Anda di halaman 1dari 2

Ahli Persatuan Sains telah mengadakan lawatan sambil belajar ke sebuah

kilang minuman. Sebagai setiausaha, tulis laporan tentang lawatan tersebut.

Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Kilang Minuman F&N

Pada 10 Mei, Persatuan Sains sekolah saya mengadakan lawatan sambil


belajar ke Kilang Minuman F&N. Tujuan lawatan itu diadakan adalah supaya ahli-
ahli dapat melihat proses membuat minuman dengan lebih dekat .

Rombongan kami terdiri daripada 40 orang ahli persatuan. Kami


diiringi oleh tiga orang guru pengiring, iaitu Cikgu Zakaria, Cikgu Zalina,
dan Cikgu Adnan. Pagi-pagi lagi, kami berhimpun di dewan sekolah. Kami
bertolak pada pukul 8.00 pagi dengan bas yang disewa.

Selepas sejam, kami pun tiba di kilang tersebut. Kami disambut oleh
pengurus kilang , Encik Tan Hong dengan tangan terbuka
. Sebelum melawat, Encik Tan memberikan taklimat kepada
kami. Kami memasang telinga apabila mendengar taklimat.

Kemudian, Encik Tan membawa kami ke bahagian pemprosesan air


minuman. Encik Tan juga memberikan penerangan terperinci kepada
kami. Mesin di dalam kilang tersebut canggih sekali . Kami dapat melihat
cara-cara air minuman itu diproses dari peringkat awal hingga peringkat akhir.
Air minuman itu dimasukkan ke dalam tin, botol dan kotak.
Kebanyakan pekerja di sana terdiri daripada kaum wanita . Mereka
membungkus minuman itu ke dalam kotak besar. Mereka melakukan kerja
dengan rajin seperti semut . Selain itu, mereka mementingkan
kebersihan dan keselamatan semasa bekerja di kilang.

Sebelum pulang, Encik Tan menghadiahkan 43 tin minuman F&N kepada


kami semua. Kami juga mengucapkan terima kasih kepada Encik Tan. Pada pukul
4.00 petang, kami pun pulang ke sekolah. Kami mendapat banyak pengetahuan
dan pengalaman dalam lawatan tersebut.

Laporan disediakan oleh, 20 MEI 2013.

Chian An
( LIM CHIAN AN )
Setiausaha,
Persatuan Sains,
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Zhi Ling.