Anda di halaman 1dari 38

PENGENALAN

Kanak-kanak merupakan pemimpin generasi masa hadapan. Oleh itu, menjadi


tanggungjawab ibu bapa, guru, pemimpin dan setiap individu dalam memastikan kanak-
kanak ini membesar dalam persekitaran yang harmoni, berkesefahaman dan
penyayang. Tambahan lagi, keadaan mereka yang masih belum matang dan tidak
dapat membuat keputusan dengan sendiri, menyebabkan mereka memerlukan
perlindungan dan penjagaan khas, termasuk disediakan perlindungan undang-undang
yang sewajarnya. Mereka berhak ke atas perlindungan, hak untuk tidak didiskriminasi,
hak ke atas perlindungan, hak untuk menyuarakan pendapat serta pelbagai hak lain.

Kanak-kanak juga mudah dipengaruhi, memerlukan jagaan serta perlindungan


khas terutamanya perlindungan oleh keluarga, perlindungan undang-undang dan
perlindungan yang lain kepada mereka. Ini juga sekali lagi mengesahkan keperluan
bagi meliputi hak sebelum dan selepas lahir serta kepentingan hormat kepada nilai-
nilai kebudayaan komuniti kanak-kanak. Selain itu, ia merupakan satu peranan yang
amat penting bagi kerjasama antarabangsa dalam menjamin hak asasi kanak-kanak.
Berdasarkan Konvensyen Hak Kanak-kanak yang telah diterima pakai oleh
Perhimpunan Agong Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 20 November 1989
mengandungi Perkara 1 hingga Perkara 54. Perkara yang berkaitan dengan hak
pendidikan perkembangan kanak-kanak terkandung dalam Perkara 6,18, 27, 28, 29.

Malaysia telah mewujudkan persekitaran yang memberi kesempatan kepada


kanak-kanak, termasuk institusi berkanun, gabungan bukan kerajaan dan kesedaran
umum yang semakin meningkat. Sebagai sebahagian daripada komitmen kepada
perlindungan dan kesejahteraan kanak-kanaknya, Kerajaan Malaysia telah
mengesahkan dan menandatangani pelbagai Konvensyen. Salah satunya ialah
Konvensyen Hak Asasi Kanak-kanak yang ditandatangi pada 19 Mac 1995. Selain itu,
kerajaan Malaysia telah mewujudkan akta-akta seperti Akta 308 dan Akta 550 untuk
memastikan pendidikan sampai kepada kanak-kanak di Malaysia.

1
HAK ASASI KANAK-KANAK

Kanak-kanak mudah dipengaruhi, memerlukan jagaan serta perlindungan khas


terutamanya perlindungan oleh keluarga, perlindungan undang-undang dan
perlindungan yang lain kepada mereka. Ini juga sekali lagi mengesahkan keperluan
bagi meliputi hak sebelum dan selepas lahir serta kepentingan hormat kepada nilai-
nilai kebudayaan komuniti kanak-kanak. Selain itu, ia merupakan satu peranan yang
amat penting bagi kerjasama antarabangsa dalam menjamin hak asasi kanak-kanak.
Berdasarkan Konvensyen Hak Kanak-kanak yang telah diterima pakai oleh
Perhimpunan Agong Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 20 November 1989
mengandungi Perkara 1 hingga Perkara 54. Di antara perkara yang berkaitan dengan
hak pendidikan perkembangan kanak-kanak terkandung dalam Perkara 6, Perkara 18,
Perkara 27, Perkara 28 dan Perkara 29.

PERKARA 6

1. Negara-Negara Pihak mengiktirafkan bahawa tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak


sedia ada untuk hidup.

2. Negara-Negara Pihak hendaklah memastikan setakat yang sebanyak mungkin boleh


kewujudan dan perkembangan kanak- kanak.

Kewujudan dan perkembangan

Tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak sedia ada untuk hidup, dan Negara mempunyai
obligasi untuk memastikan kewujudan dan perkembangan kanak-kanak itu.

PERKARA 28

1. Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak kanak-kanak kepada pendidikan, dan


dengan tujuan untuk mencapai hak ini secara berperingkat-peringkat dan atas
dasar peluang yang sama, mereka hendaklah, secara khususnya:

(a) Menjadikan pendidikan rendah diwajibkan dan diadakan secara percuma


kepada semua;

2
(b) Menggalakkan perkembangan pendidikan menengah dalam berbagai
bentuk, termasuk pendidikan am dan vokasional, mengadakan pendidikan
itu dan terbuka kepada tiap-tiap kanak-kanak, dan mengambil langkah
yang sewajarnya seperti memperkenalkan pendidikan percuma dan
menawarkan bantuan kewangan jika diperlukan;

(c) Menjadikan pendidkkan tinggi kepada semua atas dasar keupayaan


melalui tiap-tiap cara yang sewajarnya;

(d) Menjadikan maklumat pendidikan dan vokasional dan bimbingan diadakan


dan terbuka kepada semua kanak-kanak;

(e) Mengambil langkah-langkah untuk menggalakkan kehadiran secara tetap


di sekolah dan mengurangkan kadar keciciran.

Pendidikan

Kanak-kanak mempunyai hak kepada pendidikan, dan kewajipan Negara untuk


memastikan bahawa pendidikan utama percuma dan wajib, menggalakkan
pendidikan menengah dalam berbagai bentuk yang mudah diperoleh oleh tiap-
tiap kanak-kanak dan untuk menjadikan pendidikan tinggi diadakan kepada
semua atas dasar keupayaan. Disiplin sekolah hendaklah selaras dengan hak
dan kemuliaan kanak-kanak itu. Negara hendaklah melibatkan diri dalam
kerjasama antarabangsa untuk melaksanakan hak ini.
Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang sewajarnya
untuk memastikan bahawa disiplin sekolah ditadbirkan mengikut cara yang
selaras dengan kemuliaan kanak-kanak dan dengan menepati Konvensyen ini.
Negara-Negara Pihak hendaklah mempromosikan dan menggalakkan kerjasama
antarabangsa dalam perkara yang berhubungan dengan pendidikan, khususnya
dengan tujuan untuk menyumbang kepada pembasmian kejahilan dan buta huruf
di seluruh dunia dan memudahkan akses kepada pengetahuan saintifik dan
teknik dan kaedah pengajaran yang moden. Dalam hal ini, perhatian yang
khusus hendaklah diberikan kepada keperluan negara-negara membangun.

3
PERKARA 29

1. Negara-Negara Pihak bersetuju bahawa pendidikan kanak-kanak hendaklah


dihalatujukan kepada:

 Perkembangan personaliti, bakat, dan kebolehan mental dan fizikal kanak-


kanak pada tahap potensi yang paling tinggi;
 Perkembangan rasa hormat bagi hak asasi manusia dan kebebasan asasi,
dan bagi prinsip-prinsip yang termaktub dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu;
 Perkembangan rasa hormat bagi ibu bapa kanak-kanak, identiti kebudayaan,
bahasa dan nilainya sendiri, bagi nilai kebangsaan negara yang diduduki oleh
kanak-kanak itu, negara yang daripadanya dia berasal, dan bagi tamadun
yang berbeza daripada tamadunnya sendiri;
 Penyediaan kanak-kanak bagi hidup yang bertanggungjawab dalam
masyarakat yang bebas, dalam semangat persefahaman, keamanan,
toleransi, kesamaan jantina, dan persahabatan di kalangan semua orang,
kumpulan etnik, kebangsaan dan agama dan orang yang asal usulnya
penduduk asli.

