Anda di halaman 1dari 6

SMK SEKSYEN 10 KOTA DAMANSARA

47810 PETALING JAYA SELANGOR

KERTAS KERJA CADANGAN

PROGRAM MOTIVASI & KURSUS KEPIMPINAN


PENGAWAS PERPUSTAKAAN 2019

ANJURAN :

PUSAT SUMBER SEKOLAH


SMK SEKSYEN 10 KOTA DAMANSARA

TARIKH :

22 MAC 2019 – 24 MAC 2019

Disediakan oleh,

MARIANA AHMAD
GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA

0 Kertas Kerja Program Motivasi & Kursus Kepimpinan


Pengawas Perpustakaan 2019
KERTAS KERJA CADANGAN PROGRAM

1. TAJUK PROGRAM

Program Motivasi dan Kursus Kepimpinan Pengawas Perpustakaan 2019

2. PENGENALAN

Pusat Sumber Sekolah SMK Seksyen 10 Kota Damansara komited untuk


membantu para pengawas perpustakaan dalam menceburi bidang kepimpinan
melalui Program Motivasi dan Kursus Kepimpinan Pengawas Perpustakaan 2019.
Program Motivasi dan Kursus Kepimpinan Pengawas Perpustakaan 2019 adalah
satu saluran pendidikan luar bilik darjah yang amat berkesan untuk para
pengawas perpustakaan mendalami ilmu kepimpinan dan membentuk sahsiah
diri yang mantap dan keterampilan yang positif sebagai pemimpin agar dapat
dijadikan contoh dan teladan kepada murid-murid lain .
Program ini perlu diadakan sebagai wadah dan langkah awal dalam
membentuk dam melahirkan pemimpin yang mempunyai karisma kepimpinan
khususnya dalam menjalankan tanggungjawab. Pengawas perpustakaan juga
adalah pelajar, mereka memerlukan keyakinan diri untuk bertugas dengan penuh
dedikasi dan berketerampilan. Bagi merealisasikannya mereka memerlukan
bimbingan dan panduan melalui program ni.
Dengan semangat dan kepercayaan, adalah diharapkan program ini akan
mencapai objektifnya. Adalah sangat diharapkan agar Program Motivasi dan
Kursus Kepimpinan Pengawas Perpustakaan ini akan dapat memberikan peluang
kepada pemimpin menonjolkan kemampuan diri mereka. Di samping menimba
pengalaman, program ini nanti akan dapat mengeratkan tali persaudaraan
sesama pemimpin dan dapat berkomunikasi dengan orang luar.
Ketrampilan pemimpin mencerminkan personaliti dan ketokohan
kepimpinan. Maka diharapkan program ini mendapat kerjasama daripada semua
pihak dan berjalan seperti yang dirancang.

1 Kertas Kerja Program Motivasi & Kursus Kepimpinan


Pengawas Perpustakaan 2019
3. OBJEKTIF

 Membina daya kepimpinan yang berkualiti dan berkesan.


 Membina individu yang berkeyakinan dan berketrampilan dalam potensi
diri.
 Menerap rasa tanggungjawab, suka terhadap persekitaran dan dapat
melaksanakan tugas dengan jujur, amanah dan dedikasi.
 Meningkatkan kemahiran kepimpinan dan komunikasi yang berkesan.
 Melahirkan pemimpin yang dapat dijadikan “role model” oleh murid-
murid lain.
 Membentuk semangat kerjasama di dalam sesuatu organisasi bagi
merealisasikan misi dan visi organisasi.
 Membantu pelajar menguruskan masa dengan baik.
 Menambah pengalaman dan pengetahuan pelajar
 Mencungkil bakat dan mengasah bakat pelajar dalam bidang kepimpinan

3. TARIKH : 22 Mac 2019 (Jumaat) – 24 Mac 2019 (Ahad)

4. TEMPAT : Asiacamp Kuala Kubu Bharu

5. KUMPULAN SASARAN : Pengawas Pusat Sumber Sekolah (Pagi dan Petang)

6. STRATEGI PELAKSANAAN

1. Mengemukakan Kertas Kerja Cadangan


2. Menubuhkan Jawatankuasa Khas
3. Perbincangan bersama Jawatankuasa Khas
4. Perjumpaan bersama para peserta
5. Perlaksanaan program
6. Penyediaan laporan dan dokumentasi bergambar
7. Penilaian oleh Tuan Pengetua

2 Kertas Kerja Program Motivasi & Kursus Kepimpinan


Pengawas Perpustakaan 2019
7. AHLI JAWATANKUASA

PENGERUSI : PN. HAJAH ROS BT LIZAN (Pengetua)

