Anda di halaman 1dari 1

SYAIR NASIHAT (Irama Batu Belah)

Dengarlah teman hamba berperi


Syair nasihat seikhlas hati,
Kisah hidup di zaman ini,
Cabaran mendatang dugaan dihadapi.

Jujur dan ikhlas sikap mulia,


Wajar amalkan setiap masa,
Bebuat baik sesama manusia,
Kelak hidup aman senantiasa.

Jika berkawan usah bergaduh,


Tiada guna bermusuh-musuh,
Jangan sesekali bersikap angkuh,
Tersisih hidup semakin keruh.

Saling menghormati hidup berjiran,


Amal toleransi kukuhkan perpaduan
Berbudi Bahasa menjadi warisan
Jernihkan hati elak persengketaan.

Andai berharta usah menghina


Kaya dan miskin tiada bezanya,
Layanan diberi harus setara
Kerana hidup umpama roda.

Penutup tirai syairku ini,,


Nasihat ini sematkan di hati
Menjadi panduan meniti hari
Mari amalkan moga diberkati.

Anda mungkin juga menyukai