Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA

ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR ASRAMA


PERINGKAT KOLEJ KEDIAMAN VOKASIONAL KLUANG, JOHOR

1.0 PENDAHULUAN
Anugerah Kecemerlangan Pelajar merupakan salah satu program yang telah dirangka
dibawah Biro Pendidikan, Kolej Kediaman Vokasional Kluang, Johor. Program ini
dirangka bagi menghargai pelajar-pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan
vokasional. Kecemerlangan pelajar mencerminkan perkembangan serta kemajuan pihak
kolej dalam melahirkan moal insan dan seterusnya membuktikan Kolej Vokasional
Kluang adalah sebagai satu institusi pendidikan yang berwibawa. Di samping itu,
program ini adalah sebagai medium untuk mengeratkan hubungan dikalangan pelajar dan
guru.

2.0 MATLAMAT
Anugerah ini diadakan untuk memberi galakan dan dorongan kepada para pelajar yang
mendapat keputusan yang cemerlang dalam bidang akademik dan vokasional. Pada kali
ini Anugerah Pelajar Cemerlang diberikan kepada pelajar Tahun 1,2 dan 3 Kohort 2015
berdasarkan PNGK keseluruhan 3.75 ke atas.

3.0 OBJEKTIF
- Sebagai tanda sokongan dan dorongan kepada para pelajar yang memperoleh
keputusan yang cemerlang dan kompeten dalam bidang akademik dan vokasional.
- Membangkitkan semangat dan keazaman pelajar-pelajar untuk lulus dengan
cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi serta mempunyai keterampilan dan
kewibawaan sebagai pelajar yang berakhlak mulia dan beradab.
- Mengeratkan silaturrahim dikalangan guru dan pelajar.

1
4.0 PELAKSANAAN PROGRAM
Tarikh : 7 Mei 2015 (Sabtu)
Tempat : Dewan Makan Kolej Kediaman Vokasional Kluang, Johor.
Masa : 8.00 malam

5.0 KUMPULAN SASARAN


Melibatkan semua warga Kolej Kediaman Vokasional Kluang yang merangkumi
pelajar Tahun 1, 2, 3 dan 4.

6.0 PENGISIAN KURSUS


Jamuan Makan Malam dan Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang Tahun 1,2 dan
3 Kohort 2015.

7.0 KOS DAN SUMBER


Bil. Perkara Harga seunit Kuantiti Jumlah
1. Hadiah Pelajar Cemerlang RM 30 30 orang RM 900.00
2. Hadiah pertandingan indoor RM 10 15 orang RM 150.00
game pelajar ASPURI
3. Hadiah pertandingan Dorm RM 50 3 RM 150.00
Terbersih RM 40 3 RM 120.00
RM 30 3 RM 90.00
4. Hadiah Pertandingan King RM 20 4 RM 80.00
& Queen
5. Jamuan (Pelajar) RM 15 445 orang RM 6,675.00
JUMLAH RM 8,165.00

8.0 TENTATIF PROGRAM


7.50 malam : Para pelajar berkumpul di Dataran Asrama
8.00 malam : Ketibaan Pengarah dan barisan pengurusan asrama
8.10 malam : Bacaan doa
8.15 malam : Ucapan alu-aluan dari Pn. Hjh. Norhayati bt Abd. Rahman
(Pengetua Kolej)
8.25 malam : Jamuan
8.45 malam : Persembahan Pelajar
9.00 malam : Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang
Penyampaian Anugerah "Raja/Permaisuri"- Pelajar
Penyampaian Anugerah "Raja/Permaisuri"- Guru
9.30 malam : Bersurai

2
9.0 JAWATANKUASA PROGRAM ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR
PERINGKAT ASRAMA KOLEJ 2016

Penasihat : Pn. Hjh. Norhayati bt Abd. Rahman (Pengarah)


Pengerusi : En Eshak b Khamis (TPSA)
Pen. Pengerusi 1 : Dr. Hj. Abd. Aziz bin Hj. Sahat (TPA)
Pen. Pengerusi 2 : En Zulkifli bin Yusof (KJK)
Penyelaras : Pn. Norlidiyana Bt Tabroni

J/K Jamuan : Pn. Maimon Salamat & Pn. Norazila Mohamed


(Penyelia Asrama)

J/K Disiplin & : Ustaz Mohd Zairulazlan b Azhari (Ketua Warden)


Kawalan pelajar

J/K Fotografi : En. Mohd Arshad bin Yaacob


: En. Muhammad Ameen bin Atan

J/K PA System : En. Mustaffa Hussein

J/K Pemantau Program : Pn. Raehana bt Burhanuddin


: En. Zulkifli bin Irpow
: Pn. Juliyana bt Abdul Jamal

J/K Kebajikan : En. Mohd Azhar bin Che' Derahman

J/K Persembahan : Cik Nur Hamiza Binti Kairuddin

J/K Cenderahati : Barisan MPP Asrama

9.0 PENUTUP
Harapan agar program ini berjalan lancar dan mendapat sokongan semua pihak.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

............................................... .....................................................
(NORLIDIYANA BT TABRONI) PN. HJH. NORHAYATI BT ABDUL RAHMAN)

Biro Pendidikan Pengarah,


Kolej Kediaman Vokasional Kluang, Johor. Kolej Vokasional Kluang