Matlamat pendidikan

1. Pendidikan hendaklah mempunyai matlamat untuk mengembangkan personaliti,


bakat dan kebolehan mental dan fizikal kanak-kanak pada tahap potensi yang paling
tinggi. Pendidikan hendaklah menyediakan kanak-kanak itu untuk kehidupan dewasa
yang aktif dalam masyarakat yang bebas dan memupuk rasa hormat bagi ibu bapa
kanak-kanak, identiti kebudayaan, bahasa dan nilainya sendiri, dan bagi latar belakang.

2. Tiada bahagian dalam perkara ini atau perkara 28 boleh ditafsirkan sebagai
mengganggu kebebasan individu dan badan untuk mewujudkan dan mengarahkan
institusi pendidikan tertakluk sentiasa kepada pematuhan prinsip-prinsip yang
dinyatakan dalam perenggan 1 perkara ini dan kepada keperluan bahawa pendidikan
diberikan di institusi sedemikian hendaklah mematuhi standard minimum yang
ditetapkan oleh Negara.

4
Hak Asasi Kanak-kanak di Malaysia.

Malaysia telah mewujudkan persekitaran yang memberi kesempatan kepada kanak-


kanak, termasuk institusi berkanun, gabungan bukan kerajaan dan kesedaran umum
yang semakin meningkat. Sebagai sebahagian daripada komitmen kepada
perlindungan dan kesejahteraan kanak-kanaknya, Kerajaan Malaysia telah
mengesahkan dan menandatangani pelbagai Konvensyen. Salah satunya ialah
Konvensyen Hak Asasi Kanak-kanak yang ditandatangi pada 19 Mac 1995. Selain itu,
kerajaan Malaysia telah mewujudkan akta-akta seperti Akta 308 dan Akta 550 untuk
memastikan pendidikan sampai kepada kanak-kanak di Malaysia.

Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak telah diterima dengan rasminya oleh


Perhimpunan Bangsa-bangsa Bersatu yang ke - 44 pada 20 November 1989 secara
konsensus. Pada 26.1.1990 ,Konvensi itu telah dibuka untuk ditandatangani ketika
menyambut ulang tahun ke-30 Deklarasi Hak-hak Anak (1959-1989) dan ulang
tahun ke 10 Tahun Antarabangsa Kanak-kanak (1979-1989). Konvensi mengenai Hak
Anak telah dikuatkuasakan pada 2 September 1990 selepas 30 hari ianya diiktiraf oleh
20 negara. Kerajaan Malaysia telah menandatangani konvensyen mengenai Hak
Kanak-kanak pada 28.12.94 dan telah guna pakai pada 7.2.95 akan tetapi Kerajaan
Malaysia telah membuat reservasi terhadap fasal 1,2,7,13,14,15,22,28,37,40 kerana
bertentangan dengan dasar, undang-undang dan amalan nasional. Tetapi reservasi-
reservasi tersebut akan ditarik balik pada keadaan dan masa yang sesuai oleh kerajaan
Malaysia.

Pada 25.2.99 Kerajaan telah menarik balik beberapa reservasi dan masih lagi
mengadakan reservasi bagi fasal 1,2,7,13,14, 15,28 para 1(a) dan fasal 37.
Secara umumnya, Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak mendorong Kerajaan
supaya lebih bertanggungjawab untuk kesejahteraan kanak-kanak sebagai mengiktiraf
hak mereka. Konvensi itu juga menghuraikan segala keperluan kanak-kanak
berasingan dari keperluan orang dewasa. Konvensyen tersebut mengandungi tiga
bahagian dan 54 artikel yang disusun seperti berikut:

5
Bahagian I:
41 artikel mengenai hak kanak-kanak.
Bahagian II:
4 artikel mengenai pelaksanaan dan penguatkuasaan Konvensyen serta implikasi
bagi negara-negara anggota.
Bahagian III:
9 artikel mengenai pengiktirafan konvensyen dan implikasinya.

Konvensyen itu juga menekankan bahawa kanak-kanak di bawah umur 18 tahun


mempunyai hak seperti:

1. Untuk hidup, membesar dengan sihat, menikmati taraf hidup dan


pemeliharaan yang sempurna serta belaian kasih sayang dalam suasana
kekeluargaan.
2. Untuk mendapat identiti sebagai individu dan warganegara.
3. Untuk mendapat perlindungan dari kesukaran atau rintangan dalam hidup
semasa dalam kecemasan, peperangan, dalam pelarian, dalam keadaan
tidak berupaya dan dari exploitasi atau jenayah.

Konvensyen itu juga menghuraikan segala keperluan kanak-kanak berasingan dari


keperluan orang dewasa dengan mengambil kira keperluan seperti:

1. Kerjasama antarabangsa dalam usaha memberi perlindungan kepada kanak-


kanak.
2. Peranan dan tanggungjawab keluarga dan negara dalam memberi
perlindungan dan menjaga kepentingan kanak-kanak.
3. Memberi tekanan kepada hak kanak-kanak membesar mengikut budaya,
kepercayaan atau agama, keluarganya.
4. Memberi perlindungan kepada kanak-kanak sebatang kara yang memerlukan
keluarga ganti / pelihara.
5. Memberi hak taraf kewarganegaraan kepada semua kanak-kanak.

6
AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK (AKTA 308)

PROSEDUR PENDAFTARAN TASKA

Baru/Pendaftaran Semula

1. Pemohon membeli Buku Garis Panduan Penubuhan TASKA pada harga


RM10.00 (Pendaftaran Baru) atau Borang Pendaftaran Semula pada harga
RM4.00 dari PKMD/JKMN/JKMM

2. Pemohon mendaftarkan perniagaan/pertubuhan

3. Pemohon mendapatkan kelulusan dari 3 agensi teknikal iaitu Majlis


Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan
Kesihatan

4. Pemohon mengemukakan permohonan yang lengkap ke PKMD yang


berhampiran beserta wang pos/cek bernilai RM50.00 atas nama Ketua
Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia

5. Permohonan disemak oleh Pegawai TASKA di PKMD

6. Permohonan dikemukakan ke JKMN

7. Permohonan disemak oleh Pegawai Penyelaras TASKA Negeri di JKMN

8. Permohonan dimajukan ke pihak JKMM (Ibu Pejabat)

9. Permohonan diproses dan dikemukakan kepada Ketua Pengarah Kebajikan


Masyarakat Malaysia untuk dipertimbangkan kelulusannya

10. Perakuan Pendafataran TASKA yang tempoh sahnya selama setahun


dikeluarkan

7
Prosedur Pendaftaran Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA)

1. Menerima permohonan pendaftaran TASKA dan menjalankan penyiasatan.


2. Mendapatkan kerjasama Pejabat Kesihatan, Pejabat Bomba dan Majlis
Bandaran/Daerah untuk menjalankan penyiasatan ke atas TASKA bagi
mendapatkan teguran/pandangan dan kelulusan.
3. Sebagai Pegawai Berkuasa, boleh dari masa ke semasa masuk dan memeriksa
apa-apa premis yang digunakan bagi maksud -maksud taman asuhan kanak-
kanak untuk tujuan menjamin bahawa:

 Kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak atau pekerja-pekerja dalamnya


adalah memuaskan;
 Daftar, rekod, jadual waktu, menu, buku kira-kira adalah diselenggarakan
dengan sempurna;
 Alat yang cukup dan sesuai diadakan di dalamnya;
 Struktur, kesihatan dan kebersihan diselengarakan;
 Pengawasan yang cukup diambil terhadap pencegahan kebakaran atau apa-
apa bencana lain yang mungkin membahayakan nyawa atau kesihatan
kanak-kanak yang diasuh dalamnya".

