Anda di halaman 1dari 11

Objektif :

Untuk mengasimilasikan sifat kerjasama diantara ahli.


Untuk melatih peserta akan sifat kepatuhan kepada ketua disaat berlakunya konflik
didalam kumpulan.
Menguji kepekaan perserta dibidang ilmu semasa.

Arahan :

1) Sebelum memulakan aktiviti, fasilitator akan menerangkan secara ringkas aturcara


aktiviti.

2) Matlamat aktiviti ini adalah untuk mencari harta hilang. Dan untuk itu, peserta
dikhendaki mengembara dari satu checkpoint ke checkpoint seterusnya bagi mencari
petunjuk disebalik rahsia harta yang hilang. Terdapat sebanyak 6 checkpoint yang
harus dilalui oleh peserta.

3) Setiap kumpulan akan diberikan sebiji belon, sekeping peta dan sekeping kertas
petunjuk dimanakah checkpoint mereka yang pertama. Setiap kumpulan tidak
dibenarkan untuk membuka kertas tersebut sebelum diarahkan oleh fasilitator.

4) Sebelum aktiviti bermula, fasilitator akan menunjukkan arah utara bagi permainan ini.
Sebaik sahaja fasilitator mengumumkan pertandingan telah bermula, peserta
dibenarkan untuk membuka kertas petunjuk yang diberikan.

5) Peserta diarahkan pergi ke checkpoint masing-masing.

6) Setiap checkpoint akan dijaga oleh wakil setiap kumpulan.

7) Bagi checkpoint pertama :

Peserta yang tiba di checkpoint pertama akan diberikan ujian minda.


Peserta dikehendaki menyelesaikan ujian minda tersebut hingga selesai.
Penjaga checkpoint akan mencatatkan masa yang diambil bagi setiap kumpulan
menyelesaikan masalah yang diberi.

Setelah selesai, penjaga checkpoint akan memberi petunjuk dimana kertas soalan di
sembunyikan.

Setelah dijumpai, penjaga checkpoint akan memberi kertas petunjuk kemana


checkpoint peserta seterusnya dan petunjuk serpihan harta yang perlu dicari.
Peserta dikhendaki menjawab soalan yang tertera diatas kertas.
8) Bagi checkpoint kedua:

Peserta yang tiba dicheckpoint kedua akan diberikan ujian fizikal.


Aktiviti “Water in the bottle” diadakan dimana peserta dikhendaki mengisi air kedalam
botol mengunnakan tangan.

Penjaga checkpoint mencatatkan masa peserta.

Setelah aktiviti selesai, penjaga checkpoint akan memberi petunjuk dimana kertas
soalan di sembunyikan.

Setelah dijumpai, penjaga checkpoint akan memberi kertas petunjuk kemana


checkpoint peserta seterusnya dan petunjuk serpihan harta yang perlu dicari.
Peserta perlu mencantumkan serpihan harta daripada checkpoint pertama untuk
mengetahui dimana harta disembunyikan.

Peserta dikhendaki menjawab soalan diatas kertas.

9) Bagi checkpoint ketiga :

Peserta yang tiba di checkpoint ketiga akan menjalankan aktiviti “Pulse Game”
Cara permainan “Pulse Game” - Peserta diminta berdiri didalam satu barisan dengan
mengengam tangan peserta lain. Barang diletakkan dihujung barisan. Peserta lain tidak
dibenarkan membuka mata mereka kecuali peserta yang berada di permulaan dan
peserta yang berada dihujung. Penjaga checkpoint akan melontarkan duit syiling dan
secara senyap akan menunjukkan kepada peserta yang pertama. Jika “kepala” peserta
pertama akan mengengam tangan peserta kedua, dan peserta kedua mengulangi
perkara yang sama hingga sampai kepada peserta terakhir. Peserta terakhir yang
menerima isyarat gengaman hendaklah berlari sepantas mungkin mendapatkan barang
yang telah diletakkan.

