Anda di halaman 1dari 20

Sejarah Peristiwa Penurunan Al-Quran (Nuzul Al-Quran)

Posted on Julai 26, 2013 by jalanakhirat

َّ ِ‫بِ ۡس ِم ٱهلل‬
َّ ‫ٱلر ۡح َم ٰـ ِن‬
‫ٱلر ِح ِيم‬
‫السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬

Allah SWT telah menurunkan al-Quran sebagai satu mukjizat terbesar yang membuktikan
kerasulan Nabi Muhammad SAW dan kewujudan Allah SWT dengan segala sifat-sifat
kesempurnaannya. Membaca al-Quran serta menghayati dan mengamalkannya adalah satu
ibadat sunnah.

Maka peristiwa Nuzul al-Quran memberi makna terlalu besar kepada umat Islam dan
kehidupan Nabi SAW khasnya. Ayat al-Quran diturunkan Allah SWT kepada Nabi
Muhammad SAW. melalui perantaraan Malaikat Jibril secara berperingkat-peringkat hingga
menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini.

Al-Quran dinukilkan kepada kita secara mutawatir, pasti dan qat’i serta ditulis mashaf yang
hari ini lebih dikenali sebagai mashaf ‘Uthmani. Adalah wajar bagi umat Islam mengkaji
sejarah al-Quran dan perkara yang berkaitan dengannya.

NUZUL AL QURAN ( 24 RAMADHAN )

Peristiwa agung dan istimewa dalam sejarah umat ialah malam diturunkan al-Quran (Nuzul
al-Quran) yang berlaku pada 24 Ramadhan. Ia juga disebut Allah sebagai malam yang
diberkati (lailatin mubarakah).

Firman Allah SWT.:

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat.” (Surah al-
Dukhan ayat 3).
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar.” (Surah
al-Qadr, ayat 1).
“Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan
menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang
benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

‘Malam yang berkat’ yang dinyatakan Allah SWT dalam surah al-Dukhan itu adalah malam
yang penuh dengan kebaikan dan rahmat, yang lebih besar keutamaannya dari amalan seribu
bulan. Maka Allah SWT telah memilih tarikh turun kalam-Nya buat pemimpin umat sejagat
Nabi Muhammad SAW yang penuh dengan kemuliaan itu untuk berlaku pada hari yang
mulia iaitu malam al-Qadr itu sendiri.

Ketiga2 ayat ini menunjukkan penurunan berlaku pada bulan Ramadhan dan secara
khususnya ia diturunkan pada malam al-Qadr yang merupakan suatu anugerah Allah buat
mereka yang menghidupkan malam-malam pada bulan Ramadhan.

MAKNA NUZUL AL QURAN


Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir.
Perkataan Nuzul dalam pelbagai wajah sama Ada kata nama, kata perbuatan atau lainnya
digunakan dalam al-Quran sebanyak lebih kurang 290 kali. Sebagai contoh, “Dia yang
telah…..menurunkan hujan.” (al-Baqarah:22), dan “Dialah….yang menurunkan Taurat Dan
Injil.” (Ali Imran:3).

‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari atas ke bawah atau turun dari
tempat yang tinggi. ‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan, kerana al-Quran itu
untuk dibaca oleh manusia dan di dalamnya terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai
perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat, sains, teknologi dan
sebagainya.

Kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang terlepas atau tertinggal di dalam al-
Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

َ‫ش أيءٍ ۚ ث ُ َّم ِإلَ ٰى َر ِِّب ِه أم يُحأ ش َُرون‬


َ ‫ب ِمن‬ ‫ير ِب َجنَا َح أي ِه ِإ ََّل أ ُ َم ٌم أ َ أمثَالُ ُكم ۚ َّما فَ َّر أ‬
ِ ‫طنَا فِي أال ِكت َا‬ ِ ‫َو َما ِمن دَابَّ ٍة فِي أاْل َ أر‬
َ ‫ض َو ََل‬
ُ ‫طا ِئ ٍر يَ ِط‬
﴿٣٨﴾

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang
terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami
tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan
dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.
Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti
cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan
batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

TARIKH SEBENAR NUZUL AL-QURAN

Secara tradisinya umat Islam di Malaysia memperingati dan menyambut peristiwa Nuzul Al-
Quran pada 17 Ramadhan, yang sepatutnya dibuat sambutan pada setiap 24 Ramadhan.

Peristiwa Nuzul Al-Quran yang dikatakan berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun
ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW., bersamaan dengan tanggal 6 Ogos
610M, ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira. Namun sesungguhnya pendapat yang
lebih tepat tentang turunnya al-Quran ialah pada malam Isnin, tanggal 24 Ramadhan
bersamaan 13 Ogos 610 M.

Pendapat yang mengatakan berlakunya pada 17 Ramdhan adalah berdasarkan ayat ke 41 dari
Surah Al-Anfaal. Surah ini hanyalah difokuskan kepada perisytiwa perang Badar bukannya
al-Quran. Firman Allah dalam ayat ke 41 surah al-Anfal itu:

ِ ‫ان يَ أو َم أالتَقَى أال َج أم َع‬


َ ‫ان ۗ َواللَّـهُ َعلَ ٰى ُك ِِّل‬
٤١﴿ ‫ش أيءٍ قَدِي ٌر‬ ِ َ‫﴾ ِإن ُكنت ُ أم آ َمنتُم ِباللَّـ ِه َو َما أَنزَ ألنَا َعلَ ٰى َع أب ِدنَا يَ أو َم أالفُ أرق‬

“…jika kamu beriman kepada Allah dan apa-apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami
(Nabi Muhammad SAW) pada hari Furqan, iaitu di hari bertemunya dua pasukan (diperang
Badar, antara muslimin dan kafirin)…” (8 : 41)

Ayat tersebut tidak ada sangkut-pautnya dengan Nuzul Al-Quran.


Menurut riwayat dari Ibn Abbas, ayat tersebut hanya penjelasan tentang hukum pembahagian
harta rampasan perang seperti yang terdapat pada awal ayat tersebut.

“ Ketahuilah sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang,
maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, RasulNya, kerabat-kerabat (Rasul), anak-anak
yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil (orang yang sedang dalam perjalanan)…”.