HUKUMAN KE ATAS TASKA YANG TIDAK BERDAFTAR

Mereka yang didapati bersalah boleh dihukum denda tidak melebihi RM 1,000. Bagi
kesalahan kali yang kedua atau kali yang kemudiannya, boleh didenda tidak melebihi
RM2,000.00.

8
BEBERAPA SEKSYEN TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK :

 Seksyen 2: sekurang-kurangnya terdapat 4 org kanak-kanak di bawah umur 4


tahun dan orang yang menjaga kanak-kanak dibayar upah.

 Seksyen 3: dikecualikan untuk hospital, tadika & rumah kanak-kanak yang


dikendalikan oleh kerajaan.

 Seksyen 4: didaftarkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.

 Seksyen 5: terdapat 2 kategori;

a) taman asuhan kanak-kanak di rumah : jumlah kanak-kanak kurang


daripada10 org

b) taman asuhan kanak-kanak di institusi : bil kanak-kanak 10 orang atau lebih.

 Seksyen 6 (2) : denda kali pertama tidak melebihi RM1000.00.

Kesalahan kali kedua dan seterusnya denda tidak melebihi

RM2000.00

 Seksyen 11 (3): tiap-tiap perakuan pendaftaran sah selama dua belas bulan
calendar.

 Seksyen 12: pendaftaran boleh dibatalkan jika tidak mematuhi peraturan, tidak
memaklumkan perubahan terkini dan pemilik yang tidak berakhlak.

 Seksyen 14: pegawai berhak memeriksa taska dari segi kesihatan, pengurusan,
peralatan, persekitaran & kecemasan.

 Seksyen 15 & 16: pihak berkuasa boleh memberi arahan secara bertulis untuk
menutup sementara taman asuhan jika didapati membahayakan kanak-kanak.

 Seksyen 24: permohonan boleh dibuat untuk menerima kanak-kanak berumur 4


tahun ke atas dengan syarat mendapat kebenaran pihak berkuasa.

9
PERATURAN TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK

1. Peraturan 5 (1): nisbah kanak-kanak & pengasuh :

Kumpulan umur Bil. kanak-kanak Bil penjaga kanak-


kanak

Bawah 3 tahun Tiap-tiap 5 orang kanak-kanak Seorang


atau kurang

Antara 3 dgn 4 tahun Tiap-tiap 10 orang kanak- Seorang


kanak atau kurang

Di bawah 4 tahun Tiap-tiap 4 orang kanak-kanak Seorang


bekeperluan atau kurang

2. Peraturan 6(1): umur dan kelayakan penjaga kanak-kanak ialah 18 tahun ke


atas, mengikuti kursus asas asuhan kanak-kanak.

3. Peraturan 7(1): rekod peribadi kanak-kanak dikemaskini.

4. Peraturan 8: menegaskan perlu ada program aktiviti harian di taska.

5. Peraturan 12: mempamerkan nama taska dengan Bahasa Kebangsaan.

6. Peraturan 13: perakuan pendaftaran ditunjukkan di tempat yang jelas.

7. Peraturan 14: dilarang mendera kanak-kanak.

8. Peraturan 19: bangunan taska mematuhi syarat rekabentuk, pembinaan,


ketahanan api.

9. Peraturan 23: menjalankan latihan kebakaran & memastikan pintu keluar masuk
bangunan bebas daripada halangan.

10
10. Peraturan 24: keluasan ruang lantai ialah 3.5 meter persegi.

11. Peraturan 25: kemudahan tandas disediakan (nisbah 1 tandas untuk 10 org
kanak-kanak).

12. Peraturan 26: bekalan air yang mencukupi & bersih.

13. Peraturan 28: menyediakan makanan berkhasiat & seimbang.

14. Peraturan 29(3): pemerhatian ke atas rupa, kebersihan, kesihatan diri, suhu,
masalah kulit atau sebagainya dikesan di waktu pagi.

15. Peraturan 30(1): menyediakan peralatan permainan mencukupi & sesuai.

16. Peraturan 31: dilarang merokok & meludah.

17. Peraturan 33(2): laporkan segera jika terdapat kes penyakit berjangkit

18. Peraturan 35(1): menyediakan kotak pertolongan cemas.

19. Peraturan 36: mendapatkan persefahaman & kerjasama ibubapa berhubung


pengurusan, kesihatan, pemakanan dan lain-lain.

20. Peraturan 39: denda RM1000.00 atau penjara enam bulan atau kedua-dua sekali
jika melanggar peraturan & bersabit kesalahan.

21. Peraturan 40(1): RM50.00 untuk bayaran perakuan.

22. Peraturan 40(2): RM3.00 untuk bayaran pemeriksaan daftar.

11
AKTA PENDIDIKAN 1996. (AKTA 550)

Akta ini merupakan akta untuk mengadakan peruntukkan bagi pendidikan dan bagi
perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Objektif

Menyediakan pengalaman pembelajaran kepada murid-murid yang berumur antara 4


hingga 6 tahun bagi menyuburkan potensi mereka dalam semua aspek perkembangan,
menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke
sekolah rendah. Objektif-objektif yang lain ialah:

a) Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif.

b) Menggunakan Bahasa Melayu dengan baik untuk komunikasi.

c) Menggunakan Bahasa Cina/ Bahasa Tamil untuk komunikasi .

d) Menggunakan Bahasa Inggeris dalam interaksi sebagai bahasa kedua.

e) Mengamalkan nilai-nilai Islam / nilai-nilai murni dalam kehidupan harian.

f) Mempunyai kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan menyelesaikan


masalah.

g) Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial.

h) Mempunyai kecerdasan dan kemahiran fizikal serta mempraktikkan


amalan kesihatan dan keselamatan.

i) Mempunyai kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan menyelesaikan


masalah.

j) Mempunyai kecerdasan dan kemahiran fizikal serta mempraktikkan


amalan kesihatan dan keselamatan.

k) Daya kreativiti dan nilai estetika menghargai keindahan alam dan warisan
budaya.

12
Latar Belakang

Pada 18 Disember 1991 - Mesyuarat Jemaah Menteri

KPM melaksanakan program prasekolah.

Pada 27 Januari 1992 - Mesyuarat antara Kementerian

Projek Rintis Pendidikan Prasekolah KPM (1,131 kelas)

Akta Pendidikan 1996

Pendidikan Prasekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan

6 Jun 2001 - Mesyuarat Jemaah Menteri.

Peluasan program Prasekolah KPM.

Kriteria Pemilihan Sekolah

a) Lokasi Pedalaman/Luar Bandar/Pinggir Bandar/Bandar.

b) Murid Tahun Satu Yang Tidak Berprasekolah Tinggi.

c) Tiada Operator Tadika Lain.

d) Mengambilkira Pendaftaran Murid Tahun Satu bagi tahun berikutnya (>15 orang).

e) Kemudahan Ubah Suai/Bina Bilik Darjah.

f) Permintaan Masyarakat Setempat.

Kriteria Pemilihan Murid

a) Warganegara Malaysia.

b) Berumur 5 dan 5+ tahun.

c) Setiap kelas 25 orang murid.

d) Keutamaan pemilihan berdasarkan pendapatan dan tanggungan ibu bapa / penjaga.