Penjaga checkpoint mencatatkan masa yang diambil setiap kumpulan. Markah akan
ditolak jika sekirannya peserta tersalah melihat “kepala” dan “ekor” duit syiling.
Setelah selesai aktiviti, penjaga checkpoint akan memberi petunjuk dimana kertas
soalan di sembunyikan.

Setelah dijumpai, penjaga checkpoint akan memberi kertas petunjuk ke mana


checkpoint peserta seterusnya dan petunjuk serpihan harta ke dua yang perlu dicari.
Peserta dikhendaki menjawab soalan diatas kertas.

10) Bagi checkpoint keempat :


Peserta yang tiba di checkpoint keempat dikhendaki menjalankan aktiviti “Trust walk”.
Cara Permainan “Trust Walk” – Peserta kumpulan akan diberi sehelai kertas yang
mengandungi arahan dimana petunjuk serpihan harta disembunyikan. Peserta
kumpulan hendaklah memilih salah satu ahli untuk dijadikan pencari harta. Ahli yang
telah dipilih hendaklah menutup mata mereka dengan sehelai kain. Ahli-ahli didalam
kumpulan akan membimbing pencari harta tersebut bagi mencari petunjuk serpihan
harta kedua.

Setelah harta dijumpai, masa dicatatkan. Penjaga checkpoint memberi petunjuk ke


mana checkpoint peserta seterusnya.

Peserta perlu mencantumkan serpihan harta daripada checkpoint ketiga untuk


mengetahui dimana harta disembunyikan.

Peserta dikhendaki menjawab soalan diatas kertas.

11) Bagi checkpoint kelima :

Bagi peserta yang tiba dicheckpoint kelima, aktivit “Jejak bertapak” akan dijalankan.
Cara permainan “Jejak Bertapak” – Sebelum permainan peserta akan dijelaskan jarak
yang perlu dilalui oleh peserta didalam permainan ini. Peserta akan dibekalkan dgn 3
keping “Tapak”. Peserta diminta untuk berfikir bagaimana hendak membawa kesemua
ahli didalam kumpulan ke tempat yang diminta dengan syarat kesemua ahli mesti tiba di
tempat tujuan dgn serentak. Peserta hanya dibenarkan memijak tapak yang diberikan
sahaja. Peserta yang memijak tempat lain selain “Tapak” yang diberikan akan dikira
gagal dan diminta untuk mengulanginya semula dari permulaan.
Penjaga checkpoint mencatatkan masa peserta.

Setelah aktiviti selesai, penjaga checkpoint akan memberi petunjuk dimana kertas
soalan di sembunyikan.

Setelah dijumpai, penjaga checkpoint akan memberi kertas petunjuk kemana


checkpoint peserta seterusnya.

Peserta dikhendaki menjawab soalan diatas kertas.

12) Bagi checkpoint keenam :

Peserta yang tiba di checkpoint keenam akan menjalankan aktiviti “Photo scarvenger
hunt”.
Peserta akan diberi sepuluh kriteria yang perlu ditangkap mengunakan kamera. Contoh
kriteria adalah seperti, pokok terbesar dikawasan itu, kereta berwarna kuning,orang
yang bermain bola sepak dan sebagainya. Sebelum permainan bermula, penjaga
checkpoint hendaklah menetapkan had bagi sesebuah kawasan permainan.
Setelah kesemua kriteria dapat dicari, penjaga checkpoint akan mencatatkan masa
akan memberi petunjuk dimana kertas soalan di sembunyikan.

Setelah dijumpai, penjaga checkpoint akan memberi kertas petunjuk kemana


checkpoint peserta seterusnya.

Peserta dikhendaki menjawab soalan diatas kertas.

13) Fasilitator akan menjadi kunci peti harta karun. Bagi fasilitator pertama, harta yang
ada padanya adalah sebatang jarum dan benang. Fasilitator meminta peserta mencari
kunci harta karun yang tersembunyi dikawasan sekitar. Setelah dijumpai, fasilitator
akan menyerahkan harta tersebut.

14) Bagi fasilitator kedua, harta yang ada padanya adalah sehelai kain. Fasilitator
meminta peserta mencari kunci harta karun yang tersembunyi dikawasan sekitar.
Setelah dijumpai, fasilitator akan menyerahkan harta tersebut.

