Anda di halaman 1dari 10

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN -2018

QUE TEXTS NOTES


Hadirin yang dimuliakan,
KETIBAAN
TETAMU Majlis akan bermula sebentar lagi, untuk itu tuan-tuan dan puan-
puan serta hadirin sekalian diminta mengambil tempat di dalam
dewan.

Mengumumkan ketibaan......
KETIBAAN
PERASMI Yg Berbahagia,En Suhaimi b Mohamad, Pegawai Pendidikan
daerah Besut, dengan diiringi oleh Tuan Guru Besar,Pn.Norizam bt
Che Mahmood, Yang dipertua PIBG, En. Hasmadi b Hj Hassan, AJK
PIBG, Guru-guru penolong kanan dan dif-dif jemputan.
Semua hadirin diminta berdiri.

Majlis pada pagi ini akan dimulakan dengan nyanyian lagu


NYANYIAN Kabangsaan, Negaraku.
LAGU:
***nyanyian lagu negaraku***
NEGARAKU
Terima kasih diucapkan atas nyanyian lagu Negaraku itu tadi. Sidang
hadirin dipersilakan duduk.

UCAPAN Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum wbt dan salam


PENGERUSI sejahtera
MAJLIS
Kuntum melati tumbuh melata
Burung merbah di pohon cemara
Assalammualaikum pembuka bicara
Selamat datang untuk semua

Sayang selasih berisi minyak


Bunga cengkih di atas jerami
Terima kasih banyak- banyak
Sudi datang ke majlis kami

Yang Berbahagia
En. Suhaimi b Mohamad
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Besut
Merangkap wakil Pegawai Pedidikan Daerah Besut,
Tn Hj. Ab Halim b Hj Hasmadi

Yang berusaha
Pn Norizam bt Che Mahmood
Guru Besar SK Pusat Jerteh

Yang Dihormati
En Hasmadi b hj Hassan
Yang dipertua PIBG SK Pusat Jerteh

Yang berusaha
En Azmi b Abdullah
Guru Penolong kanan Pentadbiran SK Pusat Jerteh
Yang Berusaha
YM Tuan Sulaiha Azma bt YM Tuan Mustapha
Guru Penolong kanan hal ehwal murid SK Pusat Jerteh

Yang Berusaha
En Lokman b Yahaya
Guru Penolong Kanan kokurikulum SK Pusat Jerteh

Yang Dihormati
En Amran b Ibrahim.
Pegawai Perhubungan Sekolah

Yang dihormati
Guru-guru SK Pusat Jerteh, barisan AJK PIBG, para ibu bapa, murid-
murid , hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian

Selamat Datang ke:


Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan SK Pusat Jerteh tahun 2018

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga majlis bertambah seri

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur alhamdullillah


kerana dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-
sama berhimpun pada pagi ini untuk meraikan kejayaan anak-anak
kita dalam bidang akademik dan juga kokurikulum.

Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada


semua hadirin sekalian kerana sudi menghadirkan diri ke majlis ini
terutamanya kepada Yang berBahagia, En Suhaimi b Mohamad
kerana sudi meluangkan masa menghadirkan diri ke majlis kami ini.
Ucapan terima kasih juga kepada semua ibubapa yang sudi
meluangkan masa untuk memberi sokongan kepada anak-anak dan
pihak sekolah. Semoga usaha kita semua diberkati Allah. In Sha Allah.

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,


BACAAN AL-
QURAN: Bagi memberkati majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini,
marilah kita sama-sama mendengar alunan ayat-ayat suci Al-Quran
Adik Muhammad yang akan diperdengarkan oleh Adik Muhammad Azim Ukail b
Azim Ukail b Zulkifli. Beliau akan membacakan ayat 18 hingga 26 dari Surah Ar-
Zulkfli Rum
Dipersilakan.

******Bacaan ayat suci al-Quran*****

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih


kepada Muhd Azim Ukail di atas bacaan ayat-ayat suci Al-Quran itu
tadi. Untuk pengetahuan hadirin sekalian, Adik Azim Ukail merupakan
Johan Qari dalam Pertandingan Tilawah Al-Quran peringkat Zon
Jerteh 2018. Bacaan ayat suci al quran itu tadi adalah di bawah
bimbingan Tn Hj Abdul Razak b Mat ripin.
Sidang hadirin yang dihormati,
UCAPAN GURU
BESAR Majlis kita pada pagi ini akan diteruskan dengan menjemput Yang
Berusaha , Pn Norizam bt Che Mahmood, Guru Besar SK Pusat Jerteh
untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.

****Ucapan GB****

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar atas ucapan itu
tadi.

Kalau tuan pikat kenari


Jangan patahkan batang jerami
UCAPAN Kepada tuan sembah diberi
PPD/PERASMIAN Mohon rasmikan majlis kami

Kini majlis seterusnya mempersilakan pula Yang Berbahagia En.


Suhaimi b Mohamad, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Besut
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Hari
anugerah Kecemerlangan bagi tahun 2018 SK Pusat Jerteh. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

*****Ucapan perasmi****

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima


kasih kepada Yang Berbahagia En. Suhaimi B Mohamad atas
ucapan dan perasmian itu tadi.

Diharapkan dengan ucapan sebentar tadi dapat memberi


semangat dan dorongan kepada kita untuk bersama-sama
membantu pihak sekolah bagi melahirkan modal insan yang
berguna kepada agama, bangsa dan negara. Bak kata pepatah
“Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat.”

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,


PERSEMBAHAN 1
Majlis kita akan diserikan dengan persembahan bicara berirama oleh
BICARA murid –murid tahun 4 dan 5. Kumpulan ini akan mempersembahkan
BERIRAMA bicaranya yang bertajuk “GURU”. Mari kita sama-sama dengarkan.
“guru”

****bicara berirama***

Terima kasih diucapkan kepada Kumpulan Bicara berirama SKPJ di


atas persembahan itu tadi. Kumpulan ini berjaya menjadi johan
dalam Pertandingan Bicara Berirama Ko Akademik bahasa Melayu
Peringkat Zon Jerteh dan Tempat Ketiga dalam pertandingan Bicara
Berirama peringkat Daerah Besut pada tahun ini. Kenangan manis
tercoret lagi apabila konduktor kumpulan ini iaitu Adik Siti Nur Damia
Izzati bt Rosli di anugerahkan sebagai Konduktor Terbaik Bicara
Berirama Peringkat Daerah Besut.
Hadirin yang dihormati,

GRADUASI PRA Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih
SEKOLAH yang berterusan. Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti
membuahkan kejayaan dan kecemerlangan. Oleh itu, murid-murid
yang berjaya sepatutnya diberi penghargaan. Semoga ia akan
menjadi pencetus semangat untuk terus berjaya dalam mengejar
GRADUASI ilmu dan cita-cita.
TAHUN 6

PENYAMPAIAN Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil graduasi kepada murid-


TERBAIK UPSR murid pra sekolah dan tahun 6 2018, dan juga penyampaian hadiah
2017 Terbaik UPSR 2017.

Untuk itu, majlis menjemput Yang Berbahagia, En. Suhaimi b


Mohamad, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Besut dengan
diiringi oleh Pn Norizam bt che Mahmood. Tn Guru besar SK Pusat
Jerteh ke pentas untuk menyampaikan sijil graduasi kepada murid-
murid pra sekolah DAN Tahun 6. Dipersilakan.

Majlis penyampaian sijil graduasi Pra sekolah dimulakan dengan


anak-anak dari kelas Pra Taqwa 1. Dipersilakan...

****graduasi prasekolah****
***Kelas Pra Taqwa 1******
****Kelas Pra Taqwa 2****

Seterusnya adalah majlis penyampaian sijil graduasi Tahun 6 2016.


GRADUASI Majlis dimulakan dengan Tahun 6 Al-Biruni.Dipersilakan SENARAI
TAHUN 6: NAMA
******graduasi tahun 6*****
6 AL-BIRUNI
6 AL-FARABI Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Tn hj Ab halim b Hj
6 AL-GHAZALI Hassan, Ketua pegawai pendidikan daerah besut atas kesudian
6 AL-JAZARI menyampaikan sijil graduasi itu tadi.
6 AL-KINDI

PENYAMPAIAN Sidang hadirin yang dihormati, UPSR 2017 mencatatkan pencapaian


TERBAIK UPSR terbaik bagi Sek Keb Pusat Jerteh, di mana telah melahirkan 6 orang
2017 yang berjaya mendapat keputusan cemerlang 6A dan 8.orang 5 A.
Kejayaan ini membolehkan SKPJ mengekalkan rekod menjadi
sekolah terbaik Pencapaian 6A bagi sekolah-sekolah dalam zon
Jerteh selama 2 tahun berturut-turut.

Sebagai menghargai kejayaan dan kecemerlangan anak –anak ini,


pihak PIBG dan sekolah berbesar hati untuk memberi penghargaan
atas usaha yang ditunjukkan oleh anak-anak UPSR tahun 2017. Untuk
itu, dipersilakan.

