Anda di halaman 1dari 1

KKP Hubungan Etnik

Hubungan etnik adalah salah satu daripada aspek penting dalam kehidupan manusia
kerana manusia itu dijadikan berbangsa-bangsa, berkaum-kaum dan berpuak-puak. Realitinya,
kehidupan manusia itu adalah dalam konteks kepelbagaian. Masyarakat pelbagai etnik, budaya
dan agama merupakan ciri utama negara-negara di dunia pada hari ini contohnya Malaysia.

Dasar Pecah dan Perintah merupakan suatu sistem yang dilaksanakan oleh kerajaan
kolonial british dalam mentadbir penduduk bumiputera dan imigran secara berasingan. Oleh yang
demikian, terdapat kesan positif dan negatif terhadap perpaduan etnik di Malaysia rentetan dasar
tersebut. Satu kesan positif dasar pecah dan perintah terhadap pembentukan masyarakat
pluralistik adalah masyarakat lebih menghargai keharmonian dan lebih memahami budaya etnik
lain.