Hubungan etnik adalah salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan manusia
kerana manusia itu dijadikan berbangsa-bangsa, berkaum-kaum dan berpuak-puak. Realitinya,
kehidupan manusia itu adalah dalam konteks kepelbagaian. Masyarakat pelbagai etnik, budaya
dan agama merupakan ciri utama negara-negara di dunia pada hari ini contohnya Malaysia.
Dasar Pecah dan Perintah merupakan suatu sistem yang dilaksanakan oleh kerajaan
kolonial british dalam mentadbir penduduk bumiputera dan imigran secara berasingan. Oleh yang
demikian, terdapat kesan positif dan negatif terhadap perpaduan etnik di Malaysia rentetan dasar
tersebut. Satu kesan negatif dasar pecah dan perintah adalah ianya telah meningkatkan
semangat etnosentrisme dalam kalangan kaum sendiri. Etnosentrisme merupakan kepercayaan
atau rasa bangga yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya
dan etnisiti mereka jauh lebih baik dan hebat daripada kelompok lain. Kemuncak daripada dasar
pecah dan perintah ini sehinggalah berlaku peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Peristiwa tersebut
telah mengorbankan ramai orang dan telah mengakibatkan kerugian harta benda yang banyak.
Sebenarnya masalah 13 Mei ini merupakan masalah perpaduan yang telah lama berakar umbi
dalam masyarakat majmuk Malaysia sebelum tahun 1969 lagi. Masalah ini telah disebabkan oleh
pemisahan kelompok etnik untuk menjaga kepentingan mereka agar tidak terjejas dengan
kewujudan perpaduan kaum kerana mereka mahu mengeksploitasi semaksima mungkin
kekayaan semulajadi Malaysia. Walau bagaimanapun, dasar pecah dan perintah juga telah