Anda di halaman 1dari 1

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke
atas junjungan Rasulullah s.a.w, para sahabat dan orang-orang yang mengikuti jejak
langkah mereka.

Ucapan terima kasih diucapkan kepada Encik Nik Zaidi Bin Ismail kerana telah
banyak memberi tunjuk ajar dalam mata pelajaran GLF 3013. Tanpa pertolongan beliau,
kerja kursus ini tidak dapat disiapkan dengan sempurna. Input-input yang bernas dan
berguna daripada beliau banyak digunakan sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Budi
dan sikap tolak ansur beliau amat saya hargai.

Selain itu, setinggi-tinggi penghargaan juga ke atas kedua ibu bapa saya yang terlalu
banyak memberi sokongan terhadap saya untuk saya terus berusaha menyiapkan tugasan
ini, tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat yang banyak membantu saya ketika saya
perlukan bantuan. Banyak yang telah saya pelajari sepanjang proses penyiapan kerja
kursus ini dijayakan. Ianya memberikan saya seribu satu pengalaman yang amat bermakna.

Di samping itu, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
langsung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini. Segala bantuan yang telah
mereka hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka semua
tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik.

Akhir madah, saya berharap semoga hasil tugasan saya ini sedikit sebanyak dapat
memberi manfaat kepada semua orang khususnya kepada saya sendiri sebagai bakal guru
kepada anak bangsa pada masa akan datang. Amin.

Anda mungkin juga menyukai