Anda di halaman 1dari 4

COOL BLOCK technology

Lightweight Concrete Block

COOL BLOCK technology

Lightweight Concrete Block

Kebaikan dan Kelebihan Cool Block


- Jimat (kos keseluruhan binaan)
- Ringan
- Penebat haba yang cemerlang
- Kalis api ( > 4 jam)
- Penyerap suara yang baik
- Kekuatan mampatan yang tinggi
- Penyerapan air yang rendah
- Suhu dalam rumah yang dingin
- Dinding tidak mudah berkulat
- Mudah diikat dan diplaster

Cool Block merupakan foam concrete block atau


blok konkrit ringan generasi ke-3 yang dicipta di Er-
opah lebih dari 80 tahun lalu. Blok ini mempunyai
banyak kelebihan jika dibandingkan dengan bata
biasa sehingga berjaya menarik perhatian pemaju
di Eropah. Sekarang dianggarkan 3 daripada 5 buah rumah baru yang dibina di Eropah, terutamanya di
Germany, Sweden, dan U.K dibina dengan menggunakan blok konkrit ringan.
Di Malaysia, blok konkrit ringan ini telah diiktiraf oleh kerajaan dengan penyenaraiannya sebagai bahan
binaan IBS (Industrial Building System) dan penggunaannya juga digalakkan melalui sistem Green Building
Index (GBI) yang memberikan insentif kepada pemaju-pemaju yang menggunakannya.
Kilang Cool Block telah dibuka di atas sebidang tanah seluas 5 ekar di daerah Tanah Merah, Kelantan.
Lokasinya yang strategik membolehkan blok dibekalkan terus kepada pelanggan dalam masa yang singkat
dan dengan harga yang murah. Kilang ini juga telah dilengkapi dengan teknologi canggih dan terkini yang
diimport dari Germany bagi memastikan kualiti blok yang tinggi dan sentiasa terkawal.
COOL BLOCK technology

Lightweight Concrete Block

Kebaikan & kelebihan Cool Block

Penebat Haba Yang Baik


Cool Block mengandungi berjuta mikro-sel udara yang berfungsi sebagai ajen penebat haba yang
cemerlang. Hasil kajian kami menunjukkan haba matahari mengambil masa lebih dari 8 jam untuk
menembusi dinding Cool Block. Kelebihan ini dapat memasti-
kan suhu di dalam rumah kekal nyaman
walaupun suhu di luar mencecah lebih
daripada 40°C. Untuk menyaingi kadar
penebat Cool Block, bata merah me-
merlukan ketebalan dinding sebanyak
3.5 kali ganda atau 35 cm lebih tebal.

Penjimatan kos Binaan


1 biji Cool Block = 8.5 biji bata biasa, tetapi
mempunyai berat hanya 1/3 daripada berat
keseluruhan bata biasa. Saiz Cool Block
yang lebih besar dan ringan membolehkan-
nya diikat dengan lebih cepat dan mudah,
seterusnya menjimatkan masa dan kos
tenaga buruh. Ketepatan ukuran Cool
Block juga dapat memastikan dinding mu-
dah diplaster dan ketebalan plaster dapat
dikurangkan kepada 6-10mm, berbanding
dengan bata biasa iaitu 15-25mm. Di samp-
ing itu, Cool Block juga menggunakan si-
men biasa untuk proses pengikatan dan pemplasteran, berbeza dengan AAC block (blok ringan putih)
yang perlu menggunakan simen khas atau simen gam yang harganya berkali ganda lebih mahal.

Tahan Api
Cool Block dibuat tanpa menggunakan bahan organik, menjadikannya tidak boleh terbakar. Di samping
itu, berjuta mikro-sel udara dalam Cool Block juga dapat
membantu menahan api daripada merebak menembusi
dinding. Ujian yang telah dilakukan di beberapa buah
negara mengikut piawaian ASTM, termasuk ujian yang
dibuat oleh Sirim Malaysia menunjukkan dinding sete-
bal 100mm yang didirikan dengan menggunakan foam
concrete block dapat menahan api sehingga lebih dari
4 jam, melebihi spesifikasi 2 jam yang ditetapkan oleh
Bomba Malaysia.
COOL BLOCK technology
technology

Lightweight Concrete Block

Kebaikan & kelebihan Cool Block

Penyerapan Air yang rendah


Cool Block mempunyai daya penyerapan air yang paling
rendah berbanding dengan bata jenis lain yang terdapat
di pasaran, iaitu cuma 14% daripada jumlah penyerapan
air oleh bata merah. Penyerapan air yang rendah dapat
menghalang dinding daripada ditumbuhi lumut dan kulat,
seterusnya meningkatkan jangka hayat cat.