Justeru tarikh yang lebih tepat tentang Nuzul al-Quran adalah pada 24 Ramadhan kerana ia
berdasarkan ayat 1 Surah Al-Qadr dan ayat 1-4 Surah Ad-Dukhan yang telah dihuraikan di
atas.

PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN

Para ulama menyatakan penurunan al-Quran berlaku dalam dua bentuk iaitu secara sekaligus,
Dan berperingkat. Walau bagaimanapun mereka berselisih pendapat tentang berapa kali
berlakunya penurunan al-Quran secara sekaligus. Terdapat tiga pandangan mengenai hal ini,
iaitu;

Pertama, Penurunan al-Quran dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz;

Kedua, Dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-‘Izzah di langit dunia; dan

Ketiga, Penurunan kepada Jibril a.s. dalam tempoh 20 malam.

Al-Suyuti dalam kitabnya ‘al-Itqan if Ulum al-Quran’ berdasarkan tiga riwayat oleh Ibn
‘Abbas, Hakim Dan al-Nasa’i, hanya membahagikan kepada dua peringkat sahaja iaitu dari
al-Lauh Mahfuz ke Bait al-‘Izzah Dan dari Bait al-‘Izzah kepada Rasulullah SAW melalui
Jibril a.s.

1. Dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz.

Penurunan ini berlaku sekaligus dengan tujuan untuk membuktikan ketinggian Dan
kekuasaan Allah SWT. Para Malaikat menyaksikan bahawa segala perkara yang ditentukan
oleh Allah SWT di Luh Mahfuz ini benar-benar berlaku. Pendapat ini disandarkan kepada
ayat 21 dan 22 surah al-Buruj yang berbunyi,

ٌ ‫ بَ أل ه َُو قُ أر‬.
‫آن مجيد فِي لَ أوحٍ َمحأ فُوظ‬

“(Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan
ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya; (Lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya)
pada Luh Mahfuz.” (al-Buruj:21-22)

2. Dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-‘Izzah di langit dunia

Penurunan kali kedua secara sekali Gus dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-’Izzah di langit
dunia dipercayai berlaku berpandukan kepada tiga (3) ayat al-Quran sebagaimana yang
diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas;

Allah SWT berfirman, dalam al-Baqarah, ayat 185:


َ‫ص أمهُ َو َم أن َكان‬ ُ َ‫ش أه َر فَ ألي‬
َّ ‫ش ِهدَ ِم أن ُك ُم ال‬
َ ‫ان فَ َم أن‬ِ َ‫ت ِمنَ أال ُهدَى َو أالفُ أرق‬ ِ َّ‫ضانَ الَّذِي أ ُ أن ِز َل فِي ِه أالقُ أرآنُ ُهدًى ِللن‬
ٍ ‫اس َوبَ ِيِّنَا‬ َ ‫ش أه ُر َر َم‬
َ
ُ‫َّللاَ َعلَى َما َهدَاك أم‬ ُ ‫أ‬ ُ ‫أ‬ ُ ‫أ‬ ُ ‫أ‬ ُ
َّ ‫َّللاُ بِك ُم اليُس َأر َوَل ي ُِريدُ بِك ُم العُس َأر َو ِلتك ِملوا ال ِعدَّة َ َو ِلت َكبِ ُِّروا‬ ُ َ ‫أ‬ ٌ َ
َّ ُ ‫سفَ ٍر ف ِعدَّة ِمن أي ٍَّام أخ ََر ي ُِريد‬ َ َ
َ ‫َم ِريضًا أ أو َعلى‬
َ‫َولَ َعلَّ ُك أم تَ أش ُك ُرون‬

“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan
Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang
menjelaskan petunjuk Dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.
Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau
mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam
musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak Hari yang
ditinggalkan itu pada hari-Hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah
menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung
kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya
kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya dan supaya kamu bersyukur.”

Firman Allah SWT, dalam ad-Dukhan, ayat 3:

َ َ‫ِإنَّا أَ أنزَ ألنَاهُ فِي لَ أيلَ ٍة ُمب‬


َ‫ار َك ٍة ِإنَّا ُكنَّا ُم أنذ ِِرين‬

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami
berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran
(jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).”

Firman Allah SWT dalam al-Qadr, ayat 1:

‫إِنَّا أَ أنزَ ألنَاهُ فِي لَ أيلَ ِة أالقَد ِأر‬

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar.”

Ibn ‘Abbas juga menyatakan mengikut apa yang diriwayatkan oleh Said b. Jubayr: “Al-Quran
diturunkan sekali gus pada malam yang penuh berkat.” Ikrimah pula meriwayatkan ‘Abdullah
bin ‘Abbas berkata: “Al-Quran diasingkan daripada al-Dhikr ‘‫ ’الذكر‬dan ditempatkan di Bait
al-‘Izzah di langit dunia.

Ibn Marduwayh dan al-Baihaqi mencatatkan perbualan antara ‘Atiyyah bin al-Aswad dan
‘Abdullah bin ‘Abbas yang mana ‘Atiyyah agak keliru mengenai penurunan ayat-ayat ini,
“Pada bulan Ramadhan al-Quran diturunkan”, dan “Sesungguhnya Kami telah menurunkan
(Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar”, ia juga diturunkan pada bulan Syawwal, Dhu al-
Qaedah, Dhu al-Hijjah, al-Muharram, Safar dan Rabi’ al-Awwal.” Kemudian Ibn ‘Abbas
menjelaskan: “Al-Quran diturunkan pada malam Lailatul-Qadar sekali gus kemudiannya
untuk diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w. secara beransur-ansur selama beberapa bulan dan
hari.”

3. Dari Bait al-’Izzah kepada Rasulullah SAW

Menurut sebuah riwayat oleh Ibn Abbas dan pandangan majoriti para mufassirin, Al-Quran
diturunkan sekaligus ke ‘Baitul Izzah’di langit ke dunia pada malam ‘Lailatul Qadar’.
Sedangkan Al-Quran yang diturunkan ke bumi dan diterima Rasullullah sebagai wahyu
terjadi secara beransur-ansur selama sekitar 23 tahun.
Al-Quran mula diturunkan kepada Rasulullah SAW secara beransur-ansur sejak baginda
dilantik menjadi Rasulullah SAW dan selesai apabila baginda hampir wafat, iaitu dalam
tempoh masa 22 tahun 2 bulan 22 hari atau 23 tahun, 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di
Madinah al-Munawwarah. Ayat-ayat dan surah-surah yang diturunkan sebelum peristiwa
hijrah dikenali sebagai Makkiyah dan yang diturunkan selepas peristiwa hijrah dikenali
sebagai Madaniyyah .

