Anda di halaman 1dari 22

Pandangannya sedikit pun tidak beralih pada hamparan laut di

hadapan. Matanya terus memandang dengan jiwa yang kosong.


Kedengaran desiran ombak kecil yang menghempaskan diri ke
pantai sambil bertemankan keriuhan suara tetamu-tetamu sang
laut. Bibirnya menguntum senyuman kecil tatkala terpandang
anak lelaki kecil yang sibuk mengutip anak-anak siput di sekitar
pantai.

Berdiri di sebelahnya seorang lelaki yang mengekori setiap


langkah anak kecil di hadapannya. Mungkinkah ayahnya? Tapi
masakan terlalu muda? Mungkin juga abang kepada anak comel
itu? Mungkin...

Ah, tidak semena-mena tangisan membasahi wajah Cahaya.


Lantas pandangan dijatuhkan pada perutnya yang ditutupi baju
labuh, kian membesar setiap waktu. Tidak berayah, tiada siapa,
kecuali Cahaya yang putus asa. Airmatanya mengalir deras,
jantungnya berdegup kencang. Kakinya lantas mengorak langkah
dan terus mara setapak demi setapak.

"Adi, you dah janji nak kahwin dengan I ? Takkan you nak biar I
macam ni?"

"Hey perempuan.. aku nak letak muka aku kat mana kalau aku
kahwin dengan kau? Entah-entah dia bukan anak aku.. entah
jantan mana punya pasal aku pula jadi mangsa."

"Sumpah Adi, I tak pernah buat kat orang lain. Apa ni? Mana janji-
janji you selama ni? Gara-gara you, I pregnant sampai dibuang
keluarga. Gara-gara I cintakan you lah I jadi macam ni."

"Oh... kau ingat bila keluarga kau dah buang kau, kau boleh suka-
suka tinggal dengan aku? Sorry ... aku pun tak nak nasib sama
dengan kau.. aku masih muda lah Cahaya. Takkan aku nak jaga
anak pulak?"

"So, you memang tak cintakan I lah? Selama ni you just main-
mainkan I?"
"Bukannya masalah aku... kau yang terlalu percaya sangat. Dasar
perempuan murah."

"Apa you kata? Eh,Adi...sedarlah diri sikit, kalau you kata I


perempuan murahan, you pun lelaki murahan, takde beza."

"Baguslah kalau kau dah kata macam tu.. sebab lelaki yang kau
kata murahan ni langsung takde hati kat perempuan murahan
macam kau. Sekarang baik kau pergi mampus dengan anak
sialan kau tu."

"You yang bawa sial kat I. Kurang ajar punya jantan. You dah
musnahkan hidup I. Bodoh!"

Kereta dipacu laju dan meninggalkan Cahaya yang terkulai


dengan seribu tangisan. Peristiwa yang baru beberapa jam
berlalu, masih terasa bahangnya dalam jiwa. Gejolak dalam
hatinya tiada siapa yang peduli. Papa?Mama?Ah...semuanya
meninggalkannya terkapai-kapai lemas dalam luka yang
ditanggungnya. Penyesalan yang kini memakan dirinya. Kini,
hanya ditemani denyutan bayi yang tidak diminta hadirnya.

Langkahnya terus mara melangkah setapak ke hadapan,


ditemani bayi hasil daripada taburan janji cinta palsu lelaki
hipokrit. Mara setapak lagi dan kini air mula membasahi separuh
betisnya. Tangisan dan sedu terus mengiringi aturan langkahnya .
Semakin lama jasadnya dibasahi air mata dan menenggelami
lebih separuh tubuhnya. Nyawanya kini bagai tiada nilai. Kini
yang ada di sudut jiwa dan fikiran hanyalah mahu menemui
kematian. Biar laut menjadi saksi kedukaan sang pencinta yang
berdosa. Biarlah laut melemaskan jasadnya sebagaimana cinta
melemaskan seluruh jiwanya. Cahaya memejamkan mata.

'Tiada gunanya hidup lagi anakku, saat dunia membenci


kehadiranmu. Maafkan ibu.'
Cahaya menarik nafas sedalam-dalamnya dan berharap nafas
itulah yang menjadi titik noktah dalam hidupnya. Biarlah aku
pergi...
Pergi dari kelukaan...
Pergi dari semuanya...

Tiba-tiba tubuhnya disentap dari belakang dan ditarik keluar dari


isi lautan, tidak semena-mena dia terbaring di tepi pantai.
Cahaya bernafas tercungap-cungap. Sementara lelaki yang basah
kuyup dihadapannya memandangnya dengan pandangan tajam.
Titisan air dari rambutnya masih menitis dan jasadnya benar-
benar bermandikan air laut petang itu. Kenapa saat-saat dia
mahu membunuh diri pun masih ada halangan yang menerpa?

"Awak, banyak lagi cara lain nak selesaikan masalah, tapi bukan
dengan cara ni. Awak patut fikir kesihatan bayi dalam kandungan
awak tu. Jangan kerana kebodohan awak, anak yang tak
bersalah pun menanggung sama."