15) Setelah harta-harta dijumpai, peserta dikhendaki menjahit kain yang menjadi
sebuah baju.

16) Diakhir aktiviti “Treasure Hunt”, peserta dikhendaki menyerahkan semula kertas
jawapan bagi soalan-soalan yang telah dijawab pada setiap checkpoint dan juga harta
yang telah dijumpai.

17) Fasilitator menutup acara dan memberikan konklusi.

18) Sampul surat untuk aktiviti seterusnya diedarkan.


30 soalan Treasure Hunt

Soalan 1: Petua Treasure Hunt bermula dikawasan ini. Carilah satu keajaiban bila
memasak disini. Berikan kami nama penuhnya untuk markah nanti.

Jawapan: Ajaib = Magic

Restoran The Magic Wok

Soalan 2: Soalan seterusnya untuk cuba disini. Kena mencuci untuk mencari petuanya
nanti.
Satu raja yang bersih akan menanti.

Jawapan : Mencuci – Cleaning


Raja - King

Kedai Dobi : Dobi King

Soalan 3: Kalau baca bersama, berbunyi seperti mereka akan bayar untuk
kerja lebih masa secara singkat disini.

Jawapan: Bayar = PAY

Kerja Lebih Masa = Overtime (Singkatan OT )


PAYOT

Soalan 4: Jaga-jaga, mereka mungkin ada satu plan untuk mengotorkan diri. Dah
empat tahun mereka berniaga disini.

Jawapan: Kotor – dirty


4 tahun ( dari tahun 2010)
Plan

Dirty Nelly's

Soalan 5: Masa untuk soalan anagram sudah tiba. Cuba cari sejenis sayur
sejuk yang dirombak bersama peha disini,
Tapi nama penuh sahaja kami menanti.

Jawapan: Sayur sejuk – Timun


Peha – lap(Dirombak) pla + timun
Kafe & Bistro PLATINUM

Soalan 6: Mungkin anda perlukan seabad untuk masuk disini.

Jawapan: Seabad = seratus tahun

Restoran Lorong Seratus Tahun

Soalan 7: Bila pecah dan atur balik petuanya nanti, mungkin jumpa satu
binatang tertinggi masuk bersama disini.

Jawapan: Binatang tertinggi = GIRAFFE


Masuk = IN
GIFFARINE
GIFFARINE

Soalan 8 : Mungkin kena pecah dan baca petua yang bersambung disini.
Bila atur balik berbunyi rasa basah dipagi hari.

Jawapan: Rasa basah – ( kena hujan) – rain


Dipagi hari – (Singkatan) am

Marian

Soalan 9 : Mungkin dapat kuasa bila anda dapat cari orang kuat dari A Team
yang bersembunyi ditengah benua ini.

Jawapan: Orang kuat A team = Mr T


Benua ini = Asia
Kuasa = Bateri
GP Penjual dan Pengedar Bateri

Soalan 10: Dalam dua bahasa namanya kini diberi,


Secara Percuma ia Ada disini,
Tapi Awas jawapannya kena dirombak bila dicari.

Jawapan: Percuma = Free ( FAREEDA )

Ada = ( FAREEDA )
Butik FAREEDA

Soalan 11: Mungkin boleh rasmi Masa yang Sedap dikedai ini.
Mungkin petuanya dirombak disini,
Tapi jawapan penuh dan dimana ia dijumpai, mesti diberitahu nanti.

Jawapan: MASA (Rombak) = ASAM


SEDAP (Rombak) = PEDAS

Kedai Asampedas Bangi

Soalan 12: Berbunyi seperti salah satu “Transformer” yang berlainan sesat disini.

Jawapan: Transformer = MEGATRON


Berlainan – UNIK (Unique)

MEGAHTRON UNIK Sdn Bhd

Soalan 13: Mugkin satu masakan menarik akan dihidangkan oleh


kembar popular ditempat ini.