Mengikut pendapat ini, Jibril a.s. diberi Malam Lailatul-Qadar setiap tahun, dari mula turun
wahyu hingga ke akhirnya sepanjang tempoh kenabian, sebahagian daripada al-Quran
disimpan di Bait al-‘Izzah yang mencukupi baginya untuk disampaikan kepada Rasulullah
SAW dalam masa 20 tahun. Pandangan ini dipegang kuat oleh al-Mawardi.

RasululLah SAW bersabda: “Al-Quran diturunkan sekali gus oleh Allah ke langit dunia pada
malam al-Qadr kemudian ia diturunkan secara berperingkat dalam masa 20 tahun” (Hadis
riwayat Ibn Abbas.)

Sebahagian ulama berpendapat penurunan al-Quran hanya sekali sahaja iaitu daripada Allah
SWT terus kepada Rasulullah SAW melalui Jibril secara berperingkat dan bukannya tiga kali
dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz, ke Bait al-‘Izzah dan kepada Rasulullah SAW.

AYAT PERTAMA DAN TERAKHIR

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui
perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian


makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang
Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia
apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Dan peristiwa ini terjadi ketika Rasulullah SAW sedang bertahannus (menyendiri) di Gua
Hira. Sedangkan ayat Al-Quran yang terakhir sekali diturunkan adalah ayat-ayat riba iaitu
ayat 278 sehingga 281 dari surah Al-Baqarah.

CARA-CARA AL-QURAN DIWAHYUKAN

Isteri Rasulullah SAW, Saidatina Aishah, meriwayatkan sebelum Nabi Muhammad diangkat
menjadi Rasul, beliau bermimpi perkara yang benar lalu beliau menyendiri di gua Hira’
beribadah kepada Allah SWT untuk selama beberapa tahun. Di gua berkenaanlah baginda
menerima wahyu yang pertama.

Harith bin Hisham, seorang sahabat Rasulullah SAW, pernah bertanya kepada Baginda
bagaimana Wahyu diturunkan kepadanya. Rasulullah menjawab, ”Kadang-kadang wahyu
datang kepada-Ku dengan gema (desingan) loceng Dan ini amat berat bagi-Ku, Dan
sementara bunyi itu hilang aku mengingati apa yang disampaikan kepada-Ku. Kadang Ia
datang dalam bentuk jelmaan malaikat kepada-Ku merupai lelaki, bercakap dengan-Ku Dan
aku menerima apa saja yang disampaikannya kepada-Ku.”

Nabi Muhammad SAW mengalami bermacam-macam cara dan keadaan semasa menerima
wahyu. Antara cara-cara Al-Quran diwahyukan adalah:
1. Menerusi mimpi yang benar (al-Rukya al-Sadiqah) Malaikat memasukkan wahyu itu ke
dalam hatinya. Dalam hal ini, Nabi SAW tidak melihat sesuatu apa pun, hanya beliau merasa
bahawa itu sudah berada di dalam kalbunya. Sebagai contohnya Nabi pernah bersabda
mengatakan: “Ruhul Quddus mewahyukan ke dalam kalbuku bahawa seseorang itu takkan
mati sehingga dia menyempurnakan rezekinya yang telah ditetapkan oleh Allah“. ( As-Syura:
51)

2. Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi SAW menyerupai seorang lelaki yang
mengucapkan kata-kata kepadanya sehingga beliau mengetahui dan hafal benar mengenai
kata-kata itu.

3. Wahyu datang kepadanya seperti gemercingnya loceng. Cara inilah yang amat berat
dirasakan Nabi SAW. Kadang-kadang pada keningnya terdapat peluh, meskipun turunnya
wahyu itu di musim yang sangat dingin. Ada ketikanya, unta beliau terpaksa berhenti dan
duduk kerana merasa amat berat.

Diriwayatkan oleh Zaid bin Tsabit: ” Aku adalah penulis wahyu yang diturunkan kepada
Rasulullah. Aku lihat Rasulullah ketika turunnya wahyu itu seakan-akan diserang demam
yang kuat dan peluhnya bercucuran seperti permata. Kemudian setelah selesai turunnya
wahyu, barulah beliau kembali seperti biasa”.

4. Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi SAW. dalam rupanya yang benar-benar asli
sebagaimana yang terdapat di dalam surah An- Najm ayat 13 & 14 : “Sesungguhnya
Muhammad telah melihatnya pada kali yang lain (kedua). Ketika (ia berada) di
Sidratulmuntaha”

5. Malaikat mewahyukan kepada Nabi SAW dari atas langit seperti yang berlaku dalam
peristiwa al-Isra` wal Mikraj . Sesetengah ulamak berpendapat baginda SAW juga pernah
berbicara secara langsung dengan Allah dan menerima wahyu seperti yang berlaku pada Nabi
Musa.Perkara ini merupakan suatu khilaf di kalangan para ulamak.

TUJUAN AL-QURAN DITURUNKAN BERPERINGKAT

Tujuan Allah menurunkan secara beransur-ansur adalah bagi memenuhi objektif-objektif


berikut :

Agar lebih mudah difahami dan dilaksanakan. Orang akan enggan melaksanakan suruhan dan
larangan sekiranya suruhan dan larangan itu diturunkan sekaligus dalam kadar yang banyak.
Hal ini disebut oleh Bukhari dari riwayat ‘Aisyah r.a.

Di antara ayat-ayat itu ada yang nasikh dan ada yang mansukh, sesuai dengan kamaslahatan.
Ini tidak dapat dilakukan sekiranya Al Quran diturunkan sekaligus. (Ini menurut pendapat
yang mengatakan adanya nasikh dan mansukh)

Turunnya sesuatu ayat sesuai dengan peristiwa-peristiwa yang terjadi akan lebih berkesan
dan lebih berpengaruh di hati.