Suara yang dilontarkan dari bibir pemuda itu menambahkan lagi


hirisan luka dalam jiwanya. Jeritannya yang berbaur kemarahan
tetapi masih berlapiskan kesedaran.

"Senanglah awak cakap, bukan awak yang menanggungnya. Saya


yang rasa, saya yang merasai kesakitan ni, saya dah tak ada
sesiapa lagi, jadi apa bezanya kalau mati sekalipun?" Bentakku
melontarkan rasa yang terpendam di hati. Perkataan 'mati' itu
sengaja ditekankan sebutannya.

"Ya...saya faham. Saya tak rasa semua kesakitan awak, tapi saya
dapat rasakan kesedihan anak yang awak kandung tu. Allah dah
berikan dia nadi dan kasih sayang dari awak, tapi ibunya sendiri
yang ingin membunuhnya. Anak mana yang mampu terima semua
tu? Awak silap kalau awak rasa mati lebih baik."

"Huh...awak ingat saya kisah semua tu? Pergi jahanamlah


ceramah awak tu."

"Saudari, saya tiada niat sedikit pun nak menzalimi saudari, niat
saya cuma nak membantu. Seandainya awak menolak niat baik
saya, sekurang-kurangnya benarkan anak dalam kandungan tu
menerimanya. Itu saja saya mahukan daripada awak."
"Kenapa awak ambil peduli dengan anak dalam kandungan ni?
Awak bukan ayahnya. Ayahnya sendiri tidak mengaku, apa lagi
orang luar yang baru saya kenali? Lagipun, untuk pengetahuan
awak...bayi dalam kandungan ni anak yang akan lahir tanpa
perkahwinan yang sah. Orang kata anak haram. Melahirkan anak
ni samalah menambahkan lagi kedukaan kepada anak ni."

"Anak dalam kandungan tu tak bersalah. Anak tu tetap lahir


dalam keadaan suci. Bertaubatlah saudari, Allah masih memberi
kasih sayangnya dengan memberikan awak nyawa untuk terus
hidup dan nafas untuk terus kekal dalam dunia yang sementara
ni. Saya peduli anak tu sebab..."

Katanya terhenti di situ. Cahaya mengangkat kening meminta


kata-kata lelaki itu diteruskan. Dia mula meragui keikhlasan
lelaki dihadapannya. Malangnya, ketika itu muncul kelibat budak
lelaki comel tadi menerpa ke arah lelaki itu dan memegang erat
tangannya. Mata budak itu merenung Cahaya. Renungan yang
menghantar rasa sebak di ruang hati Cahaya.

"Abang tak nak ajak kakak ni balik sama ke? Kesian dia
bang...jom la kita balik, nanti umi marah pula."

Gesa budak itu sambil terus menarik tangan Cahaya. Saat itu
Cahaya hanya mampu menurut, terdiam dan terpana dengan
tindakan anak kecil itu. Budak lelaki itu terus tersenyum sambil
kedua-dua belah tangannya berpaut pada genggaman tangan
Cahaya dan lelaki tadi. Cahaya terkedu namun membiarkan
sahaja langkahnya menuruti mereka.

*****

Niatnya untuk menyatakan kemaafan pada lelaki itu terpadam


lagi. Kelibat lelaki itu tidak kelihatan di rumah. Kemana agaknya
Adam dan Aiman pergi saat-saat malam begini? Cahaya resah.
Dirinya tidak dapat duduk betah. Sekejap menghadap ke kiri,
sekejap menghadap ke kanan. Sekejap bangun menuju ke pintu
dan sekejap lagi dia duduk kembali ke katil. Tanpa disedarinya
tingkah lakunya diperhatikan umi.
"Kenapa nak? Tak selesa ke?" Umi yang bertelekung duduk di
sisi Cahaya.

"Tak de la makcik. Bukan macam tu.." Bagaimana harus ku


luahkan pada Umi tentang niatku?"

"Umi lihat dari tadi Cahaya mundar mandir dalam bilik. Anak
sakit?"

"Tak, makcik."

"Panggil saja umi, kan lebih senang. Ya tak ya, anak ni namanya
siapa?"

"Cahaya."

"Nur ke Nurul?"

"Tak...Cahaya Danisha."

"Subhanallah, cantik nama tu. Cahaya.."

Cahaya tersenyum hambar, seakan nama itu amat bertentangan


dengan dirinya yang baginya sudah kehilangan cahaya. Cahaya
hidup, cahaya cinta. Kedua-duanya telah hilang cahayanya.

"Eh, kalau Cahaya nak solat, telekung ada atas meja tu. Umi dah
suruh Aiman letak kat situ tadi."

"Solat? Solat apa?"

"Solat maghrib? Solat lima waktu?" Soalannya tadi dijawab


dengan soalan dari umi.

'Ah, yang aku tahu cuma solat lima waktu, tapi maghrib tu solat
ke berapa, niat solat, malah wudhu' pun Cahaya tidak tahu.'
Cahaya tunduk dan berasa dirinya dihempap soalan yang
mengunci lidahnya. Keluarganya selama ini tidak
menitikberatkan soal agama. Bagi mereka syahadah itu sudah
cukup membuktikan mereka Islam. Cahaya dihantar ke sekolah
aliran Cina. Sekolahnya tidak mewajibkan para pelajar mendekati
ilmu agama secara praktikal. Cukuplah dengan menghafal teori
dan dia kerap kali terkeliru dengannya. Memang sepatutnya
agama itu bukannya pelajaran teori. Tetapi pelajaran yang harus
hadir bersama akal dan hati. Perlu dihayati dan diamalkan.

