Anda di halaman 1dari 2

Kata Nama Khas

1. Kata Nama Khas digunakan untuk menyebut sesuatu seperti manusia,

haiwan, benda, tumbuh-tumbuhan dan tempat secara khusus.


2. Kata Nama Khas ditulis dengan huruf besar.
3. Contoh kata Nama khas adalah seperti yang berikut :-

A) Manusia

Doktor Ali, Puan Rosnah, Cikgu Puspa, Amar, Encik Lim.

B) Haiwan

Sang Buaya, Comot, Tomok, Sang Siput, Si Putih, Sang Gagak , Pak
Belalang.

C) Benda

Adidas, Bata, Rolex, Hitachi, Wira, Persona, Sharp, National, Inspira,


Naza Ria .

D) Tempat

Lenggong, Lumut, Seri Manjung , Tanjong Malim , Sitiawan , Kuala


Kangsar, Ipoh, Muzium Taiping, Zoo Taiping, Menara Berkembar
Petronas, Perak, Johor.
Soalan

Garis kata Nama Khas dalam ayat- ayat dibawah .

1. Ibu berasal dari Lenggong.

2. Ayah orang Johor.

3. Ibu membeli baju jenama Adidas dan menghadiahkan kepada ayah.

4. Ibu bekerja sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Kampung Dato'

Seri Kamaruddin Seri Manjung Perak.

5. Ibu suka berkelah di Teluk Batik dan Pulau Pangkor.

6. Ayah bekerja di Lumut.

7. Ibu suka pakai jam jenama Rolex.

8. Saya pakai kasut jenama Bata ke sekolah.