Penyerapan Suara YANG BAIK


Kadar penyerapan suara atau Acoustic absorption coefficient oleh dinding foam concrete
pada densiti 750 Kg/m³ adalah sekitar 0.35, bersamaan dengan Acoustic Plaster yang
digunakan khas untuk bilik kedap suara. Kadar penyerapan suara Cool Block yang baik
membuatkannya amat sesuai digunakan sebagai dinding luar dan dinding pemisah bilik.

Kekuatan MAMPATAN YANG TINGGI


Cool Block mempunyai kekuatan mampatan atau compressive strength yang
tinggi, mematuhi piawaian MS 2282-3:2010 yang ditetapkan oleh Sirim untuk
non-load bearing wall. Kekuatan blok ini akan terus meningkat seiring dengan
jangka hayatnya seperti bahan konkrit yang lain. Dalam pada itu, kekuatan Cool
Block juga boleh diubah mengikut kehendak pelanggan bersesuain dengan
projek, sehingga boleh mencapai standard load bearing.

Kemudahkerjaan
Cool Block boleh dipotong dengan gergaji biasa, boleh
dipaku, dan diskrew seperti kayu. Ini dapat mempercepat
dan memudahkan kerja di samping mengelakkan pembaziran.

RINGAN
Cool Block mempunyai berat yang amat rendah iaitu cuma
1/3 daripada berat keseluruhan bata biasa. Kelebihan ini
membolehkan pemaju menjimatkan kos pembinaan asas dan
struktur bangunan yang menyumbang kepada sebahagian
besar kos keseluruhan binaan. Di samping itu, Cool Block
juga dapat diangkut dan diikat dengan lebih mudah dan cepat,
justeru menjimatkan kos pengangkutan dan tenaga buruh.
COOL BLOCK technology

Lightweight Concrete Block

Spesifikasi Dan Perbandingan Cool Block Dengan Bata Merah dan AAC Block
Diskripsi Ulasan Bata Merah AAC Block Cool Block
Dimensi mm 215 x 65 x 102 600 x 200 x 100 600 x 200 x 100
Kuantiti Biji 8.5 1 1
Densiti Kg/m³ 1900 500 - 650 800
Berat kg 2.7 6-8 9 - 11
Serapan Air * % 15 - 20 24 - 35 <5

Compressive Strength N/mm² 4-7 2.7- 5.0 > 2.0


R Value m².K/W 0.13 0.77 0.55
Tahan api Jam 2 4 4
Ikat & Plaster Jenis simen Biasa Khas ** Biasa
* Rendaman 10 cm cube dalam air selama 24 jam
** Simen biasa boleh menyebabkan retakan pada dinding dalam jangka masa panjang

Senarai contoh projek yang menggunakan foam concrete block untuk dinding dalam dan luar:
• KL Sentral Hotel, Hilton & Le Meridien - Kuala Lumpur
• Vista Bay Apartments (19 tingkat) - Butterworth, Penang
• Dell Asia Pacific - Bayan Lepas, Penang
• Air Asia LCCT Airport - Sepang
• Bangunan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia - Kota Bharu, Kelantan
• Capital Square Condominiums (39 tingkat) - Kuala Lumpur
• Tesco Extra - Seberang Prai, Penang
• Rumah Terrace 2 tingkat (259 unit), rumah Terrace 3 tingkat (137 unit) - Batu Kawan, Penang
• Program Rumah Mesra Rakyat (RMR1M) di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)
• Rumah burung walet dan lain-lain lagi .....

COOL BLOCK TECHNOLOGY SDN. BHD. (916865-V)


PT. 1012, Mukim Tebing Tinggi,
Jalan Jeli,
17500 Tanah Merah,
Kelantan.
Tel: 019-3344011 / 010-9113939
Fax: 09-9556806
Email: sales@coolblock.com.my

www.coolblock.com.my

Anda mungkin juga menyukai