"Umi...Cahaya tak pernah solat. Bukankah solat itu dilakukan


bagi yang bersedia sahaja?"

"Masya Allah...bila agaknya Cahaya rasa bersedia untuk solat?"

"Entah...Cahaya tidak pandai solat umi. Selama ni Cahaya tidak


pernah diajak ataupun disuruh solat. Tapi Cahaya tahu Cahaya
orang Islam. Cahaya tahu ucap syahadah."

"Islam bukan hanya pada mengucap syahadah, tapi


mengamalkan maksud disebalik syahadah tu. Tapi Umi tak
salahkan kamu...sekarang ni Cahaya belajar dengan umi, ya? Kita
belajar perlahan-lahan."

Cahaya menganguk dan tidak semena-mena tangisan keluar dari


matanya. Umi didakapnya sebak. Di mana lagi harus aku cari
insan yang tidak mempertikaikan kejahilan dalam dirinya dan
terus memandangnya sebagai hamba Allah yang benar-benar
memerlukan hidayah. Ya Allah...sesungguhnya semua ini
mempunyai hikmah.

*****

Usai solat maghrib berjemaah berimamkan Adam, Cahaya


mengambil masa untuk membaca Tafsir Al-Quran milik Adam di
atas meja bilik itu. Dia masuk ke dalam bilik dan mula membaca
Tafsir Al-Quran tersebut.

Bacaan surah Al-Insyirah dibacanya walaupun masih tersekat-


sekat. Diulangi dan dibacanya lagi secara perlahan-lahan.
Sehingga ayat 5 dan 6.

"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,


sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan."
Bacaan cahaya terhenti sebentar. Mengamati makna bacaan
surah Insyirah. Hatinya tiba-tiba sahaja diruntun kesedihan yang
teramat. Lantas diulang ayat 5 dan ayat 6 itu diiringi tangisan
kecil. Setelah itu, disudahkan bacaan dengan bacaan Al-fatihah
dan selawat nabi yang diajarkan umi kepadanya. Perlahan-lahan
kitab kecil itu ditutup, diangkat dan dicium ke dahi. Telekungnya
bertemankan air mata pada malam itu. Ayat itu benar-benar
meresap ke dalam jiwanya. Membelai hatinya yang gelisah.
Lantas dia keluar dari bilik menuju ke ruang tamu.

Adam dilihat termenung memandang skrin komputer riba di


hadapan sambil Aiman khusyuk membuat kerja sekolahnya.
Cahaya perlahan melangkah membawa kandungan yang telah
berusia empat bulan. Dia duduk di kerusi hujung. Jauh sedepa
dari Adam.

"Eh, Cahaya? Tak tidur lagi ke?"

"Tak mengantuk lagi." Cahaya mencari kelibat umi. Mungkin


sudah masuk tidur agaknya.

"Awak nak guna tak?"

Ujar Adam sambil menunjukkan komputer ribanya. Lantas dia


memberi ruang dan duduk di kerusi sebelah Aiman. Cahaya
sekadar menggeleng.

"Takpe...awak gunalah dulu, saya ke dapur buat air. Awak nak


minum air Milo tak?"

"Eh, tak perlulah susah-susah. Saya boleh buat sendiri."

"Tak pe, tak susah pun, cuma letak Milo, gula dan bancuh air
panas. Siap. Senang je kan?"

Cahaya tergelak kecil mendengar jawapan Adam. Aiman pula


mengangkat muka memandang wajah abangnya.

"Abang...air Milo satu lagi untuk Aiman."


"Amboi! nak jugak. Baiklah Man..." Aiman tersenyum manis.
Cahaya mula mengangkat tubuhnya dan duduk menghadap skrin
komputer riba Adam. Kelihatan laman sosial 'Facebook' dan profil
milik Adam terpampang di skrin. Satu persatu dibacanya. Adam
Hafizy. Gambar anak palestin dijadikan gambar profil. Lantas
matanya beralih ke status Adam.

'Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa


(seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang
beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk
menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar);
dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
(At-Tagaabun:11)

Indah. Terlalu indah ayat Al-Quran yang menjadi status Adam di


saat itu. Hatinya terus melagukan zikir.

Sebak di dada Cahaya sehingga matanya mula digenangi titisan


berkaca. Semua yang berlaku dengan izin Allah atas kelemahan
dirinya. Betapa sebelum ini dia buta pada syahadah yang
dilafaznya. Betapa rugi dirinya tidak mengenal 'alif ba ta' pada
usia muda. Betapa malang dirinya menggadaikan cinta pada
nafsu dunia.

Astaghfirullahal'azim..ampunkan hambaMu ya Allah..

"Ini air Milo untuk awak dan ini untuk Aiman. Tapi Aiman siapkan
dulu kerja sekolah tu."

