Anda di halaman 1dari 1

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat juga kami
menyempurnakan tugasan bagi subjek Murid dan Pembelajaran ini. Sepanjang
menjalankan kerja kursus ini, kami telah memperoleh pelbagai pengalaman sama ada
pahit mahupun manis yang amat berharga dan bermakna dalam hidup kami sebagai
seorang pelajar.

Selain itu, kami juga telah memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan
dengan lebih terperinci lagi berkaitan tugasan ini. Di kesempatan ini, kami ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang
menjayakan tugasan ini.

Pertama sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada


pensyarah bagi subjek ini, En. Sundar a/l Subbramaniam kerana telah memberi
sokongan dan dorongan kepada kami ketika menyiapkan kerja kursus ini.

Di samping itu, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa
kami kerana telah memberi kami semangat dan dorongan untuk menyiapkan kerja
kursus ini. Terima kasih juga kerana memberikan kami wang tambahan yang
digunakan sepanjang proses melaksanakan kerja kursus ini.

Kalungan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas kami yang banyak


membantu dan memberi komen ketika menyiapkan kerja kursus ini. Tunjuk ajar,
kerjasama dan dorongan yang diberikan oleh semua pihak membolehkan kami berjaya
menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya.

Akhir madah, kami mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat
secara lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.

iii