Anda di halaman 1dari 6

Asas Kepimpinan dan Pembanguna Profesionalisme Guru

1.0 PENGENALAN

Profesionalisme keguruan adalah sesuatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti


kepentingan kemahiran intelek, latihan ikhtisas yang mencukupi, khidmat yang diperlukan
oleh masyarakat dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan soal-soal yang
berkaitan dengan pendidikan (Lieberman, 1956 dalam Syed Ismail Mustapa, 2014). Menurut
Kamus Dewan, ’profesion’ adalah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan latihan
yang khas, dan pendidikan, kecekapan, kemahiran yang tinggi. Berdasarkan ciri-ciri profesion,
Mok Soon Sang (1996) merumuskan konsep profesionalisme sebagai suatu pekerjaan yang
dilaksanakan oleh individu yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang bermutu,
dedikasi dan sebagainya (Syed Ismail Mustapa, 2014).

Guru yang professional haruslah memenuhi dan mengamalkan tiga aspek amalan nilai yang
digariskan dalam Standard Guru Malaysia, iaitu amalan profesinalisme keguruan,
pengetahuan mantap serta mempunyai kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang tinggi.
Guru yang professional haruslah seorang yang mempunyai ciri – ciri peribadi yang murni yang
harus diterapkan dalam diri seseorang guru. Meris Stansburry (2011) berpendapat bahawa
seorang guru professional abad ke-21 merupakan seorang yang menyedari trend perubahan
teknologi yang pantas,iaitu sejajar dengan hala tuju ekonomi dan jangkaan keperluan industri.

2.0 ISU, CABARAN DAN PERUNDANGAN

Sudah terang lagi bersuluh. Kita sudah semakin menghampiri ambang 2020. Ini menandakan
pelbagai cabaran dan rintangan bakal menghambat terutamanya kepada para pendidik.
Perubahan pendidikan yang semakin mencabar dan berkembang pesat selari dengan era
gloalisai kini memerlukan para pendidik atau guru mempersiapkan diri dengan ilmu ,
kemahiran yang tinggi dan mantap. Oleh yang demikian, saya sebagai bakal guru telah
merangka satu pelan pembangunan diri ke arah membangunkan kerjaya guru yang sejahtera.

Sebelum saya merangka pelan pembagunan diri, saya telah mengenalpasti beberapa isu,
cabaran dan perundangan dalam kerjaya guru. Cabaran pertama yang dapat dikenalpasti
ialah cabaran guru permulaan untuk menyesuaikan diri dengan perundangan dan sistem
pendidikan yang semakin kompleks. Selain itu, cabaran guru permulaan dalam era globalisasi
terutamanya dalam menghadapi cabaran Revolusi Perindustrian 4.0. Pengerusi Majlis
Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat (MAYANG) Petaling Jaya Utara, Datuk Ikhwan
Salim Sujak, berkata guru perlu memiliki kefahaman jelas berhubung teknologi terkini
terutama untuk memantapkan lagi sesi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di dalam
kelas. Bertitik tolak daripada itu, guru-guru pada masa kini perlu memantapkan diri dengan

1
Asas Kepimpinan dan Pembanguna Profesionalisme Guru

ilmu pengetahuan yang setaraf dengan perkembangan era globalisasi yang dihadapi. (Faizal,
2014). Oleh itu didalam pelan pembangunan diri yang akan dibina saya akan menjalani kursus
dan latihan yang dapat memantapkan ilmu dan kemahiran saya dalam bidang pendidikan
terutamanya bidang ICT.

Isu dan cabaran yang seterusnya ialah bebanan tugas guru dengan kerja pentadbiran yang
tidak sepatutnya dilakukan oleh guru. Prof Madya Muhammad Faizal A.Ghani dari Jabatan
Pengurusan, Perancangan dan Dasar Pendidikan, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM)
berkata, beban tugas yang tinggi boleh menyebabkan golongan guru kurang bermotivasi

untuk mencapai prestasi cemerlang. Beban yang ditanggung oleh guru ini telah menyebabkan
komitmen untuk mengajar telah terganggu. Menurut Prof Madya Muhammad Faizal A.Ghani
lagi, program atau latihan perkembangan profesionalisme keguruan sering diadakan pada
hujung minggu dan ini menyebabkan masa guru bersama keluarga terhad dan boleh
menjejaskan institusi sesebuah keluarga. Hal ini telah menjadi faktor atau punca guru – guru
tidak dapat memberi komitmen yang baik dan mungkin akan melanggar Peraturan Pegawai
Awam (Kelakuan dan Tatatertib 1993), iaitu sentiasa berusaha dan cekap dalam bidang tugas.
Mengikut peraturan tersebut, guru yang melanggar tatatertib dan peraturan boleh diturunkan
pangkat, ditangguh pergerakan gaji dan dibuang kerja. Oleh itu, sebagai guru yang
professional haruslah bijak dalam menangani cabaran ini dengan baik dan tidak menjejaskan
profesionalisme keguruan Malaysia.