Air Milo panas diletakkan atas meja makan yang jauh sedikit dari
ruang tamu. Adam duduk di situ sambil memerhatikan Cahaya
dari jauh.

"Terima kasih, abang." Ujar Aiman sambil matanya tidak lari dari
buku teks sekolah di hadapannya. Dia begitu leka menulis.

Cahaya berdiri dan duduk berhadapan dengan Adam.


"Terima kasih, awak." Suara Cahaya perlahan keluar di bibirnya.
Membaca basmallah dan menghirup air Milo panas. Adam hanya
tersenyum dan turut meneguk minumannya.

"Cahaya ada facebook tak?"

"Ada." Jawab Cahaya. Pendek.

"Cahaya add la saya..log out je account saya tu."

"Awak tak nak guna ke?"

"Takpe...saya memang nak biar awak guna. Takut awak bosan


nanti, pergilah."

Kalau boleh biarlah Cahaya duduk sahaja di situ. Bukan apa, dia
sememangnya hilang minat untuk melayari laman sosial
'Facebook'. Tapi disebabkan Adam mahu dirinya di tambah
sebagai rakan, terbuka juga langkah dan niatnya untuk
mengemaskini akaun profil laman sosial itu.

Sebaik sahaja log in ke akaun Cahaya berjaya, terpampang


gambar dirinya dan Adi tersenyum berpegangan tangan bersama.
Hatinya terasa seperti dicucuk besi panas. Sakit hatinya apabila
melihat profil dihadapannya. Dengan segera dia memadam
semua album lama bersama Adi, dan menukar gambar profilnya
kepada apa-apa sahaja gambar simpanan Adam di komputer riba
itu. Kalau gambar bunga atau gunung sekalipun dia tidak kisah.
Biarlah...Asalkan bukan gambar jantan tak berhati perut itu.
Setelah itu dia menghilangkan kewujudan 'jantan' itu dari senarai
rakannya. Puas...

Biar sejarah itu terpadam di ingatan dan di mana-mana sahaja.


Mengingatinya menambahkan lagi rasa benci di hati,
menghilangkan ketenangan dalam diri. Dia mahu segera
melupakan ingatan pahit yang pernah hadir dalam hidupnya.

Kali ini bibirnya mengukir senyuman. Senyuman kemenangan


apadila berjaya membersihkan memori hitam daripada profilnya.
Lahirlah Cahaya yang baru. Cahaya Danisha. Status...single, tag
pada profilnya 'Islam is the light'.Statusnya:
"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,
sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.(Al-
Insyirah )"

Bibirnya tersenyum lagi. Surah Al-Insyirah ayat 5 dan ayat 6 itu


menjadi status pada halamannya. Sungguh, dia benar-benar
cintakan ayat daripada kalam suci Al-Quran. Matanya beralih
sebentar melihat kelibat Adam yang duduk di meja makan, Adam
begitu khusyuk dengan buku di tangannya. Entah buku tebal
apakah yang dipegangnya. Lantas pandangan dialihkan pula pada
Aiman yang kini sedang menikmati air Milo.Tentu kerja
sekolahnya sudah siap. Terleka benar dia dengan facebook ini.
Hilang mengantuk dibuatnya. Patutlah remaja sekarang aktif
dengan laman sosial paling popular ini. Malah mereka
menganggapnya sebagai 'open diary' hidup mereka.

Tiba-tiba, idea menjelma saat terpandang Adam tadi. Lantas


jarinya menekan satu klik pada butang mesej. Jarinya ligat
menekan kekunci huruf dan membentuk ayat. Mengamati
sepenuh hatinya dan menekan butang 'hantar'. Sesudah itu, dia
kembali ke meja makan dan duduk kembali bersama Adam dan
Aiman. Bertiga.

"Abang, esok abang nak pergi pukul berapa?" Soal Aiman dan
memandang ke arah Adam. Cahaya kembali menikmati minuman
kegemarannya. Adam menutup buku tebal itu dan menandakan
dengan sekeping kertas biru.

"Awal sikit la. Jam 8."

"Pergi mana?" Tanya Cahaya ingin tahu.

"Abang Adam balik KL. Abang kerja kat sana. Cuti sebulan abang
dah habis. Dua minggu sekali baru balik kampung. Kadang-
kadang, dalam sebulan tiga kali." Adam mengiyakan jawapan
Aiman.

"Oh..kerja." 'Kerja apalah agaknya?' Hati Cahaya tertanya-tanya.


"Alhamdulillah, saya kerja biasa je Cahaya. Pensyarah." Ujar
Adam sekali gus menjawab pertanyaan Cahaya yang tidak
terlahir pada bibir.

"Alhamdulillah..baguslah tu awak. Tak macam saya,belajar


sampai ijazah pun masih tak ada kerja. Selama ni terlalu
berharap sangat dengan family."

"Wah..takpe la, InsyaAllah...awak akan dapat kerja yang baik


Cahaya. Dulu awak ambil bidang apa?"

"Lebih kepada business."

"Nabi kita kata, 9/10 rezeki datang daripada perniagaan."

"Insya Allah, kalau cukup modal lebih baik buka perniagaan


sendiri. Dapatlah berikan kehidupan yang baik buat anak-anak
nanti."

