Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS WATIKAH PERLANTIKAN 2016(SMK TUN SRI LANANG)

Hadirin diminta berdiri ,

Sekarang mengumumkan ketibaan,

Ketua polis balai kebun baru, Encik Rosli Bin Abdul Rahman.

Seterusnya memperkenalkan barisan pengawas dan PUSTAKAWAN 2016

Acara pada pagi ini dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku, dan bangsa johor. Hadirin sekalian
diminta untuk berdiri tegak.

Hadirin sekalian dipersilakan untuk duduk

Pekan Kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Salam pembuka bicara,

Bismillahirrahmanirrahim . Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh.

Yang Berbahagia,

KETUA POLIS KEBUN BARU, Encik Rosli Bin Abdul Rahman

Yang Berusaha,

Dr. abdul malik bin samsuri

Yang Dihormati,

Pn hajah MARYAM BINTI AHMAD PENOLONG KANAN 1,

Yang Dikasihi,

ENCIK AMIR HAMZAH BIN YUNOSS, GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

Guru – Guru , para pengawas , para pengawas pusat sumber , kakitangan sekolah serta PARA PELAJAR
YANG DIKASIHI SEKALIAN

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah rahmatNya dapat kita
berkumpul di kerapatan ini dalam pelaksanakan MAJLIS PERASMIAN NILAM 2016 DAN Majlis
PerlantikaN Pengawas SERTA Pustakawan SMK TUN SRI LANANG 2016 .
Dari Perlis puspa ku mohon,
Puspa dipilis buat azimat,
Tangan ditadah doa dipohon,
Semoga majlis mendapat berkat,

Kalau pergi Tanjung Keramat,


Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Untuk memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita memanjatkan doa ke hadrat ilahi. Dengan itu
majlis dengan segala hormatnya mempersilakan, yang berbahagia unstad khairi bagi mengetuai bacaan
doa kita pada pagi ini.

(pause)

Amin Ya Rabbal Alamin.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada ustad hairi di atas bacaan doa tadi,
semoga majlis kita akan lebih diberkati dan dirahmati Allah s.w.t.

Seterusnya pihak majlis dengan sukacitanya mempersilakan barisan AJK Pelancaran Program NILAM
DAN Yang Berbahagia Tuan Pengetua UNTUK MENGIRINGI ENCIK ROSLI BIN ABDUL RAHMAN BAGI
merasmikan program Nilam 2016.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA ENCIK ROSLI BIN ABDUL RAHMAN KERANA SUDI UNTUK
MERASMIKAN PROGRAM NILAM SMK TUN SRI LANANG 2016.

Diharapkan bahawa program yang dijalankan oleh pihak sekolah ini dapat memupuk nilai membaca
dikalangan para pelajar.

Para Hadirin sekalian,

Sudilah tuan jalan berlapan,


Jalan berlapan di malam kelam;
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.

Untuk meneruskan lagi majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang
Berusaha dr abdul malik bin samsuri , Pengetua SMK Tun Sri Lanang untuk menyampaikan ucapan alu-
aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan,

(pause)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan pengetua di atas ucapan beliau itu tadi.

Buah langsat di tepi busut,


Mari dimuat di dalam peti,
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat didalam hati ,

Meneruskan acara , Majlis dengan segala takzim menjemput dan mempersilakan Yang berbahagia encik
rosli bin abdul rahman untuk menyampaikan ucapannya sekali, dengan hormatnya mempersilakan ,

(pause)

Majlis merakam kan ucapan penghargaan terima kasih kepada yang berbahagia encik rosli bin abdul
rahman atas ucapan beliau sebentar tadi .

Bagi memeriahkan lagi acara ini ,


Mempersilakan _____________________ bagi mempersembahkan sebuah sajak yang bertajuk….

Sidang majis yang dikasihi sekalian ,

Kini , tibalah pada waktu yg dinantikan iaitu majlis penyampaian pelantikan pengawas sekolah dan
pengawas pusat sumber sekolah SMK TUN SRI LANANG 2016

Dengan ini dipersilakan para pengawas dan pengawas pusat sumber untuk masuk ke dewan.

Bagi menyempurnakan acara , majlis dengan itu menjemput yang berbahagia encik rosli bin ABDUL
RAHMAN Dan diiringi DR MALIK BIN SAMSURI untuk menyampaikan watikah pelantikan tersebut .

Bagi pengawas dipersilakan …………………………………………………… yang dilantik sebagai


_____________________

___________________ yang dilantik sebagai ________________


___________________ yang dilantik sebagai ________________

Dan ______________________ yang sebagai ketua pengawas smk tun sri lanang bagi tahun 2016.

Bagi pustakawan pula dipersilakan …………………………………… yang dilantik sebagai ____________


…………………………………… yang dilantik sebagai ____________
…………………………………… yang dilantik sebagai ____________
Dan ______________________ sebagai ketua pustakawan 2016.

Majlis merakam kan jutaan ucapan terima kasih

Sidang Dewan yang dirahmati sekalian ,

Dengan penyerahan watikah pelantikan ini . Maka dengan ini rasmi lah sudah pelantikan jawatan
pengawas sekolah dan pustakawan SMK TUN SRI LANANG bagi tahun 2016 ini .
Majlis diteruskan dengan menjemput dan mempersilakan _______________ dan
________________selaku ketua pengawas dan pustakawan untuk mengetuai bacaan ikrar masing-
masing.

Pengawas dan pustakawan diminta berdiri

(pause)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih

Dari daik pulang ke daik ,


Sehari berkebun pisang ,
Berbuat baik dibalas baik ,
Didalam hati dikenang orang ,

Manjadi adat melayu orang berbudi kita berbahasa . Sebagai jasa serta ucapan terima kasih , Majlis
mempersilakan Yang Berusaha Tuan pengetua Smk Tun Sri Lanang untuk menyampai kan cenderamata
sebagai tanda kenang kenangan kepada Yang berbahagia Tuan
………………………………………………………………………………..

Mangkuk jorong pinggan pun jorong,


Sejorong berisi buah jati,
Dua tiga kata terdorong,
Jangan dibawa masuk ke hati ,

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan
____________________________________ Yang Berusaha __________________________ Tuan
pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sri Lanang , barisan guru-guru dan para pelajar sekolah
kerana telah memberikan idea, sumbangan dan kerjasama dalam menjayakan Majlis perasmian program
nilam dan Penyampaian Watikah Pelantikan pada kali ini dengan jayanya.

Sebelum majlis bersurai


Diminta Yang Berbahagia rosli bin abdul rahman untuk ke tunggu sebentar bagi sesi fotografi

Para pelajar diminta untuk kembali kelas bagi meneruskan sesi pembelajaran.
.Sekian, wabillahittaufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Anda mungkin juga menyukai