Untuk mempersiapkan diri sebagai guru yang sejahtera dan profesional dalam menghadapi
cabaran yang dinyatakan saya akan mempersiapkan diri dengan pengetahuan serta
kemahiran yang tinggi dan mantap selari dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013 hingga 2025 (PPPM) dalam anjakan ke empatnya iaitu, mentranfomasikan
profesion keguruan menjadi profesion pilihan. Dalam Anjakan Ke-4 ini, Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) membuka ruang untuk guru yang ingin memainkan peranan
kepimpinan, pakar pengajaran dan pakar bidang khusus menjelang 2016. Guru boleh memilih
untuk meneruskan laluan kerjaya yang menarik berdasarkan prestasi, potensi dan minat
mereka untuk menjalankan tugas kepimpinan di peringkat sekolah, daerah, negeri atau
persekutuan.

Cabaran seterusnya yang harus dihadapi oleh guru ialah perlu mencapai Standard Prestasi
Pengawai Perkhidmatan Pendidikan (SPPPP) yang telah ditetapkan berdasarkan deskripsi
tugas. Piawaian yang ditetapkan ini merupakan panduan untuk mengukur tahap prestasi kerja
yang perlu dicapai oleh guru mengikut sasaran kerja tahunan. Berdasarkan standard piawaian
ini terdapat enam domain umum mengikut laluan kerjaya masing – masing yang perlu dicapai
oleh guru. Enam domain tersebut ialah domain kemahiran professional, kemahiran

2
Asas Kepimpinan dan Pembanguna Profesionalisme Guru

professional, nilai perfesional, kreativiti dan inovasi, permuafakatan strategik dan komunikasi.
Oleh itu, guru haruslah pamerkan tahap prestasi yang cemerlang sebagai tanda bahawa
sesuatu tugas dan tanggungjawab telah dilaksanakan dengan baik. Jika guru tidak dapat
mempamerkan prestasi yang cemerlang iaitu mendapat markah prestasi bawah 60 peratus
dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT), guru boleh diberhentikan daripada
perkhidmatan seperti yang termaktub dalam Dasar Pemisah Penjawat Awam. Pelaksanaan
dasar pemisah ini adalah untuk mengekalkan pengawai perkhidmatan pendidikan atau guru
yang mempunyai pretasi tinggi, bagi menjaga imej dan profesion keguruaan.

Untuk mencapai kerjaya guru yang sejahtera, saya akan meningkatkan ilmu pengetahuan
dalam pelbagai bidang pendidikan serta akan sentiasa memajukan diri. Menurut Janelle Cox
(2016) menyatakan enam ciri guru yang profesional, iaitu guru yang mudah menyesuaikan
diri, bertindak sebagai pembelajaran sepanjang hayat, mengetahui cara berkolaboratif, celik
dalam teknologi maklumat dan komunikasi, futuristik dan penyokong profesian. Bagi
mencapai kesemua ciri tersebut, guru perlulah menambah ilmu pengetahuan dengan
melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan mengikuti kursus atau latihan yang
diadakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Ianya selari dengan hasrat Pelan
Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB) iaitu melengkapi pembangunan
profesionalisme sedia ada dan mentransformasi amalan pembangunan profesionalisme
berterusan bagi meningkatkan kualiti guru dan pemimpin sekolah serta memperkasa
profesion keguruan. Pelbagai inisiatif dan aktiviti yang dilakukan oleh PPPB bagi
meningkatkan kualiti guru dan pemimpin sekolah. Antara aktiviri tersebut, ialah wacana ilmu,
kursus, ulasan buku, lawatan penanda aras, peningkatan akademik, bengkel dan coaching
and mentoring.

Isu yang seterusnya ialah isu berkaitan guru arus perdana kurang peka terhadap murid –
murid berkeperluan khas (MBK) semasa program pendidikan inklusif. Guru arus perdana
lebih memberi tumpuan kepada murid normal dan mengabaikan hak MBK didalam kelas
tersebut. Hal ini kerana, guru arus perdana menggangap MBK ini tidak mampu bersaing dan
cemerlang dengan murid arus perdana. Guru arus perdana telah menafikan hak MBK ini,
sedangkan dalam dasar kebangsaan, melalui Akta 685 di bawah seksyen 28 (1), telah
dinyatakan kanak-kanak kurang upaya tidak boleh dikecualikan daripada sistem pendidikan
atas alasan ketidakupayaan mereka. MBK ini juga harus mendapat hak dan keistimewaan
yang sama dengan kanak – kanak normal seperti yang termaktub dalam Hak Asasi Kanak –
Kanak iaitu semua kanak – kanak tanpa mengira keupayaan dan ketidakupayaan mereka,
jantina mereka, kebudayaan, sosial, ekonomi, latarbelakang etnik atau agama mereka
mempunyai hak yang sama rata untuk kualiti pendidikan, penjagaan dan perlindungan. Oleh
yang demikian, bagi menangani isu ini saya perlu sedar dan memberi kesedaran kepada

3
Asas Kepimpinan dan Pembanguna Profesionalisme Guru

semua pihak terutamanya guru – guru arus perdana tentang kepentingan memberi hak yang
sama rata kepada MBK. Antara inisiatif yang akan saya lakukan ialah dengan melibatkan MBK
dengan semua aktiviti yang dijalankan disekolah. Saya juga berhasrat untul menulis buku
berkaitan pendidikan inklusif dan menjalankan program yang dapat memberi kesedaran
kepada semua hak tentang hak pendidikan yang sama rata.

Kesimpulanya, untuk mencapai kerjaya guru yang sejahtera bukanlah semudah yang
disangkakan. Guru sendiri harus sedar dan sentiasa komited dalam mendepani segala
cabaran yang mendatang. Selain itu, kerjasama dan sokongan semua pihak juga dperlukan
dalam memartabatkan profesion keguruan sebagai profesion pilihan.

4
Asas Kepimpinan dan Pembanguna Profesionalisme Guru

PELAN PEMBANGUNAN DIRI

DG 52 DG 54 BERSARA
DG 41 DG 44 DG 48
Guru
( 2022 ) Sah ( 2028 ) Tamat Menjadi ketua ( 2042 ) Menjadi Menjadi ketua unit
jawatan sebagai master panitia pendidikan pensyarah IPG Reka Bentuk dan
PPP. khas Teknologi
Pegang jawatan Menjadi guru Masuk
guru kelas. bimbingan dan Mengadakan pertandingan Menjadi ketua
kaunseling seminar hak kanak inovasi jabatan Reka
- kanak pendidikan Bentuk dan
Pegang jawatan khas
ketua panitia bagi Teknologi di IPG
Menjadi jurulatih (2044) Sambung
subjek RBT bola jaring hingga pelajaran dalam
peringkat Membuat ulasan peringkat PHD
kebangsaan buku
( 2026 ) Sambung
pelajaran peringkat
ijazah sarjana ( 2033 ) Memohon ( 2041 ) Menulis
masuk bahagian buku berkaitan
pendidikan khas pendidikan khas

5
Asas Kepimpinan dan Pembanguna Profesionalisme Guru

3.0 RUJUKAN

Wong Kiet Wah, Noriati A. Rashid & Boon Pong Ying. (2018). Asas Kepimpinan dan
Pembangunan Profesionalisme Guru. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhiriah Syed Ahmad & Zuraidah A. Majid.
(2010). Guru dan Cabaran Semasa. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2016). Dokumen Awal Pelan Induk Pembangunan


Profesionalisme Keguruan.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2009). Standard Guru Malaysia. Diperolehi daripada


http://www.moe.gov.my/sgm/index.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013


– 2015. Diperoleh daripada https://www.moe.gov.my/index.php/my/dasar/pelan-
pembangunan-pendidikan-malaysia-2013-2025

Syed Ismail Mustapa. (2014). Profesion dalam Pendidikan. Berita Harian.

Mok Soon Sang. (1996). Ciri – Ciri Guru Yang Profesional. Diperolehi daripada
https://gurukreatif.wordpress.com/2017/01/02/10-ciri-guru-profesional/

Faizal A. Ghani. (2014). Beban Tugas Yang Ditanggung Guru. Berita Harian. Diperoleh
daripada https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2018/04/416349/bebantugas

Meris Stansburry (2011). Ciri Kepimpinan Profesional Keguruan Abad 21. Diperolehi
daripada https://www.academia.edu/9761682/ciri-
ciri_kepimpinan_guru_profesionalisme

Hayie. (2010). Hak Asasi Kanak – Kanak. Diperoleh daripada


https://www.slideshare.net/hayie85/hak-asasi-kanak-kanak-2?next_slideshow=1

Anda mungkin juga menyukai