"Ya. InsyaAllah. Eh,awak dah tak nak guna ke?" Adam menuding
jari ke arah komputer ribanya.

"Takpelah..lagipun saya nak berehat."

"Baiklah...Aiman, kamu pun dah boleh masuk tidur, jangan lupa


ambil wudhu sebelum tidur."

Mata Aiman kecil sedikit. Mengantuk. Cahaya pula berdiri dan


mengangkat cawan-cawan kosong untuk dicuci. Itulah kebiasaan
anak-anak umi. Berwudhu' sebelum tidur. Pesanan umi itu turut
disemai dalam hatinya. Kata umi, selain membersihkan diri,
wudhu' juga boleh membersihkan jiwa. Ketenangan akan terasa
semasa tidur, kita akan sentiasa mengingati Allah dan mudah
untuk memujinya. Dapatlah menghindari tidur dengan hati yang
lalai.

"Cahaya, takpe...biar saya yang buat. Awak pergilah berehat."


Adam mengambil kesemua cawan yang diangkat Cahaya tadi dan
terus menuju ke dapur. Cahaya terkaku sebentar.
'Semoga Allah merahmatimu Adam, kau terlalu baik dengan insan
jahil seperti aku'. bisik hati Cahaya lalu melangkah masuk ke
dalam kamar.

*****

Sunyi.

Adam kembali pada komputer ribanya. Dia masuk ke halaman


facebook miliknya. Tertera satu 'permintaan menjadi rakan' dan
satu mesej. Dia terlebih dahulu menekan butang bersetuju
meneriman Cahaya Danisha menjadi rakan. Jarinya membuka
profil Cahaya Danisha. Cantik namanya, puji naluri Adam.
Bibirnya tersenyum panjang saat melihat gambar profil Cahaya
yang merupakan gambar 'bunga teratai' yang tentunya dimuat
turun dari fail 'my pictures' yang terdapat di dalamkomputer
ribanya. Tentu dia menukar gambar profilnya tadi. Lantas dia
memberikan cadangan gambar anak perempuan palestin berhijab
sambil tangannya memegang senjata sebagai ganti gambar
teratai yang agak umum itu. Dia teringat kembali peti masuknya.
Dia membuka mesej yang datang dari...

Cahaya? Dia menoleh ke arah meja makan, melihat tempat


dimana Cahaya duduk tadi. Ah, kenapa dia tidak bersuara sahaja,
tidak perlulah menghantar mesej! Matanya kembali menatap
mesej ringkas itu.

Assalamualaikum,

Tentu awak terkejut sebab saya hantar mesej kat awak. Kadang-
kadang sesuatu yang jauh dari dasar hati, walaupun terbit
daripada emosi, tapi sukar diluahkan dengan kata-kata.
Sepanjang sebulan bersama awak,umi dan
Aiman.Alhamdulillah...
Saya bersyukur sangat kerana emosi dan jiwa saya dibalut
dengan ketenangan. Ketenangan yang tidak sama dengan hidup
berbalut kemewahan, takkan sama dengan kebahagiaan yang
lain. Tapi, jauh di sudut hati...saya belum pernah menyatakan
kemaafan saya atas kekasaran kata-kata saya sebulan lepas.
Benar, betapa kejahilan yang mendalam menyelubungi saya pada
masa itu. Kalau bukan kerana Allah utuskan awak
menyelamatkan pendosa yang hina ini,tenggelam dan lemas
dalam nafsu dunia, tak mungkin saya masih bernyawa sehingga
ke hari ini. Mulanya saya sememangnya tidak lagi redha atas
kewujudan bayi ini, tapi Alhamdulillah... Syahadah jugalah yang
menyelamatkan saya. InsyaAllah, walau apapun berlaku, saya
akan tetap menyayangi anak yang akan lahir dari rahim ni.
InsyaAllah... Saya yakin akan apa jua yang berlaku semuanya
mempunyai hikmah. Kehidupanlah yang mengajar dan yang
tersasar akan diberi pengajaran agar tetap pada jalanNya.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat keluarga awak.


Tentu umi sangat bangga mendapat anak sebaik Adam dan
Aiman. Doakan saya supaya terus membuat kebahagiaan dunia
akhirat. Sekali lagi saya memohon maaf atas kejahilan saya.

(Malah bilik awak pun dah diceroboh orang asing seperti saya.
Saya minta maaf banyak-banyak.)

Salam Maaf.

Adam mengetap bibir. Sedikit pun tidak ada kesalahan yang


dilakukan Cahaya padanya. Malah dia tidak memandang Cahaya
pada masa lalunya, tetapi dia melihat Cahaya itu pada
ketabahannya meneruskan kehidupan. Pada cintanya yang
mengejar Cinta Illahi. Pada rindunya yang bersinar saat
melagukan zikir dan selawat. Ketenangan yang tetap dirasai
pada sesiapa sahaja yang memandang Cahaya. Teduh wajah
Cahaya disirami sopan bicaranya. Jauh berbeza dengan Cahaya
yang ditemuinya di pantai sebulan lalu. Subhanallah,
sesungguhnya kuasa Allah tiada batasnya. Sesungguhnya Allah
itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Gadis yang mahu
membunuh diri dan jiwanya itu kini amat menyintai tarbiyah
daripada Allah.