13
Geran Per Kapita (PCG)

RM100 seorang murid setahun

RM100 X 25 murid X 1 kelas

Jumlah : RM2500 setiap kelas setahun

Bantuan Makanan

RM1.50 seorang murid sehari

RM1.50 X 1 murid X 200 hari

Jumlah : RM300 seorang murid setahun

Program-Program Prasekolah KPM

 Program ICT Prasekolah (KPM) Mulai 2002

Komputer/Pencetak/Meja/Kerusi/Perisian (Agihan 2 komputer dan 1 pencetak sekelas)

 Program ICT Kidsmart Early Learning (IBM) Mulai 2001

Komputer/Pencetak/Meja/Kerusi/Perisian (Agihan 1 set bagi kelas prasekolah yang


terpilih. Sehingga Februari 2004 - KPM terima 59 set dari IBM (M) Sdn Bhd

 Program Rintis Prasekolah Inklusif Pendidikan Khas Mulai 2003 . 3 kelas


( 20 Murid Biasa & 5 Murid Bermasalah Pembelajaran)

 SK Seksyen 20, Shah Alam, Selangor.

 SK Tanah Putih Baru, Kuantan, Pahang.

 SK Khir Johari, Sungai Petani, Kedah.

 Program Prasekolah Pendidikan Khas Mulai 2004 . 28 kelas

 Prasekolah Bermasalah Pembelajaran

 Prasekolah Bermasalah Penglihatan


14
 Prasekolah Bermasalah Pendengaran

 Program penempatan guru Prasekolah siswazah mulai 2004.

KESELAMATAN PRASEKOLAH.

• Keselamatan lalulintas

• Keselamatan bangunan dan perabot

• Keselamatan kawasan permainan

• Keselamatan peralatan elektrik, suis dan pendawaian.

• Kerjasama dengan Tenaga Nasional Berhad

• Menggalakkan skim perlindungan (Insurans)

• Penggunaan alat pencegahan kebakaran dan peti pertolongan cemas

MAKLUMAT (Biodata Pelajar)

• Maklumat murid guna borang khas yang disediakan dan perlu dibawa pada hari
pendaftaraan

• Maklumat Kesihatan Murid

• Sistem Fail

15
BEBERAPA SEKSYEN AKTA 550 :

• Seksyen 2: ‘Pendidikan Prasekolah’ bermaksud program pendidikan bagi murid


yang berumur dari empat hingga enam tahun.

• Tadika – pendidikan prasekolah disediakan untuk 10 org murid atau lebih.

• Seksyen 15(bab 1): Pendidikan Prasekolah dimasukkan dalam sistem


pendidikan kebangsaan.

• Seksyen 17 : Bahasa kebangsaan sebagai bahasa penghantar.

• Seksyen 18 : kurikulum Kebangsaan

• Seksyen 19 : sekolah menyediakan murid bagi peperiksaan yang ditetapkan

• Seksyen 20(bab 2): setiap tadika didaftarkan di Jabatan Pelajaran.

• Seksyen 21 : Kuasa menteri untuk menubuhkan tadika

• Seksyen 22: semua tadika wajib menggunakan Kurikulum Prasekolah


Kebangsaan.

• Seksyen 23: bahasa kebangsaan digunakan sebagai bahasa pengantar di


tadika.

• Bahasa kebangsaan diajar sebagai mata pelajaran wajib jika guna bahasa lain
sbg bahasa pengantar.

• Seksyen 24: Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk melaksanakan


Pendidikan Prasekolah (rujuk PERATURAN PERATURAN PENDIDIKAN)

• Seksyen 26 : Ketakpakaian seksyen 18 dan 19.

• Seksyen 50 : Pengajaran agama islam

• Seksyen 51 : Pengajaran pengetahuan agama selain daripada agama islam

16
PERATURAN – PERATURAN LAIN PRASEKOLAH.

• Mula berkuatkuasa pd 1 Januari 1998.

• Tafsiran murid bererti kanak-kanak yang berumur empat hingga enam thn yang
mendapat pendidikan di sesuatu tadika.

• Bahan pengajaran digunakan dlm proses pengajaran (di dalam atau luar kelas).

• Tempoh p&p secara formal di tadika tidak kurang tiga jam sehari (5 hari
seminggu).

• Membuat penilaian berterusan ttg perkembangan murid dr segi domain kognitif,


afektif & psikomotor.

• Tadika di bawah Kementerian Pelajaran & sekolah bantuan kerajaan


dikecualikan pendaftaran.

Pendidikan Prasekolah dan Bidang Keberhasilan Utama Nasional.

Dalam Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) Pendidikan, kerajaan


memberi tumpuan kepada 4 sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan
berkualiti dan berkemampuan. Tumpuan utama diberi kepada prasekolah dalam 4 sub
– NKRA. Mulai 2010, di bawah NKRA, kerajaan juga bersetuju untuk memberi geran
permulaan (RM10,000.00) kepada pengusaha baru yang layak.

Sasaran dan aspirasi sub-NKRA telah diperincikan dengan memberi tumpuan


kepada peluasan penyertaan prasekolah kepada kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun
serta meningkatkan kualiti pendidikan .

 Bagi kanak-kanak 5 tahun (4+/P1)1, sasaranya adalah untuk meningkatkan


kadar penyertaan serta meningkatkan kualiti pendidikan sedia ada

17
 Bagi kanak-kanak 6 tahun (5+/P2)2, tumpuan adalah untuk meningkatkan kualiti
pendidikan serta memberi penekanan kepada peningkatan penyertaan di
kawasan luar bandar dan pedalaman

KURIKULUM

 Menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).

 Bahasa pengantar yang dibenarkan adalah bahasa kebangsaan, bahasa


ibunda dan/atau bahasa Inggeris.

 Jika menggunakan selain daripada bahasa kebangsaan sebagai bahasa


pengantar, bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai mata pelajaran
wajib.

 Melaksanakan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh


Bahasa Inggeris (MBMMBI).

 Program tambahan hendaklah mendapat kelulusan Ketua Pendaftar.

PREMIS

 Sesuai dan selamat digunakan.

 Memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh Ketua Pendaftar.

 Menyediakan bilik darjah berasingan mengikut tahap umur.

 Pemberian geran permulaan boleh dipertimbangkan kepada prasekolah swasta


yang beroperasi di premis berikut:

 Bangunan dikhaskan untuk prasekolah seperti bangunan khas yang disediakan


oleh pemaju di kawasan perumahan;

 Kompleks/bangunan perniagaan (hanya tingkat bawah dan tingkat satu sahaja


dan mesti disediakan ruang rekreasi yang mencukupi);

18
 Premis kerajaan seperti ruang pejabat, bilik darjah yang tidak digunakan,
kuarters kerajaan, pusat komuniti dan lain-lain premis kerajaan yang difikirkan
sesuai;

 Bangunan bertingkat seperti kondominium, apartmen atau rumah pangsa (hanya


tingkat bawah sahaja dan mesti disediakan ruang rekreasi yang mencukupi);

 Rumah kedai (hanya tingkat bawah dan tingkat satu sahaja dan mesti disediakan
ruang rekreasi yang mencukupi);

 Kawasan atau ruang khas di rumah ibadat dengan kebenaran bertulis dari pihak
yang berkenaan;

 Rumah batu atau separuh batu (teres/berkembar/sesebuah)

 Bangunan kayu (bertingkat/setingkat) atau rumah kayu (bertingkat/setingkat);

 Balai raya atau dewan orang ramai dengan kebenaran bertulis dari pihak yang
berkenaan; dan

 Premis lain yang pada pendapat Ketua Pendaftar layak dan sesuai.