*****SUMBANGAN PENGHARGAAN PIBG*****


Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahgia, En Suhaimi b
Mohamad atas kesudian menyampaikan sijil graduasi dan
penghargaan itu tadi.

BIODATA Sidang hadirin yang dimuliakan


TOKOH:
Pihak sekolah amat berbesar hati dan berbangga dengan
TERBAIK pencapaian cemerlang para pelajarnya yang gigih berusaha untuk
AKADEMIK mengharumkan nama sekolah. Kejayaan anak-anak ini terus
menyuntik semangat kami para guru untuk melahirkan lebih ramai
TERBAIK KO cendiakawan pada masa akan datang.
KURIKULUM (L
Acara seterusnya adalah acara penyampaian anugerah tokoh
TERBAIK KO- murid bagi kategori terbaik akademik, Anugerah terbaik Kokurikulum
KURIKULUM (P)) dan Anugerah Khas guru Besar.

ANUGERAH TERBAIK AKADEMIK


KHAS GURU
BESAR Bagi anugerah terbaik akademik, sekolah berbesar hati untuk
menobatkan Adik Wan Adibah bt wan Adnan sebagai Tokoh
**BACAAN anugerah tersebut. Dipersilakan Adik wan Adibah dan
BIODATA** ayahanda/bonda tercinta untuk tampil ke pentas’

**bacaan biodata***

TERBAIK KO-KURIKULUM LELAKI

Berikut akan dibacakan biodata bagi penerima anugerah terbaik


Kokurikulum Kategori Lelaki. Beliau yang bertuah menyandang
anugerah ini adalah Adik Marhaban B Mohd Ibrahim. Majlis dengan
sukacitanya mempesilakan Adik Marhaban bersama ayahanda dan
bonda untuk ke pentas utama. Dipersilakan.

***bacaan biodata**

ANUGERAH KHAS GURU BESAR & TERBAIK KO KURIKULUM PEREMPUAN

Bagi tahun 2018 ini, sekolah telah berbesar hati untuk


menganugerahkan tokoh Bagi Abugerah Khas Guru Besar kepada
Adik Nurlisa Awanis bt Riduan. Beliau juga turut di anugerahkan
dengan Anugerah Terbaik Ko Kurikulum Kategori Perempuan di atas
pencapaian istimewanya. Untuk itu, dipersilakan Adik Nurlisa Awanis
ditemani ayahnda dan bonda tercinta untuk ke pentas. Dipersilakan.

**bacaan biodata***

PENYAMPAIAN Untuk merealisasikan majlis penyampaian Anugerah Tokoh Murid,


ANUGERAH majlis dengan sukacitanya mempersilakan sekali lagi Yang
TOKOH MURID Berbahagia, En Suhaimi b Mohamad dengan diiringi tuan Guru Besar,
Yang Berusaha Pn Norizam Bt Che Mahmood untuk ke pentas.
Dipersilakan.
Bagi anugerah Terbaik Akademik, dipersilakan Adik Wan Adibah bt
Wan Adnan.

Seterusnya, Anugerah terbaik Kokurikulum Lelaki, Dipersilakan Adik


marhaban b Mohd Ibrahim.

Bagi Anugerah Khas Guru Besar dan Anugerah Terbaik Ko Kurikulum


Perempuan, majlis mempersilakan Adik Nurlisa Awanis bt Riduan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang berbahagia


En. Suhaimi b Mohamad, atas kesudian menyampaikan anugerah itu
tadi.

PENYAMPAIAN Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga
CENDERAHATI majlis mempersilakan Pn Norizam bt Che Mahmood, guru besar SK
VIP Pusat jerteh untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang
berbahagia, En Suhaimi b Mohamad, Timbalan Pegawai Pendidikan
Daerah Besut.

Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada En. Suhaimi b Mohamad


dan tuan Guru Besar atas penyampaian hadiah itu tadi.

Sesungguhnya, kesudian tuan hadir ke majlis kami merupakan satu


suntikan semangat buat kami warga SePuteh dan para ibubapa
untuk terus berusaha demi kecemerlangan anak-anak yang kami
kasihi. Terima kasih juga dicapkan kepada Tuan Guru Besar,
Pn.Norizam bt Che Mahmood atas kesudian menyampaikan
cenderahati itu tadi.