*****
Matanya memandang beg berisi komputer riba di hadapannya.
Melayani kebosanan yang mula bertapak, dia memasang
komputer riba dan melayari internet melalui wireless di rumah.
Membuka email yang semalam telah pun dikemaskini. Terdapat
sepuluh email yang belum dibaca. Semuanya dari laman social
yang popular itu. Satu persatu dibuka.

Terdapat dua mesej tertera di Facebooknya. Satu daripada


sahabat lamanya, Dayana dan satu lagi tentu balasan mesej
daripada Adam. Dia menukar gambar profilnya kepada gambar
anak palestin yang dicadangkan oleh Adam. Cantik dan sayu.
Tapi Cahaya suka dengan gambar barunya.

Email yang lain dibiarkannya. Mesej dari Dayana dibuka dan


dibaca teliti.

Salam Caya..
Ke mana kau menghilang?? Dah lama tak nampak kau. At least
tell me where are you now. Kau tahu kan aku risau sangat
dengan kau, Caya. Aku dapat tahu yang kau dihalau keluar dari
rumah, adik kau yang beritahu aku. Adi sekarang pula dengan
perempuan lain, kau kenal Nadia kan? Ha..sekarang diorang dah
couple!! Tak sangka Nadia yang kita percaya tu tikam kau dari
belakang. Benci! Perempuan tak guna! Kalau kau baca mesej ni
please reply as soon as possible. Aku sedia bantu kau. Biar kita
balas perempuan tu.

Cahaya membalas mesej dari Dayana. Entah kenapa, tidak terbit


langsung rasa benci dalam hatinya di saat mengetahui Nadia
menggantikan tempatnya sebagai kekasih Adi. Malah, dia
memanjatkan rasa syukur yang teramat kerana terlepas dari
'buaya darat' itu, walaupun sepatutnya Adi bertanggungjawab
dengan anak yang dikandungnya. Tetapi kini, harapan itu telah
lama terkubur. Biarlah, dia lebih rela membesarkan anak ini
sendirian. Selesai menghantar balasan, Cahaya segera membuka
mesej dari Adam.
Waalaikumussalam..
Cahaya...saya tahu awak pun akan terkejut sebab saya biarkan
laptop ni untuk kegunaan awak. Saya risau awak bosan bila tak
buat apa-apa. Saya dah sediakan buku atas meja bilik tu. Harap
awak sudi membacanya. Umi tak nak awak terlalu banyak
bergerak,sebab tu kalau ada buku dan laptop ni sedikit sebanyak
dapat hilangkan boring.

Cahaya...Saya sangat suka dengan nama awak yang unik.


Sepanjang mana pun sebutan 'cahaya' tapi saya suka. Eh, dah
lari tajuk pula, hihi.. Tentang kejadian di pantai dulu, semuanya
berlaku atas izin Allah. Tidak tersimpan sedikit marah atau
dendam pun tentang awak. Tiada apa yang perlu dimaafkan.
Awak pun sedikit sebanyak mengajar saya tentang kehidupan.
Ketabahan awak sukar ditemui.

Cahaya...Terjaga dari tidur tidak sama dengan terjaga dari


mimpi. Jika terjaga dari tidur, kita akan bangun dan tidak
merasakan sesuatu seperti terjaga dari mimpi. Kita seakan
dikejutkan dan diminta bermuhasabah diri. Andai mimpi itu
mimpi buruk, kita pasti beristighfar dan mencari nilainya yang
positif. Andai terjaga dari mimpi indah kita akan bersyukur dan
berharap tidak akan terleka darinya. Sesungguhnya hidayah itu
milik Allah... Dia memberikan kepada sesiapa sahaja yang
dikehendakinya. Bersabar dan pasti kita akan menemui
ganjarannya.

Cahaya...untuk pengetahuan awak. Kehadiran awak di rumah


serba sederhana dan penerimaan awak pada kesederhanaan itu
cukup bermakna buat kami. Sedikit sebanyak kehadiran Cahaya
memberi nafas baru buat kami. Malah umi selalu memuji Cahaya
pada Adam. Kesungguhan awak mendekati ilmu agama benar-
benar dikaguminya. Lihat sahaja diluar sana, berapa orang yang
akan bangkit selepas dilanda musibah dan ujian dari Allah?
Malah terlalu sedikit yang mahu bersyukur dan kembali ke jalan
yang benar. Sedangkan pintu taubat masih terbuka, kemaafan
Allah lebih besar dari segala dosa di muka bumi. Subhanallah..
Cahaya... Awak tak perlulah rasa bersalah. Awak bukan
menceroboh bilik tu, saya dengan rela hati beri bilik tu kat awak.
Harap dapat beri sedikit keselesaan dengan bilik yang tak
seberapa. Lagipun awak bukannya orang asing. Selagimana kita
seagama, kita adalah saudara. Jangan lupa add ym saya.
Adam_Hafizy86@yahoo.com. Kelak kita boleh bicara lebih
panjang. Saya dah titipkan pesanan pada Aiman, kalau awak nak
Milo atau apa-apa, awak boleh minta tolong kat adik comel kita,
Aiman. Jaga diri baik-baik.
Salam ukhwah Cahaya.

