Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
HIPOTESIS:
Tanah di lokasi 1 mempunyai lebih banyak makrofauna dan mikrofauna
berbanding tanah di lokasi 2.
PEMBOLEH UBAH:
a. Dimanipulasikan: Jenis tanah
b. Bergerak balas : Jumlah dan jenis makrofauna dan mikrofauna
yang dijumpai di lokasi 1 dan 2
c. Dimalarkan : Isipadu tanah
ALAT DAN RADAS:
Piring petri, forseps, bikar 100ml, corong Tulgren, kanta pembesar, pencakar
tanah, spesimen tanah di lokasi berbeza, beg plastik, pen penanda, kertas label,
corong turas, kaki retort
PROSEDUR:
(A) Di lokasi sampel diambil
1.1 Sampel tanah dan tanah permukaan dikumpulkan dari dua lokasi
berbeza iaitu Blok Sains dan Blok kediaman Gajus.
1.2 Sampel dimasukkan ke dalam plastik dan dilabel dengan
lokasi kutipan dan nama kumpulan.
1.3 Pada setiap lokasi, jenis tanaman dan ciri-ciri tempat pengambilan
tanah direkodkan dalam jadual 1 di bawah.
1.4 Maklumat yang diperolehi digunakan untuk membandingkan habitat
tanah dari dua lokasi yang berbeza.
(B) Dalam makmal
Prosedur 1
2.1 Tanah dari lokasi 1 dimasukkan ke dalam corong Tulgren dalam
kuantiti yang diketahui (200g) dan dibiarkan selama 2 hari.
2.2 Prosedur 2.1 diulang dengan menggunakan campuran tanah dari
lokasi 2.
2.3 Selepas 2 hari, kandungan balang pengumpul dituang ke dalam
piring petri dan bilangan individu setiap order atau kumpulan fauna
kedua-dua lokasi dikenal pasti.
Prosedur 2
3.1 Daripada beg sampel, spesimen tanah diperiksa menggunakan
mikroskop atau kanta tangan. Sebarang fauna yang dijumpai
dimasukkan ke dalam piring petri untuk dikenal pasti.
3.2 Semua fauna dikenalpasti dan dikelaskan ke dalam order atau
kumpulan fauna yang berlainan.
3.3 Bilangan individu dalam setiap kumpulan dikira.
3.4 Jumlah individu setiap kumpulan yang diperolehi daripada prosedur
3.1 dan 3.2 direkodkan dalam jadual 2 dan 3.
KEPUTUSAN:
Rumput, Rumput
Jenis tanaman Rumput
berkayu
Redup Panas
Tahap naungan (Terlindung daripada (Terdedah kepada
cahaya matahari) cahaya matahari)
Kelembapan/
Lembap Agak Lembap
Kekeringan Tanah
Nama organisma:
Semut hitam
1 0
Order: Hymenoptera
2 1
Nama organisma:
Siput kecil
Order: Mollusca
1 1
Nama organisma:
Kutu Kayu
Order: Isopods
3 1
Nama organisma:
Cacing Tanah
Order: Lumbricidae
1 0
Nama organisma:
Labah-labah
Order: Araneae
Mikrofauna:
Jumlah organisma
Order atau kumpulan
Lokasi 1 (Blok Gajus) Lokasi 2 (Blok Sains)
mikrofauna
Isipadu tanah=200 cm3 Isipadu tanah=200 cm3
1 0
Nama organisma:
nematoda
Jadual 3: Mikrofauna di Lokasi 1 dan Lokasi 2
Mikrofauna
Kaki
Tanpa
4 kaki 6 kaki 8 kaki >10 kaki
Kaki
- - - - 1
Berpandukan keputusan dari jadual 2 dan 3 dan kira bilangan order atau
kumpulan seliter tanah dan litupan daun, dan bilangan individu dari setiap order
atau kumpulan seliter tanah dan litupan daun.
Makrofauna Lokasi 1 Lokasi 2
Bilangan kumpulan
1 unit/200 =
semut hitam perliter -
0.005 unit perliter
tanah/litupan daun
Bilangan kumpulan
2 unit/200 = 1 unit/200 =
anak siput perliter
0.01 unit perliter 0.005 unit perliter
tanah/litupan daun
Bilangan kumpulan
1 unit/200 = 1 unit/200 =
kutu kayu perliter
0.005 unit perliter 0.005 unit perliter
tanah/ litupan daun
Bilangan kumpulan
3 unit/200 = 1 unit/200 =
cacing tanah perliter
0.015 unit perliter 0.005 unit perliter
tanah/ litupan daun
Bilangan kumpulan
1 unit/200 =
labah-labah perliter -
0.005 unit perliter
tanah/ litupan daun
Bilangan kumpulan
1 unit/200 =
nematoda perliter -
0.005 unit perliter
tanah/ litupan daun
PERBINCANGAN:
1. Bagaimanakah kepelbagaian makrofauna tanah dari dua lokasi berbeza?
Cadangkan kenapa terjadi perbezaan sedemikian. Apakah parameter
yang diukur yang boleh membantu anda untuk menerangkan perbezaan
tersebut?
