Anda di halaman 1dari 9

i.

Tajuk Kajian

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU DALAM MENANGANI


MASALAH PERTUTURAN DAN BAHASA KANAK-KANAK AUTISTIK

Kata Kunci

Strategi pengajaran dan pembelajaran guru, masalah pertuturan dan bahasa, kanak-kanak
autistik

Nama Penulis

Siti Hodijah Binti Zamakshshari, Universiti Kebangsaan Malaysia (dijah8326@yahoo.com)

Latar Belakang Jurnal

Kanak-kanak autistik merupakan golongan kanak-kanak yang menghidap autisme. menutur


Razhiyah (2008), autisme berasal dari perkataan “autos” yang memberi makna diri sendiri
manakala perkataan “isme” pula bermaksud suatu aliran. Menurut Zharulnizam Shah (2010)
autisme bermaksud kecacatan seumur hidup yang disebabkan oleh kegagalan fungsi otak.

Manakala menurut Yayasan Autisma Indonesia (2008), autisme adlaah gangguan


perkembangan kompleks gejalanya yang muncul sebelum kanak-kanak tersebut berusia tiga
tahun. Selain itu juga, menurut White. et. al. (2012) mentakrifkan autisme sebagai
ketidakupayaan dalam kemahiran sosial dan komunikasi serta mempunyai minat dan ativiti
yang terhad.

Sehubungan dengan itu, kanak-kanak autistik adalah kanak-kanak yang mengalami


kecacatan mental yang mengakibatkan ketidakupayaan dalam kemahiran-kemahiran yang
penting seperti kemahiran sosial, komunikasi dan mempunyai minat serta aktiviti yang terhad.

ii. Latar Belakang Berkaitan Dengan Tajuk/Isu

Kajian mengenai kanak-kanak autistik ini telah dipelopori oleh Leo Kanner pada tahun 1943
(White, et.al. 2012). Beliau telah menjalankan kajian ke atas sebelas orang kanak-kanak yang
mempunyai masalah perkembangan bahasa yang lewat, mempunyai keupayaan
intelektual normal, tidak mempunyai masalah sistem saraf dan terdiri dari golongan yang
berada. Hasil kajian mendapati autisme terjadi adalah disebabkan oleh masalah biologi. Acap
kali kanak- kanak ini dilabelkan sebagai kanak-kanak yang menghidap skizofrenia, lemah
minda, bodoh dan lembap sebelum kajian ini dilakukan. Sehubungan dengan itu, terdapat
perbezaan di antara kanak-kanak yang menghidap autisme dengan kanak-kanak yang penyakit
skizofrenia.

Kanak-kanak autistik sering menunjukkan ketidakupayaan mereka dalam


perkembangan sosial, komunikasi dan juga tingkahlaku (Ministry Of Education British
Columbia 2000). Kenyataan ini disokong oleh kajian lepas menyatakan bahawa
tiga ketidakupayaan utama kanak-kanak autistik adalah ketidakupayaan komunikasi
sosial, ketidakupayaan interaksi sosial dan ketidakupayaan imaginasi. Hal ini
mengakibatkan mereka tidak dapat memberikan tindak balas terhadap sesuatu rangsangan
seperti bunyi- bunyian atau objek yang mereka lihat. Walaupun begitu, tidak semua kanak-
kanak autistik mengalami ketiga-tiga ketidakupayaan ini.

Kanak-kanak autistik sebenarnya boleh melihat dan mendengar. Namun,


kecacatan mental yang dihadapi menyebabkan mereka sukar untuk memahami dan mentafsir
maklumat yang diperoleh. Mereka juga dilihat seperti tidak tahu memulakan atau melibatkan
diri dalam komunikasi (Ganz, Kaylor, Bourgeoia dan Hadden, 2008) dan juga tidak
mampu mempamerkan emosi mereka kepada individu sekeliling mereka.

Kenyataan ini disokong oleh kajian-kajian lepas menyatakan bahawa kanak-kanak


autistik sering berhadapan dengan cabaran-cabaran seperti penggunaan bahasa,
penggunaan perkataan, imaginasi dan seterusnya menggunakan pemikiran secara abstrak.
Hal ini jelas menunjukkan kanak-kanak autistik menghadapi masalah pertuturan dan
bahasa. Ekoran daripada masalah ini, mereka sering berdepan dengan masalah tingkahlaku
bagi menunjukkan rasa tidak puas hati mereka terhadap orang di sekelilingnya (Mancil dan
Boman 2010).

