Anda di halaman 1dari 1

Mdnajib790401@gmail.

com 2018

Doa Ceramah Kesihatan SK.LINGKUNGAN XBA6031

‫نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ باهلل من شرور أنفسنا ومن‬، ‫الـحمد هلل‬
‫ والصالة‬، ‫سيئات أعمالنا من يهده هللا فال مضل له ومن يضلله فال هادي له‬
. ‫والسالم على رسولنا األمين وعلى آله وأصحابه أجـمعين‬
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Kami bersyukur di atas nikmat dan hikmat yang Engkau berikan kepada kami untuk menghadiri
Majlis Ceramah Kesihatan HFMD pada pagi ini . Semoga kehadiran kami pada pagi ini akan
memberi dan menambahkan maklumat yang berguna supaya kami dapat menjalani kehidupan
dengan penuh ke’afiatan dan kesejahteraan .
Ya Allah , Ya ‘Azizi Ya Sattar

Kami hayati suasana pagi ini atas landasan fitrah dan perwatakan Islam. Berpegang kepada
kalimat Ikhlas dan prinsip keikhlasan . Berpegang kepada agama Nabi Junjungan Kami Nabi
Muhammad S.A.W. , Ya Allah , Ya Muhaiminu Ya Aziz Ya Jabbar ,

Sejahterakanlah tubuh badan kami , sejahterakanlah pendengaran kami , sejahterakanlah


penglihatan kami .
Ya Allah , Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram ,

Perbaikilah urusan agama kami kerana ia adalah pengawal kehidupan kami ,


Perbaikilah urusan dunia kami kerana di sinilah kami menjalani kehidupan kami , perbaikilah
urusan akhirat kami kerana di sanalah kami akan dikembalikan .

Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram ,


Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan
sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan sempurnakanlah keindahan
diri kami dengan kesihatan.

Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati .
Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada
mara bahaya, keburukan.dan wabak penyakit.

‫ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي اآلخرة حسنة وقنا عذاب النار‬
‫وصلى هللا على خير خلق هللا وخاتم األنبياء والمرسلين سيدنا محمد وعلى‬
‫آله وصحبه أجمعين والحمد هلل رب العالـمين‬