 Enrolmen murid tidak kurang daripada 10 orang.

 Binaan premis kukuh, selamat dan sesuai digunakan;

 Persekitaran kondusif dan selamat sebagai tempat pendidikan;

 Persekitaran tiada unsur perjudian/hiburan;

 Ruang dalaman premis menerima pencahayaan dan pengudaraan yang


mencukupi;

 Ruang dan bilangan bilik darjah sesuai dan mencukupi dengan bilangan murid
yang dicadangkan;

 Terdapat kemudahan tandas yang mencukupi;

 Terdapat ruang untuk aktiviti rekreasi;

19
 Jika disediakan makanan,

 maka ruang penyajian hendaklah bersih dan selamat; dan

 penyedia makanan hendaklah mendapat suntikan imunisasi.

 Yuran pengajian bulanan tidak melebihi RM150.00.

 Tiada bantahan penubuhan daripada jiran tetangga;

 Bagi kawasan perumahan/kediaman, hendaklah disertakan surat sokongan


daripada jiran.

20
IMPLIKASI AKTA 308 DAN AKTA 550.

Terdapat banyak implikasi penubuhan akta 308 dan akta 550 terdahap sistem
pendidikan awal kanak-kanak di negara kita. Implikasi yang pertama ialah dari segi
pendidikan kepada kanak-kanak. Kanak-kanak bebas mendapat pendidikan tanpa ada
apa-apa sekatan. Konsep pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia adalah mengikut
dua peringkat berdasarkan tahap umur kanak-kanak.

Peringkat yang pertama ialah Taman Asuhan Kanak-kanak atau Taska untuk
kanak-kanak yang bawah 4 tahun. Peringkat kedua ialah Prasekolah atau Tadika untuk
kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Tadika adalah sebenarnya akronim untuk
Taman Didikan Kanak-kanak. Bagi Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan
Jabatan Perpaduan, mereka menamakan program awal kanak-kanak sebagai Taman
Bimbingan Kanak-kanak atau pun Tabika secara ringkas. Oleh itu Pendidikan
Prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-
kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun dalam jangka masa satu tahun sebelum masuk
ke Tahun Satu di sekolah formal. Melaui kewujudan program-program seperti ini melalui
akta-akta ia dapat mengembangkan personaliti, bakat dan kebolehan mental dan fizikal
kanak-kanak pada tahap potensi yang paling tinggi.

Selain itu, pendidikan juga dapat menyediakan kanak-kanak itu untuk kehidupan
dewasa yang aktif dalam masyarakat yang bebas dan memupuk rasa hormat kepada
ibu bapa kanak-kanak, identiti kebudayaan, bahasa dan nilainya sendiri, serta bagi latar
belakang kebudayaan dan nilai orang lain. Setiap kanak-kanak mempunyai hak kepada
pendidikan, dan kewajipan Negara untuk memastikan bahawa pendidikan utama
percuma dan wajib, dalam berbagai bentuk yang mudah diperoleh oleh setiap kanak-
kanak dan untuk menjadikan pendidikan tinggi diadakan kepada semua atas dasar
keupayaan. Disiplin sekolah hendaklah selaras dengan hak dan kemuliaan kanak-
kanak itu. Negara hendaklah melibatkan diri dalam kerjasama antarabangsa untuk
melaksanakan hak ini. Melalui kewujudan akta-akta seperti akta 308 dan akta 550 ia
dapat memastikan setiap kanak-kanak di Malayasia mendapat pendidikan tanpa
mengira agama, bangsa, budaya serta latar belakang keluarga yang terdiri daripada
orang kaya mahupun yang miskin.
21
Implikasi kewujudan akta 308 dan akta 550 yang seterusnya ialah ia dapat
mewujudkan persekitaran yang selamat kepada untuk terlibat dalam proses pengajaran
dan pembelajaran tanpa ada gangguan. Contohnya dalam akta 308 mempunyai
peraturan seperti peraturan 14 yang melarang mendera kanak-kanak, peraturan 19
yang memastikan bangunan taska mematuhi syarat rekabentuk, pembinaan, ketahanan
api dan peraturan 23 yang memastikan premis menjalankan latihan kebakaran &
memastikan pintu keluar masuk bangunan bebas daripada halangan serta peraturan 26
yang bekalan air yang mencukupi dan bersih dan peraturan 35(1) yang memastikan
penyediakan kotak pertolongan cemas. Dengan adanya pelbagai peraturan seperti ini
kita dapat memastikan keselamatan kanak-kanak dapat dijamin dengan baik sekali
melaui adanya akta-akta seperti ini. Proses pengajaran dan pembelajaran juga dapat
dijalankan dengan sempurna tanpa ada gangguan.

Manakala dalam akta 550 juga terdapat unsur yang mementingkan keselamatan
kanak-kanak. Contohnya, binaan premis perlulah kukuh, selamat dan sesuai
digunakan, persekitaran kondusif dan selamat sebagai tempat pendidikan, persekitaran
tiada unsur perjudian atau hiburan, ruang dalaman premis menerima pencahayaan dan
pengudaraan yang mencukupi serta ruang dan bilangan bilik darjah sesuai dan
mencukupi dengan bilangan murid yang dicadangkan. Selain itu, premis juga perlu
mempunyai kemudahan tandas yang mencukupi serta mempunyai ruang untuk aktiviti
rekreasi.

Apabila keselamatan diberi keutamaan, ibu bapa akan percaya dan menghantar
anak mereka untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah.
Selain itu, guru prasekolah juga dapat menjalankan pelbagai aktiviti pengajaran dan
aktiviti permainan luar yang menarik tanpa perasaan takut kerana mempunyai
persekitarannya yang selamat dan bebas daripada pengaruh negative seperti merokok.
Melalui proses P&P yang sempurna kanak-kanak dapat memperkembangkan
kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah selain meningkatkan
kecerdasan dan kemahiran fizikal di samping mempraktikkan amalan kesihatan dan
keselamatan. Kanak-kanak dapat merasakan diri mereka dilindungi dan menyebabkan
mereka sedia untuk mengikuti pembelajaran.

22
Selain itu, wujudnya kurikulum khas untuk prasekolah juga merupakan salah
satu implikasi kewujudan akta 308 dan akta 550. Dalam akta 550, seksyen 18
mengatakan menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum yang dikenali sebagai
kurikulum kebangsaan yang tertakluk kepada subseksyen (3), dan hendaklah diguna
oleh semua sekolah yang ada dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. Sebagai
implikasi seksyen ini, semua prasekolah harus menggunakan Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Bahasa pengantar yang dibenarkan adalah bahasa
kebangsaan, bahasa ibunda dan/atau bahasa Inggeris. Jika menggunakan selain
daripada bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar, bahasa kebangsaan
hendaklah diajarkan sebagai mata pelajaran wajib. Selain itu, dalam kurikulum tersebut
juga guru perlu melaksanakan dasar memartabatkan Bahasa Malaysia dan
memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Jika guru hendak membuat apa-apa program tambahan hendaklah
mendapat kelulusan Ketua Pendaftar.