NAIB PENGERUSI I : PN. AZRIZA BT AZIZ (PK Pentadbiran)

NAIB PENGERUSI II : PN. AZIZON BT MAT (PK HEM)

NAIB PENGERUSI III : PN. NORHANIZA BT ARIFFIN (PK Kokurikulum)

NAIB PENGERUSI IV : EN. MOHAMAD RODZI SHAFII (PK Petang)

SETIAUSAHA I : PN. MARIANA AHMAD (GPM)

SETIAUSAHA II : PN LING KING YEN

BENDAHARI : PN FAIRUZ YAHAYA

AHLI JAWATANKUASA : PN WAN NURSHIKHAH BINTI HASBULLAH


PN. RUZIAH SABRAN
PN RUHAIZAH MOHAMED
PN. NORLIA SHARIF

8. ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA UNIT KOS/(1 UNIT) JUMLAH

1 Yuran Peserta 40 RM 30.00 RM 1200.00

2 Fail dan alat tulis 40 RM 5.00 RM200.00

RM 1400.00

9. SUMBER KEWANGAN

BIL PERKARA JUMLAH

1 Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMKS10KD (PIBG) RM 1400.00

JUMLAH RM 1400.00

3 Kertas Kerja Program Motivasi & Kursus Kepimpinan


Pengawas Perpustakaan 2019
10. TENTATIF PROGRAM

MASA PERKARA
(22 Mac 2019)
14.30 - 15.00 Pendaftaran peserta
15.00 – 16.00 Bacaan doa dan bertolak daripada sekolah
16.00 – 17.30 -Tiba di ASIACAMP KUALA KUBU HARU
- Mendengar taklimat daripada Pegawai Bertugas
- Pengurusan diri
17.30 – 18.30 Berjalan sekitar kawasan kem
18.30 – 19.45 - Makan malam/mandi
- Solat maghrib
19.45 –20.45 - Kuliah Maghrib
- Solat isyak
20.45 – 23.30 - Taaruf
- Ice Breaking & Mind Setting
- Night walk
23.30 Tidur (selesai aktiviti hari pertama )

MASA PERKARA
(23 Mac 2019)
5.00 – 5.45 - Bangun
- Mandi
5.45 – 6.45 - Solat subuh
- Sarapan
7.00 – 8.30 Senamrobik & Zumba
8.45 – 12.30 - Explorace
- Tower Challenge
12.45 – 14.30 - Makan tengahari
- Solat zohor
14.30 – 16.45 - River Floating
- Water Rafting + Water Confident
16.45 – 17.30 - Solat Asar
17.30 – 18.30 Jungle Trekking
18.30 – 19.45 - Makan malam/mandi
- Solat maghrib
19.45 –20.45 - Kuliah Maghrib
- Solat isyak
20.45 – 22.30 -Talent night
23.00 Tidur (selesai aktiviti hari kedua)

4 Kertas Kerja Program Motivasi & Kursus Kepimpinan


Pengawas Perpustakaan 2019
MASA PERKARA
(24 Mac 2019)
5.00 – 5.45 - Bangun
- Mandi
5.45 – 6.45 - Solat subuh
- Sarapan
7.00 – 8.30 Senamrobik & Zumba
8.30 – 9.45 - Pengurusan diri/packing
10.00 – 12.00 - Majlis penutupan
- Penyampaian hadiah
12.30 – 13.30 - Bertolak pulang
13.30 – 14.00 - Tiba di SMKS10KD
- Pelajar dibenarkan pulang

11. PENUTUP

Adalah diharapkan kertas kerja program ini diterima dan diluluskan demi menjayakan
hasrat memantapkan diri pelajar sebagai pemimpin dan sekali gus menjadikan PSS
sebagai medium utama untuk menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran murid
SMK Seksyen 10 Kota Damansara. Sesungguhnya kita hanya merancang, namun
perancangan Allah swt itu lebih baik dan mengatasi segala perancangan hamba-Nya.
Harapan kami agar segala program yang dirancangkan dan disusun akan mencapai
objektif yang telah digariskan serta dapat dihayati juga diaplikasi dalam kehidupan
pelajar. Akhir kata, kami merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang
terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Disediakan oleh Disokong oleh

(MARIANA AHMAD) (AZRIZA BT AZIZ @ AZIB)


Guru Perpustakaan dan Media Penolong Kanan Pentadbiran
SMK Seksyen 10 Kota Damansara SMK Seksyen 10 Kota Damansara

Diluluskan oleh

(HAJAH ROS BT LIZAN)


Pengetua
SMK Seksyen 10 Kota Damansara

5 Kertas Kerja Program Motivasi & Kursus Kepimpinan


Pengawas Perpustakaan 2019