Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN AKTIVITI RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN (RIMUP)

Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) adalah satu program atas kerjasama semua
sekolah rendah yang melibatkan semua kaum di Malaysia. Beberapa aktiviti telah dirancang dan dilaksanakan
bagi tujuan menyatupadukan semua kaum di Malaysia, samada dari sudut kerjasama yang ditunjukkan dan
persefahaman yang terjalin. Semua ini mampu membentuk sekumpulan masyarakat yang saling
bantu-membantu dan memahami antara satu sama lain.

Antara aktiviti yang dirancang adalah Program kecemerlangan Akademik, Sukan dan Permainan,
Perkhemahan dan Lawatan, Perayaan dan Perhimpunan serta Program Khidmat Masyarakat.

Bagi tahun 2007 ini, Sekolah Kebangsaan PULAPAH dipertanggungjawabkan bagi mengelola salah
satu program iaitu Perkhemahan Silang Budaya RIMUP yang mana program ini telah berjalan pada 11, 12 dan
13 MEI 2007 (Jumaat, Sabtu dan Ahad).

Program ini dijalankan berdasarkan objektif yang ingin dicapai oleh pihak sekolah khasnya dan negara
amnya. Antara objektif tersebut adalah memupuk kesedaran murid terhadap pelbagai karenah manusia dan
cara terbaik untuk menghadapinya, menyemai kemahiran komunikasi dalam situasi yang pelbagai, menanam
sikap berdisiplin dan menepati masa serta memberi pengetahuan mengenai teknik-teknik perkhemahan

Kumpulan sasaran melibatkan 20 orang peserta tahun 6 dari sekolah ahli yang mana melibatkan
badan-badan beruniform sekolah seperti Pengakap dan Tunas Puteri. Jumlah semua murid yang mengikuti
perkhemahan ini adalah seramai 60 orang yang melibatkan 3 buah sekolah termasuk sekolah ahli atau tuan
rumah.

Jawatankuasa kerja bagi perkhemahan ini meliputi beberapa tugas yang dikelola oleh beberapa
orang guru. Tugas tersebut adalah :

 Kem Komanden

 Keselamatan dan Disiplin

 Tempat Ibadat

 Hadiah dan Cenderahati

 Buku Program

 Sijil

 Juru Acara

 Quartermaster

 PA Sistem

Senarai semak setiap tugasan boleh dilihat pada lampiran yang disediakan.

Anggaran belanjawan untuk melaksanakan program ini adalah sebanyak RM 386.80. Ia melibatkan
perbelanjaan untuk hadiah cenderamata perasmi, hadiah penyertaan, jamuan penutup, backdrop dan belanja
runcit.

Aktiviti-aktiviti yang dirancang dan telah dilaksanakan dalam program ini adalah Bengkel Nyanyian
Lagu-lagu Rakyat, Bengkel Tarian Asli, Bengkel Selera Tradisional, dan Bengkel Permainan Etnik. Semua
aktiviti ini dikelola atau diketuai oleh guru-guru yang berpengalaman dan pakar dalam tugas-tugas yang
dipertanggungjawabkan.

Walaubagiamanapun sekolah ahli telah menambah satu aktiviti sampingan yang tidak terdapat dalam
jadual aktiviti yang dirancang. Aktiviti tersebut adalah berjalan malam yang mana ia bertujuan untuk menanam
sikap berani dan bertanggungjawab pada barang amanah yang diberi. Ia melibatkan semua guru termasuk
guru pengiring dari sekolah-sekolah yang terlibat. Objektif ini tercapai dan diharap aktiviti seperti ini akan
diteruskan pada masa-masa akan datang.

Bagi giliran bertugas malam, semua guru terlibat dan bertanggungjawab keatas semua perkara
termasuk keselamatan murid sepanjang malam. Tuan rumah telah menetapkan 5 atau 6 orang guru untuk
berjaga pada setiap malam.

Tapak perkhemahan telah dibuat persedian awal sehari sebelum aktiviti perkhemahan berlangsung
iaitu pada pada hari Khamis, 10 Mei 2007. Pelan tapak perkhemahan adalah seperti disediakan dalam
lampiran.

Majlis Penutup dirasmikan oleh wakil dari Pegawai Pendidikan Daerah Jempul / Jelebu (PPDJJ) pada
hari Sabtu, 13 Mei 2007 dan majlis selesai pada jam 12.30 tengahari.

Disediakan oleh

SETIAUSAHA RIMUP
REFLEKSI

RIMUP atau Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan ialah satu program yang diadakan pada
setiap tahun di sekolah-sekolah rendah di Malaysia amnya dan di daerah Jempol khasnya. Perkhemahan
Silang Budaya RIMUP ini menggabungkan beberapa sekolah yang rata-rata pelajarnya berbilang kaum dan
melibatkan badan-badan beruniform sekolah seperti Pengakap, Tunas Puteri, Persatuan Bulan Sabit Merah
(PBSM) dan sebagainya.

Sekolah saya iaitu Sekolah Kebangsaan PULAPAH sangat bertuah kerana pada tahun ini, sekolah
saya dapat menjadi tuan rumah bagi program Perkhemahan Silang Budaya RIMUP 2007 dan ditugaskan untuk
membantu melancarkan program ini. Seramai 60 orang pelajar terlibat dalam program ini yang melibatkan 3
buah sekolah termasuk tuan rumah iaitu SJKT Ladang Serting Helier, SK Serting Hilir 2 (F)dan SK PULAPAH.