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) ini digubal dengan


memberikan penekanan kepada standard kandungan dan standard pembelajaran yang
patut diketahui dan boleh dilakukan oleh kanak-kanak. Standard kandungan dan
standard pembelajaran ini terbina dengan berpaksikan kepada pengetahuan,
kemahiran asas serta nilai dalam enam tunjang pembelajaran berikut iaitu komunikasi,
kerohanian, sikap dan nilai kemanusiaan, sains dan teknologi, perkembangan fizikal
dan estetika serta perkembangan ketrampilan diri. Ini dapat membangun dan
menyuburkan potensi kanak-kanak secara menyeluruh dan seimbang meliputi segenap
aspek perkembangan sama ada fizikal, emosi, rohani, intelek dan sosial. Selain itu,
melalui Kurikulum ini juga, fokus utama adalah proses P&P yang berpusatkan kanak-
kanak yang menekankan kepada inkuiri penemuan dan mengunakan pendekatan
pengajaran dan pembelajaran bersepadu, bertema, belajar melalui bermain,
pendekatan konteksual serta pembelajaran berasaskan projek.

Tambahan lagi, Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar juga


merupakan salah satu implikasi kewujudan akta 308 dan akta 550. Menurut akta 550,
dalam seksyen 17(1) tertera, Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa

23
penghantar yang utama di semua institusi pendidikan dalam sistem pendidikan
Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28
atau mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh menteri daripada
subseksyen ini. Manakala dalam seksyen 17(2) pula tertera, jika bahasa pengantar
utama di sesuatu institusi pendidikan adalah selain daripada bahasa kebangsaan, maka
bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai mata pelajaran wajib di institusi
pendidikan itu.

Implikasi terhadap sistem pendidikan ialah sekolah kebangsaan menggunakan


Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar manakala Sekolah Jenis Kebangsaan
Cina (SJKC)menggunakan Bahasa Ciana dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
menggunakan Bahasa Tamil. Melaui keadah ini, kepentingan bahasa ibunda dan
bahasa kebangsaan dapt dijaga. Kanak-kanak dapat memahami dengan lebih jelas jika
guru menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana bahasa Ibunda telah diguna pakai oleh
kanak-kanak itu sejak kecil lagi serta penguasaannya terhadap bahasa tersebut agak
baik. Ini memudahkan mereka mempelajari apabila mengajar dalam bahasa yang
diketahui mereka.

Selain itu, melalui pengajaran bahasa kebangsaan sebagai matapelajaran wajib


di Prasekolah, kanak-kanak dapat mempelajarinya. Pada usia yang muda, seseorang
kanak-kanak dapat mempelajari beberapa bahasa. Jadi, pengajaran Bahasa
Kebangsaan pada usia ini akan dipelajari oleh kanak-kanak dengan cepat sekali.
Bahasa Kebangsaan adalah penting untuk kanak-kanak itu untuk berinteraksi dengan
orang luar yang terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai bahasa ibunda
masing-masing. Dengan mempelajari Bahasa Kebangsaan ini, kanak-kanak dapat
berinteraksi dengan semua kaum di samping merealisasikan kempen 1 Malaysia yang
diperkenalkan oleh Perdana Menteri kita.

Implikasi seterusnya ialah, kuasa untuk membuat peraturan berhubungan


dengan pendidikan prasekolah melaui akta 550, seksyen 24. Melaui seksyen ini menteri
boleh membuat peraturan-peraturan untuk melaksanakan peruntukan. Sebagai
implikasinya, menteri-menteri berhak memberi bantuan kewangan berkapita dan

24
bantuan makanan iaitu RM 1.00 hingga RM 1.50. Pada masa kini, kerajaan memberi
RM100 seorang murid setahun dan jumlah bagi perbelajaan geran per kapita (PCG)
mencecah RM2500 setipa kelas setahun. Melalui bantuan makanan pula, kerajaan
memberi RM1.50 seorang murid sehari dan jumlah bagi setahun untuk seorang murid
mencecah RM300. Dengan adanya bantuan seperti ini, makanan yang khasiat dan
seimbang dapat diberikan kepada kanak-kanak.

Selain itu, melalui seksyen ini juga, menteri-menteri memberi pelbagai bantuan
untuk melaksanakan pelbagai program seperti Program ICT Prasekolah (KPM) mulai
2002 dengan menyediakan Komputer/Pencetak/Meja/Kerusi/Perisian serta mengagihan
2 komputer dan 1 pencetak sekelas. Contoh program lain ialah, Program ICT Kidsmart
Early Learning (IBM) Mulai 2001. Melalui bantuan seperti ini, segala kemudahan di
prasekolah dapatlah dilengkapkan. Dengan adanya kemudahan yang sempurna
mengikut peredaran masa, ia dapat membantu guru prasekolah untuk melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran dengan menarik dan kretif. Kanak-kanak juga
dapat memperkembangkan potensi diri mereka mengikut zaman globalisasi kini.

Pengajaran pengetahuan agama islam dan agama lain juga merupakan implikasi
penubuhan akta 550 melalui seksyen 50 dan 51. Dalam seksyen 50 tertera, jika dalam
sesuatu institusi pendidikan terdapat lima orang murid atau lebih yang menganut
agama Islam, maka murid-murid itu hendaklah diberikan pengajaran agama Islam oleh
guru yangdiluluskanoleh Pihak Berkuasa Negeri. Pengajaranyang dikehendaki di
sesuatu institusi pendidikan di bawah subseksyen(1) hendaklah selama tempoh
sekurang-kurangnya dua jam seminggu dalam waktu pengajaran biasa institusi
pendidikan itu atau dalam apa-apa waktu lain yang ditetapkan oleh menteri dalam hal
mana-mana institusi pendidiakn yang tertentu. Implikasinya, kanka-kanak akan diajar
subjek pendidikan Islam jika kanak-kanak melebihi 5 orang. Melaui ini, kanak-kanak
akan menjadi seorang yang seimbang dari segi ilmu dunia dan akhirat.

Melalui seksyen 51 pula tertera, pengajaran pengetahuan agama selain daripada


agama Islam. Pengelola institusi boleh mengadakan pengajaran agama lain yang
diganti dengan pendidikan Moral untuk murid-murid. Melalui ini, setiap agama di
Malaysia dapat dihormati. Kanak-kanak dapat mempelajari banyak nilai-nilai baik dan

25
murni sebagai bekalan hidup. Pengajaran agama melalui Pendidikan Moral amat
penting untuk melahirkan insan yang baik dan seimbang di samping dapat mematuhi
Rukun Negara pertama iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan. Nilai baik yang ada pada
setiap agama dijadikan nilai dalam Pendidikan Moral untuk diajarkan kapada kanak-
kanak.

Kesimpulannya, terdapat banyak implikasi akta 308 dan akta 550 terhadap
pelaksanaannya serta pengajaran dan pembelajaran prasekolah. Kita sebgai rakyat
Malaysia perlulah mematuhi segala akta yang berkaitan dengan kanak-kanak untuk
menjamin keselamatan dan keselesaan mereka. Kanak-kanak merupakan hadiah
Tuhan. Kita perlu menjaga mereka dengan sempura sekali.