Sehubungan dengan itu, pendidikan dan pendekatan yang sesuai perlu


diberikan kepada mereka. Hal ini menunjukkan guru-guru pendidikan khas memainkan
peranan penting dalam membantu kanak-kanak ini menangani ketidakupayaan mereka.
Oleh hal sedemikian, guru-guru perlu merangka strategi pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan agar dapat dilaksanakan kepada kanak-kanak autistik dalam menangani masalah
mereka.

iii. Tujuan Kajian


Tujuan dari penelitian jurnal ini adalah untuk mengetahui ciri-ciri kanak-kanak yang
mengalami sindrom autism selain itu juga untuk mengenal pasti punca-punca berlakunya
masalah pertuturan dan juga bahasa di kalangan kanak-kanak autistik. Dan tujuan penelitian
jurnal ini adalah untuk mengetahui apakah dia strategi pengajaran dan pembelajaran guru
terhadap kanak-kanak autistik yang mengalami masalah pertuturan dan bahasa.

iv. Objektif Kajian


1. Membincangkan ciri-ciri kanak-kanak autistik bermasalah pertuturan dan
bahasa.
2. Membincangkan punca-punca berlakunya masalah pertuturan dan bahasa di
kalangan kanak-kanak autistik.
3. Membincangkan strategi pengajaran dan pembelajaran guru terhadap kanak-
kanak autistik bermasalah pertuturan dan bahasa.

Rumusan dan Cadangan

Walaupun kanak-kanak autistik mengalami kecacatan mental seumur hidup mereka, namun
mereka merupakan individu yang unik dan istimewa. Ibu bapa khasnya amat mengharapkan
anak mereka belajar untuk bertutur (Paul, 2009). Di sinilah peranan guru-guru dikatakan
penting dalam membantu meningkatkan kemahiran bertutur mereka dengan melaksana
strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai mengikut tahap keupayaan dan kebolehan
mereka. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh guru-guru adalah melaksanakan terapi
berkuda, terapi muzik, mengadakan lawatan sambil belajar luar dari kawasan sekolah serta
membina kolaborasi dengan pihak ibu bapa.

Terapi berkuda adalah satu bentuk rawatan yang diberikan kepada kanak-kanak
dengan keperluan khas menggunakan kuda. Menurut Macauley dan Gutierrez (2004), terapi
berkuda merupakan satu bentuk strategi rawatan sama ada terapi fizikal, cara kerja
atau pertuturan yang menggunakan pergerakan kuda. Pergerakan kuda banyak
mempengaruhi pergerakan kanak-kanak.Semasa kanak-kanak autistik menunggang kuda,
pergerakan kuda dikatakan dapat membantu mereka terutama dalam membetulkan
masalah saraf yang dihadapi. Kajian lepas turut mendapati pertuturan kanak-kanak yang
mendapat rawatan terapi berkuda adalah lebih baik daripada kanak-kanak yang mendapat
rawatan biasa. Sehubungan dengan itu, guru-guru bolehlah mengambil inisiatif dengan
mengadakan kolaborasi dengan pemilik ladang kuda dan menjadikan aktiviti ini sebagai
aktiviti tahunan bagi membantu kanak-kanak autistik khasnya bagi meningkatkan
kemahiran pertuturan mereka.
Selain itu, terapi muzik juga dapat membantu kanak-kanak autistik yang mengalami
masalah pertuturan. Secara umumnya, terapi muzik ini berperanan untuk memulih,
memelihara dan meningkatkan taraf kesihatan mental dan fizikal seseorang. Bagi kanak-
kanak autistik, menyebut lirik lagu yang dipelajari dapat membantu mereka menangani
masalah pertuturan yang dialami. Pengulangan perkataan secara berulang-ulang dapat
membantu mereka membentuk kefahaman yang jelas tentang makna sesuatu perkataan dan
seterusnya menambah perbendaharaan kata mereka. Keyakinan diri mereka juga dapat
dipertingkatkan melalui terapi muzik ini. Tambahan, mereka turut diajar untuk bergaul
dengan rakan-rakan sebaya mereka melalui pergerakan muzik.