Jawapan: Kembar popular – Upin & Ipin

Kedai Makan Upin dan Ipin

Soalan 14: Mungkin ada ruang yang kena dirombak untuk jawapannya disini.

Jawapan: Ruang = Gap

PGA

Soalan 15: Kalau masih ingat, sejenis haiwan makmal menjadui terkenal dipanggung
wayang dulu.

Jawapan: Haiwan maklmal terkenal = G-Force

Hint: G-Force
GFOZ Gadgets factory Outlet Zone

Soalan 16: Mungkin anda boleh cari perak dan batu berguling bersama disini.

Jawapan: Perak & Batu = Silver & Stone

Silverstone Pusat Servis Tayar

Soalan 17: Bila dirombak dan atur balik mungkin berbunyi seperti saya
nampak banyak kosong disini.

Jawapan: ICEROOM

I = Saya
C=Nampak
More=Banyak
O= Kosong

ICE ROOM

Soalan 18: Mungkin rasa licin bila mencari pelakon sampingan bersama disini.

Jawapan: Pelakon sasmpingan = co-star


Licin – minyak (pelincir)

Costar ( Minyak Pelincir Costar)

Soalan 19: Puas berjalan letih berlari,


Kalau sakit perlulah berhenti,
Apa yang dipakai perlu dirawati,
Cari seorang pakar yang terdapat disini.

Jawapan: Rawatan = Klinik


Apa yang dipakai = Kasut

Klinik Kasut
Soalan 20: Mungkin Lagenda kita bersembunyi dikedai ini,
Tapi jawapan penuh sahajalah kami menanti.

Jawapan: Local Legend = Tan Sri P.Ramlee

Restoran 3 Abdul

Soalan 21: Nasib anda mungkin bertukar baik dengan cepat bila mencari
petua ini,
Tapi yang terakhir kena dirombak nanti.

Jawapan: HUAT = TUAH


SOON = cepat

Kedai Getah Soon Huat

Soalan 22: Mungkin kena lari dari belakang untuk berjumpa keldai ini.

Jawapan: Lari – Run= (NUR)


Keldai = ASS
NURASS Enterprise

Soalan 23: Kena raba hati untuk namanya disini.


Perlu ke asana ke sini bila nak cari jawapan ini.

Jawapan: Raba hati = ABARATHI


ABAR (Rombak) = Raba
ATHI ( Rombak) = Hati

A.BARATHI Enterprise

Soalan 24: Kalau nak cari sesuatu dari masa yang laluy pada nama ini.
Atur balik sususnannya, jawapannya pasti jumpa disini.

Jawapan: Masa yang lalu = SILAM (mix) = MASLI

Masli Sdn Bhd


Soalan 25: Cuba tunjuk sesuatu tajam dilokasi ini.

Jawapan: Tunjuk = Point


Tajam = Pin

Kedai Jam Pin Point Trading

Soalan 26 : Kalau nak berhubung, carilah mereka dari angkasa lepas.

Jawapan: Berhubung = Internet


Angkasa Lepas ( UFO dari angkasa lepas)

UFO Internet Cafe

Soalan 27: Rombak dan atur balik untuk mencari Kartunis tempatan yang
dipanggila Roman disini.

Jawapan: TAMAN
ALOR

Hint: Kartunis tempatan = LAT


A ROMAN ( Lat)

Taman Alor

Soalan 28: Mungkin banyak juga pekerjaan disini dirombak.

Jawapan: Pekerjaan = Jobs

Mixed up = OSJB

OSJB

Soalan 29: Cuba cari Makhluk Asing yang Berdosa bersembunyi dinama ini.
Mungkin kena pecah dan atur balik susunannya nanti.
Jawapan: Makhluk Asing = ET
Dosa = SIN

TIENS

TIENS

Soalan 30: Seperti petua yang lalu, anda mungkin akan jumpa sesuatu tajam
bersama tikus yang dirombak pada papan tanda ini.

Jawapan: Sesuatu tajam = PIN


Tikus= RAT ( dirombak ) = TAR

Kedai Buku PINTAR

Anda mungkin juga menyukai