Memudahkan penghafalan. Orang-orang musyrik yang telah menanyakan mengapa Al Quran


tidak diturunkan sekaligus, sebagaimana disebut dalam Al Quran surah Al Furqaan ayat 32:
“……mengapakah Al Quran tidak diturunkan kepadanya sekaligus….?”

Kemudian dijawab di dalam ayat itu sendiri:

“….Demikianlah, dengan (cara) begitu Kami hendak menetapkan hatimu..”.

FUNGSI AL-QURAN

Al-Quran mempunyai beberapa fungsi penting, diantaranya ialah:

1. Sebagai Mukjizat Nabi Muhammad SAW.

Al-Quran merupakan bukti kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad SAW, sekaligus ianya
menjadi bukti bahawa Al-Quran merupakan firman Allah SWT, bukannya ucapan atau
ciptaan Nabi Muhammad SAW sendiri. Rasullulah SAW telah menjadikan Al-Quran sebagai
senjata bagi menentang orang-orang kafir Quraisy. Didapati bahawa mereka sememangnya
tidak mampu menghadapinya, padahal mereka mempunyai kemahiran menggubah bahasa-
bahasa yang indah dalam ucapan dan sajak-sajak mereka. Al-Quran secara prisipnya telah
mengemukakan cabaran kepada bangsa Arab menerusi tiga peringkat iaitu :

Peringkat pertama.

Mencabar mereka dengan keseluruhan Al-Quran dalam uslub umum yang meliputi orang
Arab sendiri dan orang lain, manusia malah jin, dengan cabaran yang mengalahkan dan
menjatuhkan mereka secara padu sebagaimana firmanNya.

“Katakanlah: Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa
Quran ini, niscaya mereka tidak akan dapat membuat yang serupa dengannya, sekalipun
sebahagian mereka menjadi pembantu bagi sebahagian yang lain.” (17 : 88)

Peringkat kedua.

Mencabar dengan sepuluh surah sahaja daripada Al-Quran. Sebagaimana firmanNya:

“Bahkan mereka mengatakan “Muhammad telah membuat-buat Al-Quran.” Katakanlah: Jika


demikian, maka datangkanlah sepuluh surah yang dibuat-buat yang menyamainya, dan
panggillah orang-orang yang kamu sanggup (memanggilnya) selain Allah, jika kamu
memang orang-orang yang benar. Jika mereka (yang kamu seru itu) tidak menerima
seruanmu, ketahuilah, sesungguhnya Al-Quran itu diturunkan dengan ilmu Allah” (11 : 13-
14)

Peringkat ketiga.

Mencabar mereka hanya dengan satu surah daripada Al-Quran sahaja. Sebagaimana
firmanNya:

“Atau (patutkah) mereka mengatakan: Muhammad membuat-buatnya (Al-Quran). (Kalau


benar yang kamu katakan itu), cubalah datangkan satu surat seumpamanya” (10 : 38)

Dan cabaran ini diulangi di dalam firmanNya:


“Dan jika kamu tetap dalam keadaan ragu tentang Quran yang Kami wahyukan kepada
hamba Kami (Muhammad saw), maka buatlah satu surat saja yang semisal Al-Quran itu…”
(2 : 23 )
.
2. Sebagai Sumber Hukum Dan Aturan Hidup.

Ayat-ayat Al-Quran mengandungi peraturan tentang hukum-hukum siyasah negara, sosial,


pendidikan, pengadilan, akhlak dan sebagainya. Semua aturan dan hukum ini wajib dijadikan
sebagai pandangan hidup bagi seluruh kaum muslimin dan umat manusia untuk mengatasi
semua permasalahan hidup yang dihadapinya.

Sememangnya penyelesaian yang diberikan oleh syariat Islam adalah merupakan


penyelesaian yang sebenar-benarnya kearan ia satu-satunya perundangan yang dapat
memenuhi fitrah manusia itu sendiri. Kemampuan syariat Islam dalam menyelesaikan
pelbagai permasalahan kehidupan manusia inilah yang akan menjadikan Al-Quran sebagai
mukjizat abadi yang paling menonjol di muka bumi.

Wallahu A’alam Bissowab

Sejarah Pengumpulan Dan Pembukuan Al-Quran

Setiap ayat yang dibawa oleh Jibril dihafaz oleh


Nabi SAW kemudian baru dibacakan kepada sahabat. Nabi saw menghafaznya betul-betul
bimbang jika tertinggal perkataan tertentu atau huruf tertentu. Baginda mengulangi bacaan
ketika Qiamullail (bangun malam) dan solat. Setiap tahun sekali Nabi SAW ditasmi
(mendengar dan membetulkan) bacaannya oleh Jibril (Angel Gabriel) dalam bulan Ramadan
secara bertadarus.

Pada akhir hayat Baginda, Jibril mentasminya sebanyak dua kali. Sahabat berusaha dan
bersungguh-sungguh menghafaz dan mempelajari serta memahaminya dengan menjauhi
kenikmatan tidur dan rehat. Sebagaimana Rasulullah saw, sahabat turut memanfaatkan masa
malam mereka untuk memantapkan hafalan mereka. Di antara huffaz (penghafaz/ penghafal
Al-Quran) terkenal daripada sahabat iaitu empat orang Khulafa Ar-Rasyidin (Abu Bakar al-
Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman al-Affan dan Ali bin Abi Talib), Talhah, Ibnu Mas’ud,
Huzaifah, Abu Hurairah, Ibnu Omar, Ibnu Abbas, (Ai’syah dan Hafsah - isteri Rasullullah).
Termasuk daripada orang-orang Ansar (penduduk asal Kota Madinah) seperti Ubai bin
Ka’ab, Muaz bin Jabal, Zaid bin Thabit, Abu Darda’ dan Anas bin Malik.

Penulis Wahyu

Pada masa sama, Nabi SAW melantik beberapa sahabat sebagai penulis wahyu. Mereka
menulisnya sebagai salah satu teori pembelajaran berkesan setiap kali wahyu turun sebagai
tambahan dalam hafalan supaya tidak hilang begitu saja. Di antara penulis itu ialah empat
Khulafa’ Ar-Rasyidin, Muawiyah bin Abu Sufian, Khalid bin al-Walid, Ubai bin Kaab dan
Zaid bin Thabit. Penulisan pada waktu itu hanya dibuat diatas kulit kayu, batuan, kulit
haiwan dan kain-kain sahaja berikutan kertas belum diketemukan. Pada masa itu iaitu
sewaktu Rasulullah SAW masih hidup, ayat al-Quran tidak dihimpunkan dalam satu mashaf
(teks lengkap yang berbuku).

