Anda di halaman 1dari 3

Situasi Pertama (Di kebun pokok cempedak)

Amy : Mengapakah Pak Lang kelihatan risau ?

Pak Lang : Pak Lang berasa risau kerana pokok cempedak Pak Lang

tidak menghasilkan buah yang baik pada tahun ini.

Amy : Pak Lang, Cikgu Fauzi ada menerangkan bahawa

keseimbangan alam perlulah dikekalkan agar manusia,

haiwan dan tumbuhan dapat hidup dengan baik.

Pak Lang : Betul tu, mungkin selepas ini Pak Lang akan lebih tertib

dalam memelihara pokok cempedak itu agar ia kembali

menghasilkan buah yang baik.


Situasi 2 (Di ladang penternakan)

Zarul : Selamat sejahtera, Encik Aman. Apa khabar?

Encik Aman : Selamat sejahtera. Khabar baik.

Zarul : Banyak sungguh lembu di sini, encik. Apakah jenis

baka lembu ini?

Encik Aman : Lembu-lembu ini ialah lembu pedaging baka

Brakmas.

Zarul : Bolehkah encik terangkan lembu pedaging Brakmas

ini?

Encik Aman : Lembu pedaging baka Brakmas ialah lembu yang

terhasil daripada pengacukan benih lembu jantan

baka Brahman dari Australia dengan benih lembu

betina tempatan. Kami telah menggunakan kaedah

bioteknologi untuk menghasilkan baka baharu lembu

pedaging.

Zarul : Oh, begitu! Apakah kelebihan lembu yang

dikacukkan dengan menggunakan kaedah

bioteknologi?

Encik Aman : Lembu pedaging baka Brakmas ini mempunyai daya

tahan daripada pelbagai jenis penyakit serta boleh

menyesuaikan diri dengan iklim di Malaysia.

Zarul : Oh! Barulah saya faham. Terima kasih encik kerana

sudi memberi penerangan.

Encik Aman : Sama-sama.


Situasi 3 (Di kebun herba)

Nazri : Wah, segarnya pokok herba yang datuk tanam!

Datuk : Ya, Nazri. Pokok-pokok ini segar kerana tanah tanih di

sini subur.

Nazri : Bukankah dahulu tempat ini datuk tanam daun-daun

kering dan sampah sarap?

Datuk : Betul, Nazri. Sekarang sampah sarap itu telah menjadi

baja organik. Datuk juga menggunakan baja semula jadi

yang datuk peroleh daripada tinja ayam.

Nazri : Sekarang datuk hendak tanam pokok apa? Biar Nazri

tolong datuk.

Datuk : Datuk hendak tanam pokok cekur. Tolong datuk

keluarkan anak pokok cekur dari beg poli dan

letakkannya di atas telapak tangan kamu. Berhati-hati

dengan akarnya.

Nazri : Baiklah, datuk.

Anda mungkin juga menyukai