Anda di halaman 1dari 4

Soalan subjektif 1

Rajah 1 menunjukkan organisma-organisma yang terdapat di dalam sawah padi.

Rajah 1

Ramalkan apakah yang akan berlaku kepada organisma hidup dalam siratan makanan
tersebut jika satu spesies baru yang memakan belalang bermigrasi ke kawasan sawah
padi tersebut. (3 markah)

Maklumat berkaitan soalan :

Subjek : Sains Tingkatan Dua

Topik : Ekosistem (Bab dua)

Tema : Penyelenggaraan dan Kesinambungan Hidup

Standard Kandungan : 2.1 Aliran Tenaga dalam Ekosistem

Standard Pembelajaran :

2.1.1 Murid boleh menerangkan dengan contoh pengeluar, pengguna dan pengurai.

2.1.2 Murid boleh mengintepretasi rantai makanan dan siratan makanan

Aras taksonomi Bloom : Aplikasi


Huraian soalan :

Soalan subjektif di atas mempunyai tahap taksonomi Bloom aras Aplikasi. Menurut
Mohamad Najib Abdul Ghafar (2011), soalan aras aplikasi membolehkan murid untuk
menggunakan maklumat dalam situasi yang baru bagi menyelesaikan masalah. Istilah-istilah
yang biasa digunakan ialah “selesaikan”, “ramalkan”, “cari”, dan “bina”. Berdasarkan ciri-
ciri yang dinyatakan, soalan subjektif 1 mempunyai ciri-ciri tersebut kerana murid perlu
menggunakan pengetahuan mengenai aliran tenaga dalam ekosistem bagi menyelesaikan
situasi baru yang diberikan dalam soalan. Soalan ini juga menggunakan istilah “ramalkan”
iaitu istilah yang sinonim dengan soalan aras aplikasi.

Soalan subjektif 1 merupakan soalan jenis gerak balas terhad kerana respons yang
dikehendaki ialah jawapan secara ringkas (Siti Rahayah Ariffin 2003) dan mengehadkan
jawapan melalui kaedah tertentu seperti jumlah markah poin seperti yang selalu digunakan
dalam ujian dan peperiksaan bertulis (Mohamad Najib Abdul Ghafar 2011). Soalan ini
berbentuk soalan subjektif jenis gerak balas terhad kerana mempunyai markah yang
diperuntukkan iaitu berjumlah tiga markah.

Soalan ini boleh dianggap sebagai sebuah soalan yang baik kerana ia memenuhi
standard pembelajaran yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia
(Bahagian Pembangunan Kurikulum 2016). Melalui soalan ini, murid dapat mengenalpasti
fungsi setiap organisma yang dinyatakan di dalam soalan sama ada sebagai pengeluar,
pengguna mahupun pengurai. Selepas itu, murid perlu mengintepretasi siratan makanan bagi
meramalkan situasi yang berlaku apabila terdapat spesies baru bermigrasi ke kawasan
berkenaan. Soalan berbentuk ramalan membantu murid untuk membuat perkaitan antara
organisma yang terlibat berdasarkan pengetahuan yang diperolehi semasa sesi pembelajaran
dan pengajaran.

Skema Jawapan :

Apabila satu spesies baru yang memakan belalang bermigrasi ke kawasan sawah padi
tersebut,

i. Bilangan belalang akan berkurang (1m)


ii. Berlaku persaingan antara itik, burung pipit dengan spesies yang baru bermigrasi (1m)
iii. Bilangan padi bertambah kerana kekurangan haiwan yang makan padi (1m)
Kaedah Pembinaan Jawapan :

Murid dikehendaki untuk membuat ramalan berdasarkan situasi yang diberikan di dalam
soalan. Langkah pertama yang perlu dilakukan adalah mengenalpasti fungsi organisma-
organisma yang diberikan di dalam rajah sama ada ianya pengeluar, pengguna (pengguna
primer, sekunder dan tertier) mahupun pengurai. Jadual 1 di bawah memaparkan fungsi
setiap organisma yang terdapat pada rajah 1:

Jadual 1 Fungsi organisma

Fungi Organisma
Pengeluar Pokok padi
(Tumbuhan hijau yang boleh membuat makanan
sendiri)
Pengguna Pengguna primer : Tikus, siput, belalang
(Haiwan herbivor yang memakan pengeluar)

Pengguna sekunder : Ular, Itik, Burung


(Haiwan omnivor dan karnivor yang makan pengguna
primer)

Pengguna tertier : Helang


(Haiwan karnivor yang makan pengguna sekunder)

Pengurai Tiada
(Menukarkan organisma mati kepada nutrient)

Kemudian, murid perlu membina satu siratan makanan bagi melihat kaitan hubungan
antara kesemua organisma yang diberikan. Siratan makanan yang sepatutnya dilukis oleh
murid adalah seperti rajah 2 berikut :

Rajah 2 Siratan Makanan


Apabila murid berjaya membina siratan makanan, mereka akan mudah untuk
membuat ramalan situasi yang akan berlaku sekiranya spesies baru bermigrasi ke kawasan
tersebut. Mereka juga perlu mengenalpasti spesies yang baru bermigrasi itu sama ada ianya
pengguna primer, sekunder ataupun tertier (Harlina Hayati Salaton 2018). Berdasarkan
pernyataan soalan, dapat dikenalpasti bahawa spesies baru tersebut merupakan pengguna
sekunder kerana ia memakan belalang seperti itik dan burung. Untuk memudahkan murid
membuat ramalan, dicadangkan kepada murid untuk membina satu siratan makanan baru bagi
mengenalpasti kedudukan spesies baru antara organisma yang ada. Apabila mereka berjaya
mengenalpasti kedudukan spesies tersebut dalam siratan makanan, murid akan lebih mudah
membuat ramalan. Rajah 3 memaparkan siratan makanan yang baru selepas spesies baru
bermigrasi ke sawah padi.

Spesies baru

Rajah 3 Kedudukan spesies baru dalam siratan makanan

Berdasarkan siratan makanan yang dirangka semula, murid dapat mengenalpasti


kesan kehadiran spesies baru terhadap organisma lain. Setelah berjaya mengenalpasti, murid
akan dapat menjawab soalan yang diberikan. Memandangkan telah dinyatakan di dalam
soalan bahawa spesies baru ini memakan belalang, ini memberi kesan kepada bilangan
belalang yang ada. Bilangan belalang akan semakin berkurang kerana terdapat lebih banyak
organisma yang memakannya. Pada masa yang sama, berlaku persaingan antara itik, burung
dan spesies baru untuk mendapatkan sumber makanan kerana ketiga-tiga organisma ini
memakan sumber yang sama iaitu belalang. Namun, situasi ini memberikan kelebihan
kepada pokok padi kerana belalang yang menjadikan pokok padi sebagai sumber makanan
telah berkurangan. Kesannya, berlaku pertambahan bilangan padi apabila spesies baru
pemakan belalang tiba ke kawasan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai