Anda di halaman 1dari 3

KOD DAN CIPHER KLASIK

Kod bermaksud menggunakan simbol-simbol atau kumpulan huruf untuk

mewakili perkataan atau frasa dalam bentuk pesanan atau mesej daripada

penghantar kepada penerima. Contohnya, kod yang mudah ialah SOS adalah yang

bermaksud “saya menghadapi masalah dan saya memerlukan bantuan”. Manakala

mesej yang lebih kompleks, penghantar dan penerima memerlukan Buku Kod iaitu

senarai kombinasi huruf yang mereka maksudkan supaya mesej yang di hantar

dapat diterjemahkan dalam bentuk perkataan atau frasa untuk mendapatkan

maksud mesej tersebut.

Cipher pula bermaksud menyembunyikan sesuatu mesej dimana, huruf diganti

dengan huruf yang lain sama ada mudah ataupun lebih kompleks. Cipher telah

digunakan secara meluas di zaman Julius Caesar dan Napoleon dengan mencipta cipher

sendiri iaitu Cipher Ceaser. Secara asasnya sesuatu teks biasa (plain text) di tukarkan

kepada (cipher text) bagi membolehkan sesuatu mesej dihantar tanpa diketahui oleh

orang lain yang tidak berkenaan. Contohnya, gantikan a = D, b = E, c = F, d = G, e =

H. Oleh itu perkataan kod (teks biasa) menjadi NRH ( teks cipher).

Oleh itu, kod dan cipher klasik adalah merupakan kod rahsia yang hanya

difahami oleh penghantar dan penerima melalui proses mengekod (encryption) dan

menyahkod (decryption) seperti yang ditunjukkan melalui Rajah 1.

Rajah 2. Proses membina dan memecahkan kod rahsia


Namun, cipher adalah kurang selamat kerana mudah dikendali dan

dirungkaikan. Cipher ini juga dipanggil cipher klasik yang kemudian telah

berkembang dan terbahagi kepada dua kategori iaitu transposisi dan penggantian

seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.

CIPHER
• TRANSPOSIS
• PENGGANTIAN
Rajah 2. Perkembangan Cipher

KRIPTOGRAFI

Kriptografi telah digunakan oleh bangsa Mesir sejak 4000 tahun yang lalu oleh

raja-raja Mesir pada masa perang untuk menghantar mesej rahsia kepada panglima

perangnya melalui utusan-utusannya. Orang yang melakukan pengekodan ini

disebut kriptografer, sedangkan orang yang mendalami ilmu dan seni dalam

mengekod atau menyahkod suatu algoritma kriptografi tanpa harus mengetahui

kuncinya disebut kriptanalis.

Usaha untuk menjaga rahsia suatu maklumat telah berlaku sejak zaman dahulu

lagi. Julius Caesar, iaitu maharaja Rom juga telah menggunakan kaedah penyulitan

sederhana dengan cara menukar setiap watak dalam mesejnya dengan nilai

tertentu. Cara ini amat sesuai pada masa itu namun tidak lagi diguna dipakai ketika

ini kerana dengan keupayaan sistem komputer sekarang, akan sangat mudah

diselesaikan ataupun dipecahkan.


Seiring dengan perkembangan teknologi, algoritma kriptografi pun mula

berubah menuju ke arah algoritma kriptografi yang lebih rumit dan kompleks. Kita

perlu akui bahawa kriptografi mempunyai peranan yang paling penting dalam

peperangan sehingga algoritma kriptografi berkembang dengan cukup pesat pada

masa Perang Dunia I dan Perang Dunia II. Menurut catatan sejarah, terdapat

beberapa algoritma kriptografi yang pernah digunakan dalam peperangan,

diantaranya adalah ADFVGX yang dipakai oleh Jerman pada Perang Dunia I,

Sigaba / M-134 yang digunakan oleh Amerika Syarikat pada Perang Dunia II, typex

oleh Inggeris, dan Purple oleh Jepun. Selain itu Jerman juga mempunyai mesin

legenda yang dipakai untuk menyelesaikan laluan yang dihantar oleh pihak musuh

dalam peperangan iaitu, Enigma.

Pada zaman sekarang, implementasi dari kriptografi banyak ditemui dalam

kehidupan sehari-hari, seperti Automatic Teller Machine (ATM), Penggunaan ATM

untuk banking telah mula meningkat menjadi Internet Banking, Mobile Banking,

Komunikasi elektronik seperti telefon tetap, cellular, SMS, MMS. 3G, Komunikasi via

Internet seperti e-mel, messaging, berbual, Voice Call dan E-Government, E-

Commence. Semakin maju teknologi maka semakin besar gangguan ke atas

keselamatan individu, komuniti, syarikat, bangsa dan negara. Oleh itu Kriptografi

moden akan menyatukan disiplin matematik, sains komputer dan kejuruteraan.

Anda mungkin juga menyukai