Lawatan sambil belajar juga merupakan salah satu aktiviti yang boleh membina
minda kanak-kanak autistik. Lawatan ke zoo atau taman burung membolehkan murid
mengenal haiwan-haiwan tersebut secara dekat. Ini memberikan satu ilmu baru kepada
murid-murid khasnya kanak-kanak autistik. Dengan ini, mereka akan terdorong untuk
berinteraksi di samping menambah perbendaharaan kata mereka. Contohnya guru boleh
mengajar dan membantu murid menyebut nama binatang yang dilihat. Hal ini secara tidak
langsung dapat mengatasi masalah pertuturan dan bahasa yang dihadapi oleh kanak-kanak
autistik.

Kolaborasi dengan ibu bapa turut memainkan peranan penting dalam membantu
kanak-kanak autistik ini dalam menangani ketidakupayaan mereka. Pendidikan yang
berterusan di rumah dapat memberikan impak yang positif kepada kanak-kanak tersebut.
Kanak-kanak yang mendapat pendidikan dan perhatian daripada ibu bapa di rumah
menunjukkan perkembangan yang lebih baik berbanding kanak-kanak yang menerima
pendidikan di sekolah sahaja.

Bukan sahaja dapat meningkatkan potensi perkembangan mereka malah turut


meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak tersebut. Hal ini jelas menunjukkan
kolaborasi antara guru-guru dan ibu bapa memberi impak yang besar terhadap kehidupan
kanak-kanak berkeperluan khas. Oleh hal sedemikian, guru-guru perlu membina hubungan
yang baik dengan ibu bapa agar kebajikan kanak-kanak ini terus terjamin.
v. Rujukan

Alfath. 2009. Power of Mind 11(Otak).


http://www.vazarebh.blogspot.com/2009/11/power.of.mind.ii.otak.html [28 Ogos 2012].

Anonymous. 2005. Visual strategies leverage autism’s strengths to improve lives. ProQuest

Educational Journals 35 (4) : 34 – 35.

Bregman, J. D. dan Higdon, C. 2012. Definitions and clinical characteristics of


Autism Spectrum Disorders. Dlm. Zager, et.al. (pnyt). Educating students with
Autism Spectrum Disorders : Research-based principles and practices. hlm. 13 –
45. New York : Routledge.

Carnahan, C.R. 2006. Photovoice : engaging children with autism and their teachers.

ProQuest Education Journals 39 (2) : 44 – 50.

Cohen, S. 2011. Commentary on providing services to students with Autism Spectrum

Disorders. Journal of Visual Impairment & Blindness : 325 -329.

Ganz, J.B., Kaylor, M., Bourgeois, B. dan Hadden, K. 2008. The impact of social scripts and
visual cues on verbal communication in three children with autism
spectrum disorders. ProQuest Educational Journals 23 (2) : 79 – 94.

Jamila K.A. Mohamed. 2005. Pendidikan khas untuk kanak-kanak istimewa. Kuala Lumpur :
PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Kamarudin Husin. 1999. Pengajaran lisan : kemahiran mendengar dan bertutur. Kuala

Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Kasran, S. 2003. Autisme : Konsep yang sedang berkembang. Jurnal Kedokter Trisakti Vol

22 (1) : 24 – 30.

Light, J. dan Drager. K. 2007. AAC Technologies for young children with complex
communication needs: state of science and future research directions. Augmentative
And Alternative Communication 23 (3) : 204 – 216.
Macauley, B.L. dan Gutierrez, K.M. 2004. The effectiveness of hippotherapy for
children with language – learning disabilities. ProQuest Educational Journals 25 (4) :
205 –217.

Mancil, G.R dan Boman, M. 2010. Functional communication training in the classroom : A

guide for success. Preventing School Failure 54 (4) : 238 – 246.

Ministry of Education British Columbia. 2000. Teaching students with autism : a resource
guide for schools.

Mok Soon Sang. 2007. Ilmu pendidikan untuk KPLI (komponen 1 & 2) Sekolah
Rendah psikologi pendidikan & pedagogi. Selangor. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Morris, N. 2000. Tubuhmu Yang Hebat. Terj. Anggia Prasetyaputri. Indonesia :


Penerbit

Erlangga.

