Anda di halaman 1dari 4

PERINGKAT - PERINGKAT PERKEMBANGAN GURU

Menjadi seorang guru yang berjaya mengambil masa, perlu mengamalkan sikap ingin belajar untuk
mengajar sebagai proses Pembelajaran Sepanjang Hayat.

Seni pengajaran boleh dipelajari dan merupakan gabungan pengetahuan, pengalaman praktikal serta
ketelitian dan refleksi terhadap amalan diri.

TEORI PERINGKAT PERKEMBANGAN GURU

Teori Keprihatinan (Fuller,1969)

Teori keprihatinan mengkonsepkan perkembangan guru sebagai proses yang dilalui oleh guru dari
peringkat keprihatinan terhadap diri (guru) kepada tugas (pengajaran) dan seterusnya impak
(pelajar).

a. Peringkat Kemandirian Diri


- Guru berasa bimbang tentang kemampuan diri untuk mengawal kemampuan diri untuk mengawal
kelas dan apa jua yang akan diperkatakan oleh ibu bapa serta guru - guru lain.

b. Peringkat Tugas
-Peringkat perkembangan kedua, iaitu keprihatinan guru adalah terhadap memperbaiki
pengajarannya serta menguasai isi kandungan mata pelajaran.

c.Peringkat Impak
-Peringkat Ketiga dalam perkembangan guru, iaitu guru mulai melihat pelajarnya sebagai individu
yang mempunyai pelbagai keperluan.

Rumusan; Perkembangan guru sebagai proses semula jadi.


-perubahan kepada persekitaran pembelajaran seperti perubahan kurikulum, perubahan tahap kelas
yang diajar dan perubahan tempat bertugas boleh menyebabkan peringkat perkembangan guru
berbalik ke peringkat yang lebih rendah.

Lima Peringkat Perkembangan Guru (Trotter,1986)

a. Peringkat Novis (sekitar 1 tahun berkhidmat)


-mula mempelajari cara mengajar
-mempelajari fakta, konsep dan peraturan asas pengajaran
-masih belum dapat menangani tugas - tugas harian seorang guru
-dapat membuat satu peta kognitif tentang tugas - tugas am seorang guru profesional melalui kursus
yang ditawarkan dalam program Ijazah Perguruan
b. Peringkat Novis Lanjutan (sekitar 3 tahun berkhidmat)
-menambah dan memantapkan kefahaman fakta, konsep, prinsip berkaitan P&P.
-pengalaman awal kepada amalan bilik darjah membantu membina keyakinan diri
-bimbingan guru mentor amat penting dalam mengekalkan minat dan motivasi guru novis lanjutan

c. Peringkat Cekap (sekitar 5 tahun berkhidmat)


- memiliki kelayakan ikhtisas
-lebih memberikan fokus kepada pembelajaran murid
-memahami prinsip dan konsep pembelajaran dalam pelbagai situasi dan juga situasi yang khusus
-memiliki pelbagai strategi pengajaran dan mampu menyesuaikannya mengikut keperluan pelajar
yang berbeza

d. Peringkat Mahir (Sekitar 10 Tahun)


-Mahir dalam bidangnya
-Golongan yang diingati dan disanjungi oleh bekas pelajar
-gaya lancar dan spontan yang membolehkannya membuat keputusan berdasarkan intuisi
-kaya dengan pengalaman dan dapat menganalisis serta menyusun maklumat yang kompleks
berkaitan sesuatu situasi pembelajaran secara kreatif dan unik.

e.Peringkat Pakar (Sekitar 15 tahun)


-guru yang gemilang dan terbilang
-dapat memahami dan menangani maklumat yang banyak dan pelbagai dan masih mempunyai gaya
pengajaran yang lancar.
-orang yang berautoriti dalam profesionnya
-idea dan kemahiran boleh mempengaruhi polisi - polisi berkaitan pengendalian di bilik darjah.

