Anda di halaman 1dari 6

LAPORAN

HARI ORIENTASI TAHUN 1


DAN PRA SEKOLAH

2019

KELOLAAN
UNIT HAL EHWAL MURID
SK DATO’ ABU BAKAR

1
1.0 PENGENALAN/PRAKATA

Kedatangan murid-murid baharu Prasekolah dan Tahun 1 amat dialu-alukan. Oleh


itu, satu program orientasi diadakan bertujuan supaya ibu bapa dan murid – murid
Prasekolah dan Tahun 1 dapat diberi pendedahan awal mengenai alam persekolahan dan
berkenalan dengan para guru, merasai situasi sebenar suasana persekolahan selain diberi
ujian untuk menguji tahap pembelajaran mereka supaya proses pengajaran dan
pembelajaran menjadi mudah.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 TARIKH PELAKSANAAN

Tarikh : 31 Disember 2018

Masa : 8.00 a.m – 12.00 p.m

Tempat : Sekolah Kebangsaan Dato’ Abu Bakar

2.2 JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat : Pn. Nor Shafina Binti Yasak (Guru Besar)


Pengerusi : En. Norizan Bin Abdullah (GPK Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi : Cik Zuriati Bt Mohd Ramli (GPK Kurikulum)
En. Asmadi Bin Che Ahmad (GPK Ko-kurikulum)
Pn. Hjh Che Rosnah Bt Abu Bakar (GPK PPKI)
Penyelaras : Pn. Arfah Bt Isa
Setiausaha : Pn. Farah Ainaa Binti Ad’nan

2
2.3 OBJEKTIF

1. Memberi pendedahan mengenai suasana persekolahan kepada murid-


murid Prasekolah dan Tahun 1.
2. Mengeratkan hubungan antara pihak ibu bapa dan sekolah.
3. Mendedahkan murid-murid kepada situasi sebenar menduduki ujian.
4. Meningkatkan keyakinan diri murid-murid Prasekolah dan Tahun 1.

2.4 KAEDAH PELAKSANAAN / TENTATIF PROGRAM

8.00 pagi - Pendaftaran kehadiran murid-murid

8.15 pagi - Ibu bapa dan murid- murid mengambil tempat masing- masing

8.30 pagi - Ucapan Pengerusi Majlis


- Bacaan doa oleh Ustaz Shahrul Redzuan
- Ucapan Guru Besar SK Dato’ Abu Bakar
- Taklimat GPK HEM Besar SK Dato’ Abu Bakar
- Tayangan Slaid program sekolah

10.30 pagi - Ibu bapa berjumpa dengan guru kelas untuk pelbagai urusan.

11.30 pagi - Urusan pembelian buku-buku di pejabat

12.00 tengah hari - Bersurai

3.0 HURAIAN PENILAIAN TUGASAN / AKTIVITI

Sepanjang program berjalan, semua ahli jawatankuasa memberikan kerjasama yang baik
agar program dapat berjalan dengan lancar.

3
4.0 PENCAPAIAN AKTIVITI
Semua aktiviti berjalan sepertimana yang telah dirancangkan. Pengurusan masa juga
dapat diuruskan dengan baik.

5.0 KEMAJUAN / MASALAH


-

6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN


Pada program akan datang, panitia pendidikan Islam akan merancang pelbagai program
yang lebih bervariasi.

4
7.0 PENUTUP

Diharapkan ibu bapa dan pihak sekolah dapat meneruskan kerjasama dalam menjalankan
program ini dengan jayanya dan seterusnya membantu murid-murid Prasekolah dan Tahun 1
menempuh alam persekolahan dengan baik.

Disediakan oleh, Tarikh :

…………………………….

Sabarina binti Baharom 10 Januari 2019

Disahkan oleh

…………………………….

Norizan Bin Abdullah

Gpk Hem SK Dato’ Abu Bakar

5
* LAMPIRAN GAMBAR /SURAT-MENYURAT/ KERTAS KERJA DLL

Anda mungkin juga menyukai