Anda di halaman 1dari 4

Mohon kerjasama semua guru dan murid berdiri untuk menyanyikan lagu

Negaraku, lagu Wilayah dan lagu Sekolah.

Seterusnya dijemput Saudara _____________________________ untuk


mengetuai bacaan ikrar rukun negara dan ikrar murid.

Hadirin dipersilakan duduk.

Mencari timba si anak dara


Di bawah sarang burung tempua
Salam sembah pembuka bicara
Selamat datang untuk semua

Yang Berbahagia, Encik Vengadeson a/l Madavan


Yang Dipertua PIBG SMK Vivekananda.

Encik Thangaperumal a/l Andimuthu,


Pengetua SMK Vivekananda.

Puan Zarina binti Zainudin,


Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum.

Puan Syamala a/p Ramakrishna Nair,


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

Puan Hajah Noor Melati binti Ismail,


Penolong Kanan Kokurikulum.

Encik Chandra Sekaran a/l Krishnan,


Penolong Kanan Tingkatan 6.

Ketua-ketua bidang, guru-guru serta murid-murid yang dihormati sekalian.


Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam keilmuan, salam 1 Malaysia dan
salam Teknik dan Vokasional.

Hadirin yang dimuliakan,


Kalau pergi Tanjung Keramat
Anak manis jangan diangkat
Bersama kita memohon rahmat
Moga majlis mendapat berkat.

Untuk itu dengan segala hormatnya menjemput ________________________


untuk memimpin bacaan doa pembuka majlis pada pagi ini.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada saudara


__________________________ atas bacaan doa sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati,


Untuk pengetahuan semua, pada pagi yang berbahagia ini, kita akan merasmikan
Minggu Teknik dan Vokasional SMK Vivekananda 2018 dengan tema Teknik
& Vokasional Menjana Minda Kreatif. Minggu Teknik dan Vokasional ini
merupakan anjuran bersama Panitia Perniagaan, Prinsip Perakaunan, Ekonomi,
Reka Cipta, Kemahiran Hidup dan Reka Bentuk & Teknologi SMK Vivekananda.

Untuk makluman semua, majlis pagi ini juga merupakan majlis pelancaran
Bengkel Kemahiran Hidup yang baru. Selepas pelaksanaan Ekosistem Kondusif
Sektor Awam (EKSA) di Makmal Sains dan Vive.Com, kini giliran EKSA
dilaksanakan di bengkel SMK Vivekananda. Untuk makluman hadirin juga,
bengkel ini akan dikenali dengan nama yang baru iaitu BENGKEL INOVASI.
Pergi ke kota beli selasih
Sayang si dara buat halwa
Berilah kata simpulan kasih
Sulamkan mesra satukan jiwa.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Encik Thangaperumal a/l


Andimuthu, Pengetua SMK Vivekananda.
Majlis dengan ini mempersilakan.

………………………………………………………………………………………………

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengetua atas ucapan itu tadi.

Hadirin sekalian,
Kalau tuan pikat kenari
Jangan patahkan batang jerami
Kepada tuan sembah diberi
Mohon rasmikan majlis kami.

Tanpa melengahkan masa, majlis diteruskan dengan ucapan perasmian yang


akan disampaikan oleh Encik Vengadeson a/l Madavan, YDP PIBG SMK
Vivekananda.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

……………………………………………………………………………………………

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Encik Vengadeson a/l Madavan atas
kesudian merasmikan Minggu Teknik & Vokasional 2018 dan Pelancaran Bengkel
Inovasi SMK Vivekananda.
Hadirin yang dihormati,
Seterusnya, majlis sekali lagi menjemput Encik Vengadeson a/l Madavan diiringi
Encik Thangaperumal a/l Andimuthu, Puan Zarina binti Zainudin, Puan Raziah
binti Mohd Kaus dan semua barisan pentadbir untuk menyempurnakan perasmian
pada pagi ini.
Majlis mempersilakan.

------------------------------------------ GIMIK PERASMIAN -------------------------------------

Merdu bertingkah alinan suara


Kadang tak sedar tersilap kata
Andai terlanjur patah bicara
Serendah hati kemaafan dipinta.

Dengan perasmian itu tadi, maka berakhirlah sudah majlis kita pada pagi ini.
Sebelum saya mengakhiri majlis, izinkan saya membacakan aktiviti yang akan
dijalankan sepanjang Minggu Teknik & Vokasional SMK Vivekananda 2018 untuk
makluman semua.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah ;
i. Ceramah Keusahawanan iaitu ‘Entrepreneurship Talk’ Al-Ikhsan pada hari
ini antara jam 10.30 pagi hingga 1.30 tengah hari;
ii. Jualan Keusahawanan akan diadakan pada hari Isnin hingga Rabu;
iii. Treasure Hunt yang akan dilaksanakan pada hari Rabu dan;
iv. Kuiz mata pelajaran yang akan diadakan dalam sesi PdPc.

Diharapkan semua murid dapat memberikan kerjasama sepanjang


berlangsungnya Minggu Teknik & Vokasional Tahun 2018 ini.
Sekian, wabilahitaufik walhidayah,
Assalamualaikum warah matullahiwabarakatuh.