National Autism Society of Malaysia. 2006. What is Autism. http://www.nasom.com.my. [17

Disember 2011].

Paul, R. 2009. Talk to me : issues in acquiring spoken language for young children
with autism spectrum disorders. ProQuest Health and Medical Complete 14 (14) : 10
– 13.

Razhiyah, K. A. 2008. Apa itu autisme?. Kuala Lumpur : PTS Profesional Publishing Sdn.

Bhd.

Roa, S.M. dan Gagie B. 2006. Learning through seeing and doing: visual supports for
children with autism. ProQuest Education Journals 38 (6) : 26 – 33

Schlosser, R.W. dan Wendt, O. 2008. Effects of augmentative and alternative communication
intervention on speech production in children with autism : a systematic
review. ProQuest Health and Medical Complete 17 (3) : 212 – 230.

Spence – Cochran, K. dan Pearl, C. 2012. Assistive technology to support people


with Autism Spectrum Disorders. Dlm. Zager, et.al. (pnyt). Educating students
with Autism Spectrum Disorders : Research-based principles and practices. hlm.
295 –311. New York : Routledge
Valiquette, C., Sutton, A., dan Ska, B. 2010. A graphic symbol tool for the
evaluation of communication, satisfaction and priorities of individuals with
intellectual disability. Sagepub.Co.Uk / Journalspermissions. Nav 26 (3) : 303-319.
White, et.al. 2012. Autism Spectrum Disorders : Historical, legislative and
current perspectives. Dlm. Zager, et.al. (pnyt). Educating students with Autism
Spectrum Disorders : Research-based principles and practices. hlm. 3 – 11.
New York : Routledge.
Yayasan Autisma Indonesia. 2008. Apa yang perlu kita ketahui tentang autisme.
http://www.autisme.or.id. [16 Disember 2011].
Zharulnizam Shah, Z.A. 2010. Kepimpinan dan pengurusan Pendidikan Khas. Cheras :
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd

2. Kekuatan

1) Jurnal ini berjaya menyatakan beberapa metod dan strategi yang boleh digunapakai untuk
mengajar kanak-kanak autistik. Antara strategi atau cara yang boleh digunakan adalah strategi
mediatif, strategi koperatif, strategi masteri dan strategi pemusatan murid dan bahan.

2) Jurnal ini juga menyatakan betapa pentingnya peranan ibubapa dalam mengendalikan kanak-
kanak autistik dan memberikan mereka pendidikan khas di sekolah-sekolah.

3) Jurnal ini meneliti bahawa terdapat beberapa aktiviti yang boleh dilaksanakan seperti terapi
berkuda, terapi muzik, mengadakan lawatan sambil belajar di luar dari kawasan sekolah agar
dapat membina kolaberasi bersama ibu bapa.

3. Kelemahan

1) Jurnal tidak menyatakan jenis-jenis autisme.

2) Jurnal tidak menjelaskan metodologi kajian, instrument kajian untuk para pembaca menilai.

3) Jurnal ini tidak menyatakan kajian-kajian lepas untuk dibandingkan.


4. Cadangan

Untuk penambah baikkan jurnal ini, penulis seharusnya menyatakan secara tersusun, apa
makna autisme secara terperinci dan menjelaskan jenis-jenis kanak-kanak autistik. Penulis juga
seharusnya menyatakan betapa pentingnya masyarakat awam untuk mengetahui dan
memperduli kanak-kanak autistik dan tidak membezakannya dengan kanak-kanak normal.

Selain itu, penulis juga perlu menyatakan kaedah-kaedah pengajaran bagi kanak-kanak
autistik agar dapat diketahui oleh para guru.

5. Rumusan Jurnal

Secara rumusan, kertas ini berjaya memberi kefahaman secara ringkas mengenai autisme,
punca autisme dan strategi yang boleh digunakan ketika menghadapi kanak-kanak autistik. Dan
bagi pengkaji akan datang agar dapat menuliskan jurnal mengenai autisme secara keseluruhan
agar dapat memberi kefaham jitu kepada masyarakat luar.

Anda mungkin juga menyukai