Ini disebabkan kepada beberapa faktor iaitu:

Tidak ada faktor yang membolehkan untuk dikumpul satu mashaf daripada kemudahan
penulisan, sedangkan sewaktu itu ada ramai huffaz (penghafal Al-Quran) dan qurra’
(pembaca Al-Quran).

Ada di antara ayat yang diturunkan itu nasikh dan mansukh (hukum atau ayat yang bertukar
disebabkan perkara tertentu).

Ayat al-Quran tidak diturunkan sekali gus, tetapi beransur-ansur.

Setiap ayat yang turun adalah atas satu-satu faktor, sebab dan peristiwa.
Zaman Khalifah

Pada zaman Saidina Abu Bakar menjadi khalifah ramai huffaz mati dalam peperangan
Yamamah iaitu hampir 70 orang. Lalu Saidina Umar mencadangkan kepada Saidina Abu
Bakar supaya dihimpunkan helaian ayat-ayat Al-Quran yang ditulis berasingan sebelumnya
kerana bimbang akan kehilangannya dengan sebab kematian huffaz dan qurra’. Pada mulanya
beliau ragu-ragu kerana Nabi SAW tidak pernah melakukannya dan takut seandainya berlaku
perubahan ayat atau pertukaran ayat al-Quran. Selepas dibincang dengan teliti, atas alasan
maslahah dan menyedari bahawa ia adalah satu wasilah yang paling agung untuk
memudahkan menghafaznya serta mengelakkan daripada hilang dan luput, maka Saidina Abu
Bakar bersetuju untuk dikumpulkan ayat al-Quran itu. Maka dipanggil beberapa huffaz dan
penulis wahyu zaman Nabi saw yang masih hidup antaranya Zaid bin Thabit bagi
meneruskan usaha penulisan al-Quran. Al-Quran kemudian ditulis oleh Zaid hasil
pengumpulan daripada lembaran yang ada dan akhirnya diikat kemas, tersusun turutan
ayatnya sebagaimana yang ditetapkan oleh Rasulallah SAW.

Naskah Al-Quran Lama Tanpa Baris

Mashaf ini diserahkan kemudiannya kepada Saidina Abu Bakar. Selepas kewafatannya,
diserahkan pula kepada Saidina Umar al-Khattab. Selepas beliau wafat, mashaf itu
dipindahkan ke rumah Hafsah, isteri Rasulullah SAW yang juga anak Saidina Umar sehingga
ke saat pengumpulan dan penyusunan Al-Quran pada zaman Khalifah Uthman. Apabila
berlaku pertentangan dari sudut bacaan ayat Al-Quran (disebabkan kemunculan ilmu Qiraat
yang telah diizinkan Nabi Muhammad sebelumnya), ia akhirnya memaksa kepada tindakan
Khalifah Uthman untuk membukukan Al-Quran. Maka dibentuk satu jawatankuasa
penyelaras dalam usaha membukukannya.

Pada peringkat awal, jawatan kuasa penyelaras Al-Quran itu telah membukukan sebanyak 6
buah naskah Al-Quran iaitu untuk dipegang oleh Khalifah Uthman bin Affan sendiri, naskah
dihantar ke Kota Basrah, naskah kepada kota Kufah dan kota Syam serta sebuah naskah ke
kota Madinah Al-Munawwarah dan sebuah lagi ke kota Makkah Al-Mukarramah. Manakala,
kemudiannya diciptakan 2 buah naskah khas yang disalin terus dari naskhah Khalifah Saidina
Uthman bin Affan untuk pegangan Sheikh Umar Dany dan Sheikh Abu Daud Sulaiman bin
Najah. Dua salinan baharu itu hanya digunakan tatkala timbulnya perselisihan berkenaan teks
salinan sebenar Kitab suci Al-Quran, serta membetuli akan keraguan dalam mashaf Al-Quran
enam buah seperti yang dinyatakan diatas, akibat timbul dari perbezaan sebutan dan
periwayatan imam-imam Qiraat.

Mashaf Uthmani

Mashaf Uthmani yang asli yang dipegang oleh


Khalifah Uthman sendiri serta 2 buah kitab yang disalin darinya sebenarnya ditulis dan
disalin mengikut ejaan dan sebutan Arab Quraisy yang tepat mengikut bacaan Nabi
Muhammad selaku seorang yang berbangsa Arab Quraisy. Ini dapat dibuktikan dengan
penulisan dan pembarisan ayat-ayat Al-Quran mashaf Uthmani itu sendiri yang diriwayatkan
oleh Hafs bin Sulaiman ibn Mughairah Al-Asadi Al-Kufi menurut bacaan Asim bin Abi
Najud Al-Kufi At-Taabie daripada Abi AbdilRahman Abdillah bin Habibi Sulami daripada
Uthman bin Affan, Ali bin Abi Thalib, Zaid bin Sabith dan Ubai bin Kaab dan akhirnya
daripada Muhammad bin Abdullah (Nabi SAW).

Manakala cara membarisnya pula adalah diambil daripada apa yang telah diakui
kesahihannya oleh para Ulama seperti yang dibandingkan dalam Kitab “At-Tarazu Ala
Dhabtil Kharazi” karangan Imam At-Tanassi dengan mengambil tanda-tanda Al-Khalil bin
Ahmad dan Para pengikut daripada kalangan (Masyariqah) Masyarakat Al-Quran, gantian
daripada tanda-tanda yang disepakati oleh orang Andalusia (di Sepanyol) dan orang-orang
Maghribi.

