Anda di halaman 1dari 5

TEKS BERCERITA

WAHYU PERTAMA
MAJLIS TILAWAH AL-QURAN
PERINGKAT ZON

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA SELANGOR

Bismillahirrahmanirrahim.

1
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Terima kasih tuan pengerusi majlis. Yang dihormati dan disegani barisan para hakim yang
arif lagi bijaksana, barisan guru-guru, sahabat-sahabat dan para hadirin yang dihormati
sekalian. Berdirinya saya di hadapan ini adalah semata-mata untuk menyampaikan
sebuah kisah al-Quran iaitu

Kisah Wahyu Pertama Nabi Muhammad saw

Sidang hadirin sekalian,

Nabi dan rasul terakhir yang diutus oleh Allah Swt. adalah Nabi Muhammad s.a.w Bin
Abdullah pada usia 40 tahun. Ia menyampaikan perintah Allah swt kepada kaumnya
selama 22 tahun 2 bulan dan 22 hari. Nabi Muhammad dilahirkan di Mekah.
Datuknya, Abdul Muttalib, menamainya Muhammad (orang terpuji), sebuah nama yang
belum pernah digunakan dan dikenal sebelumnya.

Ketika lahir, Muhammad telah menjadi anak yatim.

Tinggallah Nabi seorang diri


Hilanglah insan yang dikasihi
Tinggallah Nabi seorang diri
Mengajarnya hidup berdikari
Anak yatim anak yang mulia
Dilindungi ALLAH setiap masa
Anak yatim anak yang mulia
Dilindungi ALLAH setiap masa

Pada saat Nabi Muhammad SAW hampir berusia 40 tahun kesukaannya mengasingkan
diri dengan berbekal roti dan pergi ke Gua Hira di Jabal Nur. Rasulullah di Gua Hira
beribadah dan memikirkan keagungan Pencipta alam ini.

Gua kecil ini terletak di puncak gunung Jabal Nur, di bahagian utara Mekah, sekitar 5 km
dari Masjidil-Haram, di sebelah kiri perjalanan menuju Arafah. Tinggi puncak Jabal Nur
adalah sekitar 200m. Disekelilingnya terdapat sejumlah gunung, bukit batu dan jurang.
Kawan-kawan semua, Nabi kita ikhlas dalam beribadah kepada Allah swt, rajin dan
bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu dan berpendirian teguh. Oleh itu kita
perlu mengikuti sifat Nabi ini.

Sidang hadirin sekalian,

2
Nabi Muhammad saw menguzlahkan diri di Gua Hira kerana baginda ingin menghindar
daripada kehidupan masyarakat arab jahiliyah yang sesat. Nabi Muhammad saw pernah
bermimpi supaya mendekatkan diri dengan Allah swt. Dengan itu ia dapat
mempertahankan iman Nabi Muhammad saw.

   

Dan dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu dia memberikan petunjuk.
( Surah Ad Dhuha ayat 7 )

Kawan-kawan semua, sekarang ini kita dipaparkan dengan jenayah yang semakin
dahsyat seperti merempit, ragut, pembunuhan dan sebagainya dalam masyarakat kita.
Semua ini adalah amalan semasa arab jahiliyah dahulu. Umat Islam seharusnya mengikut
sunnah Nabi Muhammad saw seperti sifat sabar, berhijrah demi kebaikan, berhikmah
dalam berdakwah dan berhati-hati dalam pergaulan seharian.

Sidang hadirin sekalian,

Nabi Muhammad saw sentiasa berulang-alik dari rumahnya ke gua Hira seorang diri. Isteri
tercinta, Siti Khadijah sering menghantar makanan untuk Rasulullah di gua Hira. Satu
peristiwa penting berlaku menjelang 17 Ramadhan 610 Masihi, Malaikat Jibril datang
menyampaikan wahyu pertama kepada Rasulullah saw iaitu surah Al-Alaq ayat 1 hingga
5.

    


      
    
     
 

1. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan,


2. Dia Telah menciptakan manusiadari segumpal darah.
3. Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha pemurah,
4. Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam
5. Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.

( Surah Al-Alaq ayat 1-5 )

Rasulullah saw dipeluk oleh Malaikat Jibril sebanyak 3 kali dan barulah Rasululah saw
dapat membacanya.

Kubah langit terbuka luas

3
Ramadhan Al Mubarak yang ketujuh belas
Terpancar sinar cahaya membias
Menggetarkan abid beruzlah ikhlas

Bagaikan petir menyambar gua


Jibril menghulur watikah yang Esa
Lembar alQuran pun bermula
Wahyu pertama kepada manusia

Sidang hadirin sekalian,

Setelah Rasulullah saw mengalami keadaan yang mengerunkan di Gua Hira, Rasulullah
saw bergegas balik ke rumahnya dan isterinya Siti Khadijah menenangkannya. Selepas
itu dia membawa Rasulullah saw bertemu dengan Waraqah Bin Naufal, seorang pendeta
Nasrani. Setelah diceritakan peristiwa tersebut kepadanya, tahulah Waraqah bahawa itu
merupakan tanda bahawa Rasulullah saw telah dipilih oleh Allah swt sebagai seorang
Nabi dan Rasul bagi menyampaikan agama Islam kepada seluruh manusia dan jin.

َ‫ن َۖأبْناء ُه َْم ي ْع ِرفُونَ كما ي ْع ِرفُون َهُ ْال ِكتابَ آتيْناهُ َُم الَّذِين‬ ََّ ‫وهُ َْم ْالح‬
ََّ ‫ق لي ْكت ُ ُمونَ ِم ْن ُه َْم ف ِريقًا و ِإ‬
َ‫ي ْعل ُمون‬

Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang Telah kami beri Al Kitab (Taurat dan Injil)
mengenal Muhammad seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. dan
Sesungguhnya sebahagian diantara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal
mereka Mengetahui. ( Surah Al Baqarah ayat 146 )

Kawan-kawan semua, anak-anak remaja kini segelintirnya mengalami masalah


keruntuhan akhlak. Mereka seharusnya diberikan nasihat supaya mereka hidup
berpandukan ajaran Islam yang membawa ke jalan yang benar. Sebagai penganut ajaran
Islam , kita harus berikir sebelum melakukan sesuatu perkara. Kita perlu meminta nasihat
daripada mereka yang lebih pandai dari kita agar kita berjaya menjadi manusia berguna.

4
Sidang hadirin sekalian,

   


 

Dan tiadalah kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta
alam. ( Surah Al- Anbiya ayat 107 )

Kita wajib yakin sepenuh hati bahawa Rasulullah saw adalah nabi akhir zaman. Kita
bersyukur kerana negara kita menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi. Untuk
mengakhiri cerita saya ini, marilah kita sama-sama beriman kepada Allah swt dan
mengamalkan ajaran Islam dan meninggalkan segala larangan Allah swt. Moga kita
menjadi insan yang masuk ke dalam syurga Allah swt kelak.

Wasalamuَalaikumَwarahmatullahiَwabarakatuh….

Anda mungkin juga menyukai