26
Hak asasi manusia adalah untuk semua umat manusia termasuk kanak-kanak.
Perkara itu termaktub dalam piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). PBB
menyedari kanak-kanak berbeza daripada orang dewasa. Untuk itu kanak-kanak
mempunyai keperluan yang berlainan kerana masih bergantung kepada orang dewasa
untuk menjaga mereka. Mereka berhak ke atas perlindungan, hak untuk tidak
didiskriminasi, hak ke atas perlindungan, hak untuk menyuarakan pendapat serta
pelbagai hak-hak lain yang termaktub di dalam perjanjian antarabangsa, undang-
undang serta dasar negara. Bagi menjamin kepentingan kanak-kanak, PBB telah
merangka sebuah perjanjian antarabangsa khusus mengenai hak asasi untuk kanak-
kanak yang dikenali sebagai Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak.

Hak kanak-kanak.

Menurut Akta Kanak-kanak 2001, kanak-kanak didefinisikan sebagai individu yang


berumur di bawah 18 tahun. Hak kanak-kanak pula adalah hak-hak yang telah
disenaraikan di dalam Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak (Convention on the
Rights of the Children).

Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak.

Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak merupakan instrumen antarabangsa yang


mempunyai ratifikasi paling banyak antara instrumen PBB yang lain. Konvensyen ini
telah diterima pakai pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
pada 20 November 1989 bagi mengiktiraf hak kanak-kanak. Malaysia telah meratifikasi
konvensyen ini pada 17 Februari 1995, namun masih mengekalkan reservasi kepada
Perkara 1, 2, 7, 13, 14, 15, 28(1)(a) dan 37. Konvensyen ini menuntut agar kita menjadi
lebih peka terhadap keperluan kanak-kanak dan mewujudkan persekitaran yang
harmoni dan penyayang. Ia menggariskan hak kanak-kanak di seluruh dunia tanpa
mengira jantina, agama, bangsa, kefahaman atau perbezaan. Tanggungjawab bagi
memastikan perlindungan terhadap hak-hak ini terletak kepada kerajaan Negara-
negara Pihak dan juga masyarakat. Perjanjian ini menggariskan empat pengelasan hak
utama iaitu Hak kehidupan, Hak perkembangan, Hak perlindungan dan Hak
penyertaan.

27
HAK PERLINDUNGAN

Saya telah membuat lawatan ke Prasekolah Jothi Sekolah Jenis Kebangsaan


Tamil Kangar, Perlis. Semasa melawat saya telah meninjau sejauh mana Hak Asasi
Kanak-kanak Berdasarkan Konvensyen Kanak-kanak 1989 dilaksanakan khususnya
dari segi Hak Perlindungan.

Hak kepada perlindungan daripada pengaruh-pengaruh tidak baik seperti


penderaan, eksploitasi dan sebagainya. Kanak-kanak berhak kepada perlindungan
daripada sebarang keadaan yang berbahaya seperti penderaan, pencabulan dan
eksploitasi. Kanak-kanak tidak seharusnya dijadikan mangsa kepada sesuatu masalah.
Mereka perlu dilindungi daripada dicederakan dari segi emosi ataupun dari segi
seksual. Mereka tidak seharusnya diabaikan dan dianiaya oleh sesiapa pun. Mereka
juga tidak sepatutnya didiskriminasi hanya kerana perbezaan yang terdapat pada
mereka. Jika terdapatnya salah laku terhadap kanak-kanak ini, pihak-pihak berwajib
harus campur tangan dan melindungi mereka melalui undang-undang yang telah
diperuntukkan.

Semasa lawatan saya mendapati, Prsekolah Jothi melaksanakan Hak


Perlindungan dengan sempurna sekali. Setiap kanak-kanak bebas daripada pengaruh-
pengaruh negative seperti penderaan atau pun eksploitasi terhadap mereka.
Persekitaran Prasekolah ini juga bebas dari perkara negative seperti merokok serta
mempunyai suasana yang aman. Pesekitaran Prasekolah ini telah dipagari bagi
mengelakkan sebarang permasalahan dari luar.

Setiap kanak-kanak di Prasekolah ini dijaga dengan penuh kasih sayang sama
seperti anak guru prasekolah itu sendiri. Saya mempunyai beberapa gambar yang
boleh membuktikan perkara ini. Selain itu, kanak-kanak di sini juga dilayan sama rata
oleh gurunya. Jika kanak-kanak itu melakukan kesalahan walaupun ibu kanak tersebut
merupakan guru di sekolah itu, guru masih menghukumnya tanpa mengira latar
belakangnya.

28
GAMBAR 1 : Persekitaran
Prasekolah Jothi yang aman

GAMBAR 2 : Persekitaran
Prasekolah Jothi yang
dipagari

GAMBAR 3 : Guru bermain


bersama kanak-kanak

29
HAK PERKEMBANGAN.

Hak kepada pembangunan potensi individu menyeluruh seperti hak kepada


pendidikan, hak untuk bermain dan hak untuk menyuarakan pendapat. Ibu bapa
mestilah memberikan pendidikan kepada kanak-kanak. Pendidikan ini termasuklah
mengenali tuhan, nilai-nilai murni dan persekolahan. Ibu bapa harus memupuk minat
membaca dan cintakan ilmu kepada kanak-kanak. Ilmu-ilmu yang baik dan bermanfaat
ini adalah untuk menyediakan kanak-kanak untuk menghadapi cabaran-cabaran masa
hadapan.

Kanak-kanak juga diberikan kebebasan untuk bermain mengikut kesesuaian.


Melalui interaksi bermain, kanak-kanak dapat mempelajari sesuatu yang bermanfaat.
Sebagai contoh di Prasekolah Jothi, mereka dapat belajar menghormati orang lain;
sesuatu yang mudah seperti beratur ketika bermain atau berkongsi alat permainan
bersama-sama rakan. Dengan berkongsi sesuatu peralatan kanak-kanak dapat
memupuk nilai berkongi pada diri mereka. Selalunya semasa waktu mewarna kanak-
kanak di sini akan saling berkongsi pensel warna untuk mewarna. Untuk memupuk nilai
ini guru Prasekolah menyediakan hanya satu bakul pensel warna untuk setiap
kumpulan. Selain itu, sebelum melakukan sesutu aktiviti seperti permainan luar
mahupun mengambil makanan kanak-kanak perlu beratur dahulu. Ini dapat memupuk
nilai menunggu giliran dan sabar.

Kanak-kanak juga perlu didengari. Pendapat mereka yang diambil kira oleh
ibu bapa akan membuatkan mereka berasa dihargai. Dengan ini mereka bersedia untuk
meluahkan perasaan atau masalah kepada ibu bapa. Terdapat banyak kes yang
menunjukkan kanak-kanak atau remaja yang lebih mempercayai rakan sebaya
daripada ibu bapa sendiri dalam berkongsi masalah. Ini disebabkan oleh kurangnya
komunikasi di antara kanak-kanak tersebut dengan ibu bapa mereka sehingga
menyebabkan kanak-kanak ini tidak berminat untuk menceritakan masalah mereka
kepada ibu bapa dan keluarga.

30
GAMBAR 4 : kanak-kanak sedang
bermain

GAMBAR 5 : kanak-kanak
menunggu giliran untuk bermain

GAMBAR 6: kanak-kanak
menunggu giliran untuk bermain

31
HAK PENYERTAAN.

Hak kepada penyertaan sepenuhnya dalam keluarga, budaya dan kehidupan


sosial masyarakat setempat. Kanak-kanak perlu diberi hak untuk mengambil bahagian
dalam hal ehwal dan pembesaran mereka. Contohnya mereka ingin mendapatkan
sesuatu barangan, sekiranya difikirkan sesuai, ibu bapa perlulah menyediakan
barangan tersebut. Ibu bapa juga perlu menyertakan kanak-kanak dalam aktiviti
kemasyarakatan supaya dapat memupuk sifat-sifat murni dalam diri kanak-kanak.
Selain itu, kanak-kanak juga perlu dididik untuk berbuat baik dan bertoleransi dengan
anggota masyarakat.