JAMUAN VIP Pihak majlis berbesar hati menjemput tetamu kehormat kita Yang
Berbahagia En. Suhaimi b Mohamad diiringi tuan Guru Besar dan dif
jemputan bergerak ke bilik sentuhan rasa untuk menikmati sedikit
jamuan.
Dipersilakan.

PERSEMBAHAN 2 Dari Jerteh ke negeri Perlis


Singgah bersantai di tepi jeti
TARIAN Persembahan menyusul memeriahkan majlis
Semoga hadirin terhibur di hati

Dengan itu, pihak majlis dengan sukacitanya mempersilakan


pasukan tari sekolah yang terdiri daripada anak-anak pelajar tahun 3
mempersembahkan rangkaian tari. Dipersilakan.

****tarian*****

Terima kasih diucapkan kepada pasukan tari sekolah atas


persembahan tarian itu tadi. Untuk makluman hadirin sekalian,
kumpulan ini dibawah bimbingan Pn Mamie Suhana bt mohd Nor
dan Pn Faridah bt Abd Rahman.
Sidang hadirin yang dikasihi,
PENYAMPAIAN
HADIAH: Majlis kita akan diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi
Anugerah NILAM,Terbaik LINUS tahun 1,2 dan 3, dan Hadiah
Penghargaan Khas Sekolah.
ANUGERAH
NILAM Untuk merealisasikan hasrat tersebut, majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan
ANUGERAH ..........................................................................................................................
LINUS ... dengan diiringi oleh
.............................................................................................. , bagi
PENGHARGAAN menyampaikan anugerah dan hadiah.
KHAS SEKOLAH
Anugerah NILAM

Untuk pengetahuan sidang hadirin sekalian, Nilam merupakan satu


program bagi menggalakkan murid-murid agar membudayakan
amalan membaca dalam kehidupan meraka.
Bagi anugerah NILAM

 Tahun 4 – Faten Salaeh bt Abd Fatah


 Tahun 5 – Nur Nadhirah bt Rokizariman
 Tahun 6 – Aina Husna bt Muhammad Hafiz

Anugerah Terbaik LINUS

Bagi Anugerah terbaik LINUS tahun 1, dipersilakan.......

Seterusnya, bagi anugerah terbaik linus tahun 2..dipersilakan...


-

Bagi anugerah linus tahun 3 . dipersilakan pula.....

Anugerah Khas Sekolah

Anugerah Khas Sekolah ini pula adalah marupakan sumbangan khas


dari pihak sekolah sebagai tanda terima kasih dan penghargaan
kepada murid yang pernah mewakili sekolah dalam sebarang acara
dan pertandingan ke peringkat negeri dan kebangsaan.

PERINGKAT KEBANGSAAN

Bagi Anugerah Khas Sekolah Peringkat Kebangsaan dipersilakan Adik


Nurlisa Awanis bt Riduan yang mewakili Kontigen Terengganu dalam
pertandingan Catur.

PERINGKAT NEGERI

Bagi anugerah khas sekolah Peringkat Negeri dalam bidang sukan


dan permainan dipersilakan pemain-pemain catur yang pernah
mewakili Daerah Besut ke Peringkat Negeri iaitu:
-Adik Muhamad adam harith bin ramlan
-adik huzaiman b mohd zaki
-adik wan ahmad nazim b wan mohd aminuddin
-adik nurlisa awanis bt riduan
-adik nur basirah alya bt rusdi

Bagi olahraga, dipersilakan atlet sekolah

-adik najihah salwa bt Hj abdul razak


-adik insyirah raihanah bt mohd basri

Dalam permainan bola jaring, dipersilakan

-adik wan nurfakhira imannina bt wan ismail


-adik fatina zulaikha bt Jainal abedin

Manakala , wakil pemaianan bola sepak ke negeri, dipersilakan

-adik marhaban b mohd ibrahim

Berikut adalah peserta dalam pertandingan terengganu Exxonmobil


mathematics innovation challenge (TexMix)

-nurlisa awanis bt riduan


-siti arisya bt md noor
-a’syiqah nazhirah bt mohd basri
Azfa fathi aiffa bt azha

Terima kasih diucapkan kepada


.............................................................................................kerana sudi
meyampaikan anugerah itu tadi.

