Anda di halaman 1dari 3

Melalui persepsi kanak-kanak itu tadi kita dapat melihat nilai-nilai estetika pada lukisan mereka.

Lowenfeld (1975), perkembangan estetik kanak-kanak bersesuaian dengan kreativiti yang


dipengaruhi oleh faktor tumbesaran dan persekitaran yang membentuk ciri-ciri dan corak
pemikiran. Tindak balas estetik bagi kanak-kanak dipengaruhi oleh faktor umur, pengalaman
serta latar belakang dan budaya. Justeru, pemilihan dan penyusunan kesemua unsur dalam
lukisan kanak-kanak yang dipaparkan menunjukkan nilai-nilai estetika sesuai dengan peringkat
umur mereka. Viktor Lowenfeld (1975), percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan dengan
kreativiti. Pernyataan ini disokong dengan sifat semula jadi kanak-kanak yang gemar meneroka
dan penuh dengan perasaan ingin tahu. Demikian juga halnya dengan bentuk-bentuk objek
dilukis mengikut kreativiti kanak-kanak tersebut seperti percikan bunga api. Akhir, semua karya
mempunyai nilai estetik yang tersendiri. Semua murid ingin kecerian dan keseronokan dalam
karya mereka. Ini dapat dilihat apabila mereka bermain bunga api dan cahaya pelita yang terang
benderang. Objek-objek yang menarik dapat dilihat daripada struktur rumah, pelita dan ketupat.
Di sini, nilai estetik itu dilihat melalui ciri-ciri karya secara menyeluruh dan bersepadu.

Pada peringkat ini juga, kanak-kanak mula menjadikan media warna yang terang sebagai satu
estetika dalam karya mereka.

Karya lukisan ini dilukis oleh seorang murid yang bernama Nur Fatihah Sofea Binti Abd Aziz.
Menurut Victor Lowenfeld lingkungan kanak-kanak yang berumur 9-12 tahun berada di
peringkat realism iaitu melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu secara realistik
dan teliti. Pada peringkat realism, kanak-kanak mula mencipta bentuk-bentuk yang ada di
sekililingnya seperti rumah dan pokok seperti yang dilukis oleh adik Fatihah ini. Hal ini
dibuktikan oleh Victor Lowenfeld dalam Mazlan 2013 yang menyatakan pada peringkat ini,
tanda contengan mulai hilang dan bentuk-bentuk yang dihasilkan adalah rumah dan pokok.
Selain itu, dari segi pengunaan warna, adik Fatihah menggunakan warna yang cerah dan
menarik antara warna asas serta sejuk bagi menambahkan lagi nilai astetik lukisan ini.
Tambahan pula, penggunaan warna yang cerah adalah untuk menampakkan kanak-kanak ini
memfokuskan ton warna untuk menimbulkan sesuatu objek yang penting. Memang tidak dapat
dinafikan, adik Fatihah mewujudkan suasana harmoni apabila menghasilkan kesan harmoni
bagi menarik perhatian pada sesuatu objek yang dilukis. Menurut Laura Chapman (1985) pula,
kaedah pengolahan dan pemurnian dilakukan bagi memastikan imej yang dihasilkan bertepatan
dengan tema lukisan. Seterusnya, adik Fatihah menggunakan warna yang sesuai mengikut
objek yang dilukis untuk menampakkan lagi estetika kesenian lukisannya. Penggunaan
pelbagai warna bagi menggambarkan sesuatu objek yang dilukis seperti hijau untuk pokok dan
biru untuk awan. Daripada pemerhatian yang dibuat, kanak-kanak ini tidak menunjukkan
perbezaan yang ketara dengan teori yang dikemukan oleh Victor Lowenfeld kerana lukisan
yang dihasilkan adalah bersesuaian dengan peringkat umurnya. Victor Lowenfeld juga
menyatakan pada peringkat realism, kanak-kanak sudah mampu membezakan ciri-ciri jantina
antara lelaki dan perempuan di mana kanak-kanak perempuan lebih suka melakar bunga
berbanding lelaki yang tidak minat terhadap bunga. Objek yang dilukis berdasarkan kesedaran
tampak sahaja bukannya melalui pengamatan. Hal ini kerana penghasilan karya terutama
lukisan kanak-kanak mempunyai interprestasi yang berbeza dengan lukisan orang dewasa.
Oleh sebab itu Lowenfeld (1975) dalam Rosni Yus, menyatakan seni visual orang dewasa lebih
dikaitkan dengan kecantikan dan kesempurnaan berbanding hasil karya kanak-kanak yang
bersifat luahan dan ekspresif. Selain itu,adik Fatihah juga menggunakan garisan halus dan
garisan tebal di dalam lukisannya di mana garisan tebal bertujuan untuk memberi fokus kepada
objek yang dilukis dalam garisan tersebut. Contohnya dalam lukisan ini, kanak-kanak
menggunakan garisan yang tebal untuk melukis tangga sekali gus untuk menimbulkan objek
tersebut bagi menjelaskan signifikan fungsi tangga bagi sesebuah rumah. Jelaslah melalui
penerokaan yang dibuat, kanak-kanak dapat memanipulasikan pelbagai objek yang ada
disekitarnya (Shahrul 2008). Seterusnya, rupa objek yang dilukis seperti burung digunakan
untuk mewujudkan kesan pergerakan. Hal ini jelas terlihat apabila rupa burung dilukis dalam
pelbagai aksi untuk menampakkan lagi perbezaan kesan pergerakan. Lowenfeld dalamHayati
(2009) menyokong dengan menyatakan pada peringkat realism, kanak-kanak lebih gemar
memasukkan pelbagai objek dalam lukisan selaras dengan karya lukisan adik Fatihah bagi
menampakkan lagi kepelbagaian dalam lukisan. Penegasan ditekankan melalui aspek garisan,
rupa dan warna untuk yang difokuskan dan menjadi tumpuan oleh pemerhati. Dalam lukisan ini
juga, subjek yang dilukis merangkumi aspek persekitaran yang terhasil daripada pengalaman
langsung pelukis dengan menegaskan subjek seperti rumah, pokok dan awan. Aspek imbangan
juga dimanfaatkan dengan bentuk-bentuk rumah dan pokok. Secara keseluruhannya, lukisan ini
adalah menyeluruh dari aspek kesatuan. Laura H. Chapman dalam Rezman (2012) menyokong
dengan menyatakan penghasilan sesebuah karya mampu menjana idea seseorang untuk
menghasilkan lukisan yang kreatif dan menarik. Ringkasnya, perkembangan kognitif kanak-
kanak juga dapat dikaitkan dengan lukisan yang dihasilkan kerana melalui penjanaan idea
kanak-kanak mendapat ilham dalam melukis. Seyogia, adik Fatihah menggunakan
pemandangan kampung untuk melukis sebuah rumah yang aman damai melalui imaginasinya
melukis burung-burung berterbangan dan pokok-pokok kelapa yang tinggi melambai. Menurut
Paul Torrance (1974), individu yang kreatif akan terus bereksperimentasi bagi mendapatkan
hasil yang dikehendaki. Melalui karya tersebut, kanak-kanak ini berimaginasi dan fokus semasa
melukis, kreatif dan peka pada ciri estetika untuk menghasilkan suatu lukisan rumah di
kampung yang cantik. Hal ini disokong oleh Calwin W. Taylor dalam Zulaikha (2012) yang
menyatakan salah satu ciri kreativiti adalah peka terhadap persekitarannya. Jelaslah bahawa
lukisan ini menyampaikan mesej kepada masyarakat tentang suasana rumah di kampung yang
tenang dan aman damai.

Adik Wong ini menghasilkan karya ini kerana beliau amat gemar dengan keindahan
pemandangan alam semula jadi. Konsep perspektif yang begitu jelas diperlihatkan melalui
susunan air dan kakak yang sedang bermain bola dengan adiknya yang berada di tengah air
terjun dan dibelakang sekali kelihatan hutan gunung. Begitu juga konsep ruang, kerharmonian
juga kesatuan, penegasan, jalinan dan diadaptasikan melalui catan ini. Pada peringkat ini juga,
kanak-kanak mula menjadikan media warna yang terang sebagai satu estetika dalam karya
mereka.

Anda mungkin juga menyukai