Cahaya tersenyum dan tertawa dalam tangisan. Sempat juga


Adam ingat tentang 'air Milo' minuman kegemarannya.

Adam...Adam...Tanpa kehadiran awak di rumah ni pun awak


masih mampu membuat Cahaya tersenyum. 'Hebat betul aura
awak Adam!'

Cahaya bergegas bangun dan menuju ke ruang kamar, terasa


ingin tahu yang membuak-buak di dadanya. Buku apakah yang
ditinggalkan Adam buatnya? Pandangan tertumpu pada buku itu.
Buku tebal?

Ya...buku tebal yang berwarna biru. Buku yang dibaca oleh Adam
semalam, baru kini dia melihatnya dengan jelas judul bukunya.
'La Tahzan' Jangan bersedih. Buku yang benar-benar menarik
hati. Diselaknya perlahan. Tertera sedikit tulisan tangan dari
Adam.

~Khas buat Cahaya yang kami sayangi


La Tahzan..Sesungguhnya Allah bersama kita

Cahaya terharu. Dipeluk buku itu ke dadanya. Hatinya benar-


benar terusik. Titisan jernih mengalir lagi.

"Alhamdulillah..Alhamdulillah...Allah bersamaku." Sebutnya


dalam sebak.

*****
Aku Cuma An-Nisaa

Ya Allah..
Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah
Sehingga dirinya digelar afifah solehah
Dialah wanita pertama
Tiada ragu mengucap syahadah
Pengorbanan bersama Rasulullah
Susah senang bersama
Walau hilang harta kerana berdakwah
Walau dipulau 3 tahun 3 bulan
Imannya sedikit pun tak berubah
Mampukah aku setabah dirinya?
Andai diuji sedikit sudah rebah..
Baru dihina sudah mengalah
Ya Allah..tabahkan aku sepertinya..

Ya Allah..
Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah
Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya
Tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah baginda
Anak yang semulia peribadi baginda
Tangannya lah yang membersihkan luka
Tangannya jua yang membersihkan cela
Pada jasad Rasulullah tercinta
Gagahnya dirinya pada dugaan
Mampukah aku sekuat Fatimah?
Saat diri terluka dendam pula menyapa
Saat disakiti maki pula mengganti
Ya Rabbi..teguhkan hatiku sepertinya..

Ya Allah..
Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah
Tukang sisir yang beriman
dan Keluarga Yasir yang bertakwa
Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia
Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan
Mampukah sabarku seperti mereka?
Tatkala digoda nafsu dunia..
Entah mana hilangnya Iman di dada

Ya Rahman..
Kuatkan Imanku seperti Masyitah
Terjun penuh yakin bersama bayi ke kuali mendidih
Kerana yakin Allah pasti disisi
Sabarkan aku seperti sumaiyah
Biar tombak menusuk jasad..
Iman sedikit pun takkan rapuh.

Ya Allah..
Jadikan aku semulia Ummu Sulaim
Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar Iman
Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah
Betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami
Hinggakan segala panahan ke Rasulullah pada hari uhud
Disambut dengan belakang jasad Abu Talhah

Ya Allah..
Tarbiyyahkan aku pada cinta sepertinya
Tingginya nilai cinta pada harga Iman
Mampukah aku menatap cinta itu?
Sedangkan rupa yang menjadi pilihan
Ketulusan Iman diketepikan
Ya Allah..
Ilhamkan aku pada cinta sepertinya..

Ya Allah...
Jadikan aku sehebat Aisya Humaira
Isteri termuda Rasulullah
Biar dilempar fitnah
Dia tetap teguh pada ketetapanNya
Isteri sejati yang memangku Nabi
Pada saat terakhir baginda
Hadis dan Sunnah Rasulullah dipertahankan
Betapa hatimu seorang mujahidah
Ya Allah..
Mampukah aku contohi dirinya?
Pada fitnah yang melanda
Diri mula goyah dan putus asa
Teguhkan Imanku sepertinya..Ya Rahim..

Ya Allah..
Teringat diri pada Khansa
Empat orang anaknya mati di Jalan ALLAH
Dia meratap tangis..
Anak sulungnya syahid
Anak keduanya turut syahid
Anak ketiganya dan keempat jua mati syahid
Namun tangisan itu bukan kerana pemergian anak tercinta
Jawabnya kerana tiada lagi anak yang dihantar untuk berjihad
Ya Allah..
Mampukah aku menjadi ibu yang berjihad?
Sedang anak tak tutup aurat pun masih tak terjawab
Sedang anak tinggal solat pun buat tak kisah
Berikan aku kekuatan sepertinya..
Agar bersedia pada akhirat.

Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah..