Akhirnya terhasillah apa yang dinamakan Mashaf Uthmani hasil penggemblengan tenaga
oleh Zaid bin Thabit sebagai ketua, Abdullah bin Zubair, Said bin Ash dan Abdul Rahman
bin Harith bin Hisyam. Akhirnya mashaf Uthmani itu bertebaran ke seluruh dunia yang
menjadi panduan umat Islam yang paling utama hingga hari ini.
Nota : Walaupun Al-Quran yang telah distandardkan mengikut resam mashaf Uthmani
sekarang, namun masih ada lagi saki baki kitab-kitab Suci Al-Quran mengikut resam yang
berlainan seperti Al-Quran Muhammad (Quranul Majid), Mashaf Madinah dan lain-lain. Hal ini
disebabkan Al-Quran tersebut diselaraskan dengan bacaan sesuatu pegangan imam Qiraat
(Imam-imam Syatibi) yang khusus, tidak mengikut standart bacaan Arab Quraisy yang
dipersetujui bersama. Namun begitu ayat-ayat Al-Quran dalam Teks resam yang lain dari
mashaf Uthmani tidak mengubah akan ayat-ayat dan maksud Al-Quran itu, cuma mungkin
berlainan dari segi tanda baris akibat dari sebutan yang diriwayatkan oleh imam-imam Qiraat
yang berlainan. Namun diharapkan Al-Quran versi bukan mashaf Uthmani diminta untuk tidak
dibuat bacaan ataupun hafalan bagi mengelakkan kekeliruan.

SEJARAH PENURUNAN AL-QURAN

SEJARAH PENURUNAN AL-QURAN

Sebagaimana mana yang kita tahu bahawa al-Qur’an ini diturunkan secara berperingkat-
peringkat. Penurunannya dari Luh Mahfuz ke Baitul ‘Izzah di langit dunia dan dari langit dunia
kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Jibril yang mengambil masa lebih kurang 23
tahun.

Dalam perbincangan ini, kami akan menyentuh tentang sejarah penurunan al-Qur’an secara
sekali gus dan beransur-ansur. Pada tahap yang pertama, daripada Allah ke Luh Mahfuz. Keadaan
dan tahap ini berlaku sekali gus dengan tujuan untuk membuktikan kekuasaan Allah.

Terjemahan : (Sebenarnya apa Yang Engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir),
bahkan ialah Al-Quran Yang tertinggi kemuliaannya;(lagi Yang terpelihara Dengan sebaik-baiknya)
pada Lauh Mahfuz.

(Surah al-Buruj ayat 21 dan 22)

Pada tahap kedua, turun al-Qur’an dari Luh Mahfuz ke Baitul ‘Izzah di langit dunia. Hal
tersebut berdasarkan firman Allah :

Terjemahan : Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar,

(Surah al-Qadr ayat 1)


Firman Allah :

Terjemahan : Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam Yang diberkati…

(Surah al-dukhan ayat 3)

Firman Allah :

Terjemahan : (Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya
diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan
yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah…

(Surah al-Baqarah ayat 185)

Ketiga-tiga ayat tersebut menyatakan tentang penurunan al-Qur’an pada Malam al-Qadar, Malam
Diberkati dan pada Bulan Ramdhan, namun hakikatnya al-Qur’an diturunkan kepada Nabi lebih
kurang selama 23 tahun. Untuk itu ulama berselisih pendapat, iaitu :

Pendapat pertama : Pendapat yang dikemukakan oleh Ibn Abbas dan majoriti ulama. Di mana
penurunan tahap ini juga berlaku sekaligus ke Baitul ‘Izzah, iaitu pada malam yang diberkati dan
malam kemuliaan, iaitu Malam al-Qadar di dalm Bulan Ramadhan. Kemudiaannya al-Qur’an
diturunkan kepada nabi secara berperingkat-peringakt. Hal tersebut berdasarkan hujah berikut :

I.

1.Ibn Abbas mengatakan diturunkan sekali gus ke Langit Dunia pada Malam al-Qadar, selepas itu
diturunkan secara beransur-ansur. Sebagaimana Hadis daripada Ibn Abbas yang diriwayatkan oleh
al-Baihaqi, al-Hakim dan al-Nasai’, katanya sambil membaca firman Allah :

Terjemahan : Dan Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya Engkau membacakannya kepada
manusia Dengan lambat tenang; dan Kami menurunkannya beransur-ansur.

(Surah al-Isra’ ayat 106)


Pendapat Kedua : Pendapat ini dikemukakan oleh ulama Hadis dan Fekah kalangan Tabi’in
juga merupakan salah seorang guru Abu Hanifah, iaitu ‘Amir Ibn Syarahil yang terkenal dengan
panggilan al-Sya’bi berpendapat : Apa yang dimaksudkan dengan penurunan di dalam ketiga-tiga
ayat tersebut di atas ialah permulaan turunnya wahyu kepada Nabi pada malam al-Qadar di bulan
Ramadhan.

Pendapat Ketiga : Pendapat ini ialah pendapat ijtihad ulama tafsir. Berdasarkan ketiga-tiga firman
Allah di atas, mereka berpendapat penurunan al-Qur’an ke Langit Dunia selama 23 Malam al-Qadar.
Lantaran itu setiap Malam al-Qadar itu Allah menentukan al-Qur’an yang akan diturunkan kepada
Nabi pada tahun tersebut.

Sebagai rumusannya, pendapat yang lebih kukuh ialah pendapat yang dikemukakan oleh Ibn
Abbas, di mana al-Qur’an itu diturunkan secara sekali gus pada Malam al-Qadar ke Baitul ‘Izzah di
Langit Dunia, kemudiannya barulah ia diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada Rasulullah
selama lebih kurang 23 tahun.

Selepas al-Qur’an diturunkan sekali gus daripada Allah ke Luh Mahfuz, kemudian diturunkan tahap
kedua sekali gus juga daripada Luh Mahfuz ke Baitul ‘Izzah di Langit Dunia, selepas itu barulah al-
Qur’an diturunkan secara beransur-ansur kepada Nabi Muhammad daripada Baitul ‘Izzah, dalilnya
ialah :

a. a.Sebagaimana firman Allah :

Terjemahan : Dan Al-Quran itu kami bahagi-bahagikan supaya engkau membacakannya kepada
manusia dengan lambat tenang; dan kami menurunkannya beransur-ansur.

(Surah al-Isra’ ayat 106)

a.

b.Firman Allah :

Terjemahan : Dan Sesungguhnya Al-Quran (yang di antara isinya kisah-kisah yang tersebut) adalah
diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam. Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah. Ke
Dalam hatimu, supaya Engkau (Wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran
dan amaran (kepada umat manusia).

