Anda di halaman 1dari 2

UCAPAN WAKIL PELAJAR

Asalammualaikum wbkth dan Salam Sejahtera.

Yang berusaha
Pn. Rahinah binti Ramli, Guru Besar SK Taman Jana,
Pn Fatimah Badariah binti Ahmad Thani, Penolong Kanan
Pentadbiran,
En. Mohd Fuad bin Abd Malek, Penolong Kanan Hal-Ehwal
Murid,
Pn. Hasni binti Abd Hadi, Penolong Kanan Kokurikulum
Yang diraikan, Encik Chin Keat Hoe,
Guru-guru serta rakan-rakan yang dihormati sekelian.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih


kepada pihak majlis kerana memberi kesempatan kepada
saya untuk menyampaikan ucapan di majlis perpisahan ini bagi
mewakili murid-murid SK Taman Jana.

Untuk itu, izinkan saya untuk melafazkan beberapa rangkap


pantun :

Terbang serindit ke pohon meranti,


Hinggap sebentar membuat sarang,
Majlis indah lagi diberkati,
Bagi meraikan Cikgu Chin tersayang.

Tiada kata seindah bicara,


Dapat dilafazkan seiring jasa,
Tiba ketika Cikgu Chin bersara,
Bakti dicurah di ingatan sentiasa.

Bibir merah tergigit lada,


Lada dicampur bersama laksa,
Walau di mana Cikgu Chin berada,
Ingatlah kami anak didik tercinta.
Berkilau-kilau cincin permata,
Begitu indah cantiknya rupa,
Biarpun kelak jauh di mata,
Namun di hati tidak kan lupa,

Petang hari menuju ke pekan,


Ingin membeli popia dan samosa,
Doa ikhlas kami hulurkan,
Semoga Cikgu Chin sihat sentiasa.

Salam kemaafan kami hulurkan,


Semoga kemesraan terus berpanjangan,
Ilmu diberi harap dihalalkan,
Semoga perjuangan kami mendapat keberkatan.

Bagi mengakhiri ucapan saya ini, saya ingin merakamkan


ucapan jutaan terima kasih kepada Encik Chin Keat Hoe
kerana telah banyak menabur bakti dan mencurahkan ilmu
yang berguna untuk kami semua di SKTJ. Segala jasa baik dan
tunjuk ajar Cikgu tidak dapat kami balas hanya Tuhan sahaja
yang mampu membalas segala-gala-Nya. Terima kasih juga
kepada Cikgu Chin kerana tidak pernah jemu mendidik kami ke
arah pembentukan sahsiah yang baik serta kecemerlangan
akademik yang berterusan.

Akhirnya, saya bagi mewakili rakan-rakan saya yang lain ingin


memohon ampun dan maaf seandainya ada tingkah laku dan
perbuatan kami yang menyinggung hati dan perasaan Cikgu
samada disedari mahupun tidak disedari. Halalkan segala ilmu
yang telah Cikgu berikan kepada kami selama ini. Terima kasih
di atas segala-galanya. Terima kasih cikgu.

Anda mungkin juga menyukai