Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KONSEP KARNIVAL DAKWAH ISLAMIAH ( MTQSS DAN MISS )

SECARA UJI BAKAT PERINGKAT DAERAH BATANG PADANG


TAHUN 2016.

TEMA : “ MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK ”

1. NAMA : KARNIVAL DAKWAH SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH BATANG PADANG


TAHUN 2016
2. TARIKH : 9 APRIL 2016 (SABTU)
3. MASA : 8.00 PAGI
4. TEMPAT : SK BIDOR 2 ( SR ) & SMK BUYONG ADIL ( SM )
5. PENYERTAAN :
1. SEKOLAH / KOLEJ DI BAWAH KELOLAAN KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA
2. SEKOLAH AGAMA NEGERI / MAJLIS AGAMA ISLAM /
YAYASAN NEGERI
3. MAKTAB RENDAH SAINS MARA ( MRSM )
4. SEKOLAH SWASTA YANG BERDAFTAR DENGAN JABATAN
PENDIDIKAN NEGERI

6. LATAR BELAKANG
Pendidikan Islam meliputi komponen-komponen yang banyak seperti kurikulum, ko
akdemik, nilai sahsiah, kemanusiaan dan kemasyarakatan. PPD dengan kerjasama
sekolah-sekolah merupakan pelaksana berkesan untuk mencapai tahap
kecemerlangan Pendidikan Islam dalam semua bidang dan peringkat. Pelaksanaan
KDS 2016 di peringkat daerah adalah berpandukan surat KPMSP.600-14/1/25( )
bertarikh 2 Februari 2016 serta Modul KDSS ( Karnival Dakwah Sekolah - Sekolah )
Unit Budaya dan Syiar Islam, Sektor Pembangunan Akhlak dan Syiar Islam, Bahagian
Pendidikan Islam (BPI) KPM 2016.

1
7. MATLAMAT
Sebagai medan atau ruang yang dirancang, diurustadbir dan dilaksanakan oleh
jawatankuasa peringkat PPD dengan bantuan GPI sekolah rendah dan menengah di
daerah Batang Padang untuk mencari peserta yang berketrampilan dan mempunyai
kompetensi untuk mewakili daerah Batang Padang ke peringkat negeri Perak.

8. OBJEKTIF

8.1. Mengenal pasti bakat dan potensi pelajar dalam bidang berkaitan
8.2. Menyediakan pasukan untuk KDI ke peringakat negeri dan kebangsan
8.3. Menyediakan ruang untuk peningkatan akademik Pend. Islam

9. ACARA

9.1. SEKOLAH MENENGAH

9.1.1. Tilawah Al Quran Lelaki ( MTQSS )


9.1.2. Tilawah Al Quran Perempuan ( MTQSS )
9.1.3. Hafazan Al Quran Lelaki ( MTQSS )
9.1.4. Hafazan AL Quran Perempuan( MTQSS )
9.1.5. Syarahan Lelaki ( MTQSS )
9.1.6. Syarahan Perempuan ( MTQSS )
9.1.7. Khat Lelaki ( MTQSS )
9.1.8. Khat Perempuan ( MTQSS )
9.1.9. Nasyid Minus One ( MTQSS )
9.1.10. Kalimatus Sobah Menengah Atas ( MISS )
9.1.11. Kalimatus Sobah Menengah Rendah ( MISS )
9.1.12. Qiraat Bit Taranum Menengah Atas ( MISS )
9.1.13. Qiraat Bit Taranum Menengah Rendah ( MISS )
9.1.14. Hafazan Menengah Atas( MISS )
9.1.15. Hafazan Menengah Rendah ( MISS )
9.1.16. Hiwar Menengah Atas ( MISS )
9.1.17. Hiwar Menengah Rendah ( MISS )
9.1.18. Kuiz Ilmu Wahyu Menengah Atas ( MISS )
9.1.19. Kuiz Ilmu Wahyu Menengah Rendah ( MISS )
9.1.20. Kuiz Bahasa Arab Menengah Atas ( MISS )
9.1.21. Kuiz Bahasa Arab Menengah Rendah ( MISS )