Ibu bapa merupakan individu yang paling hampir kepada kanak-kanak.


Seharusnya menjadi tanggungjawab ibu bapa dalam memastikan kanak-kanak ini dapat
menjalani kehidupan yang baik. Kesedaran terhadap hak kanak-kanak perlulah dipupuk
ke dalam diri setiap individu agar mereka mengerti bahawa setiap dari kita mempunyai
hak tersendiri. Kesedaran ini juga perlu dalam mengurangkan tindakan-tindakan tidak
berperikemanusian sesetengah individu terhadap kanak-kanak.

Selain ibu bapa, guru Prasekolah Cik Swarnabigai juga mematuhi hak
penyertaan kanak-kanak dengan memberi peluang kepada anak muridnya untuk
menyertai kesemua aktiviti yang diadakannya. Contohnya, semasa pemerhatian saya
mendapati seorang pelajar sangat nakal dan sentiasa membuat bising. Cik Swarna
tidak mengecualikan dia daripada proses pengajaran dan pembelajaran walaupun dia
nakal malah beliau mengunakan keadah lain untuk mendekatinya. Tambahan lagi,
kesemua kanak-kanak ini juga diberi hak penyertaan untuk menyertai program
kesihatan. Dengan menyertai pelbagai program seperti ini kanak-kanak ini dapat
mengembangkan potensi dan perkembangan diri mereka.

32
GAMBAR 7 : kanak-kanak
diberi hak menyertai aktiviti
mewarna

GAMBAR 8: kanak-kanak
diberi hak menyertai
program kesihatan

GAMBAR 9: kanak-kanak
diberi hak menyertai P&P

33
HAK PENDIDIKAN.

Hak ini merupakan salah satu hak yang terdapat dalam hak perkembangan.
Hak kepada pembangunan potensi individu menyeluruh seperti hak kepada pendidikan,
hak untuk bermain dan hak untuk menyuarakan pendapat. Ibu bapa mestilah
memberikan pendidikan kepada kanak-kanak. Pendidikan ini termasuklah mengenali
tuhan, nilai-nilai murni dan persekolahan. Ibu bapa harus memupuk minat membaca
dan cintakan ilmu kepada kanak-kanak. Ilmu-ilmu yang baik dan bermanfaat ini adalah
untuk menyediakan kanak-kanak untuk menghadapi cabaran-cabaran masa hadapan.

Cik swarna memberi anak muridnya pelbagai ilmu melaui proses Pengajaran
dan pembelajaran yang menarik. Beliau juga mengajar nilai-nilai menghormati orang-
orang yang lebih tua, tidak menipu dan banyak lagi melalui penceritaan. Selain itu,
beliau juga mengajar cara-cara pembasuh tangan utnuk pekembangan anak muridnya.
Beliau mengajar metematik menggunkan bahan maujud supaya kanak-kanak cepat
faham. Penggunaan bahan maujud dapat membantu guru unutk menyampaikan ilmu
pengetahuan kepada anak muridnya dengan lebih jelas dan tepat.

GAMBAR 10: Penggunaan


bahan maujud dalam P&P

34
GAMBAR 11: Pengajaran
Pendidikan Inggeris

GAMBAR 12: Pengajaran


cara mencuci tangan

GAMBAR 13: kanak-kanak


terbang macam burung.
(bercerita)

35
HAK KEHIDUPAN.

Hak kanak-kanak kepada kelangsungan hidup dan keperluan-keperluan asas


untuk hak tersebut seperti makanan, air bersih dan tempat tinggal. Ibu bapa mestilah
menyediakan keperluan-keperluan asas kepada kanak-kanak mengikut kemampuan
mereka. Kanak-kanak memerlukan tempat tinggal yang baik, pemakanan yang
seimbang dan air yang bersih, Persekitaran yang positif, harmoni dan penyayang
perlulah diwujudkan bagi memastikan kanak-kanak dapat membesar dengan baik.

Ibu bapa juga perlu menyediakan pemakanan seimbang dan berkhasiat yang
mengandungi zat seperti karbohidrat, protein, vitamin dan mineral dalam
memangkinkan tumbesaran kanak-kanak. Ibu bapa harus mengajar kanak-kanak untuk
memilih makanan yang berkhasiat daripada memakan makanan ringan yang kurang
berkhasiat.

Di Prasekolah Jothi, makanan, air bersih dan persekitaran berada dalam


keadaan yang baik sekali. Makanan disedikan oleh Puan Mary pembantu tadika dengan
bersih mengikut kesesuaian anak murid. Selain itu, makanan yang disediakan juga
seimbang dan megiktu peraturan yang ditetapkan. Makanan juga berkhasiat
danmengandungi zat seperti karbohidrat, protein, vitamin dan mineral dalam
memangkinkan tumbesaran kanak-kanak.

Setiap kanak-kanak bebas daripada pengaruh-pengaruh negative seperti


penderaan atau pun eksploitasi terhadap mereka. Persekitaran Prasekolah ini juga
bebas dari perkara negative seperti merokok serta mempunyai suasana yang aman.
Pesekitaran Prasekolah ini telah dipagari bagi mengelakkan sebarang permasalahan
dari luar.

36
GAMBAR 14: kanak-kanak
menikmati makanan

GAMBAR 14: persekitaran


yang aman dan nyaman

GAMBAR 13: kanak-kanak


berada dalam suasana ceria.

37
PENUTUP

Malaysia telah mewujudkan persekitaran yang memberi kesempatan kepada


kanak-kanak, termasuk institusi berkanun, gabungan bukan kerajaan dan kesedaran
umum yang semakin meningkat. Sebagai sebahagian daripada komitmen kepada
perlindungan dan kesejahteraan kanak-kanaknya, Kerajaan Malaysia telah
mengesahkan dan menandatangani pelbagai Konvensyen. Salah satunya ialah
Konvensyen Hak Asasi Kanak-kanak yang ditandatangi pada 19 Mac 1995. Selain itu,
kerajaan Malaysia telah mewujudkan akta-akta seperti Akta 308 dan Akta 550 untuk
memastikan pendidikan sampai kepada kanak-kanak di Malaysia.

Dengan adanya, akta-akta seperti ini, kita dapat memastikan segala hak kanak-
kanak dijaga dengan betul. Kanak-kanak di Malaysia tidak kira bangsa, warna kulit
mahupun agama mempunyai hak yang sama rata, baik untuk lelaki atau perempuan,
miskin atau kaya, berupaya atau tidak berupaya. Tiada seorang pun kanak-kanak yang
dipinggirkan serta kanak-kanak ini mempunyai empat hak utama iaitu hak kehidupan,
hak perlindungan, hak perkembangan serta hak penyertaan. Jika sesiapa melanggar
peraturan dengan tidak memberi pendidikan kepada kank-kanak akan dijatuhi
hukuman.

Kesimpulannya, sebagai rakyat Malaysia kita perlu mematuhi segala peraturan


dan undang-undang yang ditetapkan selaras dengan Rukun Negara yang keempat iaitu
kedaulatan undang-undang. Selain mematuhi peraturan, kita perlu menyayangi kanak-
kanak dengan menjaga mereka.

38