IMPLIKASI KEPADA GURU: PERJALANAN DARI NOVIS KE PAKAR

-kecekapan seseorang guru harus mengambil kira tujuh teras pengetahuan:


1. isi kandungan
2. pedagogi am
3.kurikulum
4.kandungan pedagogi
5.tentang pelajar dan ciri - ciri pelajar
6.tentang konteks pendidikan
7.tentang falsafah, matlamat dan nilai pendidikan

Pengetahuan kandungan pedagogi merupakan kebolehan seseorang guru untuk menyampaikan


kefahaman isi kandungannya melalui pelbagai strategi dan kaedah pengajaran agar pelajar dapat
mencapai kefahaman dan menunjukkan pencapaian dalam pembelajaran tersebut.

Perbandingan kandungan pengetahuan pedagogi guru novis dan guru pakar:

Guru Novis

-pengetahuan isi kandungan adalah terhad secara diskret/berasingan


-tindakan pedagogi adalah terhad, menjurus kepada kaedah penyampaian pengetahuan dan prestasi
pengajaran

Guru Pakar

-pengetahuan isi kandungan yang mendalam dan dapat mengaitkan dengan konteks yang berbeza
secara bersepadu
-tindakan pedagogi adalah lebih luas, interaktif dan pelbagai
-mengajar dengan mengambil kira cara pelajar belajar, cara pelajar membina konsep dalam
perwakilan struktur kognitifnya
-memberikan fokus kepada pengetahuan sedia ada, pemikiran pelajar dan boleh mengubahsuai
perancangan kurikulumnya secara mental agar bersesuaian dengan keperluan konteks.

Perkara yang Perlu Diberi Penekanan:

-sokongan dan bimbingan semasa program keguruan


-latihan atau aktiviti menjurus perkembangan domain pengetahuan spesifik
-kursus - kursus ditawarkan dalam program latihan keguruan menyeimbangkan teori dan amali
-penghayatan pengurusan bilik darjah

KONSEP MENGAJAR SEBAGAI SATU PROFESION

KONSEP PROFESION DAN PROFESIONALISME

Profesion merujuk kepada pekerjaan yang melaksanakan fungsi sosial yang penting.

Profesional ialah ciri - ciri atau atribut yang terdapat dalam kalangan ahli dalam profesion.

Seorang profesional harus berpengetahuan dan perlu melalui pendidikan formal ke tahap yang tinggi
dan dikawal oleh satu kod etika.

Ciri - ciri Seorang Profesional:

1. asas pengetahuan mendalam

2. komitmen untuk memenuhi keperluan klien

KOD ETIKA DAN AKAUNTABILITI KEGURUAN

Akauntabiliti merujuk kepada tanggungjawab seseorang terhadap sesuatu.

Etika pula berasal daripada perkataan "ETHOS", Yunani iaitu norma - norma, nilai - nilai kaedah dan
ukuran bagi tingkah laku manusia yang baik.

KOD ETIKA PROFESION

-peraturan untuk membantu guru yang profesional mematuhi prinsip - prinsip yang termaktub demi
menjaga imej profession.
3 aspek Fungsi Kod Etika Profesion:

1. Pedoman bagi setiap ahli

2. Kawalan sosial untuk masyarakat atas profesion berkaitan

ISU -ISU ETIKA GURU

ISU KESANTUNAN GURU

Kesantunan merujuk kepada tatacara, adat atau kebiasaan yang berlaku dalam masyarakat.

Tatacara berkomunikasi harus mengikut norma - norma budaya setempat.

Aspek Kesantunan Berbahasa;

i. Maksud kata - kata

ii.Penggunaan Kata Ganti Nama diri dan sistem panggilan atau sapaan

iii. Intonasi suara

iv. Tidak mencelah

v. Strategi yang sesuai menyatakan maksud

PERINGKAT - PERINGKAT PERKEMBANGAN GURU

Menjadi seorang guru yang berjaya mengambil masa, perlu mengamalkan sikap ingin belajar untuk
mengajar sebagai proses Pembelajaran Sepanjang Hayat.

Seni pengajaran boleh dipelajari dan merupakan gabungan pengetahuan, pengalaman praktikal serta
ketelitian dan refleksi terhadap amalan diri.