2
9.2. SEKOLAH RENDAH

9.2.1. Tilawah Al Quran Lelaki


9.2.2. Tilawah Al QuanPerempuan
9.2.3. Hafazan Al Quran Lelaki
9.2.4. Hafazan Al Quran Perempuan
9.2.5. Bercerita Kisah Dari Al Quran Lelaki
9.2.6. Bercerita Kisah Dari Al Quran Perempuan
9.2.7. Tulisan Jawi Lelaki
9.2.8. Tulisan Jawi Perempuan
9.2.9. Nasyid

10. FORMAT DAN PERATURAN PEMILIHAN

10.1. Format dijalankan dalam bentuk uji bakat ( audition ) berpusat sehari.
10.2. Setiap sekolah digalakkan menghantar peserta yang mempunyai
kemahiran yang sesuai bagi setiap kategori acara.
10.3. Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar seorang peserta bagi setiap
kategori acara.
10.4. Peserta boleh menyertai lebih daripada satu acara mengikut kemampuan
dan kelayakan. Penyertaan hendaklah dimaklumkan kepada urusetia ketika
pendaftaran.
10.5. Giliran peserta adalah bergantung kepada pendaftaran
10.6. Setiap sekolah hendaklah menghantar senarai penyertaan samda secara
hardcopy ata emel kepada urusetia KDI , Unit Pendidikan Islam PPD Batang
Padang ( U.P. Ustaz Halid b. Osman , halidos733@gmail.com ) pada atau
sebelum 11 MAC 2016.
10.7. Urusan perjalanan dan makan minum peserta adalah di bawah tanggungan
pihak sekolah sepenuhnya. Pihak Urusetia tidak akan menyediakan makan
minum kepada peserta.
10.8. Peraturan penghakiman dan pemilihan berdasarkan Peraturan MTQSS dan
MISS yang disediakan oleh Bahagian Pendidikan Islam ( BPI )
10.9. Setiap kategori akan dikendalikan oleh panel pemilihan yang dilantik oleh
PPD.
10.10. Pihak urusetia akan menyediakan bilik pemilihan dan bilik menunggu bag
isetiap kategori acara
10.11. Pemilihan dijalankan serentak bagi setiap kategori.
10.12. Keputusan pemilihan akan diumumkan di dalam Portal PPD. Keputusan
pemilihan adalah muktamad.
10.13. Sekiranya terdapat bantahan, sila kemukakan bantahan kepada Pengerusi
Panel Pemilihan untuk dibincangkan dalam mesyuarat Urusetia Panel
Pemilihan.
3
10.14. Johan akan dipilih secara automatik untuk mewakili daerah ke peringat
negeri. Peserta simpanan dipilih bagi acara Tilawah Al Quran dan Hafazan
Al Quran perempuan.
10.15. Latihan bagi peserta ke peringkat seterusnya adalah dikendalikan
sepenuhnya oleh jurulatih di peringkat sekolah.

11. KRITERIA KHUSUS KEHAKIMAN

11.1. Tilawah Al Quran ( SM & SR )


11.1.1. Peserta menguasai sekurang-kurangnya 3 tarannum yang muktabar
( Hijjaz, Nahawand, Rast, Sikah, Soba atau lain-lain ) yang dibenarkan
berdasarkan panduan MTQSS BPI.
11.1.2. Taranum Bayyati adalah wajib
11.1.3. Bagi peringkat daerah, peserta dikehendaki bersedia dengan 2 ayat
( no. 1 dan 2 ) bagi setiap kategori.
11.1.4. Keutamaan akan diberikan kepada aspek tajwid, fasohah, taranum
dan suara.

11.2. Hafazan AL Quran ( SM & SR )


11.2.1. Peserta perlu meguasai semua surah hafazan yang ditetapkan dalam
makluman BPI 2016 berdasarkan Surat Makluman KPM. BPI.600-
14/1/28 (40) bertarikh 4 Disember 2015.
11.2.2. Surah AL Fatihah adalah wajib bagi peringkat sekolah rendah.
11.2.3. Keutamaan akan dberikan kepada aspek Hafaz lancar, tajwid,
fasohah, suara dan gaya hafazan.

