Anda di halaman 1dari 8

Pada tahun pengajian ini, saya sebagai guru pelatih semester 5, telah

menawarkan mata pelajaran gerak kerja kokurikulum yang merangkumi olahraga oleh
pihak Institut Pendidikan Guru kepada semua guru pelatih. Bagi kali ini, saya dan
semua guru pelatih semester 5 perlu mengikuti olahraga ini pada setiap hari selasa dari
pukul 8.00 pagi hingga 11:30 pagi bersama 12 unit yang lain. Melalui pembelajaran
subjek kokurikulum olahraga ini, banyak pengetahunan dan ilmu yang saya dapat.
Pengetahuan dan ilmu ini menjurus kepada cara kepegawaian mengelolakan sukan
atau pertandingan. Antara yang saya pelajari dalam tempoh masa 6 bulan ini ialah
lompat jauh, lari pecut, lari berpagar, lontar peluru, lompat tinggi dan lari berganti-ganti.
Dalam semester ini, saya dipantau dan dibimbing oleh En. Abdul Ramit Bin Sulaiman,
ketua Unit Gerko, IPG KTAA ini.

Perjalanan sesi kokurikulum olahraga ini bermula pada tarikh 07.01.2014, jam
lapan pagi di Padang Astaka IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan. Taklimat ringkas
mengenai sesi pengajaran di berikan oleh pensyarah-pensyarah dari unit Gerko yang
diketuai oleh En. Abdul Ramit Bin Sulaiman dan ikuti oleh Tuan HJ Saharom, En.
Saharudin dan En.Nik Zaidi bin Ismail. Walaupun ini sesi pertama pembelajaran bagi
subjek ini, banyak isu yang dibincangkan dalam taklimat kali ini. Antaranya ialah
mengenai penyediaan portfolio bagi bahan bukti perjalanan aktiviti kokurikulum
olahraga ini. Pakaian untuk semua guru pelatih diseragamkan dengan baju olahraga
yang baru dan identiti berdasarkan nombor diberikan bagi pemantauan yang berterusan
dan sistematik oleh para pensyarah. Selain itu, Sukan Kejohanan Olahraga Tahunan
juga dibincangkan. Aktiviti pada hari tersebut diteruskan juga dengan aktiviti larian
mengikut trek mengelilingi institut.

Pada sesi perjumpaan seterusnya, sejarah olahraga dibincang bersama secara


kuliah. Sejarah olahraga Malaysia dan Olahraga Antarabangsa telah dijelaskan oleh En.
Abdul Ramit Bin Sulaiman. Sejurus itu, saya mendapat tahu bahawa acara olahraga ini
bukanlah sesuatu yang baru di dunia sukan ini kerana kewujudannya telah merentasi
abad selepas masihi juga. Selain itu, En. Abdul Ramit Bin Sulaiman juga pada hari
tersebut telah memberitahu kepada semua guru pelatih mengenai acara-acara olahraga
yang perlu diikuti oleh semua guru pelatih bagi menguasai kemahiran – kemahiran asas
setiap acara tersebut. Selepas tamat sesi kuliah bersama En. Abdul Ramit Bin
Sulaiman, semua guru pelatih berkumpul bagi perbincangan untuk menganjurkan
Sukan Kejohanan Olahraga Tahunan di IPG KTAA. Dalam pada itu, setiap guru pelatih
diberikan amanah bagi menguruskan sukan tahunan ini dengan jayanya. Bagi
melicinkan lagi perjalanan sukan ini, pemilihan Jawatankuasa Kejohanan Olahraga
Tahunan diadakan. Dalam pada itu, Kejohanan sukan pada kali ini akan berlansung
dengan kepimpinan saudara Al Hafiz. Selain daripada itu setiap kelas dibahagikan
mengikut tugasan yang perlu disiapkan dalam pengendalian Kejohanan Olahraga ini.
Kelas saya iaitu unit Pendidikan Pemulihan mendapat tugsan sebagai ketua
pendaftaran bagi merentas desa serta AJK Hadiah dan Cenderamata bagi kejohanan
olahraga . Dalam pada itu saya ditugaskan sebagai Ketua pendaftaran dan AJK hadiah
dan cenderamata. Demikian itu saya telah mencari undang-undang dan peraturan
acara tersebut dan mengajinya untuk garis panduan saya ketika menjalankan tugas di
kejohanan sukan nanti. Bahan Undang – undang Olahraga (KOAM) juga turut diberikan
oleh pensyarah bagi tujuan pembelajaran.

Dalam sesi interaksi seterusya, saya didedahkan dengan acara trek iaitu, larian
pecut dan lari jarak sederhana. Pada kali ini, pelbagai teknik lari pecut
didemonstrasikan oleh En. Abdul Ramit Bin Sulaiman bagi tujuan pembelajaran kepada
saya dan guru pelatih yang lain. Postur badan semasa fasa permulaan, fasa pecutan
dan fasa tamatan telah dijelaskan oleh pensyarah. Seterusnya, satu pre test dijalankan
bagi mengukur tahap pembelajaran kami. Saya telah melakukan sesungguh yang
mungkin. Semasa mengikuti olahraga ini, saya mempelajari cara – cara mengajar dan
melatih pelajar untuk mengikuti sesuatu acara balapan. Saya dapat mempelajari latihan
- latihan ansur maju yang boleh membina kecekapan dan stamina murid untuk
mengikuti sesuatu olahraga. Di samping itu, saya juga dapat mempelajari cara untuk
mengukur dan membina balapan di padang rumput ataupun lebih dikenali sebagai
penyediaan trek. Bukan setakat itu sahaja, untuk acara lari jarak sederhana ujian awal
1200 m dilakukan. Dalam pada itu, pengukuran kadar nadi telah direkodkan bagi setiap
guru pelatih bagi mencatat dan mengecam rekod kemajuan setiap seorang. Saya yang
turut terlibat bersama telah berlari sejauh 1200 m dan merekodkan kadar nadi saya. Di
akhir sesi, pensyarah telah memberitahu beberapa perkara asas yang perlu diikuti oleh
pelari jarak sederhana.

Acara trek seterusnya iaitu lari berganti-ganti dan telah diajar pada sesi
kokurikulum kali ini. Pelbagai latihan anjur maju telah dipraktikan oleh saya dan semua
guru pelatih yang lain.Cara pemegangan beton dan pemberian beton amat ditekankan
oleh pensyarah dalam sesi pengajaran kali ini. Selain itu, peraturan am mengenai acara
lari berganti-ganti ini juga diajar bagi kefahaman saya dan yang lain untuk diteladani
apabila ditempatkan di sekolah kelak. Acara trek lari berpagar adalah acara trek yang
banyak menguji tahap keberanian dan kecekapan saya bagi menguasai kemahiran-
kemahiran asas dalam acara ini. Melepasi halangan hurdle ini, bagi saya amat
mencabar. Selepas menjalani kaedah latihan ansur maju, dapat juga saya lakukan
akhirnya. Di sini, saya sebagai bakal guru, telah mendapat kesedaran betapa
pentingnya latihan ansur maju bagi menguasai sesuatu acara sukan ini.

Setelah tamat acara trek selama 4 minggu berturutan, tiba masanya bagi
mempelajari acara padang pula. Dalam acara padang berunsurkan balingan, lontar
peluru di ajar. Acara padang ini berkhususkan kepada tahap pengajaran murid sekolah
rendah. Oleh itu, para guru pelatih hanya didedahkan kepada acara lontar peluru
sahaja. Manakala, acara rejam lembing dan lempar cakera tidak diikut serta. Dalam
sesi pembelajaran lontar peluru pelbagai gaya telah disyorkan oleh pensyarah bagi
para guru pelatih menguasainya. Antara gayanya adalah gaya berdiri, gaya gelungsur
dan gaya Parry O’Brien. Ketiga-tiga gaya ini memerlukan keseimbangan badan dan
cara lontaran yang tepat dengan pemilihan gaya. Dalam sesi ini, saya telah mahir
dalam gaya berdiri. Namun bagi saya, gaya gelugsur dan Parry O’Brien masih dalam
tahap pembelajaran kerana memerlukan tahap keseimbangan badan yang agak padat.
Pre test dilakukan oleh saya dan guru pelatih lain bagi membuktikan kefahaman kami
untuk tujuan semakan oleh pensyarah.
Pada sesi seterusnya, acara lompat jauh telah diajar oleh En. Abdul Ramit Bin
Sulaiman. Beliau mengajar secara berperingat. Peringkat pertama larian landas. Dalam
larian landasan, jarah jauh dari papan adalah kiraan langkah umur kita sendiri.
Peringkat seterusnya adalah lonjakan pada papan putih. Peringkat layangan dan
pendaratan juga turut ditegaskan oleh pensyarah untuk tujuan kekemasan gaya
lompatan yang dipraktikan. Pelbagai latihan ansur maju dilakukan bagi saya dan guru
pelatih lain untuk menguasai keseluruhan gaya lonmpat jauh ini.

Dalam acara padang, acara lompat tinggi adalah acara terakhir yang perlu
dikuasai. Oleh itu, pensyarah telah menjelaskan satu persatu skop pemarkahan dan
tahap keselamatan yang hendak dipatuhi ketika acara ini berlansung. Dalam acara
lompat tinggi juga mempunyai beberapa fasa. Antaranya adalah, larian landas, lonjakan
layangan dan pendaratan. Banyak cubaan telah dilakukan oleh saya sendiri bagi
menguasai kemahiran acara ini.

Penguasaan terhadap acara olahraga dilakukan pada sesi kokurikulum


manakala, kami guru pelatih sentiasa terlibat sepenuhnya dalam pengelolaan
Kejohanan Olahraga ini. Bagi langkah awal ke sukan, 11 MAC 2014, pada waktu
petang sukan tara dijalankan. Semua guru pelatih diwajibkan mengambil bahagian dan
menyumbangkan mata kepada rumah sukan masing-masing. Suka tara dijalankan
dengan jayanya selama seminggu berturut-turut.

Pada ketika itu, kertas kerja Kejohanan Olahraga juga telah diluluskan EN.
Jaafar b. Idris, SMP.,AMN. Pengarah IPGKTAA. Selain itu, mesyuarat pelaksanaan
sentiasa diadakan bagi tujuan pengelolaan Kejohanan Olahraga yang mantap dan
sistematik. Dalam pada itu, saya telah mendapat satu pengalaman dalam cara
penyediaan trek garisan di padang. Apabila kita lihat garisannya mudah tetapi dari segi
persiapannnya memang mengambil masa yang agak lama. Selain itu, pre merentas
desa juga telah dijalankan dengan mengelilingi trek sepanjang institut sebanyak dua
kali. Kehadiran semua guru pelatih IPGKTAA telah ditegaskan. Dalam pre merentas
desa, saya telah ditugaskan sebagai ketua pendaftaran.
Kejohanan Olahraga Tahunan telah dirancang untuk diadakan pada minggu
kedua bulan March. Walau bagaimanapun, segala persediaan awal telah pun kami
sempurnakan. Kerja- kerja persediaan olahraga tahunan telah disiapkan oleh setiap
bahagian yang ditugaskan. Pelaksanaan projek akan dilakukan pada tarikh yang
ditetapkan. Melalui pengalaman yang sudah saya ada pada penganjuran Kejohanan
Olahraga Tahunan ini, saya boleh aplikasikan semasa menguruskan sukan tahunan di
sekolah nanti. Walaupun di sekolah nanti keadaannya berbeza dengan di insitut
perguruan tetapi dari aspek pengurusan sukan sekolah keadaannya akan hampir sama.
Oleh itu, saya boleh menggunakan kemahiran sedia ada dalam pengurusan di samping
menambahkan ilmu untuk menjadi lebih baik dan berpengalaman lagi.
Apa yang ingin saya kongsikan bersama di kesempatan ini ialah mengenai
kebaikan yang saya perolehi sepanjang menjayakan program kejohanan olahraga
tahunan 2014 ini. Sepanjang program ini banyak manfaat yang saya perolehi dari
beberapa aspek. Pertama ialah sebagai penganjur dan sebagai guru pelatih di Institut
Pendidikan Guru ini membantu merapatkan hubungan antara saya pelajar dengan
tenaga pengajar iaitu pensyarah terutamanya pensyarah daripada Unit GERKO.
Sebelum melaksanakan sesuatu idea itu, kami penganjur akan bermesyuarat bersama
dengan pensyarah untuk mengemukakan pandangan itu dan meminta pendapat
pensyarah. Perbincangan akan selalu berlaku dan kami banyak merujuk kepada
pensyarah untuk setiap aktiviti yang ingin dijalankan. Secara tidak langsung, bukan
sahaja dapat kami dapat mengelolakan kejohanan ini dengan baik, mendapat ilmu yang
banyak dan berharga tetapi juga merapatkan hubungan baik antara kami dengan
pensyarah.

Saya dan ahli kelas saya yang lain, diamanahkan untuk mengendalikan tugas
sebagai ahli jawatankuasa pendaftaran, hadiah dan cenderamata. Keadaan ini
mengajar kami untuk bekerjasama dalam mengendalikan sesuatu tugas itu. Kerjasama
dapat dilihat melalui proses yang kami lakukan dari awal sampai kejohanan ini berakhir.
Langkah pertama kami menubuhkan organisasi kerja dengan diketuai oleh ketua kelas
dengan penolong ketua kelas, yang mana kami menubuhkan jawatankuasa kerja
seperti ajk bagi setiap acara yang diadakan. Keadaan ini adalah agar tugas yang
diamanahkan ini mudah untuk dikendalikan serta menggalakkan setiap ahli dalam kelas
untuk bekerjasama menjayakan tugas yang diamanahkan oleh ajk induk Kejohanan
Olahraga Tahunan ini. Keadaan ini memberi pengalaman kepada saya sebagai
seorang pengurus kerja yang baik serta memupuk sifat tanggungjawab yang tinggi
dalam diri.

Sepanjang Kejohanan Olahraga ini berjalan dari sebelum ia dilaksanakan,


semasa dan selepas ia akan dilaksanakan semuanya memberi manfaat dan kebaikan
kepada diri saya sebagai penganjur, ajk pelaksana dan sebagai guru pelatih. Saya
harap penganjuran yang serupa ini akan diadakan lagi pada masa hadapan sebelum
kami pelajar semester 5 menamatkan pengajian di insitut perguruan. Sesungguhnya
insitut perguruan ini menyediakan peluang menimba ilmu yang pelbagai bukan sahaja
dalam pelajaran, sukan tetapi juga dari aspek pengurusan.

Pada keseluruhan, kursus ini sangat berguna untuk dibawa ke sekolah. Ini
kerana sudah semestinya setiap sekolah akan mengadakan sukan setiap tahun.
Dengan adanya kursus ini kami diterangkan dengan terperinci dari sejarah, pengenalan
sukan, cara latihan yang sesuai, teknik-teknik yang betul pada setiap sukan olahraga,
peraturan-peraturan sukan olehraga, cara borang penilaiaan dan cara pemarkahan. Ia
diterangkan secara terperinci dan mudah difahami. Sebelum ini saya tidak jelas tentang
setiap sukan olahraga yang dijalankan. Dengan adanya kursus ini, saya tidak teragak-
agak lagi apabila nanti di arahkan untuk menjadi pegawai penilai untuk aktiviti di mana-
mana kejohanan yang dianjurkan oleh sekolah mahupun daerah.

Sebagai seorang guru pelatih yang mengambil olahraga ini dapat membantu
saya meningkatkan pengetahuan saya berkaitan dengan olahraga. Semasa mengikuti
olahraga ini, saya mempelajari cara – cara mengajar dan melatih pelajar untuk
mengikuti sesuatu acara balapan dan acara padang atau lebih dikenali sebagai
olahraga. Saya dapat mempelajari latihan - latihan ansur maju yang boleh membina
kecekapan dan stamina murid untuk mengikuti sesuatu olahraga. Di samping itu, saya
juga dapat mempelajari cara untuk mengukur dan membina balapan di padang rumput
ataupun lebih dikenali sebagai penyediaan trek. Sepanjang sesi olahraga ini, saya juga
telah mengetahui cara-cara pengelolaan sesuatu acara sukan mahupun acara
merentas desa dengan mengikuti prosedur yang betul dan selamat.
Terdapat juga kelemahan sepanjang kursus ini berlangsung. Antara kekangan
yang tidak dirancang ialah hari hujan. Bila hari hujan, padang becak dan aktiviti lontar
peluru di jalankan pada padang yang basah. Ini menyukarkan mempelajari teknik sebab
bola lontar peluru terbenam ke dalam tanah.

Kesimpulannya, sebagai seorang bakal guru pelatih aktiviti-aktiviti yang


dilakukan oleh saya dalam olahraga ini haruslah memberikan peluang pendedahan
dan pengetahuan terhadap pelbagai perkara baru seperti membina balapan di padang
rumput, manganjurkan kejohanan merentas desa , menganjurkan sukan dan cara
mengajar cara - cara melatih pelajar. Sebagai seorang bakal guru pengetahuan –
pengetahuan ini amat penting kepada saya untuk menjalankan tugas saya dengan
efektif di sekolah pada masa akan datang.

Kursus olahraga ini mendatangkan banyak kebaikan. Ia penting untuk kursus


PISMP. Akhir sekali, dengan kesempatan ini, saya ingin mengucapkan berbanyak-
banyak terima kasih kepada pensyarah En. Abdul Ramit Bin Sulaiman diatas segala
komitmen beliau untuk membimbing saya dalam kursus ini.

Sekian, Terima kasih.