Diriku bukan setabah Ummu Khadijah
Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah
Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah
Mahupun sehebat Ummu Sulaim
Dan tidak seteguh Aisya Humaira
Kerana diri cuma An-Nisaa akhir zaman
Dimana Aurat semakin dibuka terdedah
Dimana syahadah hanya pada nama
Dimana Dunia yang terus dipuja
Dimana nafsu fana menjadi santapan utama
Dimana batas sentiasa dileraikan
Dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan

Wahai Kaum Hawa


Kita cuma An-Nisaa
Para pendosa yang terbanyak di neraka
Lantas walau tak setabah para Mujahidah
Namun Tabahlah pada ketetapan Allah
Kerana padanya ada Syurga!
Walau tak semulia para wanita sirah
Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara
kerana padanya ada Pahala!
Walau tak sesabar para wanita solehah
Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa
Kerana padanya ada bahagia!

Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam


Bukan untuk ditindas kerana lemah
Tapi untuk dilindungi kerana Indah
dan Indah apabila tertutup terpelihara
Kerana disitulah terjaganya Syahadah
Bak mekarnya wanita dalam sirah
Tuntunlah kami ke arah syurga..
Bicara dari An-Nisaa yang hina..
Makbulkan doaku..
Aamiin..

*****

"Setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmahnya, sesuatu yang


baik belum tentu berakhir dengan baik. Begitu juga sesuatu yang
buruk belum tentu berakhir dengan derita. Apa yang penting ialah
tanamkan cinta pada Allah, pada jalanNya. Keyakinan pada Allah
harus melebihi daripada keyakinan kita pada diri sendiri, malah
pada orang lain. Memanglah mudah untuk kita berkata dan payah
untuk melakukan. Memanglah mudah untuk jatuh rebah dan
susah untuk bangun kembali. Memanglah mudah untuk berbuat
amal tetapi payah pada istiqamah. InsyaAllah, semuanya terletak
pada kekuatan hati yang turut dipandu oleh akal kita. Akal yang
bertunjangkan iman dan ilmu. Kita sering berbicara tentang
taubat dan bila masa sesuai untuk dilakukan. Seandainya rasa
cinta itu wujud, pasti akan ada jiwa hamba yang rindu beramal
dengan Maha pencipta. Lihat sahaja pada nadi, selagi nadi
berdenyut, selagi nafas menghembus, pintu taubat masih terbuka
buat hambaNya. Tetapi kesombongan kita yang membawa kita
malu untuk bertaubat pada hari ini. Keegoan kita yang menarik
kita untuk bertangguh pada hari esok, kejahilan kita yang
membuat kita berfikir akan selalunya ada hari esok. Seandainya
dosa itu dapat dilihat, pasti kita dipenuhi dengan noda.
Seandainya pahala itu dapat dilihat, pasti diri dikabus dengan
riak. Para pencinta Illahi itu pemalu, malu menzalimi diri yang
hanya pinjaman dari Nya. Para pencinta jihad fisabilillah itu
penakut, penakut pada mati tanpa berjuang menegakkan agama
Allah. Para pejuang syahid itu pengecut, pengecut kepada mati
tanpa mengingati Allah."

Panjang bicara Cahaya pada petang itu sempena undangan


sahabat baiknya, Damia. Pertemuan di atas takdir Allah telah
menyatukan minat mereka untuk bersatu dalam jihad.

Cahaya turut menguruskan butik dan kadangkala meluangkan


masa untuk hobinya yang minat dalam bidang penulisan. Sebuah
novel bertajuk 'Nafas cinta Insyirah' berjaya diterbitkan dengan
izin Allah dan diedarkan secara percuma kepada penghuni
Rumah Annisa. Malah hasil keuntungannya akan diberikan
separuh kepada rumah perlindungan Annisa. Terbit kukuh di
dalam hatinya, jihad untuk memperbaiki diri sendiri dan jihad
untuk memperjuangkan jalan mencari cinta Allah.

Insyirah... Cinta kali pertamanya pada kalamullah surah Insyirah


dan kemudian dipilih sebagai nama anak perempuannya. Adam
yang duduk di hujung dewan setia menanti isterinya selesai sesi
usrah dengan penghuni rumah kedua mereka, Baitul Annisa.

"Bantu-membantu lah antara kamu atas urusan kebaikan dan


taqwa, dan jangan lah pula kamu bersubahat membantu dalam
urusan dosa, keji dan permusuhan.(Al-Maidah : 2)

Dan Saidina Ali bin Abu Talib pula pernah berkata :

"Kadang-kadang dibuka bagimu pintu taat & tidak dibuka bagimu


pintu penerimaan. Di kala yang lain pula ditakdirkan bagi engkau
perbuatan maksiat,tetapi hal itu merupakan jalan bagimu untuk
sampai (kepada kebaikan). Perbuatan maksiat yang menimbulkan
perasaan bersalah & menyesal lebih dari perbuatan taat yang
menimbulkan perasaan takbur & angkuh. (Ibnu Athaillah)..

Sekalung jutaan kesyukuran, Alhamdulillah..buat suami tercinta


Adam Hafizy dan anak tersayang, Insyirah serta umi dan
keluarga. Papa dan Mama yang sentiasa mekar dalam doa."

Ucap Cahaya sebelum menutup usrah pada petang itu dengan


bacaan doa dan selawat sambil matanya mengerling dan
tersenyum memandang anak dan suaminya dari jauh

Anda mungkin juga menyukai