11.3. Bercerita Kisah Dari Al Quran Sekolah Rendah


11.3.1. Peserta dikehendaki meyampaikan cerita berdasarkan tajuk yang
ditetapka noleh BPI untuk tahun 2016 dalam Surat Makluman KPM.
BPI.600-14/1/28 (40) bertarikh 4 Disember2015.
11.3.2. Peserta diberi tempoh masa tidak melebihi 8 minit
11.3.3. Keutamaan akan diberikan kepada peserta yang memiliki tahap
keyakinan yang tinggi, penguasaan cerita, kelancaran dan
persembahan yang menarik.
11.3.4. Tiada soalan spontan.

11.4. Syarahan Spontan Sekolah Menengah


11.4.1. Peserta diperingkat daerah dikehendaki bersedia dengan tajuk 1, 2
dan 3 .
11.4.2. Tajuk Syarahan 2016 adalah sama dengan tajuk syarahan bagi tahun
2015.
11.4.3. Format pertandingan adalah sebagaimana tahun sebelum ini.

4
11.5. Tulisan Jawi Sekolah Rendah
11.5.1. Peraturan pertandingan bagi tulisan jawi adalah sama dengan tahun-
tahun sebelum ini. Tiada perubahan khusus.
11.5.2. Peserta dikehendaki membawa kertas lukisan bersaiz A3 dan alat
tulis sendiri.
11.5.3. Peserta akan ditaklimatkan oleh urusetia sebelum pemilihan
dijalankan.

11.6. Khat Sekolah Menengah


11.6.1. Peraturan pemilihan bagi khat adalah sama dengan tahun – tahun
sebelum ini. Tiada perubahan khusus.
11.6.2. Urusetia akan menyediakan soalan dan peserta dikehendaki
menyediakan kertas jawapan sendiri.
11.6.3. Peserta akan ditaklimatkan oleh urusetia sebelum pemilihan
dijalankan.

11.7. Nasyid Sekolah Rendah


11.7.1. Peraturan nasyid MKISS bagi tahun sebelum ini adalah digunapakai.
11.7.2. Peserta dikehendaki meyampaikan 2 lagu dengan lagu pertama
wajib berentak masri denga irama padang pasir dan lagu kedua
boleh berentak masri atau kontemporari.
11.7.3. Peraturan penggunaan alat adalah sebagaimana termaktub dalam
peraturan MKISS BPI.
11.7.4. Bilangan peserta adalah tidak melebihi 9 orang termasuk pemain
alatan muzik.
11.7.5. Setiap lirik adalah wajib mengikut tema yang ditetapkan.

11.8. Nasyid Sekolah Menengah

11.8.1. Bilangan peserta adalah tidak melebihi 4 (empat) orang penyanyi.


11.8.2. Setiap pasukan dikehendaki menggunakan minus one dan lirik lagu
pertama yang disediakan oleh BPI yang boleh dimuat turun di portal
KPM / BPI.
11.8.3. Setiap pasukan dikehendaki mencipta lagu dan lirik sendiri bagi lagu
kedua dengan menepati tema yang ditetapkan.
11.8.4. Maklumat berkaitan lagu boleh dirujuk di
http://www.moe.gov.my/my/BPI

5
11.9 Acara Majlis Ihtifal Sekolah-Sekolah ( MISS )
Bagi acara MISS, tajuk dan peraturan adalah seperti tahun lepas. Untuk
Kuiz Ilmu Wahyu dan Bahasa Arab akan dijalankan secara bertulis sahaja.

12. PENGHARGAAN
12.1. 3 peserta terbaik setiap kategori akan diberikan sijil pencapaian johan,
kedua dan ketiga.
12.2. Bagi pasukan nasyid, setiap peserta bagi Johan, kedua dan ketiga akan
diberikan Sijil Pencapaian.

13. KESIMPULAN
Pihak urusetia khususnya Uint Pendidikan Islam PPD Batang Padang
mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dan berharap
agar mendapat kerjasama dan sokongan semua pihak khususnya sekolah - sekolah agar
menyertai KDI 2016. Sebarang perubahan format, waktu, tempat dan peraturan-
peraturan adalah tertakluk kepada pindaan yang akan dimaklumkan oleh Unit
Pendidikan Islam, Pejabat Pendidikan Daerah Batang Padang. Semoga perjalanan
Karnival Dakwah Sekolah-Sekolah berjalan dengan lancer dan mencapai objektif yang
digariskan.

Anda mungkin juga menyukai