Anda di halaman 1dari 4

Kata Ganti Nama Diri

1. Kata Ganti Nama Diri digunakan untuk


menggantikan nama seseorang.
Kata Ganti Nama Diri ada tiga jenis, iaitu:

Jenis Kata Ganti Kata Ganti Kata Ganti


Kata Nama Diri Nama Diri Nama Diri
Ganti Pertama Kedua – Ketiga –
Nama menggantik menggantikan menggantikan
an nama diri nama orang nama orang
orang yang yang dilawan yang
sedang bercakap diperkataka
bercakap n halnya
Conto aku, saya, kamu, dia, beliau,
h beta, patik, engkau, mereka,
hamba, tuanku, tuan, baginda,
kami, kita saudari -nya
Conto  Nama say  Saudara hen  Mereka
h a Lee dak ke dihukum
Ayat Lian. mana? oleh
 Beta raja  “Pakaian ka pengetua
negara ini. mu cantik  Dia tidak
sekali,” puji hadir ke
Rani kepada sekolah.
Mei Mei.
AYAT AKTIF DAN PASIF
Ayat Aktif
Ayat aktif ialah yang menekankan atau mengutamakan si pelaku/pembuat sebagai subjek dan
ayatnya mengandungi kata kerja yang berawalan MeN- (me-, mem-, men-, menge-, dan
meny-).

Ayat Pasif
Ayat pasif ialah ayat yang menekankan/mengutamakan objek dan perbuatannya. Ayat ini
mengandungi kata kerja tanpa awalan atau kata kerja yang berawalan di- beserta dengan kata
sendi oleh.
Perhatikan ayat-ayat contoh di bawah ini.

AYAT AKTIF AYAT PASIF

1.Saya sudah menyiapkan semua kerja 1. Semua kerja sekolah telah saya siapkan.
sekolah.

2. Ayah membelah kayu api itu. 2. Kayu api itu dibelah oleh ayah.

3.Mereka sedang menganyam tikar 3. Tikar mengkuang itu sedang dianyam oleh
mengkuang itu. mereka.

MENUKAR AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF YANG MELIBATKAN KATA GANTI
NAMA DIRI (KGND) PERTAMA DAN KEDUA.

 Sering kali, pelajar melakukan kesilapan apabila menukar ayat aktif transitif kepada ayat
pasif apabila melibatkan ganti nama diri pertama dan kedua.
 Antara ganti nama diri pertama ialah saya, hamba, aku, kami dan kita manakala ganti
nama diri kedua ialah awak, engkau, kamu, anda, dan tuan.
 Dalam ayat pasif melibatkan ganti nama diri pertama dan kedua, perlu diingat bahawa:
1. TIDAK BOLEH menggunakan kata “oleh”,
2. Kata bantu seperti akan, sedang dsb. mesti hadir sebelum ganti nama diri.
3. Ganti nama diri : contohnya, saya, anda mesti diikuti oleh kata kerja : contohnya, tulis, baca ,
sepak.
4. Kata kerja mestilah menjadi kata dasar seperti tulis bukannya menulis, baca bukannya
membaca.
Latihan ayat aktif dan ayat pasif.

Contoh:

1. Mereka tidak dapat menjelaskan hutang sebelum hujung bulan ini.

Subjek : Mereka

Objek : hutang

Kata kerja transitif: menjelaskan

Jawapan:

Hutang tidak dapat dijelaskan oleh mereka sebelum hujung bulan ini.

2. Ia/Dia sentiasa membersihkan dan mengemaskan rumah kami dengan penuh tanggungjawab.

Subjek : Ia/Dia

Objek: rumah kami

Kata kerja transitif: membersihkan dan mengemaskan

Jawapan:

Rumah kami sentiasa dibersihkan dan dikemaskannya dengan penuh tanggungjawab.

3. “Kalian perlu menjelaskan hutang selewat-lewatnya hujung bulan ini”, kata ceti haram itu.

Subjek : Kalian (Kata ganti diri kedua)

Objek: hutang

Kata kerja transitif : menjelaskan

Jawapan: (Jika subjek ialah kata ganti diri pertama atau kedua, kata kerja pasif tidak boleh ada
imbuhan “di”.)

“Hutang perlu kalian jelaskan selewat-lewatnya hujung bulan ini, “ kata ceti haram itu.

Sebelum membuat latihan ayat aktif dan ayat pasif, semua murid perlu membezakan kata ganti diri
pertama dan kedua daripada yang lain. Selain itu, para murid perlu menguasai imbuhan “Me” dengan
huruf-huruf tertentu, seperti berikut:

Imbuhan

Me l, m, n, r, y, ng, ny

Mem b, (p), (f), pr,pl


Men c, d, j, (t), z, sy

Meng a, e, i, o, u, g, h, (k), kh, kl,kr

Meny s

Satu suku kata seperti tin, pos, bom, syor,


menge
sah,……