(Surah al-Sy’ara’ ayat 192-194)

a.

c.Firman Allah :

Terjemahan : Dan orang-orang Yang kafir berkata: "Mengapa tidak diturunkan Al-Quran itu kepada
Muhammad semuanya sekali (dengan sekaligus)?" Al-Quran diturunkan dengan cara (beransur-
ansur) itu kerana kami hendak menetapkan hatimu (Wahai Muhammad) dengannya, dan kami
nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu.

(Surah al-Furqan ayat 32)

Penurunan yang berlaku pada tahap ini adalah secara beransur-ansur, bermula pada 17hb.
Ramadhan tahun 610 masihi di Gua Hira’ hinggalah kewafatan Nabi. Tentang lama tempoh masa al-
Qur’an diturunkan secara beransur-ansur itu ulama berselisih pendapat, iaitu :

i. 1.Setengah ulama menagatakan penurunan al-Qur’an secara beransur-ansur kepada Rasulullah


dengan mangambil masa selama 20 tahun.

ii. 2.Menurut al-Khudari di dalam kitabnya Tarikh al-Tasyri’, penurunan al-Qur’an secara beransur-
ansur mengambil masa tepat selama 22 tahun 2 bulan 22 hari. Iaitu bermula 17hb. Ramadhan tahun
ke-41 Nabi dilahirkan hingga wahyu terakhir 9 zulhijjah tahun Hijrah.

iii. 3.Pendapat lain mengatakan ia mengambil masa selama 23 tahun.

iv. Ada pendapat mengatakan ia mengambil masa 25 tahun.

4.Berdasarkan daripada empat pendapat tersebut, pendapat kedua adalah pendapat yang paling
tepat dan diterima umum.

Ayat Pertama Di Turunkan

Ulama berselisih pendapat tentang ayat pertama atau ayat mula-mula diturunkan kepada
Rasulullah. Manna’ al-Qattan di dalam kitabnya Fi Ulum al-Qur’an, telah menyatakan terdapat
empat pendapat ulama tentang ayat pertama diturunkan. Pendapat ulama adalah sebagaimana
berikut :

a) Pendapat pertama : ayat yang mula-mula diturunkan ialah ayat 1 hingga 5 Surah al-‘Alaq. Ayat
tersebut ialah sebagaimana firman Allah :

Terjemahan : Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian
makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu yang Maha
Pemurah, yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang tidak
diketahuinya.
(Surah al-‘Alaq ayat 1-5)

a) Pendapat Kedua : pendapat kedua pula mengatakan yang pertama diturunkan ialah permulaan
Surah al-Muddathtir. Iaitu‫ يأ يها المدثر‬wahai orang yang berselimut.

b) Pendapat Ketiga : pendapat ketiga mengatakan yang pertama diturunkan ialah Surah al-Fatihah.

c) Pendapat Keempat : pendapat ini mengatakan ayat yang pertama diturunkan ialah ‫بسم هللا‬
‫الرحمن الرحيم‬Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi.

Ayat Terakhir Di turunkan

Tentang ayat terakhir yang diturunkan ada berbagai pendapat ulama tentangnya. Menurut pendapat
imam al-Suyuti ada enam pendapat ulama tentang ayat terakhir diturunkan, pendapat ulama
tersebut sebagaimana berikut :

a) a.Pendapat Pertama : Ayat yang akhir diturunkan ialah firman Allah :

Terjemahan : Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) Yang padanya kamu akan
dikembalikan kepada Allah. kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa
yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun.

(Surah al-Baqarah ayat 281)

a)

b.Pendapat Kedua : pendapat ini mengatakan ayat terakhir diturunkan ialah firman Allah :

Terjemahan : …Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan aku telah
cukupkan nikmatku kepada kamu, dan aku telah redha akan islam itu menjadi agama untuk kamu…

(Surah al-Mai’dah ayat 3)

a)

c.Pendapat Ketiga : pendapat ini mengatakan ayat terakhir diturunkan ialah firman Allah :
Terjemahan : Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah
(jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang Yang berhutang) itu, jika benar
kamu orang- orang yang beriman.

(Surah al-Baqarah ayat 278)

a)

d.Pendapat Keempat : pendapat keempat mengatakan ayat yang terakhir diturunkan ialah Surah al-
Baqarah ayat 282, sebagaimana firman Allah :

Terjemahan : Wahai orang-orang Yang beriman! apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan
hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu
menulis (hutang dan masa bayarannya) itu

(Surah al-Baqarah ayat 282)

a)

e.Pendapat Kelima : pendapat ini mengatakan ayat terakhir diturunkan ialah ayat berkaitan dengan
Kalalah. Iaitu ayat 176 Surah al-Nisa’, sebagaimana firman Allah :

Terjemahan : Mereka (orang-orang Islam umatmu) meminta fatwa kepadamu (Wahai Muhammad
mengenai masalah Kalalah). katakanlah: "Allah memberi fatwa kepada kamu di dalam perkara
Kalalah itu…

(Surah al-Nisa’ ayat 176)

b)

f.Pendapat Keenam : pendapat ini pula mengatakan ayat terakhir diturunkan ialah ayat 128 dan 129
Surah al-Taubah. Iaitu firman Allah :

Terjemahan : Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri
(iaitu Nabi Muhammad s.a.w), Yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan Yang
ditanggung oleh kamu, Yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula
menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang Yang beriman. Kemudian
jika mereka berpaling ingkar, maka Katakanlah (Wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang
menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; kepadanya Aku
berserah diri, dan Dia lah Yang mempunyai Arasy Yang besar."

(Surah al-Taubah ayat 128 dan 129)

Imam Asim, riwayat Imam Hafs Dan Aliran As-Syatibiy

Sebaiknya kita bermula dengan mengenali Imam Asim , riwayatnya Hafs dan aliran as-Syatibiy
sebelum kita memulakan pelajaran Ilmu Tajwid . Ini kerana daripada qiraat [bacaan] dan aliran
merekalah kita beramal dan menjadi bacaan utama negara.

Biografi Imam Asim [‫] عاصم‬

Namanya Asim bin Abi an-Najud al-Asadiy al-Kufiy. Dikenali juga dengan panggilan Abu
bakar. Ada yang berkata ayahnya bernama Abdullah dan maknya bernama Bahdalah . Beliau
merupakan seorang alim dan guru al-Quran di Kufah .

Salah seorang daripada Imam Qurra Sepuluh . Hidup dari kalangan al-Tabi in . Menerima
hadith daripada Abi Ramthah Rifa’ah a-Tamimiy dalam musnad Ahmad bin Hanbal dan al-Harith bin
Hassªn al-Bakriy dalam kitab Abi al-Qasim bin Sallam , kedua-dua mereka adalah sahabat kepada
Asim.

Gabungan di antara kefasihan dan kemahiran , kemampuan menyusun dan memperelokkan


bacaan al-Quran , menjadikan beliau seorang yang terbaik suara bacaan al-Quran , dan dipuji oleh
ramai imam-imam , dan menerima bacaannya secara talaqqi .

Setelah ketiadaan Imam Abi AbdurRahman al-Salamiy yang merupakan gurunya , beliau
menjadi tempat rujukan daripada seluruh pelusuk masyarakat untuk mempelajari bacaan al-Quran .

Antara muridnya yang masyhur dan meriwayat bacaan daripadanya ialah Imam Hafs dan
Imam Syu’bah . Daripada bacaan yang diperturunkan kepada Imam Hafs kita mengambil bacaan
Imam Asim. Jadi dikira bacaan kita sekarang ialah bacaan riwayat Hafs daripada Qiraat Asim .
Ada yang kata beliau meninggal dunia pada akhir tahun 127H, dan ditanam di as-Samawah
menghala ke Syam . Ada yang kata beliau meninggal di Kufah pada tahun 128H .

Sanad Imam Asim yang sampai daripada RasululLah diambil daripada Ali bin Abi Talib k .w
melalui AbdurRahman al-Salamiy dan AbdulLah bin Mas ud r.a melalui Zar bin Habisy al-Asadiy , dan
ramai lagi dari kalangan para sahabah .

Manakala sanad RasululLah dan bacaan yang diperturunkan kepada Hafs adalah bacaan yang
diambil daripada Ali bin Abi Talib k .w melalui AbdurRahman al-Salamiy , dan bacaan yang
diperturunkan kepada Syu’bah adalah bacaan yang diambil daripada AbdulLah bin Mas ud r.a
melalui Zar bin Habisy al-Asadiy.

Biografi Imam Hafs [‫]حفص‬

Namanya ialah Hafs bin Sulaiman bin al-Mughirah bin Abi Daud al-Asadiy al-Kufiy al-Bazzaz
[penjual pakaian] . Dikenali dengan Hufais . Merupakan kawan dan anak tiri kepada Imam Asim . Ia
juga digelar Abu Amru.

Membaca al-Quran secara bertalaqqi di hadapan Asim dan menjadi mahir sehingga
disaksikan sebagai salah seorang ulama . Sesungguhnya beliau sangat banyak menghafal . Imam as-
Syatibiy pernah memuji Imam Hafs dengan katanya :

ِ ‫َوح ْفص َو ِب‬


ِ ‫اإلتْ َق‬
‫ان َكانَ ُمفَضَّال‬
[ “….Hafs adalah seorang yang mahir dalam membaca al-Quran dan mempunyai kelebihan...” ]

Oleh kerana itulah riwayatnya masyhur dan banyak imam-imam menerima bacaannya
secara talaqqi termasuk sahabat-sahabatnya . Tidak menjadi pelik kerana Imam Asim sebagai bapa
tiri yang mendidiknya sendiri . Setelah Imam Asim meninggal , beliau pula menjadi tempat menimba
bacaan al-Quran oleh masyarakat dalam tempoh yang agak lama .

Abu Yahya bin Muayyin pernah berkata : “Riwayat yang sahih yang pernah
diriwayatkan daripada Imam Asim ialah riwayat Umar Hafs bin Sulaiman ” . “Beliau adalah murid
Asim yang paling berpengetahuan dan sebutan hurufnya lebih rajih dan tepat berbanding
Syu’bah” kata Abu Hisyam al-Rifa’i. Kata al-Zahabiy : “Bacaannya dipercayai , terbukti dan tepat”
. Ibn al-Munadiy ada berkata : “Dia membaca al-Quran di hadapan Asim secara berterusan . Orang-
orang dulu berpendapat beliau mendahului Syu’bah dalam menghafal. Mereka menyifatkan sebutan
hurufnya tepat yang pernah ia pelajari daripada Asim. Beliau mengajar al-Quran dalam tempoh
yang lama” .

Beberapa orang tokoh ulama telah mendengar dan mengambil bacaannya secara berdepan ,
antaranya Hussain bin Muhammad al-Marwaziy , Amru bin as-Sobah , Abid bin AsSobah , al-Fadlu bin
Yahya al-Ambariy , Abu Syuib al-Qawas dan ramai lagi.

Mengikut riwayat yang sahih beliau lahir pada tahun 90H dan meninggal pada tahun 180H.
Biografi Imam as-Syatibiy [‫]الشَّاطِ ِبى‬

Namanya ialah Abu al-Qasim bin Fayyurah bin Khalaf bin Ahmad al-Ra’iniy as-Syatibiy al-
Andalusiy . Lahir pada tahun 538 di Syatibah iaitu salah sebuah perkampungan di Andalus .

Mempelajari Ilmu Qiraat daripada Imam Abi al-Hasan Ali bin Hazil al-Balansiy , bersambung
daripada Abi Daud Sulaiman bin Najah , bersambung daripada Imam Abi Amru Uthman bin Said ad-
Daniy [pengarang kitab Qiraat at-Taisir]. Beliau juga mempelajari Ilmu Qiraat daripada Imam Abi
AbdulLah Muhaammad al-‘As an-Nafaziy bersambung daripada para alim sezamannya .

Beliau amat dikenali dan terkenal dengan kitab Qiraat Tujuh yang berjudul “Hirzul Amani wa
Wajhut Tahani” yang bersandarkan kepada kitab at Taisir Imam Amru ad Daniy dan tersusun
daripadanya 1173 bait.

Meninggal dunia selepas asar di Mesir pada 8 Jamadil Akhir tahun 590H . Beliau di kebumikan
di Qarafah , berhampiran lereng bukit al-Maqtam . Wallahu a'lam.

Diposting oleh WAN FADZLI KIJAL di 9:42 PTG

Anda mungkin juga menyukai