Anda di halaman 1dari 1

Marilah kita bersama-sama berdoa mengikut kepercayaan dan agama masing-masing.

Dalam nama Bapa, Putera, dan Roh Kudus,

Allah Bapa kami yang Maha Baik,


Kami bersyukur dan memuji nama-Mu, Tuhan, atas segala rahmat dan kurniaan yang telah Engkau
limpahkan kepada kami dari dulu hingga ke hari ini dan hari-hari yang akan datang.

Dengan nikmat-Mu jualah kami dapat hadir dan berkumpul dalam keadaan yang sihat dan selamat
pada pagi yang indah ini di dewan bersejarah SK Sacred Heart English dalam Program Jom Ke
Sekolah 2019 bersama-sama dengan Pegawai Perhubungan Sekolah dan Guru Penyayang kami.

Tuhan Yang Maha Pengampun,

Kami sungguh menyesal atas segala dosa kami. Ampunilah dosa, kesalahan dan kekurangan kami
serta dosa dan kesalahan kedua-dua ibu bapa kami.

Salam Maria, sucikanlah badan kami dan kuduskanlah jiwa kami.

Tuhan Yang Maha Pemurah,

Berkatilah majlis dan acara Jom Ke Sekolah yang amat bermakna ini, jadikanlah program ini
bermanfaat kepada semua warga sekolah dan masyarakat kami.

Berilah petunjuk, bimbingan dan kekuatan kepada kami, semoga Program Jom Ke Sekolah ini
mencapai matlamatnya, meningkatkan kerjasama yang erat dan merapatkan hubungan yang
mesra antara warga sekolah SK Sacred Heart English dengan Pegawai Perhubungan Sekolah kami.

Anugerahkan kami semua yang hadir di sini dengan umur yang panjang, badan yang sihat, jiwa
yang tenang, roh yang aman, rezeki yang berlimpah serta keselamatan kami dan keluarga kami
dalam segala aktiviti harian kami.

Kuatkanlah iman kami dan hindarilah kami dari yang jahat.

Doa ini kami sampaikan kepadaMu dengan pengantaraan Yesus Kristus Tuhan dan pengantara
kami yang hidup bersama Dikau dalam persatuan dengan Roh Kudus, Allah sepanjang segala masa.

Amin.

Anda mungkin juga menyukai