PENYAMPAIAN PENYAMPAIAN HADIAH TUNJANG KATEGORI PRA SEKOLAH/


HADIAH; KEDUDUKAN TERBAIK DALAM KELAS TAHUN 1- 6, TERBAIK
MATAPELAJARAN TAHUN 1-6/ KEDUDUKAN TERBAIK ALIRAN TAHUN 1 -
6
ANUGERAH
TERBAIK Sidang hadirin sekalian,
TUNJANG
(KATEGORI PRA Hari anugerah kecemerlangan yang diraikan saban tahun ini, antara
SEKOLAH) lain mengundang objektif untuk menjadi paksi kepada para pelajar
bagi mengukir kecemerlangan dalam segenap bidang pendidikan
KEDUDUKAN terutamanya dalam peperiksaan dan dalam kokurikulum.
TERBAIK DALAM
KELAS TAHUN 1 Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah bagi Anugerah
HINGGA 6 terbaik tunjang kategori pra sekolah, kedudukan terbaik dalam kelas
tahun 1 hingga 6, terbaik matapelajaran tahun 1 hingga 6 dan
TERBAIK kedudukan terbaik aliran tahun 1 hingga 6.
MATAPELAJARA
N Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
TAHUN 1 ..........................................................................................................................
HINGGA 6 ... dengan diiringi oleh ................................................ , bagi
menyampaikan anugerah dan hadiah.
KEDUDUKAN
TERBAIK ALIRAN
TAHUN 1 ***kedudukan terbaik Tunjang kategori Prasekolah*****
HINGGA 6 ***Kedudukan terbaik Dalam kelas Tahun 1, 2 dan 3****
***hadiah terbaik matapelajaran tahun 1,2 dan 3***
***kedudukan Terbaik aliran tahun 1, 2 dan 3****

Terima kasih diucapkan kepada ........................................................di


atas kesudian menyampaikan hadiah-hadiah itu tadi.

Hadirin dan hadirat yang dikasihi,


PENYAMPAIAN
HADIAH:
Majlis seterusnya adalah majlis penyampaian hadiah bagi Anugerah
ANUGERAH 8A 8A upkk untuk tahun 2016 dan terbaik Kafa untuk tahun 1 hingga 6
UPKK 2016
Untuk menyempurnakan majlis, dipersilakan
TERBAIK KAFA; ................................................................dengan diiringi
TAHUN 1-6 ,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,ke pentas. Dipersilakan.

Bagi Anugerah 8A UPKK 2016 ..dipersilakan

***20 orang***

Seterusnya, Bagi terbaik kafa tahun 1, dipersilakan............................

***Terbaik KAFA Tahun 1-6*

Terima kasih di ucapkan kepada


...............................................................atas kesudian menyampaikan
hadiah itu tadi.

Bersyukur kini kami panjatkan


BACAAN DOA Majlis anugerah telah disempurnakan
Sekalung penghargaan kami hulurkan
Segulung tahniah kami ucapkan

Dengan berakhirnya acara tadi maka berakhirlah majlis kita pada


hari yang penuh barokah ini. Sebelum menutup tirai majlis kita pada
hari ini, marilah sama-sama mengaminkan bacaan doa penutup
yang akan dibacakan oleh oleh al fadhil ustaz tn hj abu suhaimi b
yaacob. Dipersilakan.

***bacaan doa penutup***

Terima kasih diucapkan kepada Tn Hj Abu Suhaimi b Yaacob di atas


bacaan doa penutup itu tadi.
PENUTUP/ Majlis berakhir penuh syafaat
BERSURAI Menjadi ingatan Sepanjang zaman
Amalan sepakat membawa berkat
Hidup beramal bertunjang iman

Dengan ini berakhirlah sudah majlis anugerah kecemerlangan SK


Pusat Jerteh bagi tahun 2018. Tahniah dan syabas sekali lagi
diucapkan kepada seua penerima hadiah dan anugerah.

Mudah-mudahan kejayaan anda akan menjadi sumber inspirasi


kepada rakan-rakan anda agar terus berusaha untuk meraih
kecemerlangan di masa hadapan.

Majlis turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kerjasama


dan kprihatinan para ibubapa yang sanggup meluangkan masa
sehingga majlis ini berjalan dengan lancar.

Madah diungkap santun bicara


Pantun dilantun mengusik hati
Salah dan silap tutur bicara
Pohon diampun seikhlas hati

Bagi pihak majlis, kami menyusun 10 jari seandainya terdapat


sebarang kekurangan sepanjang kami mengendalikan majlis ini.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah swt dan
kekurangan itu wujudnya daripada kelemahan kami sebagai
makhluk Allah bernama insan.

Sekian, wabillahittaufiq wal hidayah wassalammualaikum wbt.

Semoga berjumpa kembali di tahun hadapan.

Anda mungkin juga menyukai