Tanah merupakan salah satu elemen dalam alam semula jadi yang
dipengaruhi oleh banyak faktor. Faktor-faktor inilah yang menentukan sifat
tanah tersebut selain daripada persekitarannya. Antara parameter yang boleh
digunakan untuk menerangkan perbezaan tersebut adalah populasi diversiti,
kepadatan tanah, keamatan cahaya dan suhu. Kita dapat perhatikan biota
tanah di kedua-dua lokasi ini terdapat perbezaan kerana faktor abiotik. Suhu,
iklim, kelembapan, tekstur dan struktur tanah, keasidan dan pH menjadi faktor-
faktor abiotik yang utama. Secara umumnya, suhu dan kelembapan tanah yang
dipengaruhi iklim mempunyai kesan kepada aktiviti dan pertumbuhan
organisma tanah.
Oleh itu, setiap daripada makrofauna yang ditemui sememangnya ada peranan
masing-masing terhadap ekosistem tanah. Pulangan yang diberi kebiasaannya
dapat dimanfaatkan manusia seperti tanah yang subur dan struktur tanah yang
lebih stabil.
3. Pada rajah jaringan makanan yang disediakan, labelkan jenis-jenis
biota (contohnya fungi, nematoda dll), apakah fungsi mereka (pemangsa,
pemakan daun dll).
Matahari menjadi sumber tenaga utama dalam rajah di atas. Pengurai
yang bertindak adalah fungi dan bakteria. Bahan organik akan dicerna oleh
fungi dan bakteria yang terdiri daripada tumbuhan yang mati, najis detritivor
ataupun sisa makanan yang diurai oleh detritivor. Sebagai contoh, detritivor
akan mencerna sisa organik atau haiwan dan tumbuhan yang mati. Cacing
tanah merupakan salah satu contoh detritivor. Seterusnya, sisa makanan
cacing atau najis cacing akan diurai oleh fungi dan bakteria.
5. Apakah yang terjadi kepada tenaga dan nutrien apabila organisma pada
puncak rantai makanan mati?
Apabila organisma pada puncak rantai makanan mati, bangkai
organisma ini akan kembali semula ke tanah sebagai sumber nutrien tanah.
Dalam situasi ini, pengurai seperti ulat-ulat akan memainkan peranan sebagai
pengurai semula jadi. Organisma seperti ulat akan memakan bangkai-bangkai
haiwan yang ada. 90% daripada tenaga terbebas ke persekitaran dalam bentuk
tenaga haba sepanjang proses pemindahan tenaga daripada satu tahap ke
tahap yang lain.
LANGKAH BERJAGA-JAGA:
1. Melabelkan plastik yang berisi sampel tanah sebaik sahaja diambil untuk
mengelakkan kekeliruan.
KESIMPULAN:
Tanah di lokasi 1 mempunyai lebih banyak makrofauna dan mikrofauna
berbanding tanah di lokasi 2. Jadi, hipotesis diterima. Tanah yang mempunyai
keadaan yang optimum dan pelbagai bahan mineral akan mempunyai lebih
banyak makrofauna dan mikrofauna.
Rujukan
Bayyinah Raflis. (2013, Februari 22). Amali Biota Tanah Ben. Diperolehi
daripada Academia.edu:
http://www.academia.edu/35842887/amali_biota_tanah_ben.docx
Ling, L. S., & Audrey M.A.L. (2007). Complete Text & Guide Bilingual Science
Form 2. Shah Alam, Selangor, Malaysia: Arah Pendidikan Sdn. Bhd.
Norzahara Wahida. (2018, Februari 4). Amali 1. Diperolehi daripada
Academia.edu: https://www.academia.edu/6255260/AMALI_1
Snails As Pets. (2017, April 17). What roles do snails play in the environment?
Diperolehi daripada Snails As Pets: https://www.snailaspet.com/single-
post/2017/04/12/Snails-and-slugs-are-not-just-pests
Tetty Setiowati, & Deswaty Furqonita. (2007). BIOLOGI Interaktif Kls.X IPA.
Jakarta Timur, Indonesia: Azka Press.