Sepanjang program ini berlangsung terdapat beberapa kelebihan yang dapat saya lihat terutamanya
objektif program ini. Yang mana ia dapat membantu menyatu padukan rakyat Malaysiayang berbilang kaum
dengan memahami gaya hidup dan budaya masing-masing serta mampu berkomunikasi sesame mereka
dengan komunikasi yang baik.

Pengurusan kendiri yang teratur dan sempurna dapat dipupuk melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang
dalam program ini. Contohnya kemahiran mengurus diri dari sudut pemakaian, pemakanan dan yang paling
utama adalah sikap murid yang berdisiplin dengan menepati masa dapat disemai bermula dari akar umbi.

Aktiviti yang diatur dan disusun oleh pihak tuan rumah mengikut masa yang ditetapkan menjadikan
setiap aktiviti berjalan dengan lancar dan menarik. Tapak perkhemahan yang berhampiran dengan bangunan
sekolah memudahkan murid-murid dan guru-guruuntuk berulang-alik ke tandas, surau, dewan dan pejabat
bagi urusan-urusan tertentu.

Aktiviti yang dijalankan juga menarik dan penuh keseronokan. Semua murid terlibat dalam semua
aktiviti yang dirancang. Antara aktiviti terebut adalah bengkel nyanyian lagu-lagu rakyat, bengkel tarian asli,
bengkel tarian tradisional dan bengkel permainan etnik. Keistimewaan kesemua aktiviti ini ialah ia dikelola oleh
guru-guru yang berpengalaman dan pakar dalam dalam setiap bengkel atau aktiviti yang disusun.

Selain itu, kerjasama yang ditunjukkan oleh guru-guru melancarkan aktiviti yang dirancang. Kesediaan
guru-guru membimbing saya dalam mengelola sebahagian aktiviti ini membantu saya menyumbang kepada
hasil yang menarik dan berkesan.

Walaubagaimanapun, setiap aktiviti yang dirancang mempunyai kelemahan-kelemahannya yang


tersendiri. Kelemahan yang dapat saya lihat adalah dari sudut alatan perkhemahan yang sepatutnya
disediakan oleh pihak tuan rumah tidak mencukupi. Contohnya tempat tidur atau khemah guru dan peralatan
memasak yang mana terpaksa dipinjam daripada pihak Pusat Latihan Polis(PULAPOL).

Selain itu, kemudahan untuk guru membuat kerja-kerja persiapan untuk perkhemahan ini sangat terhad.
Sebagai contoh penggunaan komputer untuk kerja-kerja menaip bagi menyiapkan buku program sangat terhad.
Hanya satu komputer sahaja dibekalkan dalam bilik guru.
Hujan yang turun pada hari pertama perkhemahan melemahkan semangat murid-murid untuk
meneruskan aktiviti yang dirancang. Namun begitu, perkhemahan ini masih diteruskan dan murid-murid
terpaksa bermalam dalam keadaan padang yang basah.

Makanan yang disediakan oleh tuan rumah sama ada makan tengah hari atau malam tidak dapat
diselaraskan menunya disebabkan sebahagian guru dan murid India mengamalkan menu ‘vegetarian’ dalam
kehidupan mereka. Ini sedikit menyukarkan tuan rumah untuk menempah dan menyediakan makanan.

Kesudahan perkhemahan yang tidak teratur. Setiap khemah terpaksa dijemur dahulu di dalam dewan
sebelum disimpan kerana basah. Keadaan ini menjadikan waktu untuk mengemas khemah-khemah ini
terpaksa ditunda

keesokan hari iaitu pada hari persekolahan ini mengganggu aktiviti P&P pada hari tersebut.

Setelah diteliti setiap kelemahan yang ada, dapatlah diberi cadangan penambahbaikkan bagi
membantu menyempurnakan sesuatu program. Persediaan yang mencukupi samaada dari sudut fizikal dan
mental perlu diberi perhatian yang sewajarnya oleh tuan rumah.

Pihak sekolah perlu menyediakan lebih banyak kemudahan komputer dalam bilik guru bagi
memudahkan guru untuk menyiapkan sesuatu kerja. Dengan penambahan kemudahan ini kerja yang terhasil
pun akan lebih cepat dan berkualiti.

Bagi peralatan perkhemahan, khasnya untuk keperluan guru, pihak pentadbir atau tuan rumah perlu
menyediakan sekurang-kurangnya 2 atau 3 khemah bagi membantu guru menyempurnakan tugasan
mengawal murid pada waktu malam. Selain itu, peralatan yang digunakan untuk memasak perlu dititikberatkan,
memandangkan aktiviti ini adalah satu aktiviti yang wajib diikuti murid. Semua peralatan ini perlu disediakan
lebih awal daripada tarikh perkhemahan ini berlangsung.

Perancangan tarikh untuk aktiviti perkhemahan ini perlu dilihat pada keadaan cuaca atau musim.
Keadaan cuaca yang baik mengundang suasana yang ceria dan bersemangat buat para peserta.

Selain itu, dari sudut penyediaan makanan, sekolah-sekolah yang menyertai perkhemahan ini perlu
memaklumkan lebih awal berkenaan menu makanan mereka sepanjang program ini berlangsung.
Terutamanya murid-murid dan guru-guru daripada kaum India. Tindakan awal ini membantu tuan rumah
membuat persediaan awal dan dapat menempah makanan seperti yang dikehendaki.

Persediaan yang secukupnya membantu melancarkan sesuatu program yang dianjur. Program
perkhemahan ini adalah suatu program yang menarik untuk diikuti, diharap program ini dapat diteruskan lagi di
masa-masa akan datang. Setiap kelemahan yang ada dapat dibaiki secara berperingkat-peringkat.

Anda mungkin juga menyukai