelas 4A murid-murid dilihat
sebagai murid yang mempunyai tahap pretasi yang agak baik dan kadang kala menghabiskan
aktiviti dengan agak lancar di mana ini menyebabkan mereka berasa cepat bosan dan
akhirnya menyebabkan bunyi bising dalam bilik darjah. Penambahbaikan perlu dilaksanakan.
Seterusnya dalam kelas 5A murid dilihat agak perlahan dalam menyiapkan kerja
pembentangan dan ini akhirnya menyebabkan aktiviti lain tergendala dan tertangguh.
Walaupun objektif dapat dicapai namun sesi pengajarana gak terganggu.

Analisis masalah:

Maka saya telah dapat mengesan beberapa faktor yang menyumbang kepada berlakunya
masalah di dalam bilik darjah:

1. Jumlah aktiviti murid yang terlalu banyak


2. Tahap pencapaian murid yang tidak bersesuaian dengan aktiviti

Cadangan Penambahbaikan

Berdasarkan permasalahan tersebut dapat dianalisis beberapa jalan penyelesaian


yang mungkin membantu di mana dalam kelas 4B aktiviti mungkin dapat dikurangkan lagi
dengan aktiviti yang lebih mudah dan ringkas. Perkara ini akan membantu guru untuk benar-
benar mengenal pasti pencapaian para pelajar dan mengukuhkan lagi isi pembelajaran.
Seterusnya, Penilaian juga dapat dilakukan dengan memberikan lembaran kerja agar murid-
murid dapat melakukan ulang kaji dan memahami topik dengan lebih lanjut. Dalam kelas 5A
pula murid merupakan murid yang pandai namun perlahan dalam melakukan kerja maka
aktiviti yang melibatkan banyak pergerakan perlu dilaksanakan berbanding aktiviti membaca
dan menyiapkan pembentangan. Berbeza dengan kelas 4A dimana guru perlu melaksanakan
aktiviti yang lebih banyak untuk beberapa orang murid di mana aktiviti bersifat pengukuhan
perlu dilaksanakan. Perkara ini adalah amat penting bagi memastikan semua murid terlibat
dengan sesi pengajaran dan mengelakkan murid berasa bosan dan mengganggu rakan-rakan
yang lain.

Diemak